Tidur Tapi Penat. kenapa ye?

Tidur Tapi Penat. kenapa ye?

Saya ni dah tidur berjam jam tapi bila bangun badan masih lagi penat, lemau. Rasa penat sangat kenapa ye? Adakah anda ada masalah ini? tidur tapi penat? jom kita check apa masalah nya

Tidur Tapi Penat. kenapa ye?

Menurut Public Health Malaysia, masalah penat yang melampau meskipun sudah cukup tidur dan rehat ini boleh berpunca daripada beberapa sebab utama seperti:

Anemia adalah keadaan dimana kekurangan sel darah merah dalam darah untuk membawa oksigen ke seluruh tisu badan. Dalam maksud lain, anemia membawa erti kekurangan hemoglobin, dimana bagi wanita normal adalah 11.5 hingga 16.5g/dL manakala bagi lelaki adalah 12.5 hingga 18.5g/dL.

Masalah anemia ini boleh terjadi apabila seseorang individu itu kehilangan darah sama ada akut atau kronik seperti kemalangan atau pembedahan. Dalam kes berbeza, anemia juga boleh berlaku apabila kekurangan penghasilan sel darah merah dalam sum-sum tulang yang disebabkan oleh kurangnya zat besi, vitamin B12, folate dan juga erythropoietin.

Anemia yang teruk boleh menyebabkan fungsi jantung menjadi lemah dan tidak mencukupi selain juga menyebabkan masalah kepada wanita mengandung seperti kelahiran bayi pramatang dan kerencatan pertumbuhan janin dalam kandungan

apnea tidur adalah gangguan tidur serius di mana pernafasan berulangkali terganggu ketika tidur.

Kesannya, organ mereka yang mengalami apnea tidur, terutamanya otak, mungkin tidak mendapat oksigen yang mencukupi serta tidur menjadi kurang berkualiti, yang juga menyebabkan pesakit penat ketika siang.

hypotiroid

hypotiroid adalah keadaan dimana hormon tiroid adalah pada paras yang rendah. Oleh kerana hormon tiroid mengawal metabolisma badan manusia, kekurangan hormon tiroid sememangnya menyebabkan keletihan dan kelesuan.

‘Keletihan dan kekurangan tenaga’, lesu dan cepat penat adalah gejala-gejala hipotiroid. Mereka kelihatan perlahan dan ‘malas’ dalam tindakan dan fikiran.

Letih pesakit hipotiroid adalah masuk akal dan mudah difahami.

LETIH PESAKIT HIPERTIROID

Namun, bagi pesakit hipertiroid (di mana hormon tiroid berlebihan), mereka mendakwa bahawa mereka juga berasa letih.

Hormon tiroid berlebihan menyebabkan metabolisma badan bertambah tinggi.

“Bukankah hipertiroid menyebabkan kamu lebih bertenaga?”

Sebenarnya, pesakit hipertiroid juga mengalami simptom letih. Ini adalah kerana paras hormon tiroid yang tinggi menyebabkan jantung pesakit berdegup dengan laju; sehingga boleh mencapai 120 – 130 degupan jantung seminit pada kadar sekata (sinus rythm).

Terkadang, degupan jantung pesakit ini boleh mencapai lebih 150-160 degupan seminit dan kadarnya tidak sekata (iaitu ketika atrial fibrilation berlaku).

Ada pula kes dimana degupan begitu laju menyebabkan lemah jantung (cardiomyopathy), bengkak kaki dan paru-paru dibanjiri dengan cecair (pulmoary oedema).

Kadar degupan 120 seminit biasanya berlaku apabila seseorang itu berlari dengan pantas; persis lagenda pecut Watson Nyambek (pecutan 100n dalam 10.3 saat) dan Usain Bolt (pecutan 100m dalam 9.58 saat).

Akan tetapi bagi pesakit tiroid, mereka boleh merekodkan bacaan degupan jantung 120 seminit hanya dengan bergerak daripada katil bilik tidur ke tandas. Malah ianya boleh berlaku ketika mereka sedang tidur.

Maka tidak hairanlah mereka kelihatan seolah-olah selesai melakukan pecutan 100m, tercungap-cungap walaupun dengan aktiviti harian yang biasa.

Jadi bagi mereka yang memerhati, jangan cepat menghukum pesakit tiroid pemalas. Hakikatnya, mereka memang keletihan.

Kebanyakan pesakit hipertiroid memang benar-benar akan merasa perbezaan; mereka akan berasa lebih bertenaga setelah menerima rawatan.

Letih pesakit hipotiroid adalah BENAR

Letih pesakit hipertiroid juga adalah BENAR

Diabetes

KENAPA PESAKIT DIABETIS CEPAT PENAT?

Pesakit diabetis Mellitus akan mengalami komplikasi penyakit ini jika tahap gula tidak dikawal dengan baik, setelah 10-15 tahun.

Antara komplikasi yang biasa dialami adalah diabetes fatigue (DF) syndrome.

Ia berlaku akibat:

1. Apabila insulin tidak dapat berfungsi dengan baik, gula dalam darah tidak mampu masuk ke dalam sel tubuh, lantas mengakibatkan tubuh tidak dapat menjana tenaga.

Akibatnya, tubuh menjadi mudah letih, lelah dan penat.

2. Tahap gula dalam darah boleh menjadi terlalu rendah (hypoglisemia) apabila mengambil dos ubat diabetes yang terlalu tinggi atau penyuntikan insulin sebelum makan yang terlalu cepat.

3. Masalah pseudo hypoglycemia apabila tubuh berasa seolah-olah mengalami hypoglycemia padahal tahap gula adalah normal atau tinggi sedikit. Ini kerana tubuh biasa dalam tahap gula yang tinggi. Tahap gula yang normal menyebabkan tubuh berasa seolah-olah tiada gula dalam tubuh.

4. Gaya hidup yang tidak sihat termasuk waktu tidur yang tidak cukup dan tidak mengawal stress dengan baik.

Selain daripada itu, tabiat menghisap rokok, mengambil alkohol dan kafein berlebihan boleh menyebabkan tubuh rasa keletihan.

Anxiety

Sekiranya anda selalu berasa penat, ada kemungkinan anda mengalami anxiety. Rasa bimbang serta gelisah sepanjang masa boleh menyebabkan badan sentiasa berada dalam keadaan waspada.

Depression

Perasaan Murung

Gejala utama adalah perasaan murung yang berterusan dan berpanjangan. Berasa sedih adalah normal jika berdepan dengan situasi yang negatif, kehilangan dan bermasalah. Walaubagaimanapun kesedihan penyakit kemurungan adalah luar biasa dan berbeza berbanding kesedihan yang biasa.

Hilang Minat

Pesakit yang terkesan daripada kemurungan yang berpanjangan lebih cenderung untuk hilang semangat dan minat terhadap aktiviti yang disukai

Selera Makan

Gangguan selera makan samada berkurangan atau berlebihan sehingga mengganggu berat badan dalam tempoh masa yang singkat.

Masalah Tidur

Gejala masalah tidur adalah antara yang kerap akan berlaku. Individu mungkin mengalami masalah kurang tidur atau insomnia, atau terlebih tidur.

Tenaga

Individu yang terkesan mungkin mengalami masalah gangguan tenaga, mudah penat dan selalu letih.

Supplement Shaklee Yang Boleh Bantu

Tidur Tapi Penat dan ini supplement Shaklee yang boleh bantu masalah anda

  1. Anemia

VITALEA IRON COMPLEX (ZAT BESI)

  • Iron penting untuk pembentukan darah merah
  • Bila pembentukan darah merah cukup, maka oksigen dan nutrien lain mudah dibawa kepada baby
  • Kekurangkan iron akan sebabkan ibu mudah letih dan berisiko dapat anemia
  • Kekurangan iron juga akan sebabkan kelahiran pramatang atau pun gugur.

B-COMPLEX SHAKLEE

  • B-Complex Shaklee dipatenkan sistem nutrien delivery untuk tingkatkan penyerapan yang maksima
  • Lengkap dengan 8 kumpulan vitamin B
  • Ditambah dengan folic acid
  • Membantu tukarkan makanan kepada tenaga
  • Setiap tablet mengandungi 200mcg folate (Folic Acid)

VITAMIN C

  • Kuatkan imun ibu supaya tak mudah demam atau sakit.
  • Sangat membantu kurangkan jerawat dan kulit kusam semasa hamil akibat pertukaran hormon.
  • Membantu penyerapan zat besi (elok di ambil bersama dengan Vitalea Iron)
  • Bantu proses penyembuhan luka seperti luka

Apnea Tidur

Tidur Tapi Penat

Rata-rata orang yang ada sleep apnea mungkin ada yang alami masalah tinggi gula. Ini menyebabkan kekurangan vitamin B1 dalam sel² badan. Vitamin B1 sangat diperlukan untuk memastikan sistem otak & saraf (terutamanya pusat pernafasan) berjalan dengan baik

Antara tanda Sleep Apnea apabila ialah bila mereka tidur, bunyi berdengkur, lepas tu diam lama sangat (sebab oksigen tak masuk), lepas berberapa ketika baru ada nafas.

Simptom lain kekurangan vitamin B1:

  • lactic acidosis (masalah bernafas sebab pH darah sedikit terlalu asid)
  • dyspnea/ beri-beri (payah bernafas disebabkan kekurang vitamin B1)
  • SIDS (Sudden Infant Death Syndrome
Tidur Tapi Penat

Asid lemak omega 3 membantu melancarkan pernafasan dan salur darah yang sempit. Antara kebaikan asid lemak omega 3:

  • Dapat mengawal serangan asma yang lebih baik dan kurang pergantungan pada kortikosteroid yang disedut (ICS)
  • Mengurangkan risiko mendapat COPD
  • Pengambilan antara 3gm hingga 6gm sehari memperbaiki gejala gangguan paru-paru tertentu seperti asma

Anxiety & Depression

Tidur Tapi Penat

Omega Guard

Minyak ikan omega-3, sangat membantu dalam merawat masalah kebimbangan dan kemurungan.

Ia mempunyai fungsi yang sangat penting untuk mengekalkan fungsi dan struktur neuron, iaitu sel dalam sistem saraf manusia.

Ostematrix

Vitamin D sangat penting untuk otak.Terdapat kajian menunjukkan bahawa kekurangan vitamin D boleh menyebabkan meningkatkan simptom kemurungan.

B Complex

Vitamin B9 ( asid folik) & vitamin B12 B complex Shaklee membantu menyeimbangkan mood dan hormon dalam tubuh kita.

Hypotiroid

Tidur Tapi Penat

Vivix
Membantu meningkatkan tenaga, melindungi dan memperbaiki sel serta membantu memerangi radikal bebas. Kajian menunjukkan pesakit hipotiroid mempunyai tahap antioksidan yang rendah.

Vitalea
Membekalkan multivitamin lengkap kepada pesakit. Merupakan sumber iodin (punca hipotiroid dikaitkan dengan kekurangan iodin). Vitalea menambahkan keberkesanan T3 (hormon tiroid yang aktif), membantu penghasilan tiroksin T4 (hormon tiroid tidak aktif) dan proses penukaran T4 kepada T3

Vitamin E
Kandungan selenium semulajadi dalam Vitamin E membantu penukaran kepada T3. Salah satu penyebab hipotiroid adalah autoimun atau kehadiran antibodi dalam sel tiroid. Vitamin e berfungsi mengurangkan antibodi ini. Vitamin E juga membantu memerangi serangan  radikal bebas.

Vitamin C
Penting untuk memantapkan sistem imun pesakit hipotiroid.

Bcomplex
Membantu dalam penghasilan hormon tiroid.

Diabetes

Tidur Tapi Penat

Apakah fungsi vivix untuk pesakit kencing manis?

1. vivix bantu kawal paras gula dalam badan

2. Vivix meningkatkan sensiviti insulin(maknanya sel makin kenal insulin)

3. Vivix mengurangkan insulin resistant (sel makin mesra dengan insulin)

Kajian pasal resveratrol berfungsi utk ketiga2 fungsi di atas tu bila kita amik suplemen vivix, sel dalaman pun dibaiki.

Bila pesakit makan ubat kencing manis yang doktor bagi tu, kesan ubat tu bertambah baik, secara tak langsung, vivix kawal paras gula dalam darah.

Tidur Tapi Penat: Nak Order Vitamin Shaklee

Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Penghantaran sekitar Shah Alam, Petaling Jaya, Klang, Subang Jaya, Bangsar, Kelana Jaya, Alam Impian, Denai Alam,

Ainul Mustafa
Pengedar Shaklee Shah Alam
Email: ainulfadzilah@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *