Set Berpantang Cepat Kurus Tak Efek Susu

Set Berpantang Cepat Kurus Tak Efek Susu

Set Berpantang Cepat Kurus Tak Efek Susu ada tak? Ada dikk !!! Selepas bersalin dan berpantang 44 hari tak semua ibu ibu kembali ke berat asal. Perubahan bentuk badan juga berbeza. nak diet takut efek susu. Salah diet buat susu ibu sikit pulak dan efek anak lapar. macammana ni sis? tolong saya nak kurus selepas bersalin

Saya juga seperti semua ibu ibu selepas bersalin akan alami masalah berat susah nak turun. Kawal makan lapar pulak sampai mengigil , susu drop. Adoiii !! bila asyik lapar dan asyik nak makan berat pulak macam di pam pam huhu

Perlu ke Berpantang Selepas Bersalin?

SEMASA bersalin, wanita kehilangan terlalu banyak darah. Oleh itu, disarankan agar setiap wanita berehat dan mematuhi amalan tertentu selepas bersalin.

Secara umum, tempoh berpantang bagi wanita Melayu adalah antara 40 hingga 55 hari, dan tempoh bersalin bagi wanita Cina dan India ialah 30 hari.

Bagi saya, untuk ibu lepas bersalin ada tiga perkara sahaja kena jaga iaitu:

  • Makan kena cukup
  • Rehat kena cukup
  • Emosi kena jaga
Pengaliran darah yang baik amat penting dan antara aktiviti yang disarankan adalah berjalan-jalan serta senaman ringan. Berurut selepas bersalin adalah pilihan kepada ibu yang baru bersalin tetapi bukan wajib
“Pembunuh Senyap” Ketika Wanita Berpantang Anda pasti biasa mendengar tentang insiden tumpah darah selepas bersalin, kan? Tapi, pernahkah anda dengar tentang pulmonary embolism? Ha, ini salah satu pembunuh senyap ketika wanita dalam proses berpantang
la adalah penyakit darah beku dalam saluran darah ke paru-paru. Menurut Dr. Mardiana Kipli, penyakit darah beku ini jarang berlaku namun is mampu mengakibatkan kematian secara mengejut!

Kenapa Susah berat Nak Turun Selepas Bersalin?

Masa mengandung berat naik berkilo kilo malah ada yang sampai berpuluh kilo. Selepas bersalin, berpantang kita mengharapkan berat akan cepat turun. namun tak semua berjaya. kenapa ye berat susah nak turun selepas bersalin?

1.Stres dan letih

Kedua-dua ini biasa berlaku kepada ibu bapa baru semasa bulan-bulan terawal selepas kelahiran. Stres dan letih boleh mencetuskan anda untuk makan lebih banyak supaya anda akan dapat simpan banyak kalori dalam tubuh. Ini pastinya membuatkan anda jadi lebih sukar untuk menurunkan berat badan.

2.Kurang tidur

Kurang tidur juga boleh menyebabkan anda stres dan letih. Ini kemudiannya boleh mempengaruhi tahap hormon dalam tubuh anda yang mengawal atur selera makan anda.

Stres pada tubuh juga boleh menyebabkan hormon kortisol (hormon stres) meningkat. Ini boleh menyebabkan ketidakupayaan dalam tubuh ibu untuk memetabolisma kalori dengan berkesan. Maka, metabolisma tubuh akan lebih perlahan yang membolehkan lebih lemak untuk berkumpul dalam badan. Tahap kortisol dalam tubuh juga boleh meningkat jika ibu bersenam terlalu banyak.

3.Jarang-jarang bersenam

Tidak pernah, atau jarang bersenam boleh membuka peluang untuk kalori terbina dalam badan, menyebabkan berat menaik. Tidak bersenam juga boleh memperlahankan metabolisma tubuh anda. Tambahan pula, metabolisma anda akan semakin perlahan dengan pertambahan usia anda. Kesemua perkara ini boleh menyebabkan anda tidak turun berat badan dan sebenarnya meningkatkan lagi berat badan anda.

4.Lemak tersimpan selepas kelahiran

Tubuh ibu menyimpan lemak sebelum kelahiran untuk mempersiapkan tenaga bagi penyusuan. Simpanan lemak ini tidak mudah untuk dihapuskan, terutama bagi anda yang tidak menyusukan bayi secara eksklusif.

Menurut La Leche League International, ibu yang menyusukan bayi boleh turun berat badan 6-7 kg setiap bulan dalam tempoh empat hingga enam bulan terawal selepas bersalin. Sementara itu, ibu yang memberikan susu formula kepada bayinya akan mempunyai lebih kesukaran dalam menggunakan simpanan lemak dan sukar turun berat badan.

Sebagai tambahan, ibu cenderung untuk mengekalkan kenaikan berat badan dari setiap kehamilan. Jika anda mengandung kembar, tubuh anda akan naik lebih berat badan daripada setiap kehamilan dan membuatkan sasaran anda untuk menurunkan berat badan adalah lebih sukar untuk dicapai.

5.Perubahan tubuh selepas kelahiran

Anda mungkin akan melihat bentuk tubuh anda berubah selepas melahirkan bayi. Ramai ibu yang mengeluh perut mereka masih tidak kembali kepada asal walaupun selepas setahun atau dua tahun selepas kelahiran. Ini boleh jadi disebabkan oleh perubahan dalam otot abdomen anda selepas kelahiran.

Sesetengah wanita pula secara genetiknya mudah terdedah kepada kesan regangan kulit dan kulit kendur. Ini mungkin akan berkurang, tetapi tidak sepenuhnya hilang. Kulit anda akan kehilangan keanjalan selepas anda melahirkan bayi dan seiring dengan peningkatan usia anda. Bagi tidak membiarkan masalah kulit ini bertambah teruk, anda perlu bersenam dengan kerap. Jika tidak, anda mungkin dapati sukar untuk memulihkan otot perut anda.

Set Berpantang Cepat Kurus Tak Efek Susu Ibu

Dari pengalaman saya masa mencari set bepantang dulu kalau boleh nak set berpantang yang membantu kita cepat kurus juga. kalau boleh masuk opis tu dah kembali slim la barulah orang opis terkejut kan . Pengalaman saya bersalin 3 orang berpantang 4 kali dan menyusukan 3 orang anak sepenuhnya. dulu ada masalah berat badan juga. dan ada masa susu drop. stress ye
Fungsi dan kebaikan Set Berpantang Shaklee
1) Energizing Soy Protein (ESP)
  • Membantu menghasilkan hormon dalam badan, serta membina sel-sel dalam badan. Hormon oxytocin dan prolactin adalah sangat penting kepada ibu menyusu.
  • Komponen utama susu ibu adalah protein (selepas air). Justeru protein adalah penting untuk penghasilan susu. Kurang protein boleh menyebabkan ibu mengalami masalah kurang susu.
  • Membantu penyembuhan luka secara menyeluruh.
  • Membantu memekatkan susu, justeru bayi lebih cepat kenyang dan kurang meragam.
  • Mengenyangkan dan memberi tenaga.
2) Vita C Sustained Release
  • Sangat penting untuk penyembuhan luka selepas bersalin
  • Penting dalam pembinaan tisu penghubung untuk memcantum semula tisu yang koyak semasa proses kelahiran
  • Meningkatkan imuniti ibu untuk mengelakkan ibu mendapat jangkitan dari luka bersalin
  • Memelihara kelenjar dari tekanan dan kecederaan termasuk kelenjar susu
  • Menyerikan semula wajah ibu selepas bersalin agar tidak kusam
3) Alfalfa Complex
  • Alfalfa pula bertindak sebagai milk booster turut membantu menangani sakit-sakit badan dengan mengurangkan keasidan dalam tubuh.
  • Ia juga membantu dalam menangani masalah sembelit yang sering dialami wanita selepas melahirkan
  • Pengambilan Alfalfa adalah bergantung kepada ibu dan anak yang tidak mempunyai penyakit SLE dan bebas daripada jaundice atau sakit kuning.
4) Ostematrix
  • Dalam tempoh berpantang ibu kerap mengalami sembelit. Kandungan magnesium di dalam Ostematrix membantu melembutkan najis dan melancarkan pergerakan usus
  • Menguatkan tulang ibu dan bayi
  • Menggantikan kalsium yg hilang semasa mengandung dan bersalin
  • 40% kalsium diperlukan untuk menghasilkan susu
  • Membantu mengatasi masalah lenguh-lenguh badan, sakit sendi, sakit belakang dan kebas-kebas
5) Vitalea Iron
  • Multivitamin yang mempunyai 28 jenis mineral yang sangat diperlukan oleh badan. Semasa bersalin, ibu banyak kehilangan darah. Dengan mengambil vitalea iron formula ini membantu hasilkan sel darah merah (haemoglobin)
  • Semasa tempoh berpantang, ibu perlu berpantang banyak makanan. Jadi, untuk cukupkan keperluan nutrisi dan gizi tersebut, kandungan mineral dan vitamin dalam vitalea boleh membantu ibu
  • Kekurangan nutrisi akan menyebabkan ibu berasa keletihan sekaligus mengalami stress. Dalam pantang sebolehnya elakkan stress kerana ia akan mengganggu pengeluaran susu ibu
  • Zink yang terdapat dalam vitalea ini membantu penyembuhan luka dalaman
  • Vitalea tidak boleh diambil dengan minuman kafien atau susu kerana ia akan mengganggu penyerapan zat besi secara optimum
6) Omega Guard
  • Membantu mengurangkan kemurungan ibu berpantang
  • Mengurangkan sakit kepala
  • Mengawal tekanan darah
  • Mengurangkan masalah lupa selepas bersalin. Yang ini perkara normal berlaku
  • Sangat membantu dalam oerkembangan sensori motor anak
7) B Complex dengan Asid Folik
  • B Complex verfungsi sebagai penstabil emosi ibu berpantang. Mengelak daripada stress yang boleh menyebabkan ibu menjadi meroyan
  • Sebagai penenang saraf
  • Menukarkan makanan kepada tenaga
  • Juga membantu dalam penghasilan darah merah
  • Memelihara kulit dari dalam. Vitamin b juga penting untuk kecantikan

Pengguna Set Berpantang Cepat Kurus Tanpa Efek Susu

Set Berpantang Cepat Kurus
muka selepas berpantang anak pertama pada 2010 dan selepas berpantang anak ke 2 pada 2014

Set Berpantang Cepat Kurus

 

Set Berpantang Cepat Kurus

 

Nak Beli Set Berpantang Cepat Kurus Tak Efek Susu

Bercadang nak berpantang bersalin nak mencari Set Berpantang Cepat Kurus Tak Efek Susu. Jom cuba set berpantang Shaklee.

Boleh hubungi kami di

Ainul Mustafa
Email: ainulfadzilah@gmail.com
www.wasap.my/60133612717

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *