Vitamin Kebas Terbaik Untuk Lelaki Wanita

Vitamin Kebas Terbaik Untuk Lelaki Wanita

tiba tiba kaki rasa kebas je.tak hilang hilang. kemudian tangan pulak. adoi aku kena strok , sakit jantung ke ni? pernah tak berada di situasi ni? Ada ke vitamin kebas yang membantu atau kena buat pembedahan?

Rasa kebas merupakan keadaan di mana seseorang mengalami kekurangan rasa (sensation).

Kebas biasanya berlaku disebabkan oleh iritasi saraf atau saraf periferi terhimpit.

Mana-mana bahagian badan boleh mengalami rasa kebas dan cirinya bergantung kepada jenis dan lokasi yang terlibat.

Lazimnya, rasa kebas lebih kerap dirasai pada hujung jari, tangan, tapak kaki, legan bahagian atas dan kaki.

vitamin kebas

Punca Kebas

Terdapat pelbagai sebab dan punca kebas boleh berlaku. Antaranya:

  • Kecederaan pada saraf akibat terlibat dalam kemalangan.
  • Saraf periferi tertekan/terhimpit disebabkan oleh ‘herniated disc’ atau oleh osteophytes yang terbentuk hasil proses degeneratif.
  • Jangkitan pada saraf periferi seperti kayap.
  • Penyakit-penyakit seperti migraine, multiple sclerosis, epilepsi, strok, diabetes dan hypothyroidism.
  • Saraf Median tertekan di kawasan pergelangan tangan (Carpal Tunnel Syndrome).
  • Kekurangan vitamin dalam badan seperti kekurangan vitamin B12.
  • Kerosakan saraf akibat bahan toksik seperti alkohol dan rokok.

sumber dari physiogo

5 Sebab Kebas Kaki Terjadi

Antara sebab-sebab menyumbang kepada kebas kaki adalah:

  1. Kencing Manis
vitamin kebas

Kencing manis bukan sahaja mampu merosakkan saluran darah kecil di bahagian hujung kaki, malah ia juga merupakan salah satu penyumbang kepada masalah kebas kaki. 

Kandungan gula yang tinggi akan merosakkan sedikit demi sedikit saraf sekali gus menghindar pesakit daripada merasa kesakitan apabila mengalami kecederaan. 

Keadaan ini adalah merisaukan kerana ia akan mendorong kepada jangkitan kuman dan amat sukar untuk pulih. 

Maka, tidak hairanlah sekiranya kaki pesakit terpaksa dipotong untuk mengelakkan daripada kuman terus merebak ke anggota badan yang lain. 

  1. Slipped Disc
vitamin kebas

Slipped Disc atau “tulang rawan tergelincir” terjadi akibat daripada masalah pada cakera tulang belakang yang terkeluar sehingga menghimipit saraf tunjang di dalam tulang belakang.

Saraf tunjang memainkan peranan yang penting dalam menyambung bahagian otak dengan kaki serta ke seluruh anggota badan yang lain.

Oleh itu, sekiranya bahagian tersebut terhimpit, maklumat rangsang daripada kaki ke otak tidak dapat disampaikan, lalu menyebabkan pesakit merasa kebas pada bahagian kaki.

  1. Kecederaan pada saraf tunjang
Young man holding his neck in pain. Medical concept.

Tidak dapat disangkal lagi, tulang belakang yang patah boleh memberi kecederaan kepada bahagian saraf tunjang.

Sama seperti Slipped Disc, sekiranya saraf tunjang terputus atau terhimpit, bahagian yang terlibat akan merasa kebas. 

  1. Kayap

Kayap, atau Herpes Zoster merupakan sejenis penyakit kulit dan saraf berpunca daripada jangkitan Virus Varicella Zoster (VZV). 

Seseorang yang mengalami kayap akan mendapati badan atau kepala mereka ditumbuhi tompok-tompok kemerahan seperti gelembung air dan ia adalah amat menyakitkan. 

Penyakit ini sering terjadi disebabkan oleh kelemahan sistem imun seseorang dan antara tanda-tanda awal kayap yang telah dikenal pasti adalah:

  • Rasa kebas, sakit dan panas di bahagian urat saraf yang terlibat
  • Demam
  • Keletihan
  • Sakit kepala

Walaupun kayap jarang-jarang terjadi pada bahagian kaki, tetapi sekiranya ia terjadi, pesakit akan merasa sakit yang amat dan kebas pada bahagian tersebut. 

  1. Multiple sclerosis

Multiple Sclerosis merupakan penyakit autoimun di mana sel badan dan tisu saraf akan diserang oleh sel imun badan.

Anggota badan yang terlibat dengan saraf tersebut akan merasa  kebas apabila tisu saraf tidak berfungsi seperti biasa. 

Sekiranya tisu saraf gagal boleh berfungsi seperti biasa, bahagian badan yang terlibat dengan saraf berkemungkinan mengalami kebas.

Bukan itu sahaja, pesakit juga berdepan dengan risiko kelumpuhan. 

Ada masalah penyakit penyakit ini? silalah berjumpa pakar saraf ye. jangan tunggu sampai melarat

Vitamin Kebas Ada ke Untuk Bantu?

Vitamin atau supplement bukan ubat untuk merawat mana mana penyakit. ianya adalah makanan tambahan yang kaya dengan nutrisi yang badan kita perlu. kekurangan vitamin juga antara punca kebas

Kekurangan vitamin B1, B6, B12 dan E sangat berkait rapat dengan perkembangan saraf. Jika kekurangan vitamin ini, ia akan menyebabkan saraf tidak dapat berfungsi dengan baik dan simptom kebas pun berlaku ~ Dr Zubaidi

Set Kebas Shaklee

1.VIVIX

Vivix dengan kandungan resveratrol dan polifenol membantu masalah berkaitan kebas dan saraf dari segi:

  • Mengandungi resveratrol yang membantu mengurangkan keradangan saraf dan kesakitan secara keseluruhan
  • Memperbaiki sel yang terdapat pada saraf.
  • Membantu meningkatkan penghasilan tenaga pada sel saraf
  • Menyekat pertimbunan AGE protein. AGE menyebabkan kemerosotan pelindung sel (myelin) dan memperlahan inpuls saraf.
  • Menghalang pembentukan protein AGE. AGE juga menyebabkan sambungan silang protein kolagen di sekitar sendi menjadi kurang fleksibel dan tisu tulang menjadi rapuh

VIVIX sangat penting jika anda ada masalah kening manis, kolesterol tinggi.

2.Ostematrix

Kekurangan kalsium adalah antara penyebab gejala kebas kaki dan tangan. Ostematrix mengandungi kalsium dan magnesium pada nisbah seimbang di mana magnesium penting untuk penyerapan kalsium.

Diperbuat daripada mineral semulajadi dan garam mineral dari Laut Mati, ostematrix mengandungi kalsium, magnesium, fosforus, zinc, vitamin D dan mangan. Mangan diketahui dapat menurunkan kandungan gula dalam darah. Dalam satu kajian, magnesium membantu meningkatkan fungsi sinaps dan isyarat neuron.

Ostematrix berkesan untuk membantu proses pengecutan pada otot dan saraf dengan sempurna supaya tekanan darah dapat berjalan dengan lebih lancar.

3.B Complex

Kekurangan vitamin B12 juga antara penyebab gejala kebas kaki dan tangan. Vitamin B12 melindungi pelindung saraf dan membersihkan badan anda daripada homocysteine iaitu sejenis sebatian berbahaya yang dikaitkan dengan strok dan penyakit kardiovaskular. Vitamin B1 pula memang terbukti membantu memperbaiki sistem saraf.

BComplex Shaklee mengandungi kesemua 8 vitamin – B1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folik dan biotin. B Complex juga menggalakkan sistem saraf yang sihat dan berfungsi.

4. Omega Guard

Kajian yang diterbitkan dalam Journal of Neuroscience, menunjukkan bahawa asid lemak Omega 3 memainkan peranan penting dalam mempercepatkan pemulihan kecederaan saraf.

Kajian ini memberi tumpuan kepada sel-sel saraf periferal. Saraf periferal adalah saraf yang menghantar isyarat antara otak dan saraf tunjang, dan seluruh tubuh.

Saraf ini mempunyai keupayaan untuk menjana semula tetapi, walaupun kemajuan dalam teknik pembedahan, pesakit biasanya hanya mendapat pemulihan yang baik jika kecederaan mereka adalah kecil.

Asid lemak Omega 3 sangat penting untuk pertumbuhan dan perkembangan normal badan dan telah banyak dikaji tentang manfaat kesihatannya. Oleh kerana tubuh manusia tidak mampu menghasilkan asid lemak Omega 3, kita perlu mendapatkannya melalui makanan seperti ikan berlemak seperti salmon dan sebagainya.

Asid lemak Omega 3 memberikan perlindungan yang ketara kepada sel dan menurunkan kematian sel.

Tahap asid lemak Omega 3 yang tinggi sangat membantu pemulihan kecederaan saraf. Asid lemak ini boleh memberi kesan yang baik dalam beberapa keadaan neurologi.

Berminat nak dapatkan Vitamin Kebas ini?

Anda berminat nak dapatkan set ini boleh hubungi kami di

www.wasap.my/60133612717/kebas

Boleh ke COD vitamin kebas ni?

Ye kami sediakan COD di area Shah Alam, Setia Alam, Klang, Puncak Alam, Puncak perdana, UITM, Subang Bistari, Denai Alam, Cahaya SPK, Elmina, Kampung Melayu Subang, Damansara, Sg Buloh, PJ, USJ

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *