Set Saraf Shaklee Supaya Wanita Lelaki Kuat Bekerja Berjalan

Set Saraf Shaklee Supaya Wanita Lelaki Kuat Bekerja Berjalan

SET SENDI SARAF SHAKLEE MEMBANTU MASALAH SAKIT SENDI SARAF DAN LUTUT. Jika anda mempunyai masalah sakit lutut,saraf dan sendi, boleh cuba ikhtiar dengan SET SENDI dari Shaklee ni.

Masalah Saraf

Pernahkah anda merasa sakit mencucuk seakan tertusuk jarum yang tajam? Rasa sakit ini kadang-kadang ada, kadang-kadang tiada dan adakalanya rasa sakit ini berpanjangan. Jika ada, anda mungkin sedang mengalami masalah kerosakan saraf.

Saraf boleh diibaratkan sebagai pendawaian elektrik di dalam tubuh kita. Ia berhubungan antara satu sama lain untuk menghantar signal ke seluruh tubuh badan kita. Saraf mempunyai 3 fungsi utama iaitu sebagai alat komunikasi, pengatur kerja dan pusat pengendali tanggapan.

Dengan adanya fungsi saraf yang baik, kita dapat menggunakan seluruh deria dan pancaindera kita dengan baik. Organ dalam badan kita juga dapat berfungsi dengan baik. Disamping, tubuh kita dapat mengendalikan perubahan yang berlaku dipersekitarannya. Kebiasaannya penyakit saraf ini menyerang bahagian tangan dan kaki kita. Terdapat pelbagai jenis gejala penyakit saraf, antaranya ialah:

  1. Merasa kebas atau mati rasa terutamatanya dibahagian jari tangan dan kaki.
  2. Kesukaran untuk bergerak / stroke.
  3. Rasa sakit pada bahagian kaki, kebas dari punggung sehingga ke kaki.
  4. Hilang keseimbangan, contohnya tetiba jatuh tersungkur walaupun tengah elok berjalan.
  5. Sering membuang air kecil.
  6. Sering mengalami sakit kepala yang berulang.
  7. Kuat berpeluh
  8. Otak lambat memberikan respon terhadap sesuatu perkara.

Seandainya anda mengalami gejala seperti di atas. Segeralah berjumpa dengan doktor untuk membuat pemeriksaan lanjut. Terdapat lebih daripada 600 jenis penyakit saraf di dunia ini. Mungkin doktor boleh mengenalpasti kategori penyakit saraf anda dan mencadangkan rawatan yang sesuai.

Selain itu, kita seharusnya mengamalkan gaya hidup sihat bagi menjaga kesihatan tubuh badan termasuklah kesihatan saraf dan sendi. Amalkan diet pemakanan yang sihat dan bersenam setiap hari.

Terdapat juga yang mencuba kaedah alternatif untuk mengatasi masalah saraf seperti rawatan akupuntur dan pengambilan suplemen. Seandainya, anda ingin mengamalkan pengambilan suplemen/vitamin/pemakanan tambahan, pastikan ianya disahkan selamat, sihat dan semulajadi seperti produk Shaklee.

Tanda Penyakit Saraf

Rasa sakit merupakan satu amaran, contohnya apabila tangan anda terlalu dekat dengan dapur memasak, saraf akan menghantar isyarat sakit ke tak dan secara spontan anda akan tarik tangan anda sebelum ia membakar tangan anda.

Tetapi jika anda mengalami kerosakan saraf, sistem tersebut tidak berfungsi, ia berkemungkinan menghantar isyarat yang salah maka menyebabkan anda sering merasa sakit tanpa sebab. Ia juga berkemungkinan untuk saraf tidak menghantar isyarat sakit, maka anda tidak akan berasa sakit walaupun terdapat kecederaan.

Antara tanda-tanda yang dialami oleh mereka yang menghidapi penyakit saraf adalah:

  • Ketidakupayaan untuk rasa sakit dada, serangan jantung
  • Kuat berpeluh walaupun tidak melakukan apa-apa aktiviti
  • Ringan kepala
  • Mata dan mulut kering
  • Sembelit
  • Badan menjadi terlalu sensitif
  • Merasa kebas di kaki dan jari tangan
  • Rasa lemah otot
  • Hilang keseimbangan badan

Punca Kerosakan dan Sakit Saraf

1. PENYAKIT AUTOIMUN: Penyakit autoimun seperti Sclerosis, Guillain-Barre boleh mennyebabkan sakit pada saraf dan kerosakan saraf

2. KANSER : Kanser juga boleh mengakibatkan penyakit saraf, beberapa jenis kanser boleh menyebabkan badan kekurangan nutrisi, sekaligus memberi kesan kepada fungsi saraf. Selain itu, semasa rawatan kanser seperti kimoterapi dan radiasi juga boleh menyebabkan berlaku kerosakan pada saraf mengikut ketahanan badan pesakit.

3. DIABETES : Hampir 70% penghidap diabetes mengalami kerosakan saraf. Neuropati diabetes adalah komplikasi yang serius yang boleh menjejaskan ketiga-tiga jenis neuron.

4. KESAN SAMPINGAN UBAT : Pelbagai bahan-bahan yang diambil ke dalam badan yang mempunyai keupayaan menyebabkan kerosakan pada saraf. Ia termasuklah ubat-ubatan seperti beberapa kimoterpai kanser ataupun ubat-ubatan tertentu yang digunakan untuk merawat HIV

5. KEKURANGAN NUTRISI : Kekurangan nutrisi tertentu, termasuk vitamin B6 dan B12, boleh menghasilkan gejala kerosakan pada saraf, termasuk rasa lemah atau keradangan.

Cara Rawatan Penyakit Saraf

Dalam sesetenga situasi, penyakit saraf tidak boleh sembuh dengan sepenuhnya. Tapi beberapa rawatan dapat membantu mengurangkan kesan-kesan pada tubuh badan. Sangat penting untuk anda merujuk kepada doktor jika menghidapi penyakit saraf ini. Dengan itu, mungkin doktor dapat bantu pulihkan beberapa kesan yang minimum. Antara rawatan yang dinasihatkan kepada pesakit adalah:

  • Mengawal paras gula dalam darah untuk pesakit diabetes
  • Menukar ubatan lain sekiranya ia menyebabkan kerosakan saraf
  • Fizikal terapi atau pembedahan untuk menangani trauma ke atas saraf
  • Menyelesaikan masalah kekurangan nutrisi

Rawatan alternatif juga boleh membantu, sebagai contoh, kajian menunjukkan bahawa akupuntur boleh bantu legakan kesakitan saraf. Namun, dalam beberapa kes pengambilan makanan tambahan boleh membantu untuk mengatasi masalah sakit saraf.

set saraf shaklee

SET SARAF SHAKLEE

Ramai di kalangan kita yang diserang sakit saraf tanpa sedar. Kebanyakannya adalah terdiri daripada ibu-ibu hamil, ibu yang dalam proses berpantang, warga emas dan wanita berkerjaya.
Jangan ambil ringan, sakit saraf sejenis penyakit yang boleh membawa MAUT! Keterangan lengkap set ini Moga cepat- sembuh ye..untuk info bersama..

VIVIX

Resveratrol di dalam Vivix shaklee mampu mengubah protein catabolism dan fungsi sendi, dan menghalang stress pengoksidaan dan pembentukan sel mati sendi dan tulang. ● Secara asasnya, Resveratrol menjaga kekuatan dan ketahanan sendi. Kajian mendapati bahawa Resveratrol menaikkan ketahanan sendi dengan meningkatkan komponen penghasil tenaga di dalam sel sendi dipanggil mitochondria.

OMEGA GUARD

Pengambilan asid lemak Omega-3 sangat diperlukan untul membantu melindungi saraf daripada tercedera. Menurut Kajian dalam Journal of Neuroscience, Omega-3 dikatakan memainkan peranan yang penting dalam mempercepatkan pemulihan kecederaan saraf. Omega Guard Shaklee juga dapat mengawal kolesterol daripada tersumbat di dalam saluran darah, mengurangkan bengkak dan rasa sakit

B-COMPLEX

Mengawal Stress dan melancarkan peredaran darah dengan mengawal darah tersumbat di dalam urat saraf yang menjadi punca kepada sakit tersebut.

OSTEMATRIX

Ostematrix Shaklee membekalkan nutrien harian, termasuk kalsium yang penting dalam pembentukan dan pertumbuhan tulang dan gigi. Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral iaitu zink, kuprum dan mangan untuk mengekalkan kelancaran fungsi tubuh. Magnesium berperanan untuk mengurangkan ketegangan pada sistem saraf dan gangguan sistem transmisi saraf. Magnesium juga mengelakkan daripada kekejangan otot pada tubuh badan kita.

Testimoni Set Saraf Shaklee

“Ayah alhamdulillah seminggu jer amalkn vivix tuh kaki dye dah xkebas dan mlm2 pom xcramp..kalau dulu nak berdiri lama pom xbole kak.tp skang bole berdiri lama nak p masjid nk solat jemaah pom ayah kata kaki dye bole tahan brdiri lama..” -Ain-

Ayah Ain ada masalah sakit urat saraf kaki, sampai tak boleh jalan. Dah on treatment dan ada sedikit perubahan. Ayah Ain dah cuba macam-macam produk untuk bantu dalam proses rehabilitasi tapi masih begitu. Dan 2 minggu lepas, Ain setuju untuk order sebotol Vivix untuk percubaan.

set saraf shaklee

Leave a Reply

Open chat