Apendiks Pecah Cara Cepat Luka Sembuh
Apendiks Pecah dan Ada ke Cara Cepat Luka Sembuh? Apendiks merupakan satu organ seakan kantung yang terkeluar dari kolon di bahagian bawah dan kanan abdomen anda.
Walaupun fungsi struktur organ ini tidak begitu dikenalpasti tetapi ini tidak bermaksud organ tersebut tidak akan mendatangkan masalah. Apendisitis (= radang Apendiks) merupakan satu keadaan di mana apendiks itu akan membengkak dan dipenuhi nanah.
Adalah dianggarkan lebih kurang 2% dari mana-mana kalangan masyarakat akan mengalami penyakit radang apendiks dalam jangka hayat mereka
Tanda-tanda dan Simptom
Apendisitis boleh mengakibatkan pelbagai simptom yang boleh berubah pada bila-bila masa sahaja. Simptom awal yang biasa dialami ialah rasa sakit di sekitar kawasan pusat yang akan bergerak ke bahagian bawah kanan abdomen. Rasa kesakitan itu akan menjadi lebih teruk apabila inflamasi di apendiks itu merebak ke tisu-tisu yang berhampiran, lebih-lebih lagi ke bahagian dalam lapisan (peritoneum) abdomen anda.
Lama-kelamaan, rasa sakit itu akan bergerak ke bahagian kanan bawah abdomen anda – kawasan ini dikenali sebagai poin McBurney. Bahagian ini terletak kira-kira di bahagian pertengahan di antara perut dan bahagian atas tulang pelvik kanan anda. Walaubagaimanapun, bagi ramai pesakit yang mengalami apendisitis, bahagian yang sakit mungkin berbeza bergantung kepada umur dan posisi apendiks tersebut, lebih-lebih lagi kanak-kanak dan juga orang tua yang mungkin mengalami sakit apendisitis di tempat yang berlainan dari yang disebut di atas.
Jika anda tekan secara perlahan di kawasan yang sakit itu, ia akan terasa lembut. Tetapi, apabila anda lepaskan tekanan itu, lebih-lebih lagi jika anda melakukannya secara tiba-tiba, rasa sakit apendiks itu akan menjadi lebih teruk (rebound tenderness). Ia juga akan menjadi lebih teruk jika anda batuk, berjalan atau melakukan sebarang pergerakan. Tambahan pula jika apendiks yang membengkak itu bersentuhan dengan peritoneum – lapisan membran selembut sutera yang meliputi dinding abdomen dan usus. Namun demikian, jika anda membaringkan tubuh anda di sisi dan menarik lutut ke dada anda, rasa sakit yang dialami akan berkurangan.
Selain daripada rasa sakit yang dialami, anda mungkin akan mengalami satu atau lebih daripada tanda-tanda dan simptom-simptom berikut:
- rasa mual dan muntah
- hilang selera makan
- demam ringan selepas timbul tanda-tanda dan simptom lain
- sembelit
- tidak boleh mengeluarkan gas/angin (kentut)
- cirit-birit
- bengkak di bahagian abdomen
Punca-punca berlakunya Apendisitis
Setakat ini tiada sebarang penjelasan yang tepat kenapa penyakit apendisitis berlaku. Kadangkala ianya disebabkan halangan yang berlaku apabila terdapat sisa makanan atau ketulan najis yang keras (fecal stone) terperangkap di dalam saluran apendiks anda.
Apendisitis juga mungkin terjadi akibat jangkitan seperti jangkitan virus di dalam usus atau ia mungkin terjadi akibat inflamasi yang lain. Dalam kedua-dua konteks, bakteria akan merebak dengan cepat, menyebabkan apendiks itu membengkak dan dipenuhi nanah. Jika tidak dirawat dengan segera, apendiks anda mungkin akan pecah.
Apendiks Pecah Cara Cepat Luka Sembuh
Apendiks Pecah.Luka Cepat Bercantum Balik Dengan Cepat
17 Oct 19 – Puan S whatsapp mengadu masalah luka selepas pembedahan Appendiks yang besar tapi belum sembuh
10 November 19 – Puan S hubungi lagi untuk order 2 tin ESP dan beritahu yang luka sudah bercantum dengan baik
Apa yang Patut Saya Ambil Untuk Luka Pembedahan Apendiks yang membantu luka cepat sembuh
protein berfungsi sebagai pembentukan tisu baru luka. Protein ini adalah sumber nutrien yang kaya dengan asid amino. Di mana asid amino diperlukan oleh badan dalam proses penyembuhan luka. Semasa penyembuhan selepas pembedahan, tubuh memerlukan asid amino untuk membaiki dan membentuk tisu dalam badan.
Di samping itu, protein ini dapat meningkatkan keupayaan tubuh untuk melawan jangkitan dan penyakit yang dapat melambatkan penyembuhan luka. ESP merupakan minuman protein yang lengkap dengan 9 asid amino yang bagus untuk mempercepatkan proses luka sembuh, bagi badan bertenaga dan untuk kesihatan menyeluruh.
Nak Order ESP
Ainul Mustafa
Email: ainulfadzilah@gmail.com
www.wasap.my/60133612717
COD area Shah Alam, Setia Alam, Meru, Klang, PJ, USJ , Denai Alam, Kampung Melayu Subang, Bukit Jelutong, Puncak Alam, Bandar Bukit Raja, Alam Impian, Sungai Kandis, Subang Bistari, Elmina, Saujana Utama, Padang Jawa Klang, Jalan Kebun, Bukit Naga, Kota Kemuning, Bandar Sunway, UM, UiTM,MSU