Ikhtiar Hamil Cara Cepat Hamil

Ikhtiar Hamil Cara Cepat Hamil

Bila dah berkawen, semua pasangan suami isteri pasti menanti nanti kehadiran cahaya mata. Tapi tak semua bertuah berjaya hamil cepat. Ada yang bertahun puluh tahun berusaha untuk hamil. Jom saya kongsikan Ikhtiar Hamil Cara Cepat Hamil semoga dapat membantu anda pasangan yang sedang berusaha nak dapatkan anak

7 Cara Ikhtiar Hamil Cara Cepat Hamil

Ikhtiar Hamil

1.Dapatkan nasihat doktor

Apabila penantian anda melebihi 6 bulan dan anda masih tidak menunjukkan tanda-tanda hamil, perkara pertama yang anda harus lakukan adalah berjumpa dengan doktor pakar.

Anda akan diperiksa dan diminta untuk melakukan beberapa ujian untuk menilai tahap kesuburan dan kesihatan anda. Doktor akan memberikan nasihat dan langkah yang sewajarnya yang perlu anda dan pasangan lakukan. Jadi jangan risau ya!

2. Ambil Asid Folik

Menurut Dr. Zubaidi Ahmad, pengambilan asid folik dapat membantu meningkatkan tahap kesuburan. Ini bukan untuk wanita sahaja ya. Para suami pun dapat memperolehi faedah daripada pengambilannya.

Antaranya adalah, asid folik dapat mengelakkan kecacatan kromosom pada sperma dan membantu mematangkan telur ovum. Jadi seeloknya, sebelum pasangan berkahwin merancang untuk mendapatkan cahaya mata, ambillah asid folik secara konsisten selama beberapa bulan sebelum hamil supaya tahap kesihatan dan kesuburan anda berada di tahap yang lebih baik.

Ini kerana asid folik bukan sahaja membantu untuk merawat kesuburan tetapi ia juga adalah vitamin yang berfungsi untuk memperbaharui sel-sel baru di dalam tubuh anda.

3.Amalkan memakan kurma

Buah kurma adalah buah yang kaya dengan pelbagai nutrisi penting terutamanya untuk golongan wanita. Pengambilannya dapat membantu meningkatkan tahap kesuburan dan kesihatan wanita secara menyeluruh.

Buah yang cukup berkhasiat ini mengandungi karbohidrat, protein dan serat yang diperlukan tubuh anda. Kandungan nutrisinya yang menyeluruh dan seimbang menjadikannya supplement semula jadi yang ideal dan salah satu cara untuk hamil yang terbaik, dari segi pemakanan.

4. Ambil makanan yang kaya dengan zink

Kenapa para suami perlu mengambil makanan yang kaya dengan zink? Ini kerana zink dipercayai mampu untuk meningkatkan kesuburan orang lelaki secara keseluruhan.

zink dapat membantu pengeluaran sperma bukan sahaja dari bilangannya malah kualiti sperma juga ya!

Makanan apa yang kaya dengan zink eh?

Antaranya adalah:

  1. Tiram
  2. Daging lembu
  3. Kekacang
  4. Ketam
  5. Makanan tenusu

Senanglah kalau macam tu kan? Kebanyakkan makanan ini boleh didapati di pasaraya sahaja. Masak dan hidanglah mengikut citarasa pilihan.

Dalam diet anda, pastikan anda mengamalkan pengambilan makanan-makanan yang kaya dengan zink ini terutamanya golongan lelaki.

Dengan kualiti dan bilangan sperma yang tinggi, peluang untuk isteri anda hamil akan lebih tinggi!

5.Berhubungan intim ketika waktu subur

Antara perkara penting yang menentukan potensi kehamilan seseorang adalah tarikh berlakunya hubungan intim. Apabila telah menjadi suami dan isteri, anda hendaklah mengetahui waktu subur anda dan pasangan. Dapatkanlah nasihat dan panduan dari yang pakar mengenai waktu ovulasi, kitaran haid dan sebagainya.

Ini dapat membantu anda untuk merancang tarikh yang paling sesuai untuk bersama iaitu ketika waktu ovulasi.

Ingat ya. Tarikh anda melakukan hubungan intim amat penting dalam usaha untuk hamil. Rancanglah sebaiknya.

6.Posisi seks yang betul

Haa…bukan sahaja tarikh anda bersama yang penting malah cara dan posisinya juga ya! Posisi seks yang berbeza ketika berlakunya ejakulasi dapat menentukan jarak pancutan air mani yang berbeza ke lubang serviks.

Menurut Rachel Gurevich, RN, antara posisi seks yang meningkatkan peratusan anda untuk hamil adalah:

  1. Missionary position iaitu kedudukan para suami di atas.
  2. Doggy style iaitu kedudukan para suami di belakang. Atau juga dikenali sebagai rear-entry position.
  3. Edge of bed position iaitu hubungan intim yang dilakukan di hujung katil.
  4. Right angle sex position

Posisi-posisi ini tidaklah sukar malah mudah untuk dilakukan. Bekerjasama dan cubalah pelbagai posisi ini mengikut kesesuaian dan keselesaan anda. Namun jangan dilupakan ya, kehangatan dan rangsangan seksual turut sama penting dalam meningkatkan potensi kehamilan anda.

7.

7.Elakkan pengambilan alkohol, kafein dan rokok

Minuman beralkohol dan berkafein dapat memberi kesan negatif terhadap kesihatan anda terutamanya jika diambil secara berlebihan. Dalam usaha untuk mendapatkan zuriat, sebaiknya anda hentikanlah sebarang pengambilan alkohol, kafein dan rokok.

Jika sebelum ini itu menjadi tabiat anda, belajarlah untuk berubah bukan sahaja untuk kebaikan keluarga anda malah diri sendiri. Cubalah secara beransur-ansur dan dapatkanlah bantuan sewajarnya. Lama-kelamaan, anda pasti berjaya!

Suplement Ikhtiar Hamil Cara Cepat Hamil

Ikhtiar Hamil

Walaupun tidak semestinya vitamin mengandung atau suplemen tambahan berkesan dengan serta merta untuk asbab mengandung, namun vitamin ini memainkan peranan penting dalam kesihatan wanita, dan penting untuk pelbagai fungsi, termasuk:

  • Haid dan ovulasi
  • Fungsi tiroid
  • Pengeluaran tenaga
  • Fungsi imun
  • Kualiti dan pematangan oosit (telur)

Oleh itu pengambilan vitamin dan mineral yang mencukupi sangat penting ketika berusaha mewujudkan persekitaran untuk kehamilan yang sihat. Sebilangan nutrien dalam vitamin mengandung dapat mengurangkan gejala sindrom ovarium polikistik (PCOS), iaitu salah satu penyebab kemandulan dan sukar hamil.


Malah vitamin mengandung juga membantu untuk para lelaki, yang mana kajian menunjukkan suplemen tertentu dapat membantu meningkatkan jumlah dan pergerakan sperma.

Ikhtiar Hamil

Untuk wanita, Vivix akan menguatkan sel Ovum tadi. Bila ovum kita sihat,

✅ Period kita akan stabil

✅ Perlekatan untuk mengandung akan mudah

✅ Hormon wanita kita pun akan stabil

✅ Risiko keguguran akan sangat kurang

✅ Kuantiti normal (tak berlaku masalah PCOS)

Nampak tak how semua ni sangat membantu kita yang TTC?

Untuk lelaki, Vivix akan menguatkan sel sperma. Sperma yang sihat ni,

✅ Bentuknya akan cantik

✅ Pergerakannya akan laju

✅ Jumlahnya akan banyak & mencukupi

✅ Bertahan sekurang2nya 5 hari di dalam fallopian tube sebelum persenyawaan berlaku dengan ovum

Ikhtiar Hamil & Berjaya Hamil Dengan Resv Vivix

Ikhtiar Hamil
Ikhtiar Hamil
Ikhtiar Hamil
Ikhtiar Hamil

NAK ORDER RESV & VIVIX UNTUK Ikhtiar Hamil Cara Cepat Hamil

Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Penghantaran sekitar Shah Alam, Petaling Jaya, Klang, Subang Jaya, Bangsar, Kelana Jaya, Alam Impian, Denai Alam,

Ainul Mustafa
Email: ainulfadzilah@gmail.com

www.wasap.my/60133612717

Dingatkan RESVIVIX ini adalah jus minuman dari buahan tumbuhan terpilih yang melalui pelbagai kajian oleh saintis Shaklee. ianya BUKAN UBAT untuk MERAWAT Penyakit. UBAT RAWATAN doktor sila teruskan ye.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *