Makanan Kecutkan Cyst Semasa Mengandung
“Puan, cyst makin membesar kita akan bedah ye. kalau tak ianya berisiko pecah boleh bawa maut dan fek juga pada baby ” Apa yang patut saya buat untuk elak dari kena bedah dan elak cyst makin membesar agar tidak memberi kesan buruk pada baby dalam kandungan. Jom baca makanan kecutkan cyst semasa mengandung
Sedang mencari makanan kecutkan cyst? Jangan risau, anda berada di tempat yang betul. Tahukah anda, cyst ovari akan menjadi semakin besar dan berkemungkinan pecah jika pesakit tidak menjaga makan?
Walau bagaimanapun, dengan pengambilan ubat-ubatan yang dibekalkan, sista selalunya akan mengecil dengan sendiri. Jika cyst yang terbentuk bersaiz besar, doktor mungkin perlu melakukan pembedahan untuk membuangnya daripada badan.
Selalunya, wanita tidak akan sedar mereka mempunyai cyst sehingga ia membesar atau pecah. Malah, simptom juga akan muncul setelah cyst tersebut mencapai saiz tertentu.
cyst ovari adalah kantung berisi cecair yang berada di dalam ovari itu sendiri. Ramai wanita mengalami cyst dan ia secara umumnya tidak berbahaya mahupun mengakibatkan kesakitan dan biasanya hilang sendiri selepas 4 hingga 6 minggu.
Semasa kehamilan, korpus luteum menghasilkan hormon untuk menyubur dan menyokong lapisan rahim dan janin yang sedang membesar sehingga plasenta mengambil alih sekitar minggu ke-10.
Namun, dalam sesetengah kes kehamilan, korpus luteum yang penuh cecair ini kekal dalam ovari dan tidak mengecut. Keadaan ini disebut sebagai sista korpus luteum. Sista ini berbeza dari segi saiz tetapi biasanya dalam anggaran 2 hingga 6 sentimeter.
Makanan Kecutkan Cyst Semasa Mengandung
Menurut Dr Hamid, bagi pesakit yang menghadapi masalah berkaitan peranakan seperti cyst, fibroid dan endometriosis ini akan pulih dengan penjagaan makanan yang betul.
Ketumbuhan seperti cyst, fibroid atau kanser adalah disebabkan oleh hormon estrogen yang berlebihan diddalam badan wanita. Oleh itu makanan yang di ambil oleh setiap pesakit cyst atau fibroid atau pesakit kanser perlulah dapat mengurangkan penghasilan hormon estrogen yang berlebihan.
6 makanan kecutkan cyst yang terbukti secara saintifik petikan info dari Hellodoktor.com
Selalunya, wanita yang mempunyai sista mengetahui tentang kondisi mereka apabila semuanya telah terlambat. Ramai yang dibawa ke wad kecemasan disebabkan demam dan kesakitan yang tidak diketahui puncanya.
Namun, bagi mereka yang telah didiagnosis dengan sista, ada beberapa makanan yang mungkin dapat membantu mengecutkan cyst. Antaranya:
1. Tambah makanan yang kaya dengan serat
Buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan serat merupakan antara makanan kecutkan cyst yang terbaik.
Bukan itu sahaja, makanan seperti buah pir, oren dan kacang pea kaya dengan pelbagai jenis fitokimia yang dapat mengurangkan penyerapan semula hormon estrogen oleh badan. Malah, bahan-bahan ini juga dapat mengurangkan risiko kanser ovari.
Salah satu masalah yang dialami oleh wanita yang menghidap sista ialah ketidakseimbangan hormon. Pengambilan makanan yang tinggi serat dapat mengurangkan masalah ini.
2. Daging pejal, makanan kecutkan cyst yang terbaik
Daging yang mengandungi banyak lemak boleh membuatkan masalah cyst yang dialami wanita menjadi semakin teruk. Bukan itu sahaja, makanan tinggi lemak juga boleh menyebabkan inflamasi yang akan membuatkan simptom sista menjadi semakin parah.
Oleh sebab itu, lebihkan pengambilan daging pejal dalam makanan. Kurangkan makanan berlemak dan bergoreng seperti makanan segera dan makanan ringan.
Makanan seperti tofu, ikan dan ayam sangat bermanfaat untuk badan dan dapat membantu mengawal masalah hormon.
3. Lebihkan makanan yang kaya dengan asid lemak omega-3
Seperti yang diterangkan sebelum ini, ketidakseimbangan hormon merupakan salah satu masalah utama yang menghantui penghidap sista.
Untuk mengurangkan simptom, cuba tambahkan makanan yang kaya dengan asid lemak omega-3 dalam diet seharian.
Sebagai contoh, makanan seperti ikan dan kekacang kaya dengan asid lemak dan sangat efektif untuk menurunkan tahap hormon androgen dalam badan.
4. Amalkan teh kamomil sebagai makanan kecutkan cyst
Selain kemampuannya untuk buatkan kita rasa tenang dan relaks, ada banyak lagi kebaikan lain yang datang dengan secawan teh kamomil.
Teh kamomil mempunyai efek antiradang yang dapat membantu pesakit sista mengurangkan kesakitan yang dialami. Malah, bagi wanita yang mempunyai masalah perut cramp semasa period, secawan teh kamomil mungkin dapat membantu!
Bukan itu sahaja, teh kamomil juga dapat membantu anda tidur dengan lebih lena, mengurangkan masalah anxiety dan mencantikkan kulit wajah!
5. Makanan yang kaya dengan indole-3 carbinol
Indole-3 carbinol atau I3C merupakan makanan yang dapat membantu menyingkirkan lebihan hormon estrogen daripada badan. Antara makanan yang kaya dengan I3C ialah kubis, kubis bunga, brokoli dan kubis brussels.
Kini, pakar menggunakan I3C untuk mengelakkan kanser, merawat lupus (SLE) dan juga kondisi lain. Walau bagaimanapun, masih belum ada kajian yang secukupnya untuk menyokong kenyataan ini.
6. Lebihkan makanan yang kaya dengan magnesium
Bahan yang mengandungi magnesium dapat mengurangkan kekejangan yang disebabkan oleh sista. Antara makanan yang mengandungi magnesium ialah pisang, gajus, almond, avokado dan sayur-sayuran hijau.
Bagaimana Set Hamil Shaklee Membantu Cyst hilang
ESP ada GENISTEIN yang bantu MUSNAHKAN radikal bebas dan sangat baik untuk uterus & ovari
VITA C, antioksidan selain banty musnahkan radikal bebas juga punca cyst, sangat membantu mengecutkan cyst.
OMEGA GUARD bersifat anti inflammatory (radang).
CYST BERJAYA KECUT MASA MENGANDUNG
ini merupakan pengalaman customer saya sendiri yang amalkan product Shaklee ketika hamil. Supplement Shaklee bukan ubat merawat. tetapi supplement membantu memberi nutrisi yang badan perlu terutama ketika hamil
Tidak semua fibroid atau cyst memerlukan pembedahan, namun jika anda mempunyai simptom atau merancang untuk hamil, doktor boleh mengesyorkan rawatan yang sesuai.
Sehingga kini masih tiada bukti yang boleh membantu mencegah ketumbuhan fibroid atau cyst, tetapi amalan gaya hidup sihat dan mengekalkan diet seimbang adalah cara yang baik untuk tahap kesihatan secara menyeluruh
Pengambilan supplement membantu top up nutrisi yang badan kita perlu dan membantu kehamilan kita lebih sihat dan baby dapat membesar dengan baik
Nak cuba Set Ini Makanan Kecutkan Cyst
Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya.
Penghantaran sekitar Shah Alam, Petaling Jaya, Klang, Subang Jaya, Bangsar, Kelana Jaya, Alam Impian, Denai Alam,
Ainul Mustafa
Pengedar Shaklee Shah Alam
Email: ainulfadzilah@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp: 013-3612717
www.wasap.my/60133612717