Asid Folik Untuk Wanita Berkahwin & Bujang

Asid Folik Untuk Wanita Berkahwin & Bujang

Asid folik sinonim dengan vitamin wajib ambil pada wanita berkahwin dan sedang bersiap sedia untuk mengandung. Tapi sebenarnya asid folik ini boleh mula diawal lebih awal iaitu pada wanita bunag belum berkahwin. Sebab asid folik ni ada banyak kelebihan dan nak kesan terbaik ambil Vitamin B complex termasuk asid folik

Sebenarnya, semua wanita disarankan mengambil asid folik walaupun tidak bercadang untuk mengandung dalam masa terdekat!

Kesedaran dalam pengambilan asid folik bagi kalangan wanita muda masih lagi rendah. Menurut sebuah kajian yang dijalankan di Korea terhadap wanita berusia 19 – 45 tahun, 7 daripada 10 wanita tahu dan pernah dengar mengenai asid folik.

Asid Folik Untuk Wanita

Namun, hanya 2 orang sahaja yang faham tentang fungsi sebenar asid folik untuk melawan kecacatan janin semasa mengandung.

Walaupun mereka faham tentang kebaikan asid folik, hanya 1 dari 10 wanita sahaja yang benar-benar mengamalkan pemakanan suplemen asid folik secara konsisten.

Wanita yang berumur 19 – 24 tahun yang belum berkahwin juga mempunyai kesedaran yang lebih rendah mengenai asid folik. Golongan ini jarang mengambil supplemen asid folik, mungkin kerana kurang kesedaran terhadap kepentingan vitamin ini.

Selain itu, pengambilan asid folik juga terbukti untuk mengurangkan risiko sakit jantung, strok dan juga sebahagian jenis kanser.

Sumber Hellodoktor

Tanda-tanda Kekurangan Asid Folik

Asid Folik Untuk Wanita

Terdapat beberapa tanda-tanda anda jika ada mengalami kekurangan asid folik

  • Cirit-birit
  • Pertumbuhan uban
  • Ulser mulut
  • Ulser perut
  • Perkembangan tumbesaran terencat
  • Lidah bengkak (glossitis)
  • Keletihan
  • Ulser di sekeliling mulut
  • Lemah daya ingatan dan daya kognitif
  • Mudah marah
  • Hilang selera makan
  • Kurang berat badan
  • Anemia
  • Rambut Gugur

Kelebihan Asid Folik Untuk Kesihatan

Asid folik adalah sangat penting untuk badan anda menghasilkan sel darah merah saiz normal, dan sihat, mengurangkan risiko komplikasi semasa kehamilan, masalah jantung, strok, penyakit kanser serta penyakit Alzheimer. Asid folik bukan sahaja penting untuk wanita, malah ia juga penting untuk lelaki. Asid folik sangat penting untuk kesuburan lelaki. Ia mampu memberi kesan terhadap kualiti genetik sperma. Antara 6 manfaat asid folik untuk tubuh manusia adalah seperti berikut:

1. Wanita yang sedang hamil
Semasa kehamilan, vitamin ini membantu pembentukan tiub saraf tunjang bayi.
Ia boleh membantu mencegah beberapa kecacatan semasa kelahiran bayi seperti, kecacatan otak (anencephaly) dan tulang belakang (spina bifida).

2. Meningkatkan kesuburan wanita
Pengambilan asid folik boleh meningkatkan peluang untuk hamil dan mengandung.

3. Mengurangkan risiko penyakit jantung
Ia membantu meningkatkan kesihatan jantung dan mengurangkan risiko serangan jantung.

4. Mengawal masalah mental
Ia terlibat dalam penghasilan bahan kimia otak yang dipanggil neurotransmitter. Aras neurotrasmitter yang rendah atau kurang aktif mampu menyebabkan seseorang kemurungan, skizofrenia, bipolar, atau lain-lain masalah mental.

5. Menyembuhkan keradangan
Ianya dapat mengurangkan keradangan dan inflamasi.

6. Menjaga kesihatan otak
Vitamin ini mampu menjaga kesihatan otak iaitu meningkatkan daya ingatan dan mengurangkan risiko demensia.

Asid Folik Untuk Wanita : Lelaki Boleh Makan tak?

Satu kajian saintifik daripada Dr. Thomas mendapati bahawa individu lelaki yang mengambil suplemen ini 5mg sehari selama 26 minggu menunjukkan peningkatan jumlah sperma sebanyak 74%. Berdasarkan kajian ini, pemberian asid folik kepada individu lelaki dapat memelihara kuantiti dan kualiti sperma dan dapat menghalang penyakit sindrom Down dan kecacatan kongenital.

Asid Folik Untuk Wanita : Asid Folik Terbaik Pilihan Ramai

Ada banyak jenama untuk asid folik ni tapi saya sendiri antara yang memlilih brand Shaklee sebab ianya lengkap dengan 8 jenis Vitamin B termasuk asid folik. Jadi kita akan dapat lebih banyak kelebihan

Keistimewaan dan Kebaikan Vitamin B Complex Shaklee

Keistimewaan dan Kebaikan vitamin B Complex Shaklee. Pernah dengar vitamin B? Vitamin B atau B-Complex ialah gabungan semua 8 jenis vitamin B. Maksudnya ada 8 jenis semua vitamin B dan semuanya ada dalam B-Complex ini. 

Keistimewaan vitamin B Complex Shaklee

  • Vitamin B yang paling lengkap di pasaran, ada semua 8 jenis vitamin B termasuk asid folik. Kebanyakan vitamin B yang dijual di pasaran tak lengkap. Sangat penting untuk memilih vitamin B-Complex yang lengkap kerana setiap satu vitamin B ini akan berfungsi dengan lebih baik dan melengkapi satu sama lain.
  • Juga ada mengandungi 100% biotin untuk mendapat keseimbangan dan keberkesanan yang sempurna.

Kandungan 200mg Asid folik di dalam setiap biji B-Complex dengan kadar kebolehserapan (bioavailability) yang sangat tinggi dan berkualiti hasil ciptaan para saintis Shaklee ini menjadi kemestian untuk ANDA memilih vitamin B-Complex dari Shaklee ini!

Vitamin B yang lengkap ada semua 8 jenis vitamin B. 

B1 ~ melegakan simptom kemurungan ~ diperlukan untuk membantu menukar karbohidrat yang kita makan menjadi glukosa, penting untuk kawalan gula darah, ini mempunyai kesan besar pada tahap keresahan

B2 ~ membantu mengurangkan gejala tekanan fizikal yang biasanya sakit kepala dan kemurungan ~ meningkatkan keupayaan sistem imun untuk menangkis tekanan dan keresahan ~ yang diperlukan pada tahap sel untuk menukar glukosa menjadi tenaga

B3 ~ dalam pembinaan neurotransmitter, serotonin, yang membantu kita bertindak balas terhadap keadaan yang tertekan ~ diperlukan di peringkat sel untuk menukar glukosa menjadi tenaga ~ membantu menjaga kulit, sistem saraf, dan sistem pencernaan yang sihat

B5 ~ penting dalam berfungsi dengan sempurna kelenjar adrenal, yang bertanggungjawab untuk penghasilan hormon yang mengawal tekanan ~ membantu dalam pengeluaran asetilkolin di otak, neurotransmitter yang menguruskan tumpuan dan tumpuan di otak dan mengurangkan rasa bimbang ~ diperlukan di tahap sel untuk menukar glukosa menjadi tenaga ~ mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan normal

B6 ~ diperlukan pada tahap sel untuk menukar glukosa menjadi tenaga ~ membantu badan memecah protein dan membantu mengekalkan kesihatan sel darah merah, sistem saraf, dan bahagian sistem kekebalan tubuh

B7 ~ diperlukan di peringkat sel untuk menukar glukosa menjadi tenaga ~ membantu memecah protein dan karbohidrat dan membantu badan membuat hormon

B9 ~ membantu dalam mengurangkan kesan homocysteine ​​di dalam otak, hasil sampingan dari beberapa proses otak yang mempengaruhi bagaimana seseorang mengendalikan keadaan tekanan (homocysteine, adalah faktor risiko yang diketahui untuk penyakit jantung, strok, kanser, dan penyakit Alzheimer) ~ membantu sel-sel dalam badan membuat dan menyelenggara DNA dan penting dalam pengeluaran sel darah merah

B12 ~ memainkan peranan yang penting dalam berfungsi dan kesihatan saraf yang tidak mencukupi untuk vitamin B12 boleh menyebabkan kerengsaan, kekeliruan, kebimbangan dan tekanan ~ Vitamin B12 diperlukan untuk fungsi mental yang biasa, dan tahap rendah dapat meniru kepincangan ~ memainkan peranan dalam pertumbuhan dan perkembangan badan ~ juga mempunyai bahagian dalam menghasilkan sel darah, dan bagaimana tubuh menggunakan asid folik dan karbohidrat

Kebaikan Vitamin B Complex untuk kesihatan

  • memberi tenaga kepada tubuh
  • membantu kemampuan berfikir
  • mengelakkan penyakit beri-beri
  • melambatkan proses ubat di rambut
  • penting untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut
  • penting untuk sirkulasi dan fungsi normal sistem saraf
  • mencegah stress
  • menguatkan antibodi tubuh
  • amat penting untuk aktiviti sel genetik
  • diperlukan dalam pembentukan protein asid amino
  • memproses dan memnghasilkan sel-sel darah merah
  • mencegah anemia (tekanan darah rendah)
  • perlu untuk pembentukan dan aktiviti sel genetik bagi ibu mengandung
  • mencegah kecacatan tulang belakang (penting diambil semasa mengandung)

Nak Order Asid Folik Ini

Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Penghantaran sekitar Shah Alam, Petaling Jaya, Klang, Subang Jaya, Bangsar, Kelana Jaya, Alam Impian, Denai Alam,Setia Alam

Ainul Mustafa
Pengedar Shaklee Shah Alam
Email: ainulfadzilah@gmail.com
www.wasap.my/60133612717/bcomplexshaklee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *