Supplement Shaklee Ibu Mengandung Sihat Bertenaga Tanpa GDM, Darah Tinggi
Bunda adalah yang terhebat di dunia, sebab ia melahirkan kehidupan dan memberi nyawa pada kata cinta ~Abdurahman Faiz. Kenapa penting nutrient masa hamil? saya nak kongsikan pengalaman saya amalkan supplement Shaklee Ibu mengandung beza ambil dengan tidak.
Saat kita tahu ada jasad dalam rahim kita, saat itu setiap benda kita jaga. Boleh ke makan ini boleh ke makan itu. 9 bulan membawa 1 nyawa bukan suatu yang mudah. Penuh ujian,cabaran. Ada masa makan je muntah. Semua benda tak boleh nak masuk. Setiap bulan kena p check up. Cucuk ambil darah, menunggu berjam jam sampai sakit kaki
Bak kata Abdurahman Faiz , kita melahirkan kehidupan. Jadi dari alam rahim lagi lah kita kena jaga kehidupan itu agar ianya lahir sihat, ceria.
Pengalaman Saya Amalkan Supplement Shaklee Ibu Mengandung
” Ainul masa pregnant healthy sangat. nak follow la cara Ainul”
Whatsapp seorang sahabat yang juga pregnant. Terus beli full set pregnant shaklee.
Ramai cakap masa pregnant kan Maryam , Dahlia nampak healthy sangat.
Alhamdulillah. memang rasa sihat, bertenaga walaupun sudah 30tahun masa mengandung Maryam dan 33 tahun masa mengandungkan Dahlia
Masa pregnantkan maryam, dah la 4 tahun tak pregnant. Jadi badan pun tekejutz kot. feeling macam 1st time pregnant.
Pengalaman 3 kali mengandung semestinya mengalami 3 pengalaman yang berbeza. walaupun 3 kali mengandung anak perempuan , pengalaman tetap berbeza. Anak pertama Ainul hanya makan vitamin yang diberikan oleh hospital manakala mengandung anak kedua ketiga , Ainul mula makan vitamin dari Shaklee. Vitamin untuk ibu mengandung.
Perbezaannya? Harus la ada perbezaan kan. Rasanya banyak beza makan vitamin ketika mengandung.
1. Morning Sickness
3kali mengandung ada alahan morning sickness. Anak 1st alahan sampai 5 bulan. Hanya boleh makan bubur nasi sahaja. makan je muntah. huhuu.. terbaring je siang & malam. Anak ke dua tiga alahan sampai 3 bulan tetapi masih boleh bangun, buat kerja sikit sikit . Maybe dah ada pengalaman kan. Masa pregnant anak ke dua tiga Ainul makan peppermint Ginger Plus , Nutriferon untuk membantu mengurangkan morning sickness ketika hamil. Alahan morning sickness ni tiada ubat ye. Cuma boleh bantu mengurangkan sikit. Benda yang harus kita tempuhi dan nikmati saat saat mengandung.
2. Kencing Manis, Darah Tinggi
Syukur semua masa mengandungkan anak anak ni, Alhamdulillah tiada masalah kencing manis & darah tinggi. Masa mengandungkan Maryam, beza 4 tahun. Umur pun dah 30tahun. Risau juga sebab bila umur meningkat, 2 penyakit ni senang datang kan. Alhamdulillah bebas dari 2 masalah yang sering wanita hadapi ketika mengandung . Ainul pastikan vitalea, B complex & vitamin C sentiasa konsistent makan setiap hari.
3. Hb Rendah
Masa mengandungkan Arreessa Hb rendah pernah bacaan 8 dan paling tinggi 10. bacaan 10 pun kadang kadang je. Memang selalu la kena bebel dengan nurse sebab Hb rendah ketika mengandung. Bebelan nurse tu ada betul nya. untuk kebaikkan kita ibu dan bayi. Banyak sebab kenapa bahaya Hb rendah ketika mengandung. risiko bukan pada ibu je tau. Bayi pun ada risiko tinggi.
Masa mengandungkan Maryam & Dahlia , Ainul konsistent makan Vitalea,Vitamin C. Alhamdulillah Hb normal. dari awal pregnant sampai bersalin.
Bukan Ainul je tau ada masalah Hb rendah ketika mengandung ni. Majoriti para ibu mengalaminya.
4. Cramp kaki
Masa mengandungkan Arreessa, cramp kaki atau simpul biawak setiap malam tau. Ainul sampai fobia nak tidur. Setiap malam menagis kat husband. Sakit nya Ya ALLAH.. siapa yang selalu kena cramp kaki masa mengandung ni tahu la azabnya macamana. rasa nak menjerit biar 1 taman dengar. lagi lagi time sejuk, malam tu hujan. huhu
Mengandungkan Maryam tekad konsistent makan Ostematrix. Ainul makan Ostematrix 4 biji sebelum tidur. Ainul tahu Ainul susah nak konsistent minum susu 2 gelas sehari. Yelah kita perlukan 1000mg kalsium sehari. Kalau tak cukup baby akan serap 100% kalsium dari tulang belakang kita. Nak ke belum 60 tahun dah bongkok nenek kebayan..
Ostematrix ni kalsium yang lengkap dengan vitamin D, Magnesium. 4 biji bersamaan 1000mg. InsyaALLAH cukup keperluan seharian kalsium untuk ibu mengandung
5. Berat badan
Paling happy sekali bab ini la. Ainul adalah seorang yang berat senang naik, susah nak turun. Masa mengandungkan Arreessa alahan teruk sampai 5 bulan, boleh makan bubur nasi tetapi setiap bulan timbang mesti naik 1-2kg. Total berat naik masa 9 bulan mengandung 13kg. 44 hari berpantang berat turun 9kg je. huhuhuuu.. lepas bersalin berat makin naik lagi. menci kan
That’s why Ainul jatuh cinta pada Shaklee ni. Total 9 bulan mengandungkan Maryam berat naik 5kg. Tetapi berat Maryam masa lahir lagi berat dari Arreessa tau. seminggu berpantang berat turun 8kg. yeah!!!! Alhamdulillah setahun bersalinkan Maryam, berat masih boleh maintain lagi.
Pengalaman makan set mengandung Shaklee sangat la BEST. Vitamin ketika Hamil yang Shaklee sediakan sudah cukup lengkap. Untuk kesihatan ibu dan bayi
6. Sembelit
Ainul di dua dua kehamilan tiada masalah sembelit. Cuma pengalaman kakak, adik adik yang sembelit ketika mengandung, mereka makan Ostematrix Alhamdulillah banyak membantu.
Apa yang Ainul ambil untuk set mengandung Shaklee :-
1. Vitalea
2. B complex
3. Vitamin C
4. Ostematrix
5. Omega Guard
Vitamin wajib Ainul ambil ketika mengandung. Bila dah makan pastikan konsistent makan baru la nampak perbezaannya.
Siapa kawan kawan yang sedang pregnant , mencari supplement untuk bagi extra pada diri sendiri & baby boleh cuba set ni. Ainul sendiri makan bukan masa mengandung je. berpantang, menyusu dan setiap hari ambil
Tak salahkan berbelanja lebih untuk diri sendiri lebih sihat dan lebih gembira dengan perjalanan kehamilan. Bila kita sihat, baby sihat tiada benda lebih berharga dari ini kan
Ini 3 gambar saya semasa mengandung. Kulit masa mengandung anak sulung kusam tak cukup nutrien. huhu
Nutrient Penting Ketika Mengandung Untuk Sihat Bertenaga
Diet kehamilan sihat akan menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan bayi. Antara Nutrient penting adalah
1. PROTEINApa yang baik untuk ibu, juga baik untuk bayi. Ambil lebih banyak protein untuk:
– Membantu pertumbuhan dan perkembangan bayi yang sihat terutama semasa trimester kedua dan ketiga di mana bayi anda menjalani proses pertumbuhan yang pesat.- Pertumbuhan tisu payudara dan rahim optimum bagi ibu semasa hamil.
2. KALSIUM
Keperluan untuk mengambil kalsium meningkat semasa kehamilan kepada sekurang-kurangnya tiga hidangan sehari untuk:
– Membantu perkembangan tulang dan gigi bayi yang sihat.- Mengawalatur penggunaan cecair dalam badan ibu. – Mengembalikan simpanan kalsium ibu.
3. ASID LEMAK OMEGA-3
Asid dokosaheksaenoik (DHA) dan asid eikosapentaenoik (EPA) adalah sangat penting untuk perkara berikut:
– Menyokong perkembangan otak, mata, dan sistem saraf bayi.- Menyokong kesihatan otak ibu.- Mencegah keradangan.
4. MULTIVITAMIN + ZAT BESI
Merupakan vitamin perlu dan mineral yang sangat penting bagi wanita hamil yang membantu untuk:
– Menutup jurang nutrisi ibu supaya ibu dan bayi mendapat semua nutrien perlu bagi mengekalkan kesihatan badan.- Menyokong penghasilan sel darah merah untuk membantu membawa oksigen dan menghantarnya kepada bayi serta mencegah anemia pada ibu
5. VITAMIN C
Selain bertindak sebagai antioksidan dan meningkatkan penghasilan sel imun, vitamin ini juga sangat penting bagi wanita hamil untuk:
– Membantu pembentukan tisu penghubung, pertumbuhan otot dan tulang.- Menyokong penyerapan zat besi.- Menyokong pembentukan kolagen yang menjadi bahagian penting dalam salur darah.
6. VITAMIN B
Vitamin B lengkap seperti vitamin B12, folat, vitamin B6, biotin, asid pantotenik, niasin, tiamina dan riboflavin adalah penting untuk meningkatkan kesihatan ibu dan bayi dengan:
– Menyokong perkembangan tiub saraf bayi. – Meningkatkan tenaga semula jadi untuk ibu dan bayi yang membesar dalam kandungan.- Mencegah kecacatan kelahiran seperti kecacatan tulang belakang dan otak melalui pengambilan asid folik2 terutama semasa peringkat awal kehamilan.
Supplement Shaklee Ibu Mengandung Sihat Bertenaga
Ini adalah Vitamin Hamil Shaklee yang saya amalkan semasa mengandungkan anak ke 2 dan 3.
1.B Complex
- Sumber Asid Folic : 400mcg harian sebelum hamil dan semasa awal kehamilan mengurangkan risiko bayi dilahirkan dengan kecacatan tiub neuron sehinggan 70%.
- Menyokong sistem saraf sihat.
- Penghasilan hormon dan sel-sel darah merah.
- Penghasilan tenaga.
2. Vitalea
- Dirumus khas dengan 28 vitamin-vitamin penting dan mineral perlu untuk kesihatan optimum dan tenaga.Sumber Zat Besi, kekurangan zat besi boleh menyebabkan anemia dalam wanita mengandung.
- Semasa trimester terakhir fetus menyerap zat besi dari ibu.
- Mengurangkan risiko kelahiran bayi kurang matang.
- Hemoglobin : mengangkut oksigen dalam darah (ibu dan bayi).
- Kuantiti darah meningkat semasa kehamilan.
3.Vitamin C
- Sebagai sistem imun membantu lawan jangkitan dan penyakit (bagi wanita hamil, pantang dan menyusu bayi).
- Penghasilan kolagen iaitu membina tulang rawan dan otot-otot dan tulang fetus.
- Mengandungi bahan semulajadi seperti bioflavonoids, hesperidin dan rose hips untuk meningkatkan fungsi vitamin C.
4. Ostenutrix
- Sumber Kalsium untuk tulang kuat dan sihat (40% daripada susu ibu mengandungi kalsium).
- Membantu elak sembelit
- Membantu tidur lena
- Elak kaki kejang, cramp
5. ESP
- Sumber protein yang mengandungi asid-asid amino lengkap termasuk 9 asid perlu. Membantu penghasilan susu ibu.
- Bebas laktosa secara semulajadi.
- Bebas kolesterol secara semulajadi.
- Soya tidak diubah suai secara genetik (NON GMO).
- Membantu penghasilan susu ibu.
- Trimester ke 2 & 3 bayi sedang berkembang dengan pantas.
- Blok-blok pembinaan asas ibu & bayi.
6. Omega Guard
- EPA dan DHA memberi kesan positif terhadap perkembangan kognitif dan visual kepada bayi dalam kandungan.
- Mengurangkan risiko alahan kepada bayi yang dikandung.
- Mengandungi 540mg EPA dan 360mg DHA.
Nak Order Supplement Shaklee Ibu Mengandung
whatsapp : www.wasap.my/60133612717/sethamil
Email: ainulfadzilah@gmail.com
Instagram : Ainul Mustafa
Penghantaran Percuma set hamil shaklee di kawasan : Shah Alam, Klang, Puchong, Damansara, Petaling Jaya, Subang Jaya, Putrajaya, Cyberjaya, Universiti Malaya, Menara TM