Pengalaman ada Denyutan Jantung Tidak Sekata (Aritmia)
Denyutan Jantung Tidak Sekata ? Rentak degupan jantung tidak sekata berlaku disebabkan pelbagai faktor, selain serangan jantung seseorang juga boleh mendapat masalah degupan jantung akibat kandungan elek¬trolit dalam tubuh tidak seimbang, arteri tersumbat, perubahan otot jantung, kecederaan tisu jantung (parut) akibat serangan jantung, penuaan atau tekanan darah tinggi.
Punca lain boleh berlaku disebabkan menghidap penyakit seperti tekanan darah tinggi dan kencing manis. Tekanan perasaan, pengambilan ubatan, penyalahgunaan dadah, merokok, terkena kejutan elektrik, minum terlalu banyak alkohol atau kafein juga menyumbang kepada masalah ini.
Apa itu Aritmia?
Aritmia merupakan masalah pada kadar atau ritma degupan jantung. Dalam keadaan ini, jantung anda akan berdegup terlalu laju, terlaju perlahan atau corak tidak sekata.
Aritmia jantung akan merasa seperti getaran atau degupan jantung laju. Sesetengahnya adalah tidak berbahaya, namun sebahagian lagi boleh menjadi serius atau sehingga mengancam nyawa. Semasa aritmia, jantung tidak berupaya mengepam darah yang cukup kepada keseluruhan badan. Hal ini menyebabkan kerosakan mahupun kegagalan organ.
Apakah simptom-simptom Aritmia?
Simptom biasa bagi aritmia adalah:
- Sensasi bergetar-getar pada dada dan leher.
- Degupan jantung laju atau berdebar-debar.
- Degupan jantung perlahan.
- Sakit dada.
- Sesak nafas.
- Pening.
- Berpeluh.
- Pitam atau hampir pitam.
- Terjatuh dan serangan jantung secara tiba-tiba (dalam kes ekstrim).
Terdapat beberapa simptom lagi yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan terhadap sesuatu simptom, sila merujuk dengan doktor anda.
Pengalaman saya terkena Denyutan Jantung Tidak Sekata (Aritmia)
Nak dijadikan cerita Dec 2021 saya demam. Suhu pada awalnya tak tinggi pun. masih boleh buat kerja. Tapi tetiba dalam pukul 11 pagi hari tu saya jadi menggigil. check suhu 40. mengigil tak lama. dalam 30minit – 40minit atau tak sampai pun. selepas tu saya muntah. selepas muntah stop suhu panas 40 jadi 36-37 je. mengigil pun hilang. pelik la kan
Hari ke 2 selepas asar sama juga kejadian. tetiba saya demam mengigil. suhu naik 40 dan saya muntah. selepas muntah suhu ok dan mengigil berhenti. Masa hari ke 2 tu saya dah mula fikir macam macam. Aku dah nak mati ke? kena covid ke? dan disebabkan sangat takut stress saya jadi panic attack. Kaki tangan jadi kejang. Jantung laju sangat. Husband terus bawa ke hospital
Dalam perjalanan ke hospital husband suruh tarik nafas, zikir banyak banyak. dalam beberapa minit dalam kereta kejang tadi hilang. jantung dah berkurang laju. Bila dah rasa okay cakap kat suami taknak ke hospital . Kita p Klinik adik saya je. senang sebab dia dah tau rekod kesihatan saya.
Sampai ke Klinik adik, suhu normal. Bacaan oksigen normal tapi jantung laju lebih 100 bacaaan nya. memang terasa jantung laju. Adik boleh test jantung dan ambil darah. Ujian darah semua ok. HB pun normal. Cuma bacaan pada jantung ada Denyutan Jantung Tidak Sekata (Aritmia).
Dia buat surat refer ke hospital untuk check tapi saya taknak. Saya cakap takpa bagi saya relax dulu sebab saya rasa jantung laju sebab panic attactk,anxiety. Apa apa risiko saya ambil. Adik doktor pun tak boleh buat apa dengan kakak yang degil
Ini atas risiko saya ye. Korang yang baca ni jangan follow pulak. p jumpa doktor. nanti kata saya hasut pulak. nak p atau tidak tanggungjawab sendiri ye
Balik rumah setiap hari check sendiri bacaan blood pressure. Bila ambil bacaan akan nampak IHB terpapar pada mesin bp tu. IHB bermakna irregular heartbeat. Bacaan ni mungkin kurang tepat. tapi saya nak at least beberapa bulan cuba sendiri tanpa ubat.
nampak bacaan pada mesin tu IHB.
How accurate is irregular heartbeat on blood pressure monitor?In summary, the device has a diagnostic accuracy of 87.88% with a sensitivity of 100% and a specificity of 84.8%. ~ PMC
Apa yang saya lakukan?
1. Berat badan
2.Jaga makan
3. Bersenam
4. Makan Supplement
5. Jaga emosi
Supplement yang saya ambil dan sangat membantu tahap kesihatan
1. ResV
Resveratrol membantu saluran darah untuk berehat dan mengembangkan yang memudahkan darah mengalir dengan bebas melalui arteri dan juga menstabilkan degupan jantung . Selain itu, Resveratrol adalah antioksidan yang bermanfaat dalam mencegah unsur-unsur berbahaya dalam badan daripada menyerang sel-sel sihat.
Ciri-ciri antioksidan resveratrol juga menawarkan manfaat kesihatan tertentu dalam pencegahan penyakit jantung dan mengurangkan keradangan tisu paru-paru pada penyakit paru-paru tersumbat kronik [chronic obstructive pulmonary disease (COPD)].
Penyelidik di University of Illinois, di bawah arahan Dr John Pezzuto, telah mendedahkan maklumat baru dan menarik tentang resveratrol. Kajian telah menunjukkan bahawa resveratrol boleh mencegah penyakit jantung dengan menghalang pembentukan pembekuan darah, yang boleh mencetuskan kedua-dua serangan jantung dan strok.
2. Omega Guard
Degupan jantung adalah bilangan kekerapan jantung berdegup (biasanya dalam minit). Manakala ritma jantung pula corak dengupan jantung.
Jantung yang sihat ada ritma jantung yang stabil. Penyelidikan telah menunjukkan Omega 3 membantu menormalkan ritma jantung yang tidak stabil dan mengurangkan risiko mati mengejut.
3. Coqtrol
CoQ10 sangat penting untuk:
- Tenaga kepada sel, supaya jantung dapat berfungsi dengan baik
- Mengurangkan kesan sampingan pengambilan statin
- Menggalakkan pengeluaran enzim CoQ10
- Melindungi arteri daripada kerosakan akibat oksidasi LDL
Ini merupakan pengalaman saya sendiri ye. Diingatkan supplement bukan merawat penyakit. dan ini atas risiko saya sendiri. Kalau anda ada penyakit jantung yang kritikal jumpa doktor okay. nanti doktor marah saya hasut korang pulak. Tujuan saya berkongsi untuk bantu yang ada masalah ini supaya hidup lebih sihat. Supplement perlu tak kira sihat ke sakit. hari hari kena makan.
Kalau dah jumpa doktor dan nak mencuba supplement untuk bantu proses lebih cepat, badan kuat maka boleh la hubungi saya untuk dapatkan supplement ni
Informasi yang sangat membantu dan bermanfaat terkait denyutan jantung. Pemberian perawatan yang tepat pada jantung salah satunya adalah Dokter Denio yang merupakan salah satu dokter spesialis khusus jantung.
terima kasih untuk informasi dan perkongsian anda