Cara Mengembalikan Nafsu Selepas Bersalin

Cara Mengembalikan Nafsu Selepas Bersalin

Pernahkah anda mengalami masalah kurang ‘selera’ atau kedinginan untuk bersama suami untuk tempoh tertentu selepas bersalin? Jangan risau. Ini adalah normal bagi kebanyakan wanita. Nak tahu tak cara mengembalikan nafsu selepas bersalin?

Keinginan Seks Menurun Sebab Menyusu Badan?

Mengembalikan Nafsu Selepas Bersalin

Ia mungkin kelihatan seperti tiada apa yang perlu dibimbangkan, namun sebenarnya ini boleh memberikan impak kepada naluri, keinginan dan juga kepuasan hubungan seksual pada si isteri.

Berikut adalah 3 kesan utama aktiviti memberikan susu badan terhadap kehidupan seks wanita.

1. Kurang keinginan atau dorongan seks

Kajian pada tahun 2005 menyatakan, wanita yang memberikan susu badan cenderung untuk menangguhkan terlebih dahulu hubungan seksual bersama pasangan berbanding wanita yang tidak menyusu badan.

Selain itu, ia juga berkait rapat dengan perubahan hormon dalam tubuh.

Selepas seseorang wanita itu melahirkan anak, tahap hormon estrogen dalam tubuh akan menurun manakala tahap hormon prolactin dan oxytocin pula akan meningkat.

Hormon prolactin dan oxytocin ini memberikan kesan yang berbeza pada tubuh selain boleh mengganggu keinginan untuk melakukan seks. 

Peningkatan kedua-dua hormon ini membuatkan wanita mendapat kepuasan tersendiri hanya daripada menyusu badan.

Namun, jangan sesekali dirisaukan hal ini kerana ia adalah sesuatu yang normal dalam kalangan wanita yang memberikan susu badan.

Keinginan seks wanita ini ada turun naiknya ketika dalam tempoh menyusu badan anak dan ia akan kembali semula seperti sediakala secara perlahan-lahan.

2. Lalui aktiviti seks yang menyakitkan

Apabila seseorang wanita itu terlibat dengan aktiviti menyusu badan, tubuhnya akan kurang menghasilkan hormon estrogen.

Estrogen adalah hormon yang bertanggungjawab terhadap rangsangan seks dan pengeluaran pelincir semula jadi pada bahagian faraj wanita. 

Apabila hormon ini berkurangan, wanita akan mengalami sedikit kesukaran atau lambat untuk menjadi horny.

Ini juga menyebabkan faraj wanita menjadi agak kering, sekali gus kurang selesa untuk menerima penetrasi zakar pasangannya.

Cara yang boleh dilakukan adalah dengan melakukan foreplay atau ringan-ringan dalam tempoh yang lebih lama. Ini boleh membantu menaikkan keinginan dan dorongan seks serta menyebabkan faraj menjadi lembap kembali.

Selain itu, memberikan susu badan kepada anak juga menyebabkan puting payudara menjadi sakit. Apabila bayi menerima susu badan daripada payudara ibu, ia menjadikan kawasan tersebut lebih sensitif.

Justeru, apabila suami menyentuh payudara si isteri semasa bersenggama, ia hanya akan menambahkan lagi kesakitan dan bukannya kenikmatan.

Sekiranya anda berasa tidak selesa atau sakit apabila pasangan menyentuh payudara anda, jangan berasa segan untuk memberitahu mereka.

Katakan kepada suami, anda tidak berasa selesa apabila payudara disentuh. 

3. Membuatkan seks menjadi tidak selesa kerana susu badan yang keluar

Selain itu, ada kemungkinan untuk susu badan terkeluar sewaktu melakukan hubungan seks.

Beberapa hari selepas seseorang wanita itu melahirkan bayi, payudaranya akan dipenuhi dengan susu badan.

Ketika ibu melakukan seks selepas bersalin, sentuhan, geselan atau hisapan pasangan pada payudara boleh merangsang bahagian sensitif tersebut untuk mengeluarkan susu.

Susu badan bukan sahaja boleh meleleh keluar, malah adakalanya ia boleh tersembur keluar apabila wanita tersebut mencapai klimaks.

Untuk mengawal keadaan ini, ikuti 3 cara ini:

  1. Pam susu anda terlebih dahulu.  Ini bagi mengurangkan jumlah susu dalam badan sebelum melakukan hubungan seks bersama pasangan.  
  2. Pakai bra bersama nursing pad. Sekiranya anda dan pasangan tidak mempunyai masalah untuk melakukan seks dengan payudara tertutup, pakai bra dan masukkan nursing pad ke dalam bra. Ini membantu payudara untuk menyerap sebarang susu badan yang keluar sewaktu bersetubuh.

Cara Mengembalikan Nafsu Selepas Bersalin

Mengembalikan Nafsu Selepas Bersalin

Ramai doktor mengesyorkan tidak melakukan hubungan seks selama 6 bulan selepas bayi dilahirkan. Jika selepas 6 bulan keinginan seksual anda tidak kembali, pastikan anda membuat susulan dengan segera.

Menurut halaman Lybrate, seorang pakar seks bernama Dr. Naval Kumar Verma berkongsi 6 cara untuk memulihkan dorongan seks selepas bersalin.

1.Berkomunikasi dengan pasangan anda

Cara pertama untuk memulihkan keinginan seksual selepas bersalin adalah dengan berkomunikasi dengan pasangan anda.

Bercakap tentang seks dengan pasangan anda adalah penting. Walau bagaimanapun, wanita sering mengelakkan ini. Sebaliknya, kekurangan komunikasi tentang seks boleh menyebabkan seorang lelaki berasa bahawa dia tidak dapat memuaskan pasangannya.

Sebelum keadaan menjadi tidak terkawal, pastikan anda menyampaikan perasaan anda dan terangkan kepada pasangan anda tentang keadaan badan anda jika anda tidak dapat melakukan hubungan seks yang optimum selepas bersalin.

2.Berjumpa Doktor

Cara kedua untuk memulihkan keinginan seksual selepas bersalin adalah dengan berjumpa doktor.

Kurang minat seks selepas bersalin adalah perkara biasa. Walau bagaimanapun, jika ini berterusan selama berbulan-bulan, ia adalah petanda bahawa anda perlu segera berjumpa doktor.

Doktor berkenaan akan menjalankan ujian mudah untuk mendedahkan punca masalah seksual yang mungkin anda alami.

3.Atasi keletihan anda

Cara ketiga untuk memulihkan keinginan seksual selepas bersalin adalah untuk mengatasi keletihan anda.

Lebih daripada 70% wanita mengalami keletihan selepas bersalin. Keletihan adalah salah satu punca utama dorongan seks rendah di kalangan wanita.

Untuk membantu mengatasi keletihan, anda boleh membiasakan diri untuk tidur sebentar sepanjang hari. Tidur sebentar sepanjang hari boleh membantu anda melawan keletihan, menstabilkan hormon anda dan meningkatkan libido anda.

4. Bersenam Seperti berjalan , jogging

Cara keempat untuk memulihkan dorongan seks selepas bersalin adalah berjalan.

Berjalan pantas atau berjoging selama 30 minit setiap hari boleh membuatkan anda berasa lebih baik. Aktiviti fizikal ini akan memastikan jantung anda mengepam lebih laju dan keinginan seksual anda tidak pudar.

Berlari juga boleh membantu anda menjadi lebih aktif dan lebih mampu mengawal kehidupan seks anda. Selain itu, ia sangat membantu dalam menghapuskan lemak berlebihan akibat kehamilan.

5.Ambil makanan tambahan

Cara kelima untuk memulihkan dorongan seks selepas bersalin adalah dengan mengambil suplemen.

Terdapat banyak suplemen di pasaran yang berguna untuk meningkatkan libido. Bermula dari herba, vitamin, hingga krim, anda boleh memilih salah satu daripadanya.

6.Sediakan mental

Cara terakhir untuk memulihkan keinginan seksual selepas bersalin adalah dengan menyediakan mental.

Sebelum melakukan hubungan seks, anda perlu menyediakan diri anda secara maksimum. Sebagai contoh, sediakan katil yang hangat, pakai pakaian seksi dan pasangkan filem romantis untuk membantu anda berubah daripada ibu kepada kekasih.

Banyak kali, persiapan kecil seperti ini sangat membantu dalam meningkatkan dorongan seksual dan menghidupkan semula percikan cinta lama.

Makanan Tambahan Mengembalikan Nafsu Selepas Bersalin

Mengembalikan Nafsu Selepas Bersalin

ResV Shaklee Mengembalikan Nafsu Selepas Bersalin

Bahan didalam ResV iaitu Chibulic Myrobalan adalah salah satu bahan RAHSIA yang membantu naikkan nafsu, tenaga dalaman seks wanita dan lelaki. tingkatkan nafsu seks.

Menurut PIORLIVING

Enhancing Sexual Health

Chebulic Myrobalan Fruit (Haritaki) has long been used as an aphrodisiac in India. Haritaki is a powerful Rasayana herb, and can be used to bring balance to the different energetic channels of the body ensuring good reproductive health and virility. It is also a potent libido booster.

Mengembalikan Nafsu Selepas Bersalin
Mengembalikan Nafsu Selepas Bersalin
Mengembalikan Nafsu Selepas Bersalin
Mengembalikan Nafsu Selepas Bersalin

Jangan biarkan masalah ini berpanjangan sehingga memberi efek kepada rumahtangga anda. Nampak biasa tapi inilah punca utama meruntuhan rumah tangga. Jom cuba Resv Untuk Mengembalikan Nafsu Selepas Bersalin

Bagaimana nak Order Supplement ini?

Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Penghantaran sekitar Shah Alam, Petaling Jaya, Klang, Subang Jaya, Bangsar, Kelana Jaya, Alam Impian, Denai Alam,

Ainul Mustafa
Pengedar Shaklee Shah Alam
Email: ainulfadzilah@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp: 013-3612717
www.wasap.my/60133612717

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *