Supplement Shaklee Demam Cepat Kebah Tanpa Ubat
Supplement Shaklee Demam Cepat Kebah Tanpa Ubat. Musim demam kan sekarang . Malah bukan demam biasa. Ada yang suhu sampai 40. Demam on off,demam menggigil. Macam macam virus . Ada yang demam influenza, demam covid. Ada juga demam biasa tapi susah nak kebah
Saya dan keluarga pun tak lepas dari demam. Kita kan manusia. Demam tu tanda badan nak buang segala toksin kekotoran dalam badan. Cara badan kita beritahu kita penat kena banyak rehat
Akan tetapi kalau kerap sangat demam.dan bila demam berminggu minggu nak kebah tu kenalah berbuat sesuatu. Kuatkan imun badan, jaga apa yang kita makan
Supplement Shaklee Untuk Demam
Apakah nutriferon shaklee?
Nutriferon ni mengandungi interferon semulajadi yang bertindak untuk melawan infeksi atau jangkitan.
Manfaat utamanya :
Mengukuhkan sistem imun dalam 3 hari
Melindungi dari virus influenza
Meringankan Stress dan Kelesuan
Kebaikan Vitamin C Shaklee
- Tingkatkan sistem imunisasi tubuh
- Membantu penyembuhan luka & pembaikan tisu
- Mengurangkan masalah resdung
- Mengurangkan masalah gusi berdarah
- Mencantik & mencerahkan kulit semulajadi
- Mengurangkan elergik & gatal kulit
- Memudarkan & menghilangkan parut
- Merangsang penghasilan collagen semulajadi dalam badan
- Menyokong kesihatan sendi
- Meningkatkan penyerapan zat besi semasa hamil & menyusu
- Melindungi sel badan daripada kerosakan radikal bebas
Kisah saya dan keluarga berjaya kebah demam tanpa ubat
Drama 5 hari sebelum raya korban
Alhamdulillah semalam berjaya juga raikan Aidiladha bersama keluarga mertua. Ikutkan firasat awal mungkin tak dapat nak beraya tahun ni.
Alkisahnya malam selasa kami adik beradik ke rumah mak ayah untuk raikan hari lahir ayah. Beli la macam macam makanan. Siang tu saya dan suami buat IF. Aktiviti biasa kami buat. Selalu dalam 16-20jam dah berbuka tapi sebab busy cod, pos barang maka dah jadi IF 24jam
Petang tu suami dah cakap sakit kepala. Mungkin sebab dah IF lama. Suruh dia berbuka tapi dia taknak. Sikit lagi nak berbuka.tahan je la
Maghrib dirumah makayah. Dia terbaring je. Minta picit kepala. Dan dia muntah.
Majlis hari jadi ayah tetap meriah kami adik beradik dan suami kesian tertido demam,sakit kepala
Selesai majlis balik rumah. Saya cuma dapat tidur tidur ayam..suami tak dapat tidur lena sebab sakit kepala. Nutriferon, vivix, ostematrix, esp semua telan
Esoknya hari jadi Maryam.dah janji nak bawa tengok minions the movie. Suami masih tak sihat. Dia cakap p la bawa anak anak.kesian maryam.dia duduk rumah nak rehat. Masih demam ,sakit kepala dan muntah.
Saya bawa la 3 girls tengok wayang.layan kan je la birthday girl hr tu. Tu pun kejap kejap call suami tanya ok ke tak. Risau sebab dia sorang kt rumah. Dia angkat hp dah lega sikit hati ni
Petang tu dia ajak p klinik adik minta drip air. Sebab badan dah lemah. Makan minum je muntah.
Drive balik ke klinik Azalea di Klang. My doktor cakap tak perlu drip. Tapi kena injek ubat tahan muntah dan ubat allergik. Sebab suami naik ruam merah yang teruk. Masa rumah makayah dia makan paracetamol. Dia allergik paracetamol.
Malam tu dia dah boleh tidur dengan baik. Muntah pun dah tiada. Legaa
Dapatla saya tidur lena… Ehhh tak juga. Mana pernah tidur lena bila jaga orang sakit. Kejap kejap terjaga tengok keadaan dia. Tengok suami deep sleep pun risau juga ? (spesis overthinking huhu)
Hari khamis suami dah makin sihat. Dah mula ada selera nak makan. Dan macam biasa la orang keje sendiri ni mana ada mc,mana boleh cuti lama lama. Kembali sesi aktiviti business macam biasa.
Lepas zohor badan rasa penat. Penat jaga suami tak sihat kot. Dahlia punya asyik merengek nak mama. Rasa badan dia ehhh panas. Sudahhh Dahlia pulak ke demam.
Tepuk tepuk dia sampai tertido. Dan mama dia pun zzz sekali. Bangun je hilang panas Dahlia. Ehh kejap pulak dia ok. Terus ceria.
Malam tu Ainul pulak rasa berat kepala sakit tekak. Telan nutriferon, vivix, esp dll
Tidur lena tak lena. Huhu
Jumaat bangun badan lemah. Demam tak panas sakit tapi sakit kepala. Berat betul kepalaku ini
Maryam mengadu sakit kaki sampai meraung sakit. Adoii kenapa pulak. Arreessa nages pening kepala.
Gagahkan juga walaupun tak berapa sihat. Bancuhkan Performance drink, bagi anak anak Hero Kiddo.
Nak bagi nutriferon tapu dah habis pulak.
Performance drink sehari berbotol botol kami minum. Habis bancuh lain. Tau masa ni badan sangat perlukan air, perlukan nutrisi lebih
Jumaat petang anak anak makin lemah. Dahlia maintain ceria sihat happy. Dia banyak bantu picit kepala kakak,ambilkan air untuk kakak kakak.
” Mama pening ke? Dahlia picit ye “
Malam tu paksa anak anak tidur awal. Tapi tak boleh tidur pun. Sorang nanges sakit kaki, sorang nages pening kepala. Lena tak lena. Tghmalam bangun picitkan kaki maryam. Paksa dia minum banyak air. Suami cakap mungkin muscle weakness
Sabtu sehari sebelum Aidiladha.
Hari yang sepatutnya dah plan nak balik rumah mertua kemas rumah, sama sama buat ketupat. Tapi Allah punya perancangan lagi baik.
Arreessa Maryam yang malam tadi menangis sakit. Pagi sabtu sihat ,ceria. Alhamdulillah. Cepat juga mereka recover tanpa ubat.
Tinggal mama mereka yang masih lagi kepala berat, sakit kepala, pening kepala.
Pagi tu tak selera langsung nak makan apa apa. Tghhr suami bawa balik nutriferon. Ambil 2 sachets. Magik pulak rasa lepas makan nutriferon badan kuat sikit dan selera makan kembali ada.
Dapatla makan separuh nasi dengan sup sayur
Yang lain dah sihat barulah mama dapat nak betul betul tidur lena.
Esok nak raya? Apa apa jelah janji nak tido dulu
Allahuakbar Allahuakbar !!!
Pagi raya badan makin sihat. Kepala masih berat tapi lebih baik dari hari sebelumnya.
Pagi raya sarung je la baju apa yang ada. Kena keluar juga untuk hirup udara, nak tarik aura positif. 5 hari diuji sorang demi sorang tak sihat dah cukup buat rasa badan lemau, lemah.
Ni lah gambar raya yang menarik sikit. Yang lain muka Ainul tak berapa nak ok. Muka masih lemah melawan kepeningan.
Dalam pening sakit kepala, masih lagi sibuk nak pikir nak bawa apa ke rumah mama raya ni. Plan asal nak masak nasi lemak. Last sekali panaskan lauk rendang ,ketupat yang diorder online je.
Rumah mak ayah adik beradik pun semua demam jadi kena kuarantin. Patut lepas raya di Shah Alam, kami adik beradik akan berkumpul di rumah kakak di Bangi.
Nampaknya Raya Haji kami kena bawa ke minggu depan Raya Haji 2.0 hehe
Selamat Hari Raya Aidiladha 2022
Tips nak cepat recover dari kami ada makan banyak buah. Tak selera makan nasi? Makan buah buah buah.Dan ambil supplement Shaklee. Bantu badan cepat cergas kuat balik