CYST OVARI KETIKA MENGANDUNG : BAHAYA KE?
CYST OVARI KETIKA MENGANDUNG : BAHAYA KE?
- Cyst secara amnya ialah sac (kantung) yang berisi air. Ia boleh terjadi di mana-mana; hati, otak, kulit, kelenjar tiroid dan lain-lain.
- Cyst yang paling kerap dialami oleh wanita ialah cyst di ovari (kilang telur). Ini kerana ovari mempunyai telur (follicle) yang berkembang pada setiap bulan ketika kitaran haid.
- Bagi wanita yang mengalami kitaran haid yang teratur, setiap bulan beberapa telur di ovari akan berkembang. Apabila cukup matang, telur yang paling besar akan pecah (ovulation) dan mengeluarkan benih (ovum). Ketika ini dinamakan waktu subur (fertile period). Benih ini akan melalui tiub rahim dan masuk ke dalam rahim untuk disenyawakan oleh sperma suami.
- Waktu subur tidak sama untuk semua wanita. Secara kasarnya waktu subur ialah hari ke 12 ke 16 dalam kitaran haid, di mana hari permulaan datang haid dikira sebagai hari pertama.
- “Sarung telur” yang ditinggalkan oleh benih di dalam ovari akan kekal sebagai corpus luteum. Corpus luteum akan menghasilkan hormon progesteron yang membantu perkembangan rahim sebagai persediaan untuk kehamilan.
- Jika tiada persenyawaan berlaku, corpus luteum akan mengecut selepas 14 hari, paras progesteron menurun dan haid pun datang semula.
- Jika persenyawaan berlaku, janin bayi akan mengeluarkan hormon hCG. Hormon ini boleh dikesan oleh ujian air kencing (urine pregnancy test) seawal 5 minggu dari hari pertama haid sebelumnya, ataupun seminggu lewat haid.
- Hormon hCG juga berperanan menyambung hayat corpus luteum supaya terus hidup dan menghasilkan progesteron. Progesteron diperlukan supaya uri dapat menanamkan diri ke rahim dengan baik.
- Apabila uri sudah cukup besar sekitar 14 – 16 minggu kandungan, uri akan mengeluarkan hormon progesteron sendiri dan corpus luteum pun mengecut.
Cyst ketika mengandung
- Cyst yang selalu dijumpai ketika mengandung ialah berasal dari corpus luteum ini. Air kadang-kala boleh terkumpul dalam sarung telur ini dan kelihatan sebagai cyst melalui ultrasound. Cyst ini biasanya boleh mencapai sehingga saiz 5 cm.
- Apabila kandungan mencapai usia 14- 16 minggu, kebanyakan cyst ini akan mengecut. “Masa mula-mula mengandung dulu doktor ada jumpa cyst, tapi bila scan balik cyst tu dah takde”.
- Maka ibu-ibu tidak perlu panik jika doktor tidak buat apa-apa semasa ibu – ibu didapati mempunyai cyst di awal kandungan. Temujanji untuk scan semula ketika kandungan berusia 14 – 16 minggu adalah memadai.
- Walau bagaimana pun, ada juga cyst yang boleh membesar sehingga 10 cm atau lebih. Cyst yang besar ada risiko untuk pecah, berdarah, dan berputar. Jika ini berlaku ibu – ibu akan mengalami sakit di abdomen. Jika ini berlaku, pembedahan kecemasan adalah diperlukan untuk membuang cyst dan memberhentikan pendarahan.
- Oleh itu, kebanyakan doktor akan menasihatkan pembedahan membuang cyst jika ketika temujanji didapati cyst ibu adalah besar. Pembedahan yang dirancang (elective) adalah lebih baik daripada pembedahan secara kecemasan (emergency).
- Bergantung kepada saiz cyst dan fasiliti hospital tersebut, pembedahan ini boleh dijalankan secara laparoscopy (lubang kecil dan dimasukkan kamera) ataupun laparotomy (potong abdomen).
- Risiko keguguran adalah sehingga 12% jika pembedahan membuang cyst ovari dilakukan di trimester pertama (sebelum 12 minggu). Oleh itu jika cyst perlu dibuang, paling selamat dibuat ketika trimester kedua. Namun ada sedikit risiko rahim akan mengalami kontraksi dan kemungkinan bayi dilahirkan awal.
Jenis-jenis cyst ovari yang lain
- Corpus luteal cyst adalah ketumbuhan di ovari yang boleh dikategorikan sebagai benign cyst (bukan kanser). Ada ketumbuhan lain di ovari yang daripada jenis benign seperti endometrioma dan teratoma. Namun ada juga yang berkemungkinan jenis kanser.
- Doktor yang merawat puan adalah yang lebih arif tentang kemungkinan jenis cyst yang puan ada. Saya bukanlah orang yang sesuai untuk memberitahu dengan pasti jenis cyst puan kerana saya tidak memeriksa puan sendiri. ☺
CYST BERJAYA KECUT MASA MENGANDUNG
ini merupakan pengalaman customer saya sendiri yang amalkan product Shaklee ketika hamil. Supplement Shaklee bukan ubat merawat. tetapi supplement membantu memberi nutrisi yang badan perlu terutama ketika hamil
Bagaimana Set Hamil Shaklee Membantu Ibu Hamil Sihat, Cantik Dan Cyst pun hilang
ESP ada GENISTEIN yang bantu MUSNAHKAN radikal bebas dan sangat baik untuk uterus & ovari
VITA C, antioksidan selain banty musnahkan radikal bebas juga punca cyst, sangat membantu mengecutkan cyst.
OMEGA GUARD bersifat anti inflammatory (radang).
Cyst tu sendiri ialah keradangan. Inshaa allah bantu kecutkan cyst. Omega guard ni, omega-3. Nak dapatkan set ini boleh hubungi saya di FREE COD, FREE DELIVERY AREA SHAH ALAM jom shopping di
https://t.me/AgentShakleeShahAlam
Untuk order boleh Whatsapp ke www.wasap.my/60133612717/setcysthamil