Vitamin Shaklee Hb Low Semasa Mengandung
Puan tau tak kalau hb low ni anak puan boleh mati tau!! masih terngiang ngiang kata kata nurse klinik kerajaan pada saya 13tahun lepas semasa mengandungkan anak pertama. masa itu hb saya hanya 8. paling tinggi pun bacaan 10. sedihnya. balik rumah menangsi tanpa henti. tak salahkan nurse tu. memang betul apa yang dia cakap. bahaya hb low semasa mengandung. Bukan bahaya untuk ibu malah bayi juga. Vitamin Shaklee Hb Low Semasa Mengandung .
Apa Itu HB?
Hemoglobin ini mempunyai fungsi yang amat penting kerana ia bertindak sebagai pengangkut oksigen dan zat makanan ke seluruh badan.
Semasa hamil, tubuh akan menghasilkan lebih banyak sel darah merah untuk menyokong perkembangan bayi. Kekurangan Hemoglobin boleh menyebabkan tubuh kekurangan kandungan oksigen, sekaligus mendedahkan ibu hamil dan bayi kepada beberapa risiko.
Bacaan Normal HB Semasa Hamil
Hemoglobin diukur dalam g/dl (gram per desiliter). Berikut adalah julat normal hb bagi individu dewasa:
- Tidak hamil: 12 hingga 15.8 g/dl atau 120 hingga 158 g/L
- Trimester pertama: 11.6 hingga 13.9 g/dl atau 116 hingga 139 g/L
- Trimester kedua: 9.7 hingga 14.8 g/dl atau 97 hingga 148 g/L
- Trimester ketiga: 9.5 hingga 15 g/dl atau 95 hingga 150 g/L
Hb Normal ibu Mengandung: Mengapa bacaan menurun?
Tahap hemoglobin yang menurun semasa kehamilan dianggap normal. Ini kerana ketika hamil jumlah darah akan meningkat sebanyak 50% bagi membekalkan nutrien penting kepada bayi dalam kandungan.
Menjelang minggu ke-8 kehamilan, paras plasma darah menjadi lebih tinggi berbanding sel darah merah pada ibu mengandung.
Disebabkan penurunan kepekatan sel darah merah ini, paras Hb akan menurun sehingga serendah 10.5g/dl.
Tetapi awas, jika paras Hb lebih rendah daripada yang dinyatakan, pemeriksaan doktor perlu dilakukan segera.
Bahaya Hb Low Semasa Mengandung
8 BAHAYA HB RENDAH KEPADA IBU MENGANDUNG DAN BAYI
Berikut adalah antara risiko apabila seseorang mengalami kekurangan Hemoglobin dalam darah.
1. Letih & Lesu
Pertama sekali, anemia boleh membuatkan seseorang berasa letih, lesu, dan lemah. Anda akan sering terasa pening, sesak nafas, atau berasa sukar untuk fokus.
Ia berlaku akibat kekurangan oksigen dan nutrien yang amat diperlukan oleh badan. Wajah seseorang juga cenderung kelihatan pucat serta tidak bermaya.
2. Keguguran
Sekiranya anemia berada pada tahap yang serius, tubuh akan tidak berupaya lagi menanggung proses kehamilan, lalu menyebabkan keguguran janin yang dikandungkan.
3. Tumpah Darah Ketika Bersalin
Apabila bacaan Hb anda tidak menunjukkan kemajuan sehinggalah waktu bersalin, apa yang membimbangkan adalah ia berisiko menyebabkan tumpah darah.
Jika ini berlaku, kebarangkalian untuk seseorang memerlukan pemindahan darah (blood transfusion) akan meningkat demi menyelamatkan nyawa.
4. Tumbesaran Bayi Terbantut
Menurut laman kesihatan Web MD, bayi yang dikandungkan juga berisiko mengalami masalah tumbesaran serta keterlewatan perkembangan. Malah, bayi mungkin turut terdedah kepada risiko anemia.
5. Kelahiran Bayi Kurang Berat Badan (IUGR)
Selain itu, bahaya kurang Hb juga memberi kesan kepada kesihatan fizikal bayi, di mana sejak dalam kandungan lagi bayi tidak dapat membesar dengan normal.
Bayi IUGR (IntraUterine Growth Restriction) biasanya lahir dengan berat badan yang kurang daripada normal dan memerlukan perhatian khusus daripada pihak hospital. Kes sebegini juga boleh berpunca daripada kelahiran bayi pramatang oleh ibu yang mengalami anemia.
6. Bayi Meninggal Dalam Kandungan
Komplikasi-komplikasi akibat kekurangan Hb dalam darah boleh menjadi punca bayi meninggal dalam kandungan.
7. Postpartum Depression
Dalam sebuah jurnal kesihatan, kajian oleh Intercollege Physiology Program and the School of Nursing mendapati bahawa wanita yang memiliki bacaan Hb rendah selepas bersalin lebih berisiko mengalami masalah tekanan perasaan / meroyan / postpartum depression.
8. Kematian Ibu
Dalam kes yang paling teruk, anemia yang tidak dirawat boleh menjadi punca kematian ibu hamil.
Vitamin Shaklee Hb Low Semasa Mengandung
VITALEA IRON COMPLEX (ZAT BESI)
- Iron penting untuk pembentukan darah merah
- Bila pembentukan darah merah cukup, maka oksigen dan nutrien lain mudah dibawa kepada baby
- Kekurangkan iron akan sebabkan ibu mudah letih dan berisiko dapat anemia
- Kekurangan iron juga akan sebabkan kelahiran pramatang atau pun gugur.
B-COMPLEX SHAKLEE
- B-Complex Shaklee dipatenkan sistem nutrien delivery untuk tingkatkan penyerapan yang maksima
- Lengkap dengan 8 kumpulan vitamin B
- Ditambah dengan folic acid
- Membantu tukarkan makanan kepada tenaga
- Setiap tablet mengandungi 200mcg folate (Folic Acid)
VITAMIN C
- Kuatkan imun ibu supaya tak mudah demam atau sakit.
- Sangat membantu kurangkan jerawat dan kulit kusam semasa hamil akibat pertukaran hormon.
- Membantu penyerapan zat besi (elok di ambil bersama dengan Vitalea Iron)
- Bantu proses penyembuhan luka seperti luka
BACAAN HB PEMBAWA THALASEMIA JENIS BETA MENINGKAT DENGAN SET HAMIL SHAKLEE
Hai semua! Nama saya Olivia Jessica Andrew dari Beaufort Sabah. Mengenali Shaklee sejak tahun 2013 lagi. Kali ni saya kongsikan cerita semasa mengandung anak kedua saya Awon.
Bila mengandung anak kedua saya mengalami HB low lebih teruk daripada mengandung anak pertama. Saya terpaksa tukar ubat penambah darah sehingga 3 kali. Sembelit semakin teruk walaupun telah makan Ostematrix.
Saya jaga makan dan terpaksa menelan hati ayam walaupun tekak tidak boleh menerima. Saya ambil set lengkap kehamilan juga masa tu kecuali Vitalea Iron Formula sebab tidak yakin sebab saya pembawa talasemia jenis Beta. Bacaan HB semakin teruk sehingga masuk hospital kerana denyutan jantung yang cepat.
Akhirnya kerana tidak tahan, saya beranikan diri bertanya kepada doktor tentang vitalea iron formula. Doktor memberi kebenaran. Gembira hati saya.
Walaubagaimanapun, semasa saya mula ambil vitalea iron formula tu pada bulan ke 8; di mana sudah jadi seminggu sebelum bersalin. Bacaan HB saya naik setiap minggu terakhir daripada 9.5 hingga 11.
Mengandung anak kedua ni juga saya jarang kejang kaki waktu malam daripada mengandung anak pertama. Mungkin sebab saya makan ostematrix juga.
Vitamin set full kehamilan ni boleh ambik semasa berpantang dan sebagai set menyusu juga. Buktinya, anak saya Awon masih menyusu sekarang sudah 3 tahun. Syukur sangat kenal vitamin Shaklee ni.
Terima kasih Shaklee!
BERMINAT NAK ORDER VITAMIN HB LOW
Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Penghantaran sekitar Shah Alam, Petaling Jaya, Klang, Subang Jaya, Bangsar, Kelana Jaya, Alam Impian, Denai Alam,
Ainul Mustafa
Pengedar Shaklee Shah Alam
Email: ainulfadzilah@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp: 013-3612717
www.wasap.my/60133612717/HBLOW