Faraj Kering Semasa Menyusu: Punca, Kesan & Cara Atasinya

Faraj Kering Semasa Menyusu: Punca, Kesan & Cara Atasinya

Ramai ibu selepas melahirkan anak terkejut bila mengalami masalah faraj kering semasa menyusu. Hubungan intim jadi tidak selesa, kadang-kadang rasa pedih dan gatal. Ada yang rasa malu nak bercerita, sedangkan masalah ini sangat biasa berlaku akibat perubahan hormon selepas bersalin.

Artikel ini akan kupas tentang punca faraj kering semasa menyusu, kesannya kepada kesihatan wanita, dan cara mengatasinya termasuk sokongan pemakanan serta supplement yang sesuai.

Kenapa Faraj Jadi Kering Semasa Menyusu?

  1. Paras estrogen menurun
    Selepas bersalin, tubuh wanita lebih fokus menghasilkan hormon prolaktin untuk menyokong penghasilan susu. Akibatnya, paras hormon estrogen menurun, lalu menyebabkan dinding faraj kurang lembap dan mudah kering.
  2. Perubahan hormon selepas bersalin
    Bagi sesetengah wanita, tubuh mengambil masa untuk stabil semula selepas melahirkan. Kekeringan faraj boleh berlarutan sepanjang tempoh menyusu badan.
  3. Stres dan kurang tidur
    Ibu menyusu sering mengalami tidur tidak cukup, penat menjaga bayi, serta tekanan emosi. Semua ini boleh mempengaruhi kesihatan hormon dan menambah masalah kekeringan.
  4. Penggunaan sabun atau pencuci intim yang kuat
    Sesetengah produk pencuci wanita terlalu keras hingga mengganggu kelembapan semula jadi faraj.

Kesan Faraj Kering Pada Ibu Menyusu

  • Hubungan intim menyakitkan – faraj yang kering menyebabkan rasa pedih, seolah-olah kulit menipis dan mudah terluka.
  • Menjejaskan emosi – ramai ibu rasa tertekan, takut bersama dengan suami, hingga boleh menjejaskan keharmonian rumah tangga.
  • Gatal dan iritasi – faraj kering lebih mudah terkena jangkitan kerana pH tidak seimbang.
  • Keyakinan diri berkurang – wanita mungkin rasa tidak selesa dengan tubuh sendiri selepas melahirkan.

Cara Atasi Faraj Kering Semasa Menyusu

1. Jaga Pemakanan Seimbang

  • Banyakkan sayur-sayuran berdaun hijau, buah-buahan, kekacang, biji rami (flaxseed) dan makanan kaya omega-3.
  • Elakkan terlalu banyak kafein, makanan segera, dan minuman bergula yang boleh mengganggu keseimbangan hormon.

2. Minum Air Secukupnya

Air membantu mengekalkan kelembapan semula jadi tubuh, termasuk bahagian intim.

3. Kawal Stres

  • Amalkan teknik relaksasi seperti pernafasan dalam, zikir atau meditasi ringan.
  • Aktiviti fizikal seperti briskwalk boleh membantu stabilkan hormon.

4. Gunakan Pelincir Berasaskan Air

Jika hubungan intim terasa sakit, pelincir berasaskan air boleh membantu mengurangkan geseran dan meningkatkan keselesaan.

5. Elakkan Sabun Keras

Gunakan pencuci wanita yang lembut, bebas pewangi dan selamat untuk pH faraj.

Supplement Faraj Kering Semasa Menyusu

Selain menjaga gaya hidup, ramai ibu menyusu mendapatkan sokongan melalui supplement semula jadi. Antara pilihan yang sesuai termasuk:

GLA Complex

  • Membekalkan asid gamma linolenik (GLA) daripada minyak borage.
  • Membantu menyeimbangkan hormon wanita.
  • Sangat baik untuk menyokong kelembapan kulit dan tisu termasuk bahagian intim.

Alfalfa Complex

  • Dikenali sebagai “jamuan raja-raja”, kaya dengan nutrien dan fitokimia.
  • Bertindak sebagai natural phytoestrogen yang membantu meningkatkan kesihatan hormon wanita.
  • Juga membantu mengurangkan keputihan dan meningkatkan kesihatan faraj.

ResV

  • Kaya dengan polifenol termasuk resveratrol, sejenis antioksidan kuat.
  • Membantu memperbaiki sel, melambatkan penuaan, dan menyokong kesihatan keseluruhan wanita.
  • Memberi tenaga dan membantu tubuh pulih selepas bersalin.

Gabungan GLA Complex, Alfalfa Complex dan ResV memberi kesan sinergi untuk:

  • Menyeimbangkan semula hormon wanita.
  • Menyokong kelembapan semula jadi faraj.
  • Meningkatkan keyakinan diri dan kualiti hubungan suami isteri.
Faraj Kering Selepas Bersalin.Amalkan Ini
Faraj Kering Selepas Bersalin.Amalkan Ini
Faraj Kering Selepas Bersalin.Amalkan Ini
Faraj Kering Selepas Bersalin.Amalkan Ini
Faraj Kering Selepas Bersalin.Amalkan Ini

Jangan Abaikan sebab ianya boleh membawa kepada kesenggaraan emosi, fizikal dan paling parah membawa kepada keruntuhan rumahtangga 

Faraj Kering Semasa Menyusu

Masalah faraj kering semasa menyusu sangat biasa dialami oleh ramai wanita. Ia berlaku kerana perubahan hormon selepas bersalin, ditambah pula dengan penat menguruskan bayi. Walaupun nampak remeh, masalah ini boleh menjejaskan emosi, hubungan rumah tangga, dan keyakinan diri.

Dengan pemakanan seimbang, gaya hidup sihat, penggunaan produk penjagaan intim yang lembut, serta sokongan supplement seperti GLA Complex, Alfalfa Complex dan ResV, ibu menyusu boleh kembali selesa dan yakin dengan tubuh sendiri.

Ingat, menjaga kesihatan dalaman bukan hanya untuk diri sendiri, tapi juga demi kebahagiaan keluarga.

Bagaimana nak Order Supplement ini?

Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Penghantaran sekitar Shah Alam, Petaling Jaya, Klang, Subang Jaya, Bangsar, Kelana Jaya, Alam Impian, Denai Alam, Setia Alam, UM, Menara TM, Meru Klang, Bukit Raja

Ainul Mustafa
Pengedar Shaklee Shah Alam
Email: ainulfadzilah@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp: 013-3612717
www.wasap.my/60133612717

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *