Cara Menaikkan Hb Dengan Cepat

Cara Menaikkan Hb Dengan Cepat

“Anak awak boleh mati tau kalau hb low macam ni !” ini kata kata seorang nurse pasa saya 14tahun lepas. Rasa down, sedih sangat masa tu. Macam macam cara, macam makanan saya amalkan untuk hb naik. Alhamdulillah anak saya berjaya dilahirkan tapi sangat kecil walaupun cukup bulan. Masa mengandungkan anak ke dua dan ketiga, saya amalkan ini dan hb berjaua naik normal. Jom saya kongsikan Cara Menaikkan Hb Dengan Cepat

Kenapa Hb Penting Semasa Hamil?

Hemoglobin (hb) adalah protein dalam sel darah merah yang bertanggungjawab membawa oksigen ke seluruh badan.

Bagi wanita yang hamil, mereka perlu lebih banyak oksigen berbanding normal supaya kandungan dapat berkembang dengan sihat. Adakah bahaya sekiranya ibu hamil tidak mempunyai tahap Hb yang normal?

Mengapa Bacaan Selalu Menurun Ketika Hamil?

Kadar hemoglobin yang menurun semasa hamil boleh dianggap normal kerana jumlah darah akan meningkat sehingga 50% bagi membekalkan nutrisi penting untuk bayi dalam kandungan.

Apabila memasuki minggu ke-8 kehamilan, paras plasma akan menjadi lebih tinggi berbanding sel darah merah. Disebabkan ini, sel darah merah menjadi kurang pekat dan paras Hb boleh menurun sehingga 10.5 g/dl.

Namun, anda perlulah mendapatkan pemeriksaan segera jika paras Hb adalah lebih rendah daripada ini kerana ia boleh menjejaskan kesihatan ibu dan mengakibatkan keletihan, tangan dan kaki sejuk, kuku rapuh dan mudah patah, degupan jantung laju, pening kepala, kulit pucat dan sesak nafas walaupun sedang berehat.

Keadaan boleh menjadi bertambah teruk sekiranya paras Hb menurun sehingga 6g/dl kerana ia boleh menjurus kepada angina.

Angina adalah sakit dada jangka pendek yang berlaku apabila otot jantung tidak menerima darah atau oksigen yang mencukupi.

Bacaan Hb Normal Ibu Hamil

Berikut merupakan julat normal Hb (dalam ukuran gram per desiliter g/dl) bagi wanita dewasa :

  • Tidak hamil: 12 hingga 15.8 g/dl atau 120 hingga 158 g/L
  • Trimester pertama: 11.6 hingga 13.9 g/dl atau 116 hingga 139 g/L
  • Trimester kedua: 9.7 hingga 14.8 g/dl atau 97 hingga 148 g/L
  • Trimester ketiga: 9.5 hingga 15 g/dl atau 95 hingga 150 g/L

7 Cara Menaikkan Hb Dengan Cepat

Pengambilan makanan yang tertentu adalah salah satu cara paling mudah untuk meningkatkan tahap hemoglobin (Hb) yang rendah.

Beberapa jenis nutrisi, seperti zat besi, vitamin C, dan asid folik dapat membantu meningkatkan tahap hemoglobin.

Ambillah makanan yang mengandungi nutrisi ini. Antaranya :

1. Daging merah

Daging merah tanpa lemak merupakan salah satu makanan untuk dapat meningkatkan tahap hemoglobin (Hb) dalam darah. Di dalam daging merah terdapat zat besi. Ambil daging merah sebesar dadu kotak mancis dalam setiap hidang. Tidak perlu berlebihan.
Dalam 100 gram daging merah mengandungi 2.7 mg zat besi. Ia Selain juga mengandungi asid folik.

2. Organ dalaman

Organ dalaman termasuk jantung, otak, ginjal dan hati merupakan makanan yang kaya dengan sumber zat besi. Dalam 100 gram, terdapat zat besi sebanyak 6.5 mg. Bagi yang tidak menggemari organ dalaman, kekallah memilih daging merah tanpa lemak.

3. Daging putih

Selain daging merah, daging putih seperti ayam, dan ikan juga mengandung zat besi. Boleh ambil bahagian ayam sebesar bahagian peha yang dibakar, dibuat sup atau dikukus.

4. Makanan laut

Makanan laut, seperti kerang dan udang juga mengandungi zat besi.

Selain kerang dan udang, ikan kembung juga mengandung zat besi. Dalam seekor ikan kembung yang sederhana besar terdapat 1.4 mg zat besi yang baik untuk meningkatkan hemoglobin dalam darah.

5. Tahu dan produk soya

Protein dari soya seperti tauhu dan tempeh juga merupakan makanan yang baik untuk meningkatkan hemoglobin. Satu hidangan tahu (100 gram) mengandung 2.5 mg zat besi dan sejumlah mineral, termasuk kalsium, magnesium, dan selenium.

6. Sayur dan buah-buahan

Mengambil makanan yang mengandungi zat besi saja tidak cukup jika proses penyerapannya tidak berjalan baik. Oleh itu kita perlu makan makanan yang kaya vitamin C bagi memudahkan penyerapan secara maksima.

Makanan tinggi vitamin C contohnya sayuran hijau, seperti bayam, kangkung dan bak soy. Dalam 100 gram bayam mentah mengandungi 2.5mg zat besi, dan asid folik yang penting dalam pembentukan hemoglobin dalam darah.

Selain itu, brokoli juga kaya vitamin C.

Selain itu, makanan yang mengandungi beta karoten juga sangat penting. Ia banyak terdapat dalam buah-buahan dan sayuran berwarna merah, kuning, dan oren, seperti:

• Jus Delima
• Tomato
• Cili merah
• Cili benggala

Selain yang telah disebutkan di atas, zat besi boleh didapati dalam bentuk suplemen pil. Ia boleh didapati dari klinik dan farmasi. Cuma kita mungkin mendapat kesan sampingan seperti sembelit.

Dalam satu hari, seorang lelaki dewasa dianjurkan untuk memerlukan 13 mg zat besi, sedangkan wanita dewasa dari usia 19 hingga 49 tahun memerlukan paling kurang 25 mg besi per hari.

Cara Menaikkan Hb Dengan Cepat : Set Hb Low Shaklee

Cara Menaikkan Hb Dengan Cepat

VITALEA IRON COMPLEX (ZAT BESI)

  • Iron penting untuk pembentukan darah merah
  • Bila pembentukan darah merah cukup, maka oksigen dan nutrien lain mudah dibawa kepada baby
  • Kekurangkan iron akan sebabkan ibu mudah letih dan berisiko dapat anemia
  • Kekurangan iron juga akan sebabkan kelahiran pramatang atau pun gugur.
Cara Menaikkan Hb Dengan Cepat

VITAMIN C

  • Kuatkan imun ibu supaya tak mudah demam atau sakit.
  • Sangat membantu kurangkan jerawat dan kulit kusam semasa hamil akibat pertukaran hormon.
  • Membantu penyerapan zat besi (elok di ambil bersama dengan Vitalea Iron)
  • Bantu proses penyembuhan luka seperti luka
Cara Menaikkan Hb Dengan Cepat

B-COMPLEX SHAKLEE

  • B-Complex Shaklee dipatenkan sistem nutrien delivery untuk tingkatkan penyerapan yang maksima
  • Lengkap dengan 8 kumpulan vitamin B
  • Ditambah dengan folic acid
  • Membantu tukarkan makanan kepada tenaga
  • Membina Sel sel darah merah
Cara Menaikkan Hb Dengan Cepat
Cara Menaikkan Hb Dengan Cepat
Cara Menaikkan Hb Dengan Cepat
Cara Menaikkan Hb Dengan Cepat

BERMINAT NAK ORDER VITAMIN HB LOW

Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Penghantaran sekitar Shah Alam, Petaling Jaya, Klang, Subang Jaya, Bangsar, Kelana Jaya, Alam Impian, Denai Alam,

Ainul Mustafa
Pengedar Shaklee Shah Alam
Email: ainulfadzilah@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp: 013-3612717
www.wasap.my/60133612717/HBLOW

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *