Set Tiroid Shaklee

Set Tiroid Shaklee

Penyakit tiroid lebih kerap berlaku di kalangan wanita berbanding lelaki. Penyakit ini boleh berlaku semasa dan selepas kehamilan. Bagaimanapun penyakit ini selamat serta mudah dirawat jika diagnosis dan rawatan pada peringkat awal dilakukan. Set Tiroid Shaklee yang terbaik untuk masalah ini ialah VIVIX, OMEGA GUARD, B-COMPLEX, OSTEMATRIX.

Penyakit Tiroid

Secara anatomi, kelenjar thyroid terbahagi dua, seperti rama-rama. Dua hormon dikeluarkan kelenjar ini iaitu hormon tiroksin (T4) dan juga triiodotiroksin (T3). Hormon ini mengawal metabolisme (pengeluaran tenaga) manusia. Jika tiroid tidak berfungsi dengan sempurna, ia memberi kesan terhadap aspek kesihatan, terutama berat badan, kemurungan dan tahap tenaga.

Dengan metabolisme tinggi, anda mungkin berasa panas dan sebaliknya. Jadi kelenjar tiroid membantu fungsi badan berjalan pada kadar selamat dan berkesan. Kawalan kelenjar ini dilakukan oleh kelenjar pituitari pada otak, melalui hormon perangsang tiroid. Apabila aras hormon tiroid tinggi, akan timbul penyakit hipertiroidisme dan jika aras hormon terlalu rendah, penyakit hipotiroidisme pula berlaku. Penyakit lain seperti diabetes mellitus juga boleh menganggu pengeluaran hormon tiroid.

Terdapat ujian, pemeriksaan dan juga simptom tertentu yang boleh digunakan untuk mendiagnosis penyakit tiroid. Anda juga mungkin akan menghidap penyakit lain susulan daripada perjalanan fungsi kelenjar tiroid yang tidak teratur.

Ada dua jenis penyakit tiroid iaitu hipertiroidisme dan hipotiroidisme yang biasa menyerang wanita berbanding lelaki. Empat nisbah satu penyakit tiroid menyerang wanita berusia 20 tahun ke atas kerana sebab dan alasan yang tidak diketahui hingga kini.

Hipertiroidisme

Penyakit ini berlaku apabila kelenjar tiroid mengeluarkan hormon berlebihan. Biasanya ia disebabkan penyakit autoimun manakala badan manusia pula menghasilkan antibodi yang mampu merangsang kelenjar tiroid. Hipertiroidisme berlaku apabila kelenjar tiroid terlalu aktif dan menghasilkan terlalu banyak hormon tiroksin. Penyakit Grave adalah penyebab utama peningkatan aktiviti kelenjar. Selain itu, ubat yang diambil untuk hipotiroidisme mungkin menyebabkan hipertiroidisme, jadi pengawasan doktor amat penting.

Simptom hipertiroidisme adalah hilang berat badan, kerap buang air besar, berpeluh, berdebar-debar, menggeletar, penglihatan terjejas dan bertambah selera makan. Rawatan yang diberikan akan mengurangkan pengeluaran hormon tiroid. Ubat untuk mengurangkan debaran jantung mungkin perlu diberikan. Sekiranya rawatan yang diberikan gagal, mungkin rawatan menggunakan iodin beradioaktif diberikan untuk memusnahkan sebahagian kelenjar tiroid. Pembedahan juga salah satu daripada kaedah rawatan.

Penyakit tiroid semasa hamil Penyakit tiroid memberikan risiko pada anda dan juga kandungan. Sebab itulah pentingnya anda menjalani pemeriksaan kesihatan semasa lawatan pertama ke klinik ibu mengandung. Dengan rawatan, anda boleh mengandung secara normal dan selamat. Rawatan anda juga mungkin diubah dos ubat secara berkala di samping ujian darah dan ujian lain yang difikirkan perlu akan dilakukan.

Rawatan iodin beradioaktif tidak akan diberikan pada pesakit hamil. Ada sesetengah ibu mengalami masalah tiroid selepas bersalin. Ini dipanggil postpartum tiroiditis. Lazimnya aras hormon tiroid ibu terbabit kembali ke normal dengan pantas. Namun, ada segelintir ibu mungkin mengalami hipotiroidisme pada masa hadapan. Perlu ditegaskan ujian pengesanan atau ujian darah hormon tiroid bukan pemeriksaan rutin semasa pemeriksaan antenatal.

Gejala biasa

  • bengkak di leher
  • degupan jantung yang cepat
  • cepat marah
  • cepat berpeluh
  • tidak tahan cuaca panas
  • tangan bergetar
  • kitaran haid tidak teratur
  • sentiasa gelisah
  • penurunan berat badan
  • rambut gugur
  • masalah sukar tidur (insomnia)
  • bengkak di sekeliling mata
  • kelopak mata tertarik ke dalam hingga menampakkan mata putih di bahagian atas
  • cirit-birit
  • tubuh badan lemah
  • osteoporosis

Hipotiroidisme

Penyakit hipotiroidisme Penyakit ini berlaku apabila kelenjar tiroid tidak berfungsi secara optimum sehingga hormon tidak dikeluarkan secukupnya. Ubat yang dimakan untuk merawat fungsi tiroid berlebihan juga boleh menyebabkan penyakit hipotiroidisme.

Lazimnya, penyakit hipotiroidisme disebabkan keradangan pada kelenjar tersebut, yang dipanggil tiroiditis. Penyakit ini juga dikenali sebagai penyakit Hashimoto iaitu sejenis penyakit autoimun yang merangsang pertahanan badan supaya mengeluarkan antibodi terhadap kelenjar tiroid. Akibatnya, otak mengeluarkan isyarat melalui hormon perangsang tiroid supaya kelenjar tiroid berkerja lebih kuat. Akibatnya, kelenjar tersebut membesar dan dipanggil goiter. Akhirnya, kelenjar tiroid tidak lagi dapat mengeluarkan hormon yang diperlukan oleh badan.

Simptom hipotiroidisme adalah bengkak kaki, ingatan terganggu, lembap, malas, kuat tidur, badan sering terasa sejuk dan boleh mengakibatkan masalah jantung jika tidak segera dirawat. Pesakit yang mengalami penyakit ini mudah dirawat, tetapi terpaksa mengambil hormon tiroksin seumur hidup. Dos ubat juga mungkin diubah secara berkala bergantung kepada aras hormon tiroid.

Gejala

  • kurang tenaga
  • rasa sejuk
  • denyutan jantung perlahan
  • kemurungan
  • berat badan bertambah
  • kurang daya ingatan
  • kulit kering
  • rambut gugur
  • sembelit
  • beguk
  • nafsu seks turun
  • suara serak

Pantang Larang Masalah Tiroid

  • Elakkan makanan yang menyebabkan alahan seperti produk tenusu (susu, keju dan aiskrim), gandum (gluten), soya, jagung, bahan pengawet dan bahan kimia tambahan dalam makanan.
  • Anda boleh dapatkan ujian alahan daripada doktor.
  • Makan makanan yang tinggi vitamin B dan zat besi, seperti bijirin penuh (whole grains) dan sayuran segar
  • Jika anda mengambil ubat untuk hormon tiroid, sila dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil produk yang berasaskan soya. Terdapat bukti menunjukkan soya boleh mengganggu penyerapan ubatan untuk hormon tiroid.
  • Zat besi juga boleh mengganggu penyerapan ubatan untuk hormon tiroid.
  • Makan makanan yang tinggi antikoksidan, seperti buah-buahan (bluberry, ceri dan tomato) dan sayuran (seperti labu dan bell pepper)
  • Elakkan makanan seperti roti putih, pasta dan gula.
  • Kurangkan pengambilan daging; lebihkan pengambilan ikan, kacang dan protein.
  • Hadkan pengambilan daging yang diproses seperti makanan segera.
  • Gunakan minyak masak seperti minyak zaitun atau minyak kelapa.
  • Kurangkan atau tidak mengambil makanan yang mengandungi lemak trans seperti biskut, kek, kentang goreng, onion ring, donut, makanan yang diproses dan majerin.
  • Elakkan alkohol dan tembakau. Bincang dengan doktor anda sebelum ingin mengambil produk yang mengandungi kafein seperti kopi, teh dan minuman ringan.
  • Bersenam sekurang-kurangnya 30 minit sehari atau 5 kali seminggu.

Nutrisi Terbaik Untuk Set Tiroid Shaklee

  1. PROTEIN SOYA – Mengandungi protein soya yang mempunyai unsur-unsur estrogen. Kajian mendapati estrogen boleh menghalang pengeluaran hormon tiroid seterusnya mengurangkan paras hormon tiroid dalam badan . Ini berguna untuk pesakit yang mengalami hypertiroidisme iaitu terlebih hormon tiroid. Boleh menyebabkan kurang rembesan hormon tiroid jadi tidak sesuai untuk pesakit hipotiroidisme (kurang hormon tiroid)
  2. IODINE – Sumber iodine (kekurangan iodine adalah satu satu punca terjadinya hypotiroidisme)
  3. VITAMIN A – menambah keberkesanan T3 (hormon tiroid yang aktif)
  4. VITAMIN D – menambah keberkesanan T3 (hormon tiroid yang aktif)
  5. ZINC – Zink diperlukan dalam proses penghasilan tiroksin @ T4 (hormon tiroid tak aktif) dalam kelenjar thyroid dan proses penukaran T4 kepada T3 (hormon tiroid aktif @ tironin)
  6. SELENIUM – Selenium diperlukan untuk penukaran kepada T3 dan juga mengurangkan antibodi kepada tiroid (salah satu penyebab hipotiroidisme ialah autoimmune atau kehadiran antibodi terhadap sel tiroid dalam badan)
  7. VITAMIN E -Vitamin E bersifat anti-oksidan (juga vitamin A dan C) yang melawan radikal-radikal bebas (kajian menunjukkan pesakit hipotiroidisme mempunyai tahap antioksidan yang rendah)
  8. VITAMIN C – Hypothyroidism amat memerlukan vitamin ini supaya dapat mengawal rembesan hormon thyrosin ke dalam tubuh dan juga dapat mengekalkan kesihatan thyroid gland.
  9. VITAMIN B – Kekurangan Vitamin B2 menekan fungsi tiroid kerana tiroid dan kelenjar adrenal gagal untuk mengeluarkan hormon mereka. Orang yang mempunyai tiroid tidak begitu aktif atau orang-orang yang tidak mempunyai tiroid tidak dapat menyerap vitamin ini. Kekurangan serius B12 boleh menyebabkan penyakit mental, pelbagai gangguan neurologi, neuralgia, radang urat saraf dan radang kandung lendir. Tanpa vitamin ini tiroid tidak boleh menggunakan bahan mentah iodin dengan cekap untuk membuat hormon. Vitamin ini diperlukan lebih dengan tiroid yang terlalu aktif. Kelemahan otot adalah perkara biasa dalam orang yang mempunyai tiroid terlalu aktif dan di kalangan mereka yang juga kekurangan B6.
  10. KALSIUM – telah mendapati bahawa apabila orang dengan tiroid yang terlalu aktif mengambil vitamin ini, ia membalikkan perkumuhan pesat biasa kalsium, dan osteoporosis dapat dielakkan.
  11. MAGNESIUM – Magnesium diperlukan untuk penukaran ke T3 T4 jadi mineral ini perlu ditambah. Dr Magovern memberitahu kita bahawa sesetengah orang kehilangan Magnesium pada kadar yang besar melalui kencing. Juga ia seolah-olah bahawa diet yang tinggi dalam makanan halus dan kafein akan menggalakkan kehilangan magnesium.
  12. RESVERATROL – Mempengaruhi fungsi tiroid dengan meningkatkan pememerangkapan iodida (iodide) dan, dengan meningkatkan rembesan TSH melalui pengaktifan sirtuins dan laluan phosphatidylinositol- 4-fosfat 5 γ kinase (PIP5Kγ), memberi kesan positif kepada metabolisme.
  13. OMEGA-3 – Minyak ikan dianggap baik untuk meningkatkan penyerapan hormon tiroid dan menjaga fungsi tiroid sihat. Kaya akan asam lemak omega 3, minyak ikan juga melawan peradangan dan meningkatkan kekebalan.

Set Tiroid Shaklee

Masalah Hypertiroid

1. VIVIX – Minuman botani lazat yang mengandungi campuran botani khas Shaklee termasuk ekstrak Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Eldeberi Eropah dan Lobak Ungu.

2. VITA-LEA – Vita-Lea® adalah formulasi dicipta khas untuk menyokong keperluan khusus lelaki dan wanita. Setiap hidangan memberikan 28 jenis vitamin penting dan mineral kritikal, termasuk vitamin C, dan Beta Karotena untuk perlindungan antioksidan.

3. VITA-E COMPLEX – Vitamin E adalah antioksidan dan ia penting untuk mengekalkan kesihatan yang baik. Vitamin E juga membantu mengekalkan sistem imun yang kuat di mana kajian menunjukkan bahawa Vitamin E meningkatkan fungsi imun dikalangan orang-orang tua.

4. B-COMPLEX – Asid Folik, salah satu vitamin B kritikal dan tidak mudah diserap. Maka, Shaklee membangunkan sistem penyerapan bioaktif berpaten yang menjadikan nutrien ini lebih mudah diserap untuk menyokong penyerapan. Teknologi berpaten ini adalah milik eksklusif Shaklee.

5. OMEGA-GUARD – OmegaGuard™ membekalkan spektrum lengkap tujuh jenis asid lemak perlu Omega-3 tulen, yang biasanya ditemui secara semula jadi dalam ikan kecil di habitat lautan dalaman air sejuk. Setiap hidangan mengandungi kepekatan 999mg Omega-3 (546mg EPA yang bermanfaat untuk kesihatan anda dan 360mg DHA yang penting untuk perkembangan dan fungsi normal tubuh).

Masalah Hipotiroid

1. ESP – Shaklee menggunakan protein soya yang tidak-diubahsuai secara genetik (Bukan-GMO) di bawah Program Pengekalan Identiti (IPP).
Setiap hidangan membekalkan 14 gram protein berasaskan tumbuhan. Protein soya membantu menurunkan paras kolesterol.

2. OSTEMATRIX – Diformulasi khas dengan campuran 7 nutrien penting termasuk kalsium, vitamin D, magnesium, zink, kuprum, mangan, dan boron untuk membantu membina ketumpatan tulang. Kaplet bersaiz kecil, mudah ditelan.

3. VITAMIN C– Sustained Release Vita-C PlusTM adalah produk semula jadi yang diperolehi daripada ekstrak jagung yang sesuai untuk mereka yang mempunyai perut sensitif.

Testimoni Set Tiroid Shaklee

testimoni set tiroid shaklee
ubat hipertiroid shaklee
vivix shaklee untuk masalah tiroid
vivix shaklee bantu tiroid

Cara Order Set Tiroid Shaklee

Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set tiroid shaklee mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Penghantaran sekitar Shah Alam, Petaling Jaya, Klang, Subang Jaya, Bangsar, Kelana Jaya, Alam Impian, Denai Alam,

Rujukan Artikel

sumber: ndlifestokis , ohcantik, minareenamee, sehatly

One thought on “Set Tiroid Shaklee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *