Tips Penyusuan Susu Ibu Selepas Bersalin Czer
Macammmana ni susu ibu takde selepas bersalin! lagi saya bersalin czer. macammana nak bagi susu ibu. sakit tau nak duduk nak menyusukan anak ni. Ye saya faham perasaan ibu yang baru sahaja bersalin czer. pelbagai kesukaran akan timbul. saya juga macam ni juga dulu. Hari ni saya nak kongsikan Tips Penyusuan Susu Ibu Selepas Bersalin Czer
Tips Penyusuan Susu Ibu: Susu Takde Selepas Bersalin?
Pada peringkat awal selepas kelahiran, susu yang ada dikenali sebagai KOLOSTRUM. Kolostrum ni dah sedia ada dalam payudara sejak mommies mengandung lagi.
Selepas proses kelahiran berlaku, bila aras hormon kehamilan (estrogen & progestron) menurun, maka aras hormon penyusuan (prolaktin & oksitosin) mula meningkat.
Rangsangan awal dan kerap sangat diperlukan selepas kelahiran untuk memastikan kolostrum sedia ada dalam payudara mommies boleh dikeluarkan dengan baik.
Mungkin ada sesetengah mommies bila bersalin sahaja, picit-picit puting macam ‘tak ada’.
Tak apa, jangan panik. Terus je susukan bayi. Penyusuan awal dan kerap akan membantu kolostrum dikeluarkan nanti.
Sebab tu SKIN TO SKIN sangat digalakkan lepas kelahiran untuk ‘mengajar’ bayi menyusu dengan cepat dan untuk memastikan bayi boleh melekap juga dengan baik.
“Berapa kerap nak menyusu untuk pastikan kolostrum keluar?”
SEBERAPA KERAP YANG BOLEH!
Mommies kena ingat –> RANGSANGAN yang KERAP akan menggalakkan pengeluaran kolostrum dengan lebih cepat.
Dan yang penting, pastikan POSISI pegangan dan LEKAPAN adalah BETUL. Sebab ramai mommies yang perhatikan di hospital, tak pegang bayi dengan betul.
So bila posisi pegangan tak betul, bayi tak boleh nak melekap dengan baik. Dan bila tak melekap dengan baik, susahlah bayi nak menghisap dengan baik dan lebih lama. So mommies pun stress dan terus fikir SUSU TAK ADA
Tips Penyusuan Susu Ibu : Lekapan yang Betul
Tips Penyusuan Susu Ibu : Cara Lekapan Menyusu Yang Betul
1) Pastikan bayi dan ibu berada di dalam kedudukan dan posisi yang selesa. Jika perlu, boleh letakkan bantal di belakang ibu. Boleh juga letakkan bantal di atas peha agar kedudukan bayi selaras dengan payudara ibu.
2) Pastikan bayi dalam keadaan aktif dan tidak mengantuk. Jika bayi meragam atau menangis, tenagkan bayi terlebih dahulu.
3) Bayi akan melekap dengan selesa sekiranya posisi badan bayi adalah betul. Pastikan ibu menyokong keseluruhan badan bayi. Mengiringkan badan bayi mengadap ibu dan muka bayi mengadap payudara.
4) Mulakan Pelekapan:-
(i) Bawa bayi ke payudara ibu, bukan payudara kepada bayi, jangan bongkokkan badan. Ibu seharusnya berada dalam keadaan selesa dan rilex.
(ii) Sentuh mulut bayi dengan puting atau jari. Tunggu sehingga bayi membuka mulut seluas-luasnya.
(iii) Masukkan puting dan gerakkan bayi rapat ke arah payudara.
(iv) Pastikan mulut bayi merangkumi sebahagian besar aerola payudara. Aerola ialah kawasan gelap di sekeliling puting ibu. Sekiranya breast ibu kecil, jadi, berkemungkinan keseluruhan aerola akan masuk ke dalam mulut bayi.
Peringatan: Sekiranya kawasan aerola terlalu besar dari biasa, jangan paksa semua kawasan aerola masuk ke dalam mulut bayi. Ini boleh menyebabkan bayi tercekik.
(v) Pastikan bayi lekap (latching) payudara ibu dengan betul dan ampu payudara dengan tangan ibu sewaktu proses menyusu.
(vi) Pelekapan yang betul akan menyebabkan mulut bayi kelihatan seperti “mulut ikan”. Pada payudara ibu, bibir atas dan bawah bayi akan melentik keluar. Puting ibu juga harus menyentuh lelangit lembut bayi, bukannya lelangi keras.
(vii) Sekiranya pelekapan tidak betul dan sempurna, lepaskan puting dari mulut bayi menggunakan jari kelingking ibu. Ulang kembali proses lekapan sehingga betul-betul sempurna. Pelekapan yang tidak betul akan menyebabkan puting ibu melecet selepas 1-2 kali penyusuan.
(viii) Ciri-ciri pelekapan yang sempurna
– dagu bayi menyentuh payudara ibu
– pipi bayi membulat dan ibu dapat melihat bayi menggerakkan keseluruhan rahangnya
– dapat merasa bayi menghisap payudara
– dapat mendengar sedikit bunyi bayi menyusu
– hidung bayi mungkin tertutup sedikit dengan payudara, tidak mengapa walaupun hanya bayi bernafas dengan satu lubang hidung
Apa yang paling penting, para ibu perlulah bertenang dan banyak-banyak bersabar kalau masih belum mendapat posisi lekapan menyusu yang sempurna. Cuba dan terus mencuba. Practices Make Perfect!
Jangan cepat down atau putus asa. Jika perlu, boleh rujuk kaunselor atau pakar laktasi
Tips Penyusuan Susu Ibu Selepas Bersalin Czer
1. Bersedia untuk menyusu badan selepas bersalin czer
Paling penting, anda perlu bersedia dengan menghadiri kelas-kelas menyusukan anak yang dianjurkan oleh pihak hospital. Anda perlu tahu apa yang bakal berlaku sebelum melakukannya agar tidak terkejut kelak.
2. Bersabar dan jangan putus asa
Jika anda merupakan ibu buat pertama kali, menyusukan bayi mungkin merupakan satu kesukaran untuk anda. Selain itu, anda juga perlu bersabar sekiranya susu anda mula mengering.
Ini mungkin disebabkan susu kolostrum anda telah kering dan akan digantikan dengan susu matang.
Oleh itu, gunakan waktu ini dengan sebetulnya agar susu kolostrum yang penuh dengan manfaat untuk bayi dapat diberikan kepada bayi secukupnya.
3. Gunakan teknik dan posisi yang tepat
Elakkan daripada meletakkan bayi anda dekat dengan kawasan perut anda yang memerlukan masa untuk sembuh seperti sediakala.
Sebaliknya, anda boleh cuba menyusukan anak anda dengan meletakkan bayi anda sedikit ke tepi tanpa membebankan perut.
Atau lebih mudah, susukan bayi anda ketika berbaring menghadap bayi anda. Ini secara tak langsung akan memberikan keselesaan kepada anda dan juga bayi.
4. Gunakan banyak bantal untuk menyokong
Untuk memberi lebih keselesaan, gunakan bantal ketika melakukan penyusuan. Letakkan bantal-bantal ini pada kawasan badan anda yang mungkin masih lagi letih dan sakit sejurus selepas melahirkan bayi.
Sebagai contoh, letakkan bantal-bantal ini pada bahagian belakang atau pada riba anda ketika anda sedang menyusukan anak anda dalam keadaan anda sedang duduk di kerusi yang boleh bersandar.
5. Teruskan menyusu badan walaupun berasa sedikit sakit
Walaupun agak sukar untuk melakukannya akibat keletihan dan kesakitan yang mungkin masih dialami, anda masih perlu menyusukan anak dengan susu ibu untuk mengelakkan berlakunya pembengkakan pada bahagian payudara.
6. Dapatkan rehat yang mencukupi
Akhir sekali, penting untuk anda mendapatkan rehat yang mencukupi. Minta bantuan daripada pasangan atau rakan-rakan dalam hal menguruskan kerja rumah dan sedikit sebanyak penjagaan bayi anda. Selain kesihatan bayi, kesihatan anda juga perlu diutamakan bagi menjamin kualiti hidup anda dan bayi anda kelak.
Posisi Menyusu Untuk Ibu Bersalin Czer
Setiap ibu akan mempunyai pilihan posisi menyusukan bayi yang tersendiri.
Sekiranya anda masih tidak pasti apakah posisi kegemaran, berikut antara 11 posisi dan teknik penyusuan susu ibu yang boleh dicuba:
Tips Penyusuan Susu Ibu: Posisi Penyusuan
#1. Laid-back
Dikenali sebagai posisi santai atau biological nurturing.
Posisi ini akan mengaplikasikan refleks semula jadi si kecil, iaitu melibatkan kemampuannya untuk bergerak ke arah sumber makanannya – payudara ibu.
Ia bukan sahaja sesuai untuk bayi baru lahir, tetapi teknik penyusuan susu ibu ini juga boleh dicuba oleh bayi pada mana-mana peringkat usia.
Teknik ini sangat berguna untuk bayi yang tidak suka disentuh semasa menyusu, berdepan kesukaran untuk lekap pada payudara apabila didukung atau jika buah dada besar.
2. Cradle hold
Merupakan posisi menyusukan bayi klasik yang sering dilakukan kebanyakan ibu.
Untuk teknik penyusuan ini, anda perlu duduk tegak dan bahagian atas bayi: kepala dan leher, dibaringkan pada lengan. Manakala badannya setentang dengan perut anda.
Penggunaan bantal atau kusyen pada bahagian belakang dan lengan amat digalakkan untuk memberikan sokongan serta keselesaan sepanjang tempoh penyusuan.
3. Cross-cradle hold
Sekali imbas seakan sama seperti teknik penyusuan susu ibu cradle hold. Tetapi ia sedikit berbeza di mana badan bayi dibaringkan pada bahagian lengan sebelah lain.
Tujuannya adalah untuk memberikan sokongan pada leher dan bahu serta membolehkannya untuk memusingkan kepala bagi mendapatkan teknik lekapan yang betul.
Ia sesuai untuk digunakan pada bayi baru lahir, berbadan kecil serta si manja yang mengalami masalah penyusuan.
4. Rugby ball hold
Untuk cara menyusu bayi dengan betul ini, si manja akan berada pada kedudukan di bawah lengan.
Badan bayi akan berada pada sisi anda, manakala bahagian kaki ke arah belakang kerusi.
Posisi menyusukan bayi ini amat sesuai untuk ibu yang menjalani pembedahan caesaeran, mempunyai bayi kembar atau bayi pramatang.
Bagi ibu dengan payudara besar juga mungkin akan menyukai teknik penyusuan ini.
5. Side-lying
Posisi ini sesuai untuk penyusuan pada waktu malam atau semasa berbaring. Teknik ini juga boleh mendatangkan keselesaan buat ibu yang menjalani C-Sec.
Anda akan berada pada kedudukan mengiring dan bayi akan berbaring bersebelahan.
6. Laid-back selepas C-Sec
Teknik ini boleh mendatangkan keselesaan buat ibu yang bersalin secara pembedahan caesarean.
Ibu akan berbaring manakala tubuh bayi akan berada di bahu tanpa berat atau tekanan pada luka.
Tips Penyusuan Susu Ibu : Supplement Bantu Tambah Susu Ibu Meriah
Susu ibu merupakan nutrisi yang terbaik bagi tumbesaran dan perkembangan bayi. Ia juga kaya dengan antibodi yang merupakan sumber imunisasi pertama dalam saluran usus untuk bayi yang baru lahir. Walaubagaimanapun, ibu yang sibuk sering mengabaikan pemakanan seimbang semasa tempoh penyusuan.
Dengan protein soya yang berkualiti tinggi, ia membantu memenuhi keperluan protein dalam pemakanan seseorang ibu yang menyusu serta membantunya menjalani tempoh penyusuan yang lebih lancar.
ESP adalah protein soya non GMO. berdasarkan carta piramid makanan, protein boleh didapati dari sumber tenusu, atau daging dan makanan laut seperti ikan.
Namun begitu, biasanya badan kita tidak menerima sumber protein yang mencukupi setiap hari. Ia adalah kerana beberapa faktor tabiat pemakanan dan cara memasak makanan yang kita ambil.
Protien mudah musnah apabila dimasak pada suhu tinggi atau dibancuh dengan air panas. Ibu menyusu memerlukan lebih protein untuk menyokong penyusuan sihat bayi. Protein sangat diperlukan oleh badan ibu dan bayi untuk perkembangan dan pertumbuhan sel. Ianya termasuklah menyokong perbentukan dan pembinaan otot, menguatkan rambut, kuku dan kulit yang lebih sihat.
Kebiasannya ibu yang mengamalkan ESP Shaklee mendapati mereka lebih bertenaga, kurang rasa lapar, susu badan menjadi lebih berkrim dan pekat.
Bayinya pula menjadi lebih kenyang apabila menyusu, kurang meragam dan mendapat kualiti tidur lebih lena. Bonus, kulit ibu dan bayi menjadi lebih sihat dan bersih.
ALFALFA
Alfalfa mengandungi galactagogue. Galactagogue mampu meningkatkan penghasilan susu badan. Alfalfa juga memberi tenaga kepada ibu. Kaya kalsium dan tinggi alkali yang baik untuk membuang toksik dalam badan.
Bonus Alfalfa ni bantu elak keputihan, rapatkan faraj, naikkan nafsu seks selepas bersalin
Tips Penyusuan Susu Ibu : Pengalaman pengguna set milkbooster
Nak Order Supplement Tambah Susu Badan Milkbooster Berkesan
Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya.
Penghantaran sekitar Shah Alam, Petaling Jaya, Klang, Subang Jaya, Bangsar, Kelana Jaya, Alam Impian, Denai Alam,
Ainul Mustafa
Pengedar Shaklee Shah Alam
Email: ainulfadzilah@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp: 013-3612717
www.wasap.my/60133612717/milkbooster