Susah Nak Berak.Makan ni Lancar je Membuang

Susah Nak Berak.Makan ni Lancar je Membuang

Musim raya ni open house sana sini. Makanan semua sedap pelbagai rasa juadahnya. Salah makan masalah besar jadi dan ianya selalu terjadi bila musim raya ni. iaitu susah nak berak.

Sembelit berlaku apabila seseorang itu membuang air besar kurang tiga kali seminggu dan golongan warga emas berusia 65 tahun ke atas dikatakan lebih berisiko mengalami sembelit.

Najis akibat sembelit tidak semestinya bersifat keras, kering dan berketul namun ramai penghidap sembelit perlu meneran dengan kuat setiap kali mengeluarkan najis.

Sembelit menyebabkan penghidapnya berasa tidak puas selepas membuang air besar selain perut menjadi buncit atau kerap sakit perut.

Ia juga boleh menyebabkan beberapa simptom seperti bau mulut dan tubuh yang tidak menyenangkan selain sukar menumpukan perhatian, mudah mengantuk, malas, kelesuan yang kronik, artritis, hilang selera makan, sakit kepala dan masalah kulit.

Susah Nak Berak tanda Kanser Usus?

Jika tidak diatasi dengan betul, sembelit menyebabkan pengambilan makanan berkhasiat menjadi kurang bernilai. Toksin dalam aliran darah akibat sembelit menimbulkan beban kepada hati untuk menjalankan proses penyahtoksin secara berkesan dan hasilnya nutrien tidak dapat sampai kepada sel yang memerlukannya.

Sembelit juga menyebabkan bahan bertoksik tidak dinyahkan dengan sempurna dari tubuh secara cekap. Keadaan ini boleh menyebabkan peningkatan paras molekul radikal bebas.

Najis yang mengeras akibat sering mengalami sembelit mudah melekat pada dinding usus besar dan boleh menyebabkan usus tersumbat.

Sembelit didapati mampu menyebabkan pembentukan kanser usus besar dan kantung terbentuk pada dinding kolon tanpa berlaku keradangan selain apendiks mengalami keradangan.

Selain itu, mengalami masalah sembelit yang berpanjangan turut menyebabkan bahan bertoksin mengitari seluruh tubuh.

Rujukan : Hmetro

Sembelit boleh Menjadi Penyebab Kanser Usus

Najis yang keras dan terkumpul di dalam usus sekian lama, boleh menyebabkan usus membengkak dan seterusnya menjiadi luka, apabila hai ini berlaku, najis atau bahan yang tidak diperlukan oleh badan yang mengandungi sisa-sisa toksin akan mula mengitari ke seluruh anggota badan yang mana boleh menyebabkan berlakunya pelbagai jenis penyakit

Punca Susah Berak

Banyak punca sembelit. Ada kalanya apa yang kita buat sebelum ini tidak pun menyebabkan sembelit, tapi kali ini ia menyebabkan sembelit. Jadi sembelit kadang kala bukan disebabkan oleh satu faktor saja, tetapi banyak faktor. Ada kalanya orang lain buat, mereka ok saja. Tapi kita buat boleh menyebabkan sembelit pula. Jadi bergantung pada individu.

Antara punca-punca yang menyebabkan sembelit ialah :

1) Mereka yang ambil ubat gastrik yang mengandungi kalsium atau aluminium. Ubat ini selalu disebut sebagai antacid, sama ada dalam bentuk cecair atau dalam bentuk pil.

2) Ubat-ubat penahan sakit seperti tramadol dan ubat untuk kemurungan boleh menyebabkan sembelit juga.

3) Orang yang kerap mengambil ubat pelawas untuk buang air besar juga boleh mengalami masalah ini. Penggunaan ubat ini untuk jangka panjang akan melemahkan otot-otot usus untuk melakukan pergerakan peristalsis. Pesakit yang mengalami luka pada dubur (fissure in anus) yang cuba mengelakkan diri dari membuang air besar (kerana berasa sakit ketika membuang air besar), juga boleh mengalami sembelit.

4) Pesakit anemia (kekurangan sel darah merah) yang mengamalkan pil zat besi (iron), juga boleh mengalami sembelit.

5) Pesakit yang mengambil ubat tahan sakit seperti tramadol atau morphine juga mengalami masalah sembelit.

6) Wanita yang hamil juga mengalami masalah sembelit terutama di akhir kehamilan. Ini kerana saiz rahim semakin membesar. Mereka yang mengalami tekanan emosi juga mungkin mengalami masalah ini.

7) Susu juga boleh menyebabkan sembelit bagi sesetengah orang. Penggunaan ubat julap atau ubat laxative yang merangsang buang air besar bertujuan untuk detoks.

Selain itu ialah perubahan diet, terutama diet yang tidak cukup sayur. Mereka yang tidak cukup minum air, tidak banyak melakukan pergerakan fizikal, terutama mereka yang sakit terlantar di katil. Ini menyebabkan sembelit.

Namun ada kalanya sembelit adalah tanda penyakit yang bahaya. Ada pesakit yang mengalami penyakit ini tanpa menyedarinya. Antaranya penyakit yang berkaitan dengan saraf di otak seperti Parkinson’s atau Multiple Sclerosis. Ia boleh memberi kesan terhadap penyakit saraf pada otot-otot usus besar yang mengganggu pergerakan peristalsis otot di situ. Sebagai contoh, pesakit diabetes yang tidak mengawal gula dalam darah dengan baik, saraf-sarafnya akan mengalami kerosakan.

Masalah hormone thyroid yang rendah atau hypothyroidism juga boleh menyebabkan sembelit yang berulang.

Lebih berbahaya, sembelit mungkin tanda awal penyakit kanser usus (rectum cancer atau colon cancer), terutama jika najis yang keluar itu bercampur darah.

Rujukan : Dr Zubaidi

Susah Nak Berak.Makan ni Lancar je Membuang

Bagi melegakan sembelit yang anda alami, pengambilan HerbLax Shaklee boleh membantu. Berikut adalah manfaat HerbLax Shaklee untuk masalah sembelit 

  • Pembersihan najis yang tersekat.
  • Merangsang usus untuk mempercepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita.
  • Membantu masalah sembelit.
  • Tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi pergerakan usus (natural bowel movement) dan seterusnya membantu masalah sembelit.
  • Mengempiskan perut.
  • Ia juga mampu memberi kepejalan pada perut. Sesuai di ambil seperti biasa atau di campurkan dalam air panas, sebagai minuman teh herba.
  • Menyingkirkan toksin berlebihan ( sebagai Detox)
Susah Nak Berak

Fungsi Herb Lax Shaklee :

1. Daun Senna – Merangsang tindakan pembersihan yg lembut pd usus dan perut, percepatkan proses detoksifikasi dan mengurangkan penyerapan lemak.

2. Kulit Pokok Buckthorn – Melembutkan najis untuk memudahkan pergerakan dan memberikan lembapan kepada usus.

3. Likuoris – Membantu proses detoksifikasi.

4. Jintan Hitam – Mengeluarkan toksin yang terkumpul akibat lebihan makanan dan pengambilan alcohol, membantu pencernaan dan berkesan untuk masalah sembelit dan kembung perut atau usus.

5. Jintan Manis – Merangsang pengeluaran jus gastrik untuk membanti proses pencernaan.

6. Akar Rhubarb – Herba yang banyak digunakan dalam perubatan Cina untuk digunakan sebagai antibiotic.

7. Bunga Mallow Biru – Membantu proses detoksifikasi dan mengimbangi tekstur kulit.

Betul ke Berkesan?

Susah Nak Berak
Susah Nak Berak
Susah Nak Berak
Susah Nak Berak
Susah Nak Berak
Susah Nak Berak
Susah Nak Berak

BERMINAT NAK CUBA HERB LAX

Ainul Mustafa

whatsapp : www.wasap.my/60133612717/HERBLAX

Email: ainulfadzilah@gmail.com

Instagram : Ainul Mustafa 

Penghantaran Percuma di kawasan : Shah Alam, Klang, Puchong, Damansara, Petaling Jaya, Subang Jaya, Putrajaya, Cyberjaya, Universiti Malaya, Menara TM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *