Jerawat & Parut Remaja Cara Hilangkan Dengan Cepat, Selamat

“eeeee tengok muka budak tu. baru form 1 dah teruk berjerawat, parut hitam penuh muka !” masalah jerawat ni normal terjadi pada semua akan tetapi ianya kalau tidak edibantu, dikawal dan dirawat akan membuatkan jerawat makin teruk dan membuatkan anak remaja hilang keyakinan diri, malu, rendah diri.dan ada yang menjadi mangsa body shaming. Bagaimana nak hilangkan jerawat & parut remaja ni?
Jerawat Pada Remaja

Tahukah anda bahawa hampir 80% remaja menderita jerawat: Itu merupakan sebilangan besar! Sekiranya anda menghadapi masalah bintik-bintik, anda pastinya tidak bersendirian. Namun, apakah punca jerawat remaja? Semuanya berkaitan dengan akil baligh dan perubahan hormon yang dialami oleh badan kita.
Ketika akil baligh, organ seks kita (testis pada kanak-kanak lelaki dan ovari pada kanak-kanak perempuan) mula menghasilkan hormon yang berbeza. Satu kumpulan hormon dipanggil androgen, dan anggota yang paling terkenal adalah testosteron. Androgen mempunyai banyak kesan pada badan: Pada kanak-kanak lelaki dan perempuan, ia merangsang pertumbuhan bulu badan dan meningkatkan jisim otot serta tulang. Pada kanak-kanak lelaki, tahap androgen yang lebih tinggi juga menyebabkan suara “pecah” dan pertumbuhan rambut muka.
Mengenai kesan androgen pada kulit, ia berkomunikasi secara langsung dengan kelenjar sebum, menyuruhnya menghasilkan minyak yang banyak. Akibatnya, semasa akil baligh, muka dan selalunya belakang menjadi berminyak dan pori-pori kulit tersumbat dengan campuran sebum serta sel-sel kulit mati. Dari sini, pelbagai jenis bintik boleh terbentuk, dari bintik hitam hingga ke pustul dan sista yang mendalam serta menyakitkan.
Punca jerawat remaja

Ada beberapa punca jerawat naik mendadak. Antaranya ialah perubahan hormon dan juga pori yang tersumbat.
Mari ikuti penjelasan kami mengenai penyebab jerawat remaja di bawah:
1. Pori yang tersumbat punca jerawat naik mendadak
Jerawat berlaku apabila lubang-lubang kecil pada kulit atau folikel rambut tersumbat.
Pada permukaan kulit, ada kelenjar kecil yang dikenali sebagai kelenjar minyak. Kelenjar ini juga menghasikan satu bahan yang dikenali sebagai sebum.
Individu yang berjerawat menghasilkan banyak sebum berbanding orang biasa. Lebihan sebum ini akan bercampur dengan sel kulit mati dan menyebabkan pori menjadi tersumbat.
Jika pori yang tersumbat ini dekat dengan kulit, ia akan menghasilkan whitehead. Tetapi, jika folikel ini terbuka, ia akan membentuk blackhead.
Kemudiannya, bakteria yang tinggal pada kawasan kulit akan menjangkiti folikel ini dan menyebabkan pembentukan papules, pustules, nodules atau sista.
2. Penghasilan testosteron yang tinggi
Penyebab jerawat remaja selalunya dikaitkan dengan peningkatan hormon testosteron dalam badan.
Hormon ini memainkan peranan penting dalam tumbesaran zakar dan testikel dalam kalangan lelaki.
Untuk perempuan pula, testosteron digunakan untuk mengekalkan kekuatan otot dan tulang.
Kelenjar minyak amat sensitif terhadap sebarang perubahan hormon.
Oleh sebab itu, peningkatan hormon testosteron dalam badan secara tidak langsung akan menghasilkan lebih banyak sebum pada kulit.
3. Faktor genetik punca jerawat naik mendadak
Siapa kata jerawat bukan masalah genetik?
Jika ibu atau ayah anda pernah mengalami masalah jerawat ketika muda, besar kemungkinan anda juga akan alami masalah yang sama.
Malah, kajian menunjukkan jika kedua-dua ibu bapa anda mempunyai masalah ini, maka anda akan mengalami jerawat yang serius pada waktu muda.
Sama jugalah jika mereka mempunyai jerawat ketika dewasa, anda juga berkemungkinan mempunyai masalah yang sama.
4. Masalah jerawat dalam kalangan remaja wanita
Wanita lebih berisiko untuk mempunyai masalah jerawat berbanding lelaki. Semuanya disebabkan perubahan hormon pada waktu tertentu seperti:
- Ketika datang haid. Ramai remaja wanita mengalami masalah jerawat sebelum datang haid.
- Kehamilan. Ramai wanita yang breakout ketika hamil. Selalunya perkara ini berlaku pada 3 bulan pertama kehamilan.
- PCOS. PCOS merupakan penyakit yang akan menyebabkan jerawat, peningkatan berat badan dan pembentukan sista kecil di dalam ovari.
JERAWAT DAN PARUT JERAWAT ANAK REMAJA PUDAR DAN HILANG SELEPAS KONSISTEN AMALKAN PRODUK SHAKLEE

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh.
Saya adalah seorang ibu kepada 6 orang anak yang mana 4 daripada mereka adalah anak-anak remaja. Saya sekeluarga dah lebih 10 tahun amalkan produk Shaklee.
Tetapi apabila anak-anak meningkat remaja dan mula tinggal di asrama, mereka agak culas untuk konsisten mengambil produk Shaklee walaupun saya ada bekalkan vitamin Shaklee untuk di bawa ke asrama.
Kebiasaannya, apabila anak-anak meningkat remaja kebanyakan daripada mereka akan mengalami masalah pada kulit wajah, terutamanya jerawat yang amat ‘galak’ tumbuh pada bahagian tertentu.
Antara faktor penyebab kepada tumbuhnya jerawat di kulit wajah anak-anak remaja, antaranya adalah disebabkan oleh masalah hormon, pemakaian produk ‘skincare’ yang mengandungi bahan terlarang, pemakanan, stress dan kurangnya penjagaan kebersihan wajah yang menyebabkan liang pori tersumbat. Masalah ini turut berlaku kepada anak-anak remaja saya.
Pada kali ini, saya ingin kongsikan testimoni dari anak sulung saya sendiri yang mengalami masalah kulit wajah iaitu jerawat dan parut jerawat yang agak banyak sewaktu di tingkatan 4 dan 5. Mungkin juga pada waktu itu, beliau kurang konsisten dengan pengambilan produk Shaklee, kurang menjaga kulit wajah dan sibuk dengan ulangkaji untuk SPM.
Alhamdulillah, setelah saya menyarankan beliau untuk konsisten mengambil set kulit cantik Shaklee terutamanya Vitamin C dan ESP serta Pencuci Muka Youth, saya lihat parut jerawat pada kulit wajah beliau makin hari nampak makin pudar dan ada sebahagiannya sudah hilang. Jerawat pun susah nak tumbuh sekarang.
Saya lihat beliau makin konsisten amalkan produk-produk Shaklee tersebut dan sudah pandai menjaga kebersihan kulit wajah. Setelah beliau dapat menyambung pelajaran ke universiti, saya ada bekalkan vitamin-vitamin Shaklee yang lain juga seperti Vitamin E, Omega Guard, B Complex, Zinc dan Carotomax selain set Kulit Cantik Shaklee iaitu ESP, Vitamin C dan Pencuci Muka Youth.
Perbezaan kulit wajah beliau, boleh dilihat pada gambar sebelum dan selepas sebagaimana yang saya kongsikan dalam testimoni ini.
Kepada anda yang mempunyai anak remaja dan mempunyai masalah kulit wajah seperti anak saya ini, boleh cuba amalkan produk Shaklee. Ianya selamat dan sesuai digunakan oleh semua peringkat umur dan rangkaian skincare Shaklee pula bebas dari bahan kimia yang boleh merosakkan kulit wajah.
Alhamdulillah, terima kasih Shaklee. Terima kasih Supermom Shaklee Story!
Perkongsian oleh :
Dr. Najihah Abdul Mutalib
Supplement Shaklee Untuk Jerawat & Parut Remaja

ni merupakan antioksidan yang sangat bagus, jadi ia boleh membuang sel2 akibat ‘sunburn’/rosak/mati tadi dan memperbaiki sel yang rosak, menggalak sel sihat yang baru untuk kembali nampak muda dan flawless gtu.
Asasnya sama, kulit kita dari sel kan..parut adalah sel yang rosak dan mati..jadi nak ganti kulit yang baru yang cantik haruslah dari sel yang sihat. Bagi memastikan penghasilan sel yang sihat, sel memerlukan protein yang berkualiti tinggi seperti protein soya. Apabila ia mendapat nutrisi yang sepatutnya, sel baru yang sihat akan terhasil bagi menggantikan tisu yang rosak tadi.




Susah hatikan bila nampak muka anak remaja kita berjerawat, berparut. saya sendiri anak anak remaja jadi faham perasan itu. dan saya sendiri suruh anak saya makan set ni dari 11tahun. Jom baca dan tengok sendiri hasilnya : jaga Kulit anak remaja saya
Nak Order Set Jerawat & Parut Remaja
Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Penghantaran sekitar Shah Alam, Petaling Jaya, Klang, Subang Jaya, Bangsar, Kelana Jaya, Alam Impian, Denai Alam