Vitamin Untuk Tenaga Wanita

Vitamin Untuk Tenaga Wanita

Wanita bila dah jadi isteri dan ibu, diri sendiri automatic jadi no 10 🤪. Keperluan diri sendiri tolak jauh-jauh. Yang penting keperluan suami dan anak-anak tiptop!Dia yang paling awal bangun.Dia juga yang paling akhir tidur.Kerja rumah tak pandai habis.Belum lagi yang keluar berkerja.Esok mula lagi sekali rutin yang sama.Penat? Memang penat. Ada wanita yang ada peluang untuk berehat, me time, isi ruang untuk diri sendiri dan ada wanita yang terpaksa tutup mata untuk semua itu demi keluarga. Kita wanita kategori mana pun kesihatan diri fizikal mental jangan dilupakan. Kta sihat seisi rumah akan sihat. Jadi kalau anda wanita yang sentiasa penat, ini vitamin untuk tenaga wanita dan ini untuk anda kembalikan senyuman dalam diri

6 Tanda Wanita Itu Penat

1. Muka yang dulunya ayu dan sentiasa berhias sekarang dah jadi lesu dan kusam.

2. Ibu yang lembut selembut lembutnya boleh berubah jadi bengkeng sebab penat. Anak nak berkepit pun boleh kena tengking.

3. Otak wanita patut boleh proses maklumat 10 kali lebih cepat dari lelaki, tapi bila dah terlalu penat mula la jadi cuai dan pelupa.

4. Bila penat, self control jadi lemah. Mula jadi impulsif dan bertindak ikut emosi. Sikit trigger dari anak je dia boleh menjerit dan tengking.

5. Bila tak ada yang memahami, senang la si ibu menangis seorang diri.

6. Bukan dengan anak je, dengan suami pun tak boleh silap cakap sikit. Boleh jadi punca bergaduh.

Penat seorang ibu ni tak boleh di ukur pada titisan air peluh tapi penat mereka pada emosi dan mental. Kita tak akan faham apa yang mereka rasa sebab kita tak berada di tempat mereka.

Kita ni lelaki dalam mata terbuka pun masih boleh lagi berehat. Tapi wanita selagi mata tak tertutup selagi itu dia dalam mod “bekerja”. Sebab itu waktu tidur seorang ibu ni sangat penting.

Perangai wanita Bila Penat.Betul ke Sampai Kena Ambil Vitamin Untuk Tenaga Wanita

Vitamin Untuk Tenaga Wanita

Petikan dari Mingguan Wanita antara perangai wanita bila dia penat. Para suami kalau ada nampak tanda tanda ni jangan buat tak tahu pulak ye. Cepat cepat la ambil hati kekasih awak tu

1. Benda kecil pun dia bising

Ini biasa, benda sekecil apa pun boleh jadi punca isteri untuk mengamuk dan membebel tak tentu pasal. Contoh mudah, pasal air tumpah pun boleh buat kaum mak-mak marah macam nak terbalik dunia. Punyalah dia stres! Lagi teruk, cerita jadi panjang sebab dia mula mengungkit sejarah yang lepas-lepas.

2. Mudah menangis

Menangis sendirian di dalam bilik tanpa sebab. Betul, bila isteri penat sangat dia akan menangis sendiri. Jadi suami kena lah faham. Waktu solat berjemaah, cubalah tanya keadaan isteri dan apa aktiviti harian isteri. Silap-silap, isteri boleh mengadu dan siap menangis sebab badan tak cukup rehat.

3. Mudah jatuh sakit

Kerap demam, sakit badan, migrain.. itu tanda isteri penat sangat. Dia penat fizikal dan emosi juga. Jadi, suami berilah peluang untuk isteri berehat. Contohnya, dalam seminggu berikan cuti memasak bagi dia.. suami pula ambil alih tugas tu.. pasti dia suka.

4. Nampak lesu dan tak bermaya

Wajah kusam, banyak jerawat dan tak bermaya.. itu tanda penat melampau. Kalau bersolek sekali pun, wajah tetap tak akan naik serinya. Sebab letih sangat. Tapi kalau penat sangat mana mampu nak make up bagai. Jadi, suami kena faham jdan mulut kena jaga. Jangan tahu nak kritik soal kecantikan isteri.

5. Selera makan melampau, berat bertambah

Bila badan terlampau penat, akan hilang selera makan atau selera makan meningkat melampau lampau. Ada yang jenis asyik nak makan tetapi boleh jadi isteri tak lalu nak makan sebab terlalu PENAT. Jadi, ini menyebabkan dan punca badan isteri kurus atau gemuk tanpa sedar.

Kalau saiznya dah berubah, jangan pula ditegur atau kritik. Nak selamat, terus cari jalan penyelesaian. Contoh mudah, ajak dia join keluarkan peluh bersama. Lama-lama nanti dia sendiri seronok dan sekali gus dapat amalkan cara hidup yang sihat. Banyak senam, tubuh badan bebas daripada segala penyakit dan tekanan.

6. Anak Jadi Mangsa

Selalu tinggikan suara tanpa sebab pada anak-anak. Kasihan kalau anak-anak jadi tempat isteri melampiaskan tekanan emosi.

Haa… apa yang suami boleh bantu?

Bila isteri penat buat kerja, peluklah dia dengan penuh kasih sayang. Ambil alih tugas buat kerja rumah atau lakukan kerja rumah bersama-sama. Bila dia tengah memasak, suami tolong lah jaga anak. Isteri basuh baju, suami tolong sidaikan. Itu saja sifirnya.

Vitamin Untuk Tenaga Wanita

Vitamin atau supplement antara yang perlu diambil oleh wanita tak kira lah sudah berkahwin ke belum, sudah ada anak ke belum. Tapi ianya penting untuk membantu wanita kekal bertenaga, sihat dalaman dan luaran

ResV Vivix

ResV Vivix bantu meningkatkan tenaga dan menguatkan otot dari segi:

  • Membantu badan anda menghasilkan lebih banyak tenaga dan mengurangkan keletihan
  • Menguatkan otot dan meningkatkan prestasi sukan
  • Meningkatkan jisim otot pada warga emas

ESP – Energizing Soy Protein

Protein soya mempunyai Indeks Glisemik rendah, membantu menggalakkan tahap glukosa darah yang stabil, mengekalkan tenaga, memberikan kesan kenyang yang lebih lama dan memberi manfaat penurunan berat badan.

  • Memperbaharui dan membaiki sel-sel tubuh
  • Memberi tenaga berpanjangan kepada wanita
  • Bertindak sebagai milk-booster untuk ibu menyusu
  • Membantu pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu

VitaLea – Multivitamin

Ketika bersalin, tidak dinafikan yang ibu banyak kehilangan darah.
Vitalea yang merupakan multivitamin yang mengandungi 28 jenis vitamin penting dan mineral kritikal termasuk Zat Besi untuk membentuk semula sel darah merah.
VitaLea Diformulasikan dengan sistem pengangkutan mikrosalutan berpaten untuk memastikan penyerapan yang asid folik.
Membekalkan tubuh ibu dengan nutrien yang diperlukan agar ibu sentiasa sihat, cergas dan bertenaga.

Vitamin C

Seperti semua dah tahu, Vitamin C dapat membantu menguatkan sistem imuniti badan dan pembentukan kolagen supaya kulit wanita lebih cantik dan sihat.  antioksida yang terkandung dalam vitamin C dapat membantu meningkatkan tenaga badan, sehingga dapat mencegah anda dari cepat letih.

B Complex + Folic Acid

Vitamin Untuk Tenaga Wanita

Setiap ibu memerlukan vitamin B untuk metabolisme, menukarkan makanan kepada tenaga dan meningkatkan sistem pertahanan badan.
B Complex juga membantu mengawal stress akibat kepenatan dan bertindak sebagai penenang untuk emosi yang lebih stabil.

OmegaGuard 

Vitamin Untuk Tenaga Wanita

Omega 3 adalah food for brain. Ini sebenarnya berkait rapat dengan masalah anxiety disorder

Tahukah anda, pengambilan asid lemak omega-3 seperti DHA boleh membantu mengurangkan gejala kemurungan, anxiety disorder

Kajian ada menyatakan, pengambilan DHA sewaktu hamil boleh mengurangkan gejala kemurungan atau meroyan selepas bersalin, termasuklah keresahan dan hilang keyakinan diri 

Rujukan

  1. Freeman, et al (2006). An open trial of Omega-3 fatty acids for depression in pregnancy*. Acta Neuropsychiatrica, 18, 21 – 24. https://doi.org/10.1111/j.0924-2708.2006.00113.x. Accessed Nov 16 2023.
  2. Judge, M.et al (2014). Pilot trial evaluating maternal docosahexaenoic acid consumption during pregnancy: Decreased postpartum depressive symptomatology. International Journal of Nursing Sciences, 1, 339-345. https://doi.org/10.1016/J.IJNSS.2014.10.005. Accessed Nov 16 2023.

Ostematrix

Vitamin Untuk Tenaga Wanita

MAGNESIUM BANTU DAPATKAN TIDUR NYENYAK, DAN PENJINAK KEPADA HORMON STRESS

Berdasarkan kajian, magnesium adalah antara penjinak kepada hormon stres terbaik.

Terfikir juga boleh sahaja ambil suplemen magnesium. Tapi nilai serapan dalam tubuh tidak pasti. Kalau macam itu bagus lagi ambil dari sumber asli. Lebih alami.

Magnesium juga bantu dapatkan tidur yang nyenyak. Panjangkan fasa tidur gelombang delta.

Apabila tidur masuk fasa delta, growth hormon akan keluar. Buat proses self healing tubuh. Mudakan wajah dan tubuh.

Maknanya, tidur yang nyenyak itu penting untuk awet muda. Magnesium penting untuk dapatkan tidur nyenyak.

Vitamin Untuk Tenaga Wanita: Sayang Diri Sendiri

Bila sudah bergelar ibu isteri ramai yang lupa nak sayang diri sendiri, ramai ambil mudah ambil enteng hal diri termasuk kesihatan. Ibu sihat seisi keluarga akan sihat kan. Jadi makan makanan sihat, aktifkan diri dengan aktiviti fizikal dan ambil supplement.

Ini saya sebelum amalkan supplement Shaklee dan selepas 13 tahun amalkan supplement Shaklee.

Akibat Amalkan Vitamin Untuk Tenaga Wanita

Vitamin Untuk Tenaga Wanita
kiri 29tahun vs kanan 40tahun

Vitamin Untuk Tenaga Wanita ambil ResV

Vitamin Untuk Tenaga Wanita

Vitamin Untuk Tenaga Wanita ESP bantu Tenaga

Vitamin Untuk Tenaga Wanita

Makin kita berusia kita nak makin sihat kan. Jadi vitamin tenaga wanita Shaklee ni sangat terbukti berkesan selamat

Nak Order Vitamin Untuk Tenaga Wanita

Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set tenaga shaklee mana yang paling tepat untuk anda. Tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Penghantaran sekitar Shah Alam, Petaling Jaya, Klang, Subang Jaya, Bangsar, Kelana Jaya, Alam Impian, Denai Alam,

Ainul Mustafa
Pengedar Shaklee Shah Alam
Email: ainulfadzilah@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp: 013-3612717
www.wasap.my/60133612717/VITAMINTENAGAWANITA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *