Tips Ibu Mengandung Sihat Sepanjang Hamil
“Tahniah Puan! anda mengandung? “melihat ucapan itu dan juga double line adalah saat paling indah buat semua wanita yang bakal bergelar ibu. Bila tahu sahaja hamil akan ada pelbagai benda bermain di fikiran. Makan ni boleh ke, buat itu boleh ke. Jom saya kongsikan tips Ibu Mengandung sihat sepanjang hamil
1. Tips Ibu Mengandung Sihat : Ambil Asid Folik
sebaik pasangan mula merancang memiliki cahaya mata pertama, mereka sepatutnya mengambil asid folik tiga bulan sebelum kehamilan bagi memastikan bayi mendapat zat lengkap ketika dalam kandungan.
Ini kerana ada kajian menunjukkan ibu yang tidak mendapat penjagaan dan rawatan sempurna semasa hamil berhadapan risiko tiga kali ganda melahirkan bayi kurang berat badan.
Malah, mereka juga menghadapi risiko kematian bayi lima kali ganda berbanding ibu yang mendapatkan penjagaan semasa mengandung dan menjaga pemakanan mereka.
Risiko kepada bayi dan ibu jika kekurangan asid folik
Kekurangan pengambilan asid folik ketika hamil boleh meningkatkan risiko kecacatan kelahiran NTD. Ia adalah kecacatan kelahiran yang melibatkan perkembangan otak dan saraf tunjang bayi yang tidak lengkap.
Kecacatan tiub saraf yang paling biasa adalah
- Spina bifida: Terjadi apabila saraf tunjang dan tulang belakang tidak tertutup sepenuhnya
- Anencephaly: Gangguan perkembangan otak yang teruk
- Encephalocele: Menyebabkan tisu otak menonjol ke kulit melalui bukaan pada tengkorak
Manakala ibu yang tidak mendapat asid folik yang cukup akan mengalami anemia kekurangan folat. Ia merupakan keadaan paling kerap berlaku semasa mengandung.
Antara gejala bagi anemia kekurangan folat termasuklah:
- Keletihan
- Sakit kepala
- Kulit pucat
- Sakit mulut dan lidah
2. Tips Ibu Mengandung Sihat: Kawal berat Badan Ibu Mengandung
Sumber dari NCBI, ibu hamil dengan berat badan berlebihan & obesity sebenarnya berisiko mengalami komplikasi sepanjang kehamilan seperti diabetes dan hipertensi.
Julat BMI yang sihat adalah antara 18.5 hingga 25, manakala kurang daripada 18.5 diklasifikasikan sebagai kurang berat badan.
Ibu hamil yang mempunyai BMI antara 25 hingga 29.9 dikategorikan sebagai lebih berat badan, manakala BMI 30 ke atas pula dikategorikan sebagai obes. BMI ini akan diambil pada awal tempoh kehamilan iaitu pada perjumpaan pertama antenatal.
Sekiranya BMI didapati 30 atau lebih, doktor akan memberikan maklumat mengenai risiko yang bakal dihadapi ketika proses kehamilan dan langkah untuk mengurangkannya.
Untuk trimester pertama, iaitu sehingga 12 minggu kehamilan, peningkatan berat ibu adalah antara 0.5 kilogram (kg) sehingga 2 kg untuk semua kategori BMI.
Purata dan julat peningkatan berat badan yang disarankan bagi trimester kedua dan ketiga (antara 13 hingga 40 minggu kehamilan) pula adalah 0.4 kg setiap minggu bagi ibu dengan BMI normal.
Bagi ibu berlebihan berat badan pula, 0.3 kg setiap minggu dan 0.2 kg seminggu bagi ibu yang obes.
Jumlah peningkatan berat badan sepanjang kehamilan bagi ibu yang kekurangan berat badan adalah antara 12.5 sehingga 18 kg.
Ibu hamil yang mempunyai berat badan berlebihan mempunyai risiko sama seperti ibu obes. Risiko ini turut meningkat terutamanya apabila BMI menghampiri 40.
Sawan Semasa Mengandung : Berhati Hati Jika Ibu Hamil Naik Berat Badan Berlebihan!!!
Risiko yang paling membimbangkan adalah tromboembolisme vena (VTE), iaitu apabila darah beku terbentuk dalam salur darah vena.
Kehamilan meningkatkan risiko VTE sebanyak lima kali ganda berikutan kecenderungan penggumpalan darah sewaktu hamil.
3. Tips Ibu Mengandung Sihat: Pemakanan Sihat
Manfaat pemakanan semasa hamil yang sihat
- Mengurangkan risiko anemia dan diabetes gestasi.
- Pemakanan ibu mengandung yang baik akan bermanfaat kepada bayi dalam kandungan dari segi berat badan, tumbesaran dan fungsi otak.
- Tempoh pemulihan yang lebih baik selepas bersalin dan penurunan ke berat badan sebelum bersalin yang lebih pantas.
- Pemakanan yang sihat semasa mengandung dapat mengurangkan perubahan mood secara mendadak dan menghasilkan kesihatan emosi yang lebih baik.
- Lebih bertenaga, mengurangkan kelesuan dan memberi kepuasan yang lebih baik.
- Kurang mengalami masalah sembelit dan pergerakan usus yang lembap. Serat dalam makanan bertindak seperti ‘penyapu’ yang akan menolak bersama kandungan dalam usus besar anda.
- Pemakanan yang baik semasa mengandung akan memberi contoh positif kepada anak-anak anda. Ia membantu mereka mempelajari bahawa pemakanan adalah penting dan merupakan cara utama yang membantu menghasilkan kesihatan yang baik
11 Makanan Ibu Mengandung Perlu Elakkan Atau Kurangkan
1. Ikan yang mempunyai kandungan merkuri yang tinggi
Jika isteri ingin makan ikan yang mempunyai kandungan merkuri seperti ikan makarel raja, ikan tuna atau ikan todak, elakkan memberi makanan tersebut kepada mereka.
Merkuri yang terkandung di dalamnya boleh menyebabkan kerosakan pada otak, sistem saraf serta perkembangan penglihatan dan pendengaran pada janin.
2. Makanan untuk ibu hamil yang harus dielak: Makanan laut yang dibakar
Walaupun ramai berpendapat makanan yang dibakar ini sihat untuk tubuh badan, namun bukan semua makanan laut yang dibakar sesuai sebagai makanan untuk ibu hamil.
Jika proses penyediaan makanan tersebut tidak dibuat sebaiknya, ia mungkin mengandungi bakteria Listeria monocytogenes. Oleh sebab itulah, ia dianggap sebagai makanan dilarang ketika hamil.
Mikroorganisma tersebut mampu menyebabkan gejala cirit-birit dan muntah. Selain itu, ibu hamil yang dijangkiti juga berisiko mengalami keguguran atau kelahiran bayi mati.
3. Telur kurang masak dan mentah
Bakteria salmonella bukan sahaja boleh menyebabkan gejala keracunan makanan seperti cirit-birit dan muntah, tapi ia juga boleh menyebabkan masalah dehidrasi dan lemah sistem pertahanan badan.
Oleh itu, telur kurang masak atau mentah dianggap sebagai makanan dilarang ambil ketika hamil.
Jika dibiarkan berlarutan, ia boleh mempengaruhi tahap perkembangan bayi anda. Justeru, pastikan anda menggoreng telur sehingga betul-betul masak.
4. Daging mentah
Kadangkala, daging atau ayam yang dimakan tidak masak sepenuhnya. Mungkin daging tersebut masih kelihatan kemerah-merahan atau mengeluarkan darah. Hidangan mentah sebegitu adalah makanan dilarang ketika hamil.
Makanan berdaging separuh masak boleh mengandungi parasit Toxoplasma. Ia boleh menyebabkan kecacatan pada perkembangan janin, keguguran atau kematian janin.
5.Makanan untuk ibu hamil yang harus dielak: Kerang mentah
Dalam situasi biasa, makanan seperti kerang mentah dan tiram boleh diambil.
Namun, tidak untuk ibu mengandung kerana ia mengandungi toksin berbahaya daripada bakteria atau virus yang menyebabkan simptom keracunan makanan.
6. Daging kisar
Walaupun daging kisar biasanya bebas kuman, tetapi ada risiko untuk mereka yang mengambilnya.
Individu yang makan makanan ini berkemungkinan mendapat simptom keracunan makanan akibat bakteria E.coli terutamanya jika ia tidak dimasak dengan betul.
Bagi mengurangkan risiko tersebut, cuba elak mengambil makanan berteraskan daging kisar. Anggap ia sebagai makanan dilarang ambil sewaktu hamil.
7.Makanan untuk ibu hamil yang harus dielak: Susu yang tidak dipasteurkan
Proses pempasteuran susu dapat membunuh bakteria seperti Salmonella, Listeria dan E.coli. Pengambilan susu tidak dipasteur boleh menyebabkan risiko keracunan makanan meningkat.
Perkara ini boleh mempengaruhi tahap tumbesaran bayi, memandangkan bakteria yang terlibat boleh menyebabkan kesan buruk terhadap anda dan bayi.
8. Buah atau sayur yang tidak dicuci dengan betul
Buah atau sayur yang tidak dicuci dianggap sebagai makanan dilarang ketika hamil.
Selain daripada racun serangga yang disemburkan terhadap produk makanan tersebut, ia juga mempunyai parasit Toxoplasma.
Jika anda hendak mengambil buah-buahan, basuh ia terlebih dahulu.
9. Keju
Seperti susu, pengambilan keju yang tidak dipasteurkan boleh mengandungi bakteria. Ia boleh menyebabkan simptom keracunan makanan, keguguran atau kematian dalam kandungan.
Walaupun majoriti keju yang dijual di pasaran sudah melalui pemeriksaan yang teliti, namun adalah lebih baik jika anda anggap keju sebagai makanan dilarang ambil sewaktu hamil.
10. Pucuk mentah
Orang melayu suka makan ulam dan pucuk mentah, kan? Akan tetapi, jika tidak dibasuh, makanan seperti kacang hijau, lobak, brokoli dan bawang mentah boleh mengandungi bakteria berbahaya.
Sebelum anda ambil ulam dan sebagainya, pastikan makanan tersebut dibasuh terlebih dahulu. Lebih baik jika anda boleh masak sayur tersebut.
11. Makanan yang berisiko menyebabkan alergi
Ambil perhatian lebih kepada jenis makanan yang membuatkan anda alergi. Kadangkala, makanan seperti roti dan lauk-pauk yang dimasak boleh mengandungi bahan tersebut.
Jika anda alergi pada kacang, maka itu adalah makanan dilarang ketika hamil. Pengambilan makanan tersebut hanya sesuai diambil oleh mereka yang tidak alergi sahaja.
Tips Ibu Mengandung Sihat Sepanjang Hamil
Pengalaman ibu mengandung kekal sihat aktif ketika hamil
Nak tahu lebih lanjut boleh ikuti entry seterusnya. stay tune !!!