Set Tibi Shaklee
ADAKAH anda mengalami demam, hilang selera makan, batuk berpanjangan dari dua hingga tiga minggu? Jika jawapannya ia, awas kerana kemungkinan telah dijangkiti, terkena tanda penyakit tibi. Adalah sukar untuk menentukan bilakah penyakit batuk kering dapat dihapuskan di Malaysia ini memandangkan banyak faktor yang menyumbang kepada kemunculan semula tanda penyakit batuk kering ini, antaranya termasuk pendatang asing secara haram tidak disaring daripada penyakit ini. Ada juga pesakit lambat atau tidak mendapatkan rawatan kerana jahil tentang penyakit ini. Ketahui cara terbaik untuk mencegah tb dan diet sesuai untuk pesakit. wajib makan set tibi shaklee
https://www.youtube.com/watch?v=kP3_bfume_k
APAKAH PENYAKIT TIBI ?
- Sejenis penyakit berbahaya yang boleh membawa maut jika tidak dirawat
- Ianya disebabkan oleh kuman Tibi Mycobacterium Tiberculosis
- Kuman Tibi biasanya menjangkiti paru-paru tetapi ia juga boleh menyerang organ-organ penting lain seperti tulang, otak, kelenjar, kulit, buah pinggang dan sebagainya.
- Kebanyakan orang yang dijangkiti, tidak akan mendapat penyakit Tibi kerana sistem pertahanan badan yang kuat menghalang jangkitan.
- Akan tetapi kuman Tibi ini akan berada di dalam badan dalam keadaan tidak aktif
- Jika sistem pertahanan badan terjejas atau menjadi lemah.
- Kuman Tibi yang ada dalam badan akan menjadi aktif dan membiak, ia menyebabkan jangkitan Tibi yang aktif.
FAKTOR PENYUMBANG
- Pendatang asing yang masuk secara haram tidak disaring daripada penyakit ini.
- Pesakit lambat atau tidak mendapatkan rawatan kerana tidak terdedah tentang penyakit Tibi ini.
CARA PENYAKIT MEREBAK
- Penyakit Tibi boleh berjangkit melalui titisan cecair mulut dan hidung yang mengandungi kuman Tibi apabila pesakit Tibi paru-paru batuk, bercakap atau bersin.
- Sesiapa yang menyedut udara yang mengandungi cecair ini akan menghadapi risiko dijangkiti kuman Tibi
- Penyakit Tibi diluar paru-paru (EPTB) tidak akan menjangkiti orang-orang disekelilingnya.
TANDA PENYAKIT TIBI
- Batuk berpanjangan melebihi dua minggu
- Batuk berdarah atau berkahak
- Sakit dibahagian dada
- Lemah dan keletihan
- Susut berat badan
- Hilang selera makan
- Menggigil
- Demam
- Berpeluh waktu malam
GOLONGAN YANG MUNGKIN DISERANG TANDA PENYAKIT
- Mereka yang dijangkiti AIDS (Virus HIV)
- Rakyat asing daripada negara yang mempunyai kadar jangkitan penyakit Tibi yang tinggi
- Mereka yang kekurangan zat dan vitamin
- Pemabuk dan penagih dadah yang dijangkiti HIV
LANGKAH PENCEGAHAN PENYAKIT
- Bayi-bayi yang baru lahir mestilah diberi suntikan imunisasi BCG
- Dapatkan suntikan dos kedua sekiranya tiada kesan parut dan pada umur 12 tahun
- BCG diberikan secara percuma di semua Hospital serta Klinik Kesihatan Kerajaan untuk mereka yang berumur 20 tahun ke bawah
- Sekiranya batuk berterusan lebih daripada dua minggu, segeralah berjumpa doktor untuk menguji kahak anda
- Ahli keluarga atau sesiapa sahaja yang tinggal sebumbung dengan pesakit dalam tempoh yang lama hendaklah tampil menjalani pemeriksaan
GOLONGAN YANG BERISIKO TINGGI MENDAPAT JANGKITAN
- Pembawa HIV
- Mereka yang menghidap penyakit kronik seperti diabetes, tekanan darah tinggi, buah pinggang
- Pesakit yang mengambil ubat steroid dalam jangka waktu yang lama
- Warga tua
- Perokok tegar
BAHAYA BATUK KERING BERPANJANGAN LEBIH 2 MINGGU
Batuk kering disebabkan oleh jangkitan kuman ‘tubercle bacilli’ yang disebarkan oleh titisan udara apabila pesakit yang mempunyai kuman aktif batuk. Paru-paru adalah organ utama yang selalu dijangkiti. Ia juga boleh melibatkan otak, tulang, kelenjar limfa, buah pinggang dan kulit. Bahaya Batuk Kering Berpanjangan lebih 2 Minggu jika ianya adalah tibi. Tibi boleh membawa maut jika tidak dirawat dengan betul
Sekiranya anda mempunyai tanda-tanda seperti diatas, anda perlu mendapatkan ujian kahak di klinik atau hospital serta melakukan ujian sinaran X (x-ray). Pengesahan penyakit dan rawatan batuk kering terdapat di mana-mana klinik kesihatan dan hospital kerajaan. Sekiranya tidak dikesan, virusnya boleh merebak ke otak, tulang, kelenjar limfa, buah pinggang dan kulit. Ahli keluarga dan orang berdekatan dengan pesakit dinasihatkan untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut.
seseorang perlu pergi berjumpa doktor jika batuk berpanjangan lebih daripada tiga minggu, sesak nafas, atau mengalami kesakitan teruk atau pengsan. Batuk juga perlu dirujuk pada doktor jika membawa kepada masalah lain seperti muntah darah, batuk anda begitu teruk sehingga tak dapat tidur malam atau anda bimbang tentang punca batuk.
RAWATAN DOTS
DOTS (Directly Observed Treatment-Shortcourse) atau Pengawasan Rawatan Jangka Pendek Secara Terus merupakan strategi yang disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk merawat penyakit TB. Prinsip-prinsip DOTS adalah:
- Pesakit perlu mengambil ubat selama 6 bulan – supaya semua kuman di dalam dan di luar sel badan dapat dibunuh sepenuhnya.
- 2 bulan pertama pesakit diminta menelan setiap dos ubat setiap hari dengan disaksikan oleh anggota kesihatan yang terlatih.
- Pada peringkat sambungan selama 4 bulan pesakit perlu mengambil ubat 2 kali seminggu di bawah penyeliaan seseorang yang dilantik.
Ubat yang biasa diberi untuk rawatan tibi adalah isoniazid, rifampicin, pyrazinamide, streptomycin dan ethambutol. Sama seperti antibiotik lain, ubat-ubat untuk tibi juga memberi kesan sampingan termasuk loya, muntah, rasa gatal badan dan keletihan. Dengan rawatan yang sempurna pesakit boleh sembuh sepenuhnya.
Selain rawatan di hospital, pesakit tibi juga perlu memastikan mereka makan makanan yang terbaik untuk mempercepatkan proses penyembuhan. Makanan terbaik adalah makanan yang seimbang, cukup zat nutrisi.
Akan tetapi dengan kesakitan yang ditanggung, pemakanan yang semakin kurang nutrisi, pesakit boleh mencuba vitamin untuk membantu melengkapkan nutrisi yang badan sangat perlukan untuk melawan virus.
SET TIBI SHAKLEE
1. VIVIX
- VIVIX™ adalah minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol.
- Mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol menjadikan Vivix begitu unik.
- Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.
- Resveratrol yang terkandung di dalam vivix mampu mengurangkan inflamasi atau keradangan dan membersihkan saluran pernafasan.
- Resveratrol telah terbukti mampu mengurangkan pertumbuhan sel tumor paru-paru.
- Ia juga membantu meningkatkan imunisasi tubuh.
2. NUTIFERON
- Membantu meningkatkan imuniti tubuh dengan mendorong penghasilan interferon semulajadi di dalam tubuh.
- Ia mampu mengurangkan / mengelakkan simptom alergi.
3. Vitamin C
- Ia membantu untuk meningkatkan sistem imunisasi tubuh dan melawan infeksi bakteria.
TESTIMONIAL TIBI SHAKLEE
Jika anda mempunyai tanda tanda ini, sila berjumpa doktor untuk diagnosis dan rawatan lanjut. Sila hubungi saya jika anda mahukan vitamin untuk membantu mempercepatkan proses penyembuhan. Duit memang besar nilainya apabila kita sihat, tetapi tidak bernilai bila kita sakit!! Saya memilih PRODUK SHAKLEE sebagai sumber makanan tambahan untuk melengkapkan pengambilan nutrisi seharian saya. Anda boleh mengambil suplemen asas untuk seisi keluarga anda. Jom hidup lebih sihat, kerana kesihatan adalah kekayaan sebenar.
CARA ORDER SET TIBI SHAKLEE
Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set tibi shaklee mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Penghantaran sekitar Shah Alam, Petaling Jaya, Klang, Subang Jaya, Bangsar, Kelana Jaya, Alam Impian, Denai Alam,
Sumber Kosmo Dr. Patrick Chan, perunding Pediatrik dan Dada.
One thought on “Set Tibi Shaklee”