7 Cara Kurangkan Tekanan Darah Tinggi Ketika Mengandung

7 Cara Kurangkan Tekanan Darah Tinggi Ketika Mengandung

Salah satu masalah yang ibu ibu mengandung selalu hadapi adalah tekanan darah tinggi atau hipertensi. Gangguan hipertensif kehamilan atau hypertensive disorders of pregnancy (HDP) merupakan antara punca utama kematian perinatal dan maternal di seluruh dunia. Jom saya kongsikan 7 Cara Kurangkan Tekanan Darah Tinggi Ketika Mengandung

Awas Mama! Darah Tinggi Ketika Hamil Boleh Menyebabkan Bayi Hidap Sakit Jantung

Nak tau kenapa sesetengah penyakit darah tinggi berbahaya semasa mengandung?

  1. Pengaliran Darah ke Placenta Berkurang -bayi akan mendapat kurang nutrien dan oksigen, dan kemungkinan turut menyebabkan pertumbuhan bayi terencat, kurang berat semasa lahir atau kelahiran pramatang.
  2. Placenta Abruption atau Uri Lekang – Preeclampsia boleh menyebabkan placenta lekang atau tercabut dari dinding uterus. Ini boleh menyebabkan pendarahan teruk dan mengancam nyawa bayi dan ibu.
  3. Merencatkan Pertumbuhan Bayi
  4. Kerosakan Organ-Organ Lain Seperti Buah Pinggang, Otak, Hati, Jantung, Paru-paru.
  5. Kelahiran Pramatang
  6. Risiko Penyakit Jantung di Kemudian Hari

7 Cara Kurangkan Tekanan Darah Tinggi Ketika Mengandung

1. Amalkan Pemakanan dan Diet yang Sihat

Pemakanan dan diet yang sihat sememangnya asas kepada kesihatan seseorang. Banyakkan memakan makanan yang sihat untuk membantu menurunkan tekanan darah ibu mengandung.

Contohnya, bagi wanita yang mempunyai masalah darah tinggi semasa hamil ini boleh amalkan memakan sayur-sayuran dan buah-buahan.

Pemakanan yang sihat bukan sahaja untuk membantu masalah darah tinggi semasa hamil tetapi juga untuk perkembangan bayi dalam kandungan Mama.

2. Elakkan dari Stress antara Petua Hilangkan Darah Tinggi Semasa Hamil

Petua yang seterusnya ialah sebaiknya Mama perlu elakkan diri dari tekanan atau stress. Hal ini kerana, tekanan atau stress hanya akan memburukkan lagi bacaan bp normal ibu mengandung.

Keadaan seperti letih, resah, gelisah, risau dan stress akan menyebabkan sistem peredaran darah terjejas dan akan meningkatkan tekanan darah Mama.

Oleh itu, ketika hamil Mama perlu banyakkan bertenang dan jangan terlalu memberi perhatian kepada perkara yang membuat Mama cepat merasa resah dan gelisah.

3. Minum Air Secukupnya

Pengambilan air yang secukupnya pada setiap hari juga memainkan peranan penting bagi menstabilkan bacaan tekanan darah ibu mengandung.

Minum air secukupnya untuk mengekalkan kesihatan tubuh yang optimum. Sebaiknya, bagi Mama yang mempunyai masalah tekanan darah tinggi ini, elakkan minuman manis dan berkafein dalam kuantiti yang banyak dan lebihkan pengambilan air kosong.

4. Kekal Aktif Merupakan Petua Hilangkan Darah Tinggi Semasa Hamil

Berat badan berlebihan, tidak aktif dan umur melebihi 40 tahun antara faktor yang menyumbang kepada tekanan darah tinggi semasa hamil.

Pastikan Mama sentiasa aktif untuk mengekalkan berat badan ideal dan sekaligus dapat mengelakkan diri dari masalah darah tinggi.

Kekal aktif juga boleh membantu Mama mengurangkan rasa stress yang di alami.

Mama tidak perlu melakukan senaman yang berat cukup dengan senaman ringan mampu membantu Mama untuk terus kekal aktif semasa hamil.

5. Sentiasa Patuhi Tarikh Temujanji atau Pemeriksaan Kandungan

Di samping itu, Mama perlu sentiasa patuhi tarikh temujanji dan pemeriksaan kandungan. Ini penting kepada bayi dalam kandungan Mama.

Sekiranya Mama skip sebarang temujanji doktor, kemungkinan tumbesaran anak Mama akan terkesan. Bukan itu sahaja, malah ianya juga boleh membahayakan nyawa Mama.

Oleh itu, pastikan Mama patuhi setiap temujanji dari trimester pertama sehingga melahirkan ya!

6. Banyakkan Minum Jus Buah-buahan

Buah-buahan ternyata mempunyai pelbagai khasiat yang baik untuk Mama dan bayi dalam kandungan Mama.

Antara jus buah-buahan yang sesuai untuk masalah darah tinggi ketika hamil ini ialah jus buah delima, jus belimbing dan epal hijau.

7. Elakkan Makan Makanan Segera dan Tinggi Sodium

Makanan segera dan tinggi sodium adalah antara penyebab utama tekanan darah tinggi semasa hamil.

Makanan segera adalah antara makanan yang tinggi sodium atau garam. Sebolehnya, elakkan pengambilan makan segera dan makanan tinggi garam dalam diet harian Mama ya!

Supplement Yang Membantu Kurangkan Darah Tinggi Ketika Mengandung

ESP

  • Sumber protein yang mempunyai 9 asid amino yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Ia turut engandungi 5 sumber vitamin dan 4 bahan mineral. Terdapat 2 kajian menunjukkan pengamalan ESP dan Vitamin E serentak merendahkan sehingga 40% LDL (kolesterol buruk) yang membawa risiko darah tinggi dan sakit jantung.
  • 4 kajian menunjukkan ESP menghalang LDL (kolesterol buruk) dari teroksida bagi mengelakkan risiko strok dan arteri tersumbat yang membawa kepada sakit jantung.

Kajian yang menunjukkan pengambilan soy protein membantu turunkan tekanan darah tinggi

showed that a soy nut diet (containing 25 g of soy protein and 101 mg of aglycone isoflavones) lowered systolic blood pressure in hypertensive and normotensive patients

2. Vitamin C

Satu dos vitamin C seberat 500 miligram per hari, menurut peneliti dari Boston University School of Medicine dan Linus Pauling Institute di Oregon State University, dapat menurunkan tekanan darah.

Menurut kajian British Medical Jurnal, vitamin C dapat menurunkan tekanan darah hingga 9%

3. B Complex

Asid folik, aka vitamin B9, adalah vitamin yang diperlukan untuk mengurangkan tekanan darah tinggi, terutamanya bagi wanita yang mengalami hipertensi semasa hamil.

Kerana kepentingan asid folik, kajian dari Journal of Australian College of Midwives menunjukkan bahawa pengambilan asid folik yang mencukupi semasa mengandung boleh mengurangkan risiko preeklampsia.

Preeklampsia adalah komplikasi berbahaya dalam kehamilan, salah satu tandanya adalah tekanan darah tinggi.

4.Omega Guard

Omega 3 Mengandungi Asid Docosahexaenoic (DHA) dan Asid Eicosapentaenoic (EPA).

manfaat omega-3 untuk jantung

Ia membantu: –

1.merehatkan saluran darah dan memastikannya terbuka, menggalakkan kelancaran pengaliran darah.

2.Merupakan anti-radang, dan membantu mencegah arteri daripada bengkak, seterusnya memastikan darah mengalir dengan mudah.

3.Merupakan anti-coagulant di mana ia mencairkan darah untuk mengelakkan arteri tersekat

5. Ostenutrix

Membantu meringakan stress, mengimbangi tekanan darah, memelihara tekanan jantung, impuls saraf. Menggalakkan tidur lebih lena. Ostematrix juga dapat mengurangkan risiko wanita hamil untuk mendapat darah tinggi.

PENGALAMAN SAYA SIHAT KETIKA HAMIL WALAUPUN DAH UMUR 30AN

Darah Tinggi Ketika Mengandung

Pengalaman Ibu Yanng ada Darah Tinggi Ketika Mengandung

Darah Tinggi Ketika Mengandung
Darah Tinggi Ketika Mengandung
Darah Tinggi Ketika Mengandung

Macammana Nak Order Supplement Darah Tinggi Ketika Mengandung

Shaklee hanya boleh beli melalui pengedar sahaja ye. HARAM beli di Shopee, Lazada sebab mereka langgar P&R dan menjual secara haram dan banyak kes dapat yg expired, rosak, tiruan.

Jadi nak beli set mengandung dan dapat konsultasi yang betul , cara makan yang betul baru dapat kesan ni boleh contact Ainul di 0133612717

klik je wasap ni >> www.wasap.com/60133612717/setmengandungfull

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *