Tips Banyakkan Susu Badan
“kenapa susu badan aku ni sikit, tak meriah macam orang lain” keluhan ibu ibu menyusu. ye saya faham sebab saya juga pernah menjadi ibu menyusukan anak sepenuhnya. Setiap hari akan fikir stok cukup ke, stok makin sikit nak kena pump lagi ke, macammana nak tambah lagi susu badan. Jom saya kongsikan tips banyakkan susu badan cara saya dan cara ini membantu saya berjaya menyusukan 3 orang anak sehingga lebih 2 tahun. Ada yang menyusu sampai 4 tahun tau 🙂
Tips Banyakkan Susu Badan: Kenapa Susu Badan Makin Sikit?

Susu badan kurang mungkin disebabkan oleh beberapa benda yang anda buat. Contohnya anda mungkin tidak menyusu dengan betul, bayi sendiri tidak menyusu dengan tepat, anda tidak makan makanan yang boleh mengalakkan pertambahan susu atau ambil milk booster.
Jika anda mengalami masalah kesihatan atau memberi susu formula pada bayi, itu juga boleh menyebabkan susu badan kurang. Ini antara sebab kenapa susu badan kurang:
1.Susu lambat keluar
Bagi sesetengah ibu baru, susu badan mereka lambat keluar biasanya sampai 3 hari! la dipanggil sebagai delayed lactation. Namun, walaupun susu lambat keluar, is tak bermaksud susu badan anda kurang. Jika anda stres sebab susu lambat keluar. akan semakin sedikit susu anda!
Dapatkan nasihat, sokongan dan tunjuk ajar dari pakar laktasi. Makan juga makanan yang boleh menambah susu badan.
2. Ibu beri susu formula
Jika anda memberi susu formula pada anak, peluang untuk susu ibu kurang makin meningkat. Ini kerana setiap kali anda beri susu formula, payudara akan mengurangkan penghasilan susu badan.
Dalam sesetengah kes, memang perlu untuk bagi bayi anda susu formula tambahan. Contohnya seperti bayi kena demam kuning, berat badan turun atau bayi pramatang. Kalau anda tergolong dalam kes ini, apa kata cuba perah atau pam susu untuk meningkatkan susu badan anda.
3. Bayi tak menyusu dengan betul
Kadang-kadang, bayi nampak saja seperti menyusu, tapi sebenarnya tak! Mereka mungkin tertidur. Cara paling balk untuk memeriksa mereka ialah dengan mendengar bunyi hisapan. Malah, lihat pergerakan rahangnya. Adakah dia betul-betul menyusu? Lihat naps dan berat badannya.
Sesetengah bayi tidak menyusu dengan betul kerana sakit, ada perubahan rasa dalam susu ibu atau kerana tongue tie. Jadi, penting untuk ibu periksa!
4. Bayi tak melekap dengan betul
Pastikan anda telah mencuba posisi menyusu yang membantu bayi untuk melekap pada puting payudara dengan betul. Kebanyakan ibu selalu menyusu dalam posisi yang salah. Ini menyebabkan bayi tertidur atau tidak menghisap dengan tepat.
Antara posisi menyusu yang anda boleh cuba ialah cradle hold. rugby hold, cross cradle dan sleep hatch.
5. Anatomi payudara yang luar biasa
Anatomi payudara anda juga mungkin sebab mengapa susu badan kurang. Cuba check, adakah anda ada puting leper, terkeluar, panjang, besar atau dalam bentuk yang aneh?
Puting payudara ibu memainkan peranan penting dalam penyusuan. Apa yang anda boleh buat ialah dengan mengepam susu.
6. Tisu kelenjar yang tak mencukupi
Salah satu sebab mengapa susu badan kurang ialah kerana tisu kelenjar yang tak mencukupi. la mungkin terjadi selepas anda telah mencuba pelbagai kaedah menyusu.
Tisu kelenjar tidak mencukupi sering dikenali sebagai hypoplastic breast atau failed lactogenesis. la disebabkan oleh payudara yang kecil atau yang mengecil.
7. Gangguan hormon
Sebarang gangguan hormon mampu menyebabkan susu badan kurang. Malah, rawatan kesuburan juga boleh menyebabkan penurunan kadar susu ibu.
Antara gangguan hormon yang boleh menyebabkan masalah susu badan ialah:
- Sindrom Ovari Polikistik (PCOS): la adalah keadaan metabolik di mana wanita mempunyai ovari polikistik, di mana ovari menghasilkan lebih daripada hormon androgen (lelaki) biasa. Tahap tinggi hormon ini menjejaskan perkembangan dan pembebasan telur semasa ovulasi dan pengeluaran susu.
- Kecacatan fasa luteal (luteal phase defect): Dalam keadaan ini, wanita menghasilkan progesteron yang tidak mencukupi selepas fasa ovulasi. Ini berkaitan dengan Insufficient Glandular Tissue (IGT) pada wanita.
- Masalah tiroid: Satu lagi isu biasa yang membawa kepada kekurangan susu adalah disebabkan oleh tiroid (disfungsi kelenjar tiroid). la menjejaskan kedua-dua oxytocin dan prolaktin (hormon penyusuan). Sebaik-baiknya, anda perlu memeriksa diri anda untuk masalah tiroid sebelum hamil.
- Kencing manis semasa mengandung: Jika seorang wanita menghidap diabetes atau menghidapinya semasa mengandung, is boleh menjejaskan bekalan susu ibunya. Anda harus memantau paras gula darah anda serta insulin secara berkala -sebelum, semasa dan selepas kehamilan.
- Berat badan berlebihan: Berat badan berlebihan dengan lndeks Jisim Badan (BMI) lebih daripada 26 boleh membahayakan ibu yang mengandung. lni secara automatik menyebabkan banyak masalah dalam badan termasuk kekurangan susu selepas bersalin.
8. Ibu ambil ubat yang berbahaya
Sesetengah ubat, vitamin atau mineral juga boleh menjejaskan penghasilan susu badan anda. Konstrateptif atau alat yang dimasukkan dalam badan mampu melemahkan penghasilan susu.
9. Tekanan emosi
Stress antara punca yang mempengaruhi emosi ibu terutama ibu yang menyusukan anak. Hormon oksitosin adalah hormon yang dikaitkan dengan perasaan ibu.
la juga akan berkurang sekiranya emosi ibu tidak stabil. Semakin kurang hormon oksitosin semakin kurang susu ibu. Oleh itu, sebagai ibu anda harus pandai mengawal emosi terutama dalam fasa menyusukan anak supaya anda dapat berikan nutrisi yang secukupnya kepada bayi anda.
10. Kurang makanan berkhasiat
Pengambilan makanan seimbang sangat mempengaruhi kuantiti susu ibu. Kurangkan makanan yang mempunyai banyak perisa tambahan, gula, garam dan makanan segera.
Lebihkan sayur hijau dalam hidangan. Penjagaan makan adalah sangat penting terutama bagi ibu yang menyusu kerana apa yang anda makan is turut diberikan kepada bayi anda. Nutrisi dan khasiat yang balk adalah sangat penting untuk memastikan tumbesaran bayi anda sihat.
11. Toksin dalam badan
Toksin dalam badan yang berlebihan akan menyebabkan gangguan proses penyusuan. Kadar metabolisma tubuh akan berkurang dan menyebabkan ibu kurang bermaya, cepat lesu dan mudah mendapat serangan penyakit. Metabolisma badan yang baik akan membantu ibu menyusu menghasilkan susu dengan lancar.
Tips Banyakkan Susu Badan: Tanda susu badan kurang

Susu badan kurang biasanya menunjukkan beberapa tanda dan gejala. Jika anda bimbang bekalan susu ibu tidak mencukupi, berikut adalah beberapa tanda susu badan kurang yang perlu diperhatikan:
- Penyusuan kerap: Jika bayi kelihatan sentiasa lapar dan ingin menyusu dengan kerap, ini mungkin tanda bahawa mereka tidak mendapat susu yang mencukupi.
- Kurang lampin basah: Kekurangan lampin basah atau membuang air besar (kurang daripada 6 lampin basah setiap hari untuk bayi baru lahir) boleh menjadi petunjuk pengambilan susu yang tidak mencukupi.
- Perubahan payudara: Jika payudara anda tidak lagi rasa penuh atau bengkak, ini boleh menjadi tanda susu badan kurang.
- Bayi meragam: Bayi yang lapar mungkin menjadi meragam, mudah marah, atau lebih kerap menangis kerana tidak memperoleh susu mencukupi.
- Aliran susu badan berkurang: Anda mungkin perasan bahawa susu tidak mengalir dengan lancar semasa penyusuan atau payudara anda berasa lebih lembut.
Tips Banyakkan Susu Badan Dengan Suplement Shaklee

1.ESP
- Menjadikan kulit muka cantik, halus,gebu dan berseri
- Memekatkan susu ibu
- Sebagai milk booster
- Bantu hilangkan parut jerawat di muka
- Memberi tenaga berpanjangan menjadikan badan semakin sihat dan kurang letih
- Menganjalkan kulit dan menganjalkan kembali payudara yang kendur
- Memberi rasa kenyang yang lama sekaligus membantu dalam pengurusan berat badan
- Menyokong kesihatan imunisasi badan
- Mengawal paras kolesterol
- Menyokong kesihatan jantung dan prostat
- Membantu penyerapan vitamin lain dengan lebih baik
2.Alfalfa complex
- Untuk ibu yang menyusukan bayi pula, alfalfa merupakan supplement penting utk boost penghasilan susu kerana mempunyai 1001 khasiat
- Membantu dalam memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim
- Sebagai agen detox. Melawaskan
- Merawat keputihan
3.Ostematrix
- Membekalkan kalsium yang cukup pada badan ibu dan baby
- Sebagai milkbooster
- Mengurangkan lenguh2 badan, lutut, pinggang, sakit sendi, simpul biawak, kebas otot, cramp kaki
Untuk ibu ibu yang selalu alami bengkak susu tu boleh ambil LECITHIN sebagai tambahan. Lecithin boleh atasi bengkak susu
Tips Banyakkan Susu Badan : Pengalaman Pengguna




Tips Banyakkan Susu Badan : Nak Order
Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya.
Penghantaran sekitar Shah Alam, Petaling Jaya, Klang, Subang Jaya, Bangsar, Kelana Jaya, Alam Impian, Denai Alam,
Ainul Mustafa
Pengedar Shaklee Shah Alam
Email: ainulfadzilah@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp: 013-3612717
www.wasap.my/60133612717