Makanan Tambahan Ibu Mengandung

Makanan Tambahan Ibu Mengandung

Tahniah anda mengandung! saat saat paling indah untuk setiap wanita yang sudah berkahwin. Perjalanan masa mengandung 9 bulan akan ada macam macam dan ianya kenangan seumur hidup. Dan proses mengandung juga sangat mencabar. Nak anak sihat masa mengandung ibu ibu kenalah jaga kesihatan. Ada banyak masalah ketika mengandung dan boleh beri kesan pada ibu dan bayi. selain ubat makanan tambahan ibu mengandung juga sangat penting untuk pastikan ibu bayi cukup nutrisi

Masalah kesihatan Yang Sering Ibu Hadapi Ketika Mengandung

1.Hb Low

Hemoglobin (hb) adalah protein dalam sel darah merah yang bertanggungjawab membawa oksigen ke seluruh badan.

Bagi wanita yang hamil, mereka perlu lebih banyak oksigen berbanding normal supaya kandungan dapat berkembang dengan sihat. Adakah bahaya sekiranya ibu hamil tidak mempunyai tahap Hb yang normal?

Mengapa Bacaan Selalu Menurun Ketika Hamil?

Kadar hemoglobin yang menurun semasa hamil boleh dianggap normal kerana jumlah darah akan meningkat sehingga 50% bagi membekalkan nutrisi penting untuk bayi dalam kandungan.

Apabila memasuki minggu ke-8 kehamilan, paras plasma akan menjadi lebih tinggi berbanding sel darah merah. Disebabkan ini, sel darah merah menjadi kurang pekat dan paras Hb boleh menurun sehingga 10.5 g/dl.

Jika paras Hb adalah lebih rendah daripada ini kerana ia boleh menjejaskan kesihatan ibu dan mengakibatkan keletihan, tangan dan kaki sejuk, kuku rapuh dan mudah patah, degupan jantung laju, pening kepala, kulit pucat dan sesak nafas walaupun sedang berehat.

Keadaan boleh menjadi bertambah teruk sekiranya paras Hb menurun sehingga 6g/dl kerana ia boleh menjurus kepada angina.

Angina adalah sakit dada jangka pendek yang berlaku apabila otot jantung tidak menerima darah atau oksigen yang mencukupi.

2. Kencing Manis GDM

Diabetes gestasi adalah keadaan yang dicirikan oleh paras gula darah yang meningkat, khususnya semasa mengandung dan biasanya akan hilang selepas bersalin. Walaupun ia boleh berlaku pada bila-bila masa sewaktu hamil, diabetes gestasi lebih kerap muncul dalam trimester kedua atau ketiga.

Apakah kesan jika alami GDM ini?

Kesan atau komplikasi GDM ini boleh berlaku kepada dua pihak iaitu ibu yang hamil dan juga bayi yang dikandung.

Antara kesan yang boleh berlaku terhadap bayi dalam kandungan ialah:

  • Bayi akan mempunyai berat badan yang berlebihan
  • Bayi akan lahir lebih awal atau terpaksa dikeluarkan lebih awal disebabkan faktor saiz bayi
  • Bayi akan mengalami kesukaran untuk bernafas
  • Akan menyebabkan bayi meninggal dunia sejurus selepas dilahirkan
  • Bayi cenderung untuk mendapat diabetes setelah dewasa kelak
  • Bayi akan mengalami keadaan hipoglisemia atau keadaan paras gula darah yang sangat rendah

Kesan yang berlaku kepada ibu hamil yang mengalami GDM pula adalah seperti berikut:

  • Ibu hamil juga berisiko untuk mendapat kencing manis jenis 2 pada masa akan datang
  • Lebih cenderung untuk melahirkan anak melalui kaedah Czer
  • Ibu hamil juga berisiko untuk mengalami tekanan darah tinggi dan juga preeklampsia akibat paras gula darah yang tinggi

3. Darah Tinggi

Terdapat banyak risiko yang dijangka bagi wanita hamil dengan tekanan darah tinggi, seperti:

  • Penurunan aliran darah ke plasenta: ini diterjemahkan kepada kurang oksigen dan bekalan nutrien kepada bayi, yang akhirnya mengakibatkan pertumbuhan yang perlahan, berat lahir rendah, bahkan juga kelahiran pramatang.
  • Gangguan plasenta: Ibu yang mengalami praeklampsia mempunyai risiko yang lebih tinggi terhadap keadaan ini. Gangguan yang teruk membawa kepada pendarahan yang berlebihan dan kerosakan pada plasenta, yang meletakkan risiko kepada kedua-dua hayat bayi dan ibu.
  • Kelahiran pramatang: Bersalin awal mungkin penting dalam beberapa kes untuk mengelakkan komplikasi yang membawa maut
  • Penyakit kardiovaskular pada masa depan: Ibu yang mengalami pra-eklampsia mempunyai risiko penyakit kardiovaskular pada masa depan. Risiko boleh menjadi lebih tinggi jika ibu mengalami banyak pra-eklampsia atau kelahiran pramatang.

4. Sembelit

Makanan Tambahan Untuk Ibu Mengandung

Semasa hamil, setiap hari tubuh akan berubah sedikit demi sedikit. Keadaan rahim yang semakin membesar akan menyesakkan sistem penghadaman dan memperlahankan keadaan. Perubahan dalam tahap hormon, termasuk peningkatan tahap progesteron dan pengurangan tahap motilin boleh mengakibatkan sembelit.

Makanan Tambahan Ibu Mengandung

Tabiat pemakanan dan gaya hidup ibu boleh memberi kesan yang mendalam sepanjang hayat kepada kesihatan anaknya. Wanita yang sihat dan mengambil nutrisi secukupnya lebih cenderung mempunyai kehamilan yang sihat. Ini termasuklah kurangnya komplikasi semasa kehamilan, yang meningkatkan peluang melahirkan cahaya mata yang sihat. Bayi yang sihat mempunyai peluang lebih baik untuk membesar sebagai kanak-kanak yang sihat dan, satu hari nanti, menjadi orang dewasa yang sihat juga.

1. PROTEIN
Apa yang baik untuk ibu, juga baik untuk bayi. Ambil lebih banyak protein untuk:

  • Membantu pertumbuhan dan perkembangan bayi yang sihat terutama semasa trimester kedua dan ketiga di mana bayi anda menjalani proses pertumbuhan yang pesat.
  • Pertumbuhan tisu payudara dan rahim optimum bagi ibu semasa hamil.

2. KALSIUM
Keperluan untuk mengambil kalsium meningkat semasa kehamilan kepada sekurang-kurangnya tiga hidangan sehari untuk:

  • Membantu perkembangan tulang dan gigi bayi yang sihat.
  • Mengawalatur penggunaan cecair dalam badan ibu.
  • Mengembalikan simpanan kalsium ibu.

3. ASID LEMAK OMEGA-3
Asid dokosaheksaenoik (DHA) dan asid eikosapentaenoik (EPA) adalah sangat penting untuk perkara berikut:

  • Menyokong perkembangan otak, mata, dan sistem saraf bayi.
  • Menyokong kesihatan otak ibu.
  • Mencegah keradangan.

4. MULTIVITAMIN + ZAT BESI
Merupakan vitamin perlu dan mineral yang sangat penting bagi wanita hamil yang membantu untuk:

  • Menutup jurang nutrisi ibu supaya ibu dan bayi mendapat semua nutrien perlu bagi mengekalkan kesihatan badan.
  • Menyokong penghasilan sel darah merah untuk membantu membawa oksigen dan menghantarnya kepada bayi serta mencegah anemia pada ibu1.

5. VITAMIN C
Selain bertindak sebagai antioksidan dan meningkatkan penghasilan sel imun, vitamin ini juga sangat penting bagi wanita hamil untuk:

  • Membantu pembentukan tisu penghubung, pertumbuhan otot dan tulang.
  • Menyokong penyerapan zat besi.
  • Menyokong pembentukan kolagen yang menjadi bahagian penting dalam salur darah.

6. VITAMIN B
Vitamin B lengkap seperti vitamin B12, folat, vitamin B6, biotin, asid pantotenik, niasin, tiamina dan riboflavin adalah penting untuk meningkatkan kesihatan ibu dan bayi dengan:

  • Menyokong perkembangan tiub saraf bayi.
  • Meningkatkan tenaga semula jadi untuk ibu dan bayi yang membesar dalam kandungan.
  • Mencegah kecacatan kelahiran seperti kecacatan tulang belakang dan otak melalui pengambilan asid folik2 terutama semasa peringkat awal kehamilan.
Makanan Tambahan Untuk Ibu Mengandung

Pengalaman Pengguna Makanan Tambahan Ibu Mengandung

Makanan Tambahan Untuk Ibu Mengandung
Makanan Tambahan Untuk Ibu Mengandung
Makanan Tambahan Untuk Ibu Mengandung
Makanan Tambahan Untuk Ibu Mengandung
Makanan Tambahan Untuk Ibu Mengandung

Bagaimana nak Dapatkan Supplement Makanan Tambahan Ibu Mengandung Ni?

Boleh hubungi kami di

Ainul Mustafa
Email: ainulfadzilah@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp: 013-3612717
www.wasap.my/60133612717

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *