TAK JADI CUCUK INSULIN GDM MENGANDUNG GARA-GARA SET KEHAMILAN SHAKLEE

TAK JADI CUCUK INSULIN GDM MENGANDUNG GARA-GARA SET KEHAMILAN SHAKLEE
Masa hamilkan anak ke tiga, trimester pertama memang agak mencabar dengan karenah morning sickness yang agak teruk sampai tak boleh langsung makan nasi.
Bila masuk trimester ke tiga pulak, bacaan gula agak tinggi sampai doktor bagi warning kalau tak jaga diet yang seimbang kena cucuk insulin! Saya ada pengalaman tengok kawan-kawan tempat keje yang cucuk insulin kat perut masa preggy, memang menakutkan
Masa trimester pertama disebabkan morning sickness yang agak teruk, sarapan pagi dan malam saya akan konsisten shake esp. Bila waktu lunch pula saya akan makan roti. Tu jer yang boleh telan tapi takleh makan dengan kuantiti yang banyak, nanti keluar balik.
Bila minum esp protein ni alhamdulillah saya dapat kawal bacaan gula dalam darah dan kekal bertenaga sampai malam. Saya juga konsisten pengambilan Vita-lea(Multi vitamin) ,B-complex (Vitamin yang lengkap dengan asid folid dan semua vitamin B yang badan perlukan) , Vita-C (Untuk tingkatkan antibodi badan dan kesihatan kulit) , Omega guard(Bekalkan Dha dan boleh Stabilkan gula dalam darah) dan Ostenutrix (Vitamin Kalsium Magnesium untuk elakkan baby serap kalsium dari badan kita).
Alhamdulillah bila jaga pemakanan dan pengambilan vitamin Shaklee dengan konsisten, bacaan gula kembali normal dan bacaan hemoglobin juga tinggi sampailah tempoh bersalin.
Sekali sekala teringin juga pekena teh tarik cincau sejuk , lepas 2 jam telan jer omega guard sebiji.. Insya-Allah bacaan gula akan back to normal tau.
Disebabkan saya memang kawal pemakanan masa hamil, Haziqah lahir 2.8 kg!! Masya-Allah!! paling comel berbanding Kakak (3.0kg) dan Abang Syahmi (3.8kg).
Alhamdulillah Haziqah dari segi antibodi lagi kuat dan sihat dari abang dan kakak masa kecil. Apa taknya Ummi consume premium produk Shaklee dari mula preggy, dalam pantang dan fully breastfeed Haziqah sampai 2 tahun lebih..
Alhamdulillah pelaburan untuk kehidupan lebih sihat jadi keutamaan untuk diri sendiri dan family
Terima kasih Shaklee, Terima Kasih Supermom Shaklee Story
Perkongsian oleh :Nor Masdiana Che Deris,
CUCUK INSULIN GDM MENGANDUNG: Kenapa Bahaya GDM ?

Bahaya kencing manis terhadap bayi
Bayi dalam kandungan boleh mengalami beberapa perkara akibat kesan penyakit diabetes yang dialami ibu semasa hamil. Antara kesannya ialah:

#1. Saiz bayi menjadi besar
Bayi yang bersaiz besar mungkin comel setelah dilahirkan, namun ia bukan satu perkara yang baik sebelum ia dilahirkan.
Ini kerana ia akan menyebabkan kesukaran kepada ibu hamil tersebut untuk melahirkannya secara normal.
Apabila seseorang wanita hamil itu mengalami diabetes gestasi, maka paras gula darahnya pastilah tinggi.
Paras gula yang tinggi inilah yang boleh menyebabkan bayi dalam kandungan membesar dengan saiz yang lebih besar.
Bayi dengan berat 4 kilogram ke atas mungkin akan lebih sukar untuk dilahirkan melalui kelahiran normal.
#2. Bayi lahir pramatang
Selain daripada saiz bayi yang besar, kesan penyakit diabetes juga boleh menyebabkan bayi lahir pramatang.
Apabila gula darah ibu hamil terlalu tinggi, ia boleh menyebabkan seseorang wanita itu berisiko untuk melahirkan bayinya lebih awal.
Selain daripada kesan penyakit diabetes yang menyebabkan bayi lahir pramatang, si manja juga mungkin perlu dilahirkan lebih awal kerana saiznya yang agak besar dan merisikokan ibu hamil tersebut.
#3. Kematian bayi sewaktu dilahirkan (stillbirth)
Kematian bayi sewaktu ia dilahirkan mungkin agak jarang berlaku.
Namun ia lebih berisiko bagi wanita hamil yang mempunyai diabetes gestasi.
Bahaya kencing manis semasa hamil boleh menyebabkan kematian bayi sebelum dilahirkan atau selepas dilahirkan.
#4. Bayi mengalami jaundis atau penyakit kuning
Apabila ibu hamil itu mengalami diabetes gestasi, ia juga boleh menyebabkan bayinya mengalami jaundis.
Kulit dan juga mata bayi akan menjadi kekuningan selain paras gula darah mereka yang terlalu rendah.
Biasanya, bayi yang mempunyai penyakit kuning ini akan dipantau dengan rapi di hospital.
#5. Bayi sukar untuk bernafas
Bayi pramatang atau lahir lebih awal daripada ibu hamil yang mempunyai diabetes gestasi berisiko untuk mengalami sindrom gangguan pernafasan.
Apabila sindrom gangguan pernafasan ini berlaku terhadap bayi, maka si manja akan mengalami kesukaran untuk bernafas yang serius.
Bahaya kencing manis terhadap ibu hamil

Bagi ibu hamil, anda mungkin berisiko untuk mengalami perkara-perkara berikut:
#1. Tekanan darah tinggi
Paras gula darah yang tinggi semasa hamil sememangnya boleh menyebabkan tekanan darah yang tinggi. Ia juga boleh menyebabkan preeklampsia kepada ibu hamil tersebut.
#2. Berisiko untuk alami diabetes jenis 2
Apabila wanita hamil itu pernah mengalami diabetes gestasi, maka dia juga berisiko untuk mendapat diabetes jenis 2 pada masa hadapan.
Selain itu, si ibu juga berisiko untuk mengalami diabetes gestasi pada kehamilan akan datang.
#3. Melahirkan anak melalui Czer
Paras gula darah yang tinggi boleh menyebabkan bayi dalam kandungan bersaiz besar.
Sekiranya ia boleh mengancam nyawa ibu hamil untuk melahirkannya secara normal, maka si ibu perlu memilih cara bersalin melalui kaedah Czer.
Nak luka Czer cepat elok kena ambil ini
Kesimpulan
Bahaya kencing manis yang dialami oleh ibu hamil bukan hanya menjejaskan dirinya sendiri, tetapi juga bayi yang dikandungnya.
Oleh itu, bagi mengurangkan risiko anda untuk mendapat diabetes gestasi, amalkan gaya hidup yang sihat sebelum anda merancang untuk hamil.
CUCUK INSULIN GDM MENGANDUNG: KENAPA PERLU?

Insulin adalah hormon yang dihasilkan oleh pankreas dan berfungsi untuk menghantar gula ke dalam sel bagi memberikan tenaga pada tubuh.
Kekurangan insulin atau rintangan insulin menyebabkan glukosa tidak dapat memasuki sel tubuh untuk memberikan tenaga. Suntikan insulin perlu diberikan kepada pesakit diabetes tertentu untuk mengawal paras glukosa darah semasa hamil. Suntikan insulin untuk diabetes adalah langkah paling efektif untuk pelarasan halus glukosa darah dan ia tidak akan memasuki plasenta.
Jadi, jangan risau kerana suntikan insulin semasa hamil adalah selamat untuk bayi dalam kandungan. Suntikan insulin untuk diabetes boleh disuntik menggunakan beberapa kaedah yang selamat, termasuklah :
- Penggunaan picagari
- Pen insulin
- Pam insulin
Keperluan insulin bagi ibu hamil yang mengalami diabetes jenis 1 akan meningkat kerana kehamilan akan mengakibatkan pelan rawatan insulin anda berubah. Ini berikutan disebabkan oleh hormon yang dibina di dalam plasenta.
Sementara itu, ibu hamil yang menghidap diabetes jenis 2 pula mungkin perlu berhenti mengambil ubat yang disyorkan untuk mengawal glukosa darah mereka. Ini kerana pengambilan pil tersebut masih belum disahkan selamat jika diambil semasa hamil.
Oleh itu, doktor akan menyarankan anda untuk bertukar kepada pengambilan suntikan insulin untuk diabetes.
Ibu yang mengalami diabetes gestasi lazimnya hanya perlu mengawal paras glukosa darah dengan cara mengikuti pelan pemakanan dan kerap bersenam. Walau bagaimanapun, jika paras glukosa darah mereka masih tinggi, doktor mungkin akan menyuruh anda untuk mula mengambil insulin.
Berbeza dengan pengambilan insulin, American Diabetes Association tidak menyarankan pengambilan ubat melalui oral semasa hamil kerana dikhuatiri ia akan menembusi plasenta dan mengganggu perkembangan janin.
Set Shaklee Untuk GDM/Kencing manis Ketika Hamil

1. Vitalea
Vitalea mengandungi kromium dan lain-lain vitamin penting. Kromium adalah mineral yang penting untuk membantu insulin bekerja dengan lebih efektif.
Ia membantu sel badan bertindak balas dengan insulin dengan lebih baik. Justeru kromium dapat membantu mengekalkan tahap gula yang sihat.
2. B-Complex
Bcomplex adalah makanan tambahan yang diperlukan oleh kebanyakan pesakit diabetes. Ia mengandungi kesemua 8 jenis vitamin B yang diperlukan oleh tubuh.
Selain itu ia ditambah dengan sistem penyerapan bioaktif berpatent yang mana ia sangat mudah larut dalam badan. Vitamin B dapat membantu menukarkan makanan kepada tenaga dengan lebih cekap.
Terdapat kajian yang dilakukan ke atas ibu hamil dengan GDM. Ibu hamil ini diberikan dengan vitamin B dan hasil ujian diambil selepas beberapa minggu. Hasilnya memang menunjukkan penurunan paras gula dalam darah selepas pengambilan vitamin B.
3. Vitamin C
Vitamin C dapat mengurangkan paras sorbitol dalam tubuh. Sorbitol adalah sejenis gula yang tidak dapat ditukarkan kepada tenaga. Jika sorbitol terkumpul dalam sel, ia akan menjejaskan sel anda.
Sebab itu pesakit diabetes kebanyakannya akan mengalami kegagalan buah pinggang atau mata kabur. Ini disebabkan oleh sel mata atau sel buah pinggang gagal berfungsi lagi disebabkan paras sorbitol yang tinggi.
Pengambilan vitamin C dapat mencegah gula dalam darah daripada ditukarkan kepada sorbitol. Sebaliknya vitamin C dapat membantu supaya gula dapat ditukarkan kepada tenaga.
4. Ostematrix
Ostematrix adalah kalsium. Kalsium penting untuk menjaga pintu sel dalam badan. Kebiasaannya bagi ibu hamil / menyusu amat mudah berlaku kekurangan kalsium. Ini disebabkan bayi akan mengambil kalsium daripada tubuh ibu untuk tumbesarannya.
Apabila kalsium ibu tidak mencukupi, ia akan mengganggu kecekapan insulin yang mana menyebabkannya gagal berfungsi dengan baik serta menyebabkan gula tidak dapat masuk ke dalam sel darah.
5. ESP / Protein
ESP adalah protein yang rendah GI. Bagi makanan yang tinggi GI akan menyebabkan gula dalam darah meningkat secara mendadak. Selepas 30 minit atau sejam, anda akan mula rasa mengantuk. Contoh makanan rendah GI adalah sayuran, roti gandum penuh, oren, kacang soya dan banyak lagi.
ESP dapat membantu memberikan tenaga tanpa meningkatkan gula dalam darah. Ia dapat membantu mengawal paras gula dalam badan dan membekalkan tenaga berpanjangan.
6. Omega Guard
Omega guard ada leptin yang bantu menstabilkan gula dalam darah & kawal selara makan. Omega membantu mengelakkan pembekuan darah, Elak risiko Ibu Dari terkena sakit jantung, darah tinggi, Dan GDM ketika hamil.
TAK JADI CUCUK INSULIN GDM MENGANDUNG GARA-GARA SET KEHAMILAN SHAKLEE

Nak cubalah Set Kehamilan Shaklee Nak Elak Cucuk Insulin GDM Mengandung
kami bersedia untuk hantar terus pada anda di kawasan berikut

Ye kami sediakan COD di area Shah Alam, Setia Alam, Klang, Puncak Alam, Puncak perdana, UITM, Subang Bistari, Denai Alam, Cahaya SPK, Elmina, Kampung Melayu Subang, Damansara, Sg Buloh, PJ, USJ, Subang Jaya, Puchong, Universiti Malaya, Menara TM
NAK ORDER UNTUK BANTU ELAK CUCUK INSULIN GDM MENGANDUNG
whatsapp : www.wasap.my/60133612717/sethamil
Email: ainulfadzilah@gmail.com
Instagram : Ainul Mustafa