Sembelit Ketika Berpantang. Makan ini Membuang Lancar Tak Efek Susu Ibu

Sembelit Ketika Berpantang. Makan ini Membuang Lancar Tak Efek Susu Ibu

Sembelit ketika berpantang adalah satu azab ketakutan bagi ibu ibu dalam pantang bersalin. Ada yang sampai berjam jam dalam bilik air. menangis, stress kerana sembelit. Nampak macam sembelit ni masalah biasa je kan tapi bila dah kena adoi menderita tau. Nak tahu cara tips dan suplemen yang bantu atasi sembelit ni?

Kenapa Sembelit Ketika Berpantang?

Jika semasa proses melahirkan anak, seorang wanita diberikan ubat tahan sakit atau suntikan bius pada tulang belakang, usus akan berfungsi dengan lebih perlahan dan ini menyebabkan lebih mudah mendapat masalah sembelit.

Begitu juga jika mengambil pil zat besi (untuk menambahkan sel-sel darah merah) semasa hamil, is boleh menyebabkan sembelit untuk beberapa lama. Koyakan yang teruk semasa melahirkan anak juga menyebabkan masalah ini.

lni kerana selalunya koyakan berlaku pada kawasan yang dinamakan perineum yang berada di antara faraj dan dubur.

Semasa kepala bayi keluar dari saluran peranakan, kawasan ini meregang atau digunting atau mengalami koyakan secara tidak sengaja. Ini menyebabkan saraf-saraf di situ menjadi kebas dan akhirnya menyebabkan wanita yang baru melahirkan anak tidak berasa untuk membuang air besar.

Apabila saraf-saraf di dalam kawasan perineum mulai sembuh, kita akan mula berasa lebih sakit ketika membuang air besar. Namun kawasan ini menjadi bengkak dan merah, mungkin bermakna jangkitan kuman. Perlu mendapat pemeriksaan doktor.Keadaan ini diburukkan lagi dengan rasa takut berasa sakit apabila membuang air besar.

Ketakutan ini akan menyebabkan otot-otot di sekeliling lubang dubur (anus) menjadi lebih ketat dan sukar bagi najis untuk keluar. Begitu juga jika ada perasaan takut ‘jahitan akan terbuka jika membuang air besar’.

Tips Legakan Sembelit Ketika Berpantang

Berikut adalah tips untuk mengelak sembelit ketika berpantang yang boleh diamalkan oleh para ibu selepas bersalin.

1.Minum air suam secukupnya 

Tahukah anda, sekitar 60% daripada badan kita merupakan air? 

Air merupakan elemen terpenting dalam kelangsungan proses tubuh seperti sistem pernafasan, saraf, perkumuhan dan pencernaan. 

Oleh itu, badan memerlukan air yang secukupnya untuk berfungsi secara normal. Sembelit ketika berpantang adalah salah satu petanda kurangnya air di dalam badan.

Menyusukan bayi juga boleh membuatkan anda dahaga. Jadi para ibu disarankan agar minum sekurang-kurangnya 8 hingga 10 gelas air kosong sehari. 

Minumlah sedikit demi sedikit, tetapi kerap. Jangan sampai memaksa diri pula.

2.Makan makanan berserat tinggi

Makanan berserat tinggi membantu meningkatkan pergerakan usus dan melawaskan penghadaman. 

Ia juga membantu untuk melembutkan najis supaya anda tidak perlu meneran dari kebiasaan semasa membuang.

Kumpulan makanan seperti bijirin penuh (whole grains), kekacang, beras perang, buah-buahan segar dan sayur-sayuran elok diamalkan dalam diet seharian anda. 

Ambil makanan ini bersama makanan lain untuk mengelakkan gas berlebihan.

Buah-buahan yang sudah dikeringkan seperti kismis atau apricot pula sesuai untuk dijadikan snek sihat bagi mengisi perut yang lapar. 

Selain itu, buah prun merupakan satu pilihan yang bijak. Prun bukan sahaja mengandungi serat yang tinggi, malah mengandungi sorbitol, iaitu, bahan semula jadi yang akan merangsang pergerakan usus.

Sayur-sayuran berdaun hijau juga elok untuk diamalkan kerana ianya bukan sahaja mempunyai serat yang tinggi malah rendah kalori. 

Jadi, ibu-ibu boleh makan dengan senang hati kerana kumpulan makanan ini tidak akan membuatkan anda gemuk.

3.Banyakkan bergerak

Amalan gaya hidup aktif dapat melegakan masalah pencernaan seperti sembelit atau kembung perut. 

Ia juga membantu tubuh untuk menyerap nutrien dengan lebih berkesan.

Bagaimana bersenam melegakan sembelit? Aliran darah akan meningkat ke semua otot badan kita apabila kita bersenam. 

Ini secara tidak langsung akan menjadikan otot-otot dalam sistem pencernaan berfungsi dengan lebih baik. Jadi, makanan pun akan diproses dengan lebih cepat.

Pastikan anda membuat senaman setiap hari. Duduk atau baring terlalu lama akan membuatkan sembelit lebih teruk. Mulakan dengan senaman yang ringan; mengikut kemampuan.

Misalnya, banyakkan berjalan. Sekiranya masih di hospital, bangunlah daripada katil dan berjalan secara dekat tetapi kerap. 

Mahu keliling wad pun, boleh juga. Apabila di rumah pula, sekadar bersiar-siar di sekeliling kawasan perumahan pun sudah memadai.

4.Sedari isyarat badan

Jangan abaikan isyarat ‘membuang’ daripada badan anda dek kerana takutkan luka jahitan yang belum sembuh. 

Makin ditahan, makin keras najis kita nanti. Dikhuatiri melarat hingga menjadi buasir pula.

Sebenarnya, perasaan takut untuk membuang air besar selepas bersalin dek kerana luka jahitan membuatkan masalah ini semakin teruk. 

Kerunsingan ini secara tidak langsung akan memberi kesan kepada otot dan saraf sekaligus menyukarkan lagi proses tersebut. 

Cuba alihkan perhatian dengan membaca buku atau majalah semasa di dalam tandas untuk mengurangkan rasa takut.

5.Posisi mirip mencangkung

Tips elak sembelit ketika berpantang seterusnya adalah kedudukan sewaktu anda ‘melabur’. 

Mencangkung adalah posisi paling ideal untuk membuang air besar. Ini kerana posisi tersebut menepati fisiologi badan manusia untuk tujuan pencernaan.

Bagaimana sekiranya rumah anda hanya ada tandas duduk? Jangan risau, anda boleh ikuti petua-petua di bawah:

  • Duduk sepenuhnya. Jangan bertenggek di atas tandas. Jangan juga terus mencangkung kerana badan belum masih kuat.
  • Luruskan dan bongkokkan badan berulang kali untuk membantu menggerakkan otot-otot perut anda.
  • Letak kaki di atas bangku kecil ataupun jengketkan kaki supaya lutut lebih tinggi daripada kedudukan pinggul.
  • Pada masa yang sama, letakkan siku di atas lutut.

6.Pengambilan Ubat Julap

Julap adalah sejenis bahan yang membantu merangsang pergerakan usus sekaligus melancarkan proses penyahtinjaan. 

Masalah sembelit selepas bersalin perlu dirawat, bukan dibiarkan ianya melarat. 

Sesetengah ibu yang baru lepas melahirkan dan mengalami proses bersalin secara koyakan pasti merasakan sedikit trauma jika perlu meneran najis kerana bimbang akan jahitan terbuka.

Supplement Bantu Masalah Sembelit Selepas Bersalin.Sekali Makan Ni Dah Boleh Berak Dengan Lancar

Herb lax

Herb-Lax telah digunakan secara tradisi dalam mengatasi masalah sembelit. Ia bertindak sebagai julap lembut dan membantu :

  • Membersihkan najis yang tersekat di usus besar
  • Melancarkan proses pembuangan
  • Merangsangkan proses natural bowel movement
  • Mengempiskan perut

Alfalfa

Bagaimana Alfalfa membantu melawaskan?

1)Alfalfa tinggi kandungan serat,klorofil,galian ,vitamin dan enzim yang membantu mencuci usus,menghilangkan toksin dalam badan serta membersikan kolon dan kesannya akan mencantikan kulit dan otot.

2)Alfalfa mengandungi enzim yang membantu proses penghadaman makanan dengan lebih sempurna serta mengatasi masalah kembung perutulser gastrik serta sembelit

Ostenutrix

Ostematrix mengandungi kalsium dan magnesium yang penting bagi:

  • Membantu sel menyerap nutrient yang diperlukan
  • Merangsangkan detoksifikasi
  • Melembutkan najis bagi mengelak punca sembelit
Sembelit Ketika Berpantang
Sembelit Ketika Berpantang
Sembelit Ketika Berpantang
Sembelit Ketika Berpantang

Cara Order Set Sembelit Ketika Berpantang

Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Penghantaran sekitar Shah Alam, Petaling Jaya, Klang, Subang Jaya, Bangsar, Kelana Jaya, Alam Impian, Denai Alam,

Ainul Mustafa
Pengedar Shaklee Shah Alam
Email: ainulfadzilah@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *