Tambah Susu Badan Milkbooster Berkesan

Bila pump susu dapat beberapa oz je.tak lama lagi dah nak masuk kerja. ebm nak kena simpan ni. macamana nak tambah susu badan dan apa milkbooster yang berkesan selamat untuk ibu dan baby
Susu ibu pilihan yang terbaik

The American Academy of Pediatrics (AAP) menyatakan bahawa susu ibu adalah sumber nutrisi terbaik untuk bayi dan perlu diberikan secara eksklusif ketika enam bulan pertama.
Ini kerana ia mengandungi banyak faedah untuk si kecil anda dalam aspek menambah antibodi semula jadi untuk melawan kuman, bakteria dan virus punca pelbagai jenis penyakit.
Kajian juga telah mendapati bahawa bayi yang minum susu badan ibu mereka mempunyai tindak balas antibodi baik terhadap vaksin berbanding bayi yang minum susu formula.
Menjadi impian semua ibu di dunia untuk menyusukan anak mereka sepenuhnya. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sendiri ada mengesyorkan para ibu untuk memberi tempoh minimum selama enam bulan menyusu badan secara eksklusif dan digalakkan untuk meneruskan penyusuan (bukan eksklusif) sehingga umur dua tahun dan ke atas. Melalui penyusuan susu badan juga sebenarnya memberi banyak manfaat kepada bayi.
Kebaikan Penyususan Susu Ibu

Terdapat 10 kebaikan penyusuan susu ibu terhadap ibu dan juga bayi anda. Antaranya seperti:-
1. Perkembangan bayi yang sihat
Menurut pakar nutrisi kanak-kanak Ruth A. Lawrence, bayi yang diberikan susu ibu mempunyai risiko lebih rendah mengalami radang paru-paru, selsema dan jangkitan virus. Tambah beliau lagi untuk bayi yang menyusu badan, sekiranya dijangkiti penyakit serius seperti ciri-birit mereka tidak akan mengalami situasi atau simptom yang teruk. Penyakit seperti diabetes jenis 1, penyakit seliak atau penyakit Crohn juga dalam senarai penyakit yang tidak dialami bayi yang menyusu badan.
2. Ibu yang menyusukan bayi akan memiliki tulang yang kuat
Kajian juga membuktikan ibu yang menyusukan bayi akan kurang kecenderungan dalam mengalami masalah osteoporosis selepas menopaus.
3. Dapat mengurangkan risiko SIDS untuk bayi
Kehilangan bayi secara mengejut adalah satu perkara yang peling menyakitkan. Biarpun jarang berlaku namun kes SIDS pernah terjadi dikalangan masyarakat Malaysia.
Apa itu SIDS?
SIDS bermaksud Sindrom Kematian Bayi Mengejut. Antara kebaikan penyusuan susu ibu yang lain ialah ia boleh mengurangkan risiko sebanyak 50%. Ini kerana ibu lebih kerap berada di samping bayi untuk menyusu. Segala perubahan bayi akan diketahui oleh ibu dengan pantas dan boleh bertindak segera jika ada sebarang kemungkinan berlaku.
4. Mengatasi masalah berat badan
Sememangnya selepas proses kelahiran, badan ibu akan masih kelihatan besar dan menggeleber. Jadi antara cara yang boleh dilakukan untuk mendapatkan potongan badan sebelum kehamilan adalah dengan cara menyusukan anak. Dengan menyusu, ia dapat membantu para ibu membakar lebih kurang 500 kalori setiap hari.
5. Membantu proses penyembuhan lebih selepas bersalin
Apabila ibu menyusukan anaknya, satu hormon yang dipanggil oksitosin akan dirembeskan secara semulajadi di dalam badan. Oksitosin dapat mengecutkan rahim dan mengurangkan risiko kehilangan darah selepas bersalin.
Penyusuan juga sebenarnya sangat membantu mempercepatkan proses rahim mengecut dan seterusnya kembali ke saiz asalnya.
6. Mengurangkan risiko kanser
Wanita sering dikaitkan dengan penyakit kanser payudara dan kanser ovari. Penyakit yang sangat ditakuti oleh kaum wanita hari ini. Sebenarnya melalui penyusuan badan ianya dapat mengurangkan risiko kanser payudara sebelum menopaus dan juga kanser ovari.
7. Mengeratkan hubungan antara ibu dan bayi
Proses sepanjang penyusuan sebenarnya memberikan momen antara ibu dan bayi yang disusukan. Kebiasaannya apabila kita menyusukan bayi, mata ibu dan anak akan saling memandang antara satu sama lain. Ada juga bayi yang suka memegang jari ibu ketika menyusu dan pelbagai lagi. Secara tidak langsung ianya dapat menzahirkan rasa sayang dan juga mengeratkan lagi hubungan antara ibu dan anak.
8. Susu ibu adalah vaksin yang hebat
Hasil penyelidikan juga membuktikan bahawa bayi yang menyusu susu ibu akan mempunyai tindak balas antibodi yang lebih hebat berbanding kebanyakan vaksin yang diambil bayi. Ini kerana susu ibu itu sendiri sudah kaya dengan nutrisi dan antibodi semulajadi. Ini bermakna, bayi yang kerap diberikan susu ibu akan mendapatkan imunisasi yang lebih baik.
9. Melewatkan haid
Menyusukan bayi juga boleh melambatkan ovulasi dan haid. Dengan prolaktin yang dikeluarkan semasa penyusuan, estrogen dan progesteron akan berada pada paras yang rendah. Oleh yang demikian ovulasi tidak diaktifkan.
10. Anak Bijak
Susu ibu membantu perkembangan keupayaan intelektual bayi anda.
Penyusuan susu ibu dikaitkan dengan skor IQ yang lebih tinggi semasa alam kanak-kanak mereka nanti. Walaupun bukti masih belum mencukupi yang mengaitkan hubungan punca-dan-kesan tersebut, namun adalah berbaloi jika anda mencubanya.
Tambah Susu Badan Milkbooster Berkesan
Tidak dinafikan akan ada pelbagai masalah, cabaran dalam nak menjayakan penyusuan anak sehingga dua tahun. Saya sendiri berpengalaman menyusukan 3 orang anak sehingga 2 tahun lebih dan faham akan masalah yang akan para ibu hadapi dalam proses ini. Penat, mencabar, banyak kena korbankan tetapi hasilnya berbaloi melihat anak anak membesar depan mata dengan sihat
Supplement Tambah Susu Badan Berkesan , Selamat Untuk Ibu Anak

Susu ibu merupakan nutrisi yang terbaik bagi tumbesaran dan perkembangan bayi. Ia juga kaya dengan antibodi yang merupakan sumber imunisasi pertama dalam saluran usus untuk bayi yang baru lahir. Walaubagaimanapun, ibu yang sibuk sering mengabaikan pemakanan seimbang semasa tempoh penyusuan.
Dengan protein soya yang berkualiti tinggi, ia membantu memenuhi keperluan protein dalam pemakanan seseorang ibu yang menyusu serta membantunya menjalani tempoh penyusuan yang lebih lancar.
ESP adalah protein soya non GMO. berdasarkan carta piramid makanan, protein boleh didapati dari sumber tenusu, atau daging dan makanan laut seperti ikan.
Namun begitu, biasanya badan kita tidak menerima sumber protein yang mencukupi setiap hari. Ia adalah kerana beberapa faktor tabiat pemakanan dan cara memasak makanan yang kita ambil.
Protien mudah musnah apabila dimasak pada suhu tinggi atau dibancuh dengan air panas. Ibu menyusu memerlukan lebih protein untuk menyokong penyusuan sihat bayi. Protein sangat diperlukan oleh badan ibu dan bayi untuk perkembangan dan pertumbuhan sel. Ianya termasuklah menyokong perbentukan dan pembinaan otot, menguatkan rambut, kuku dan kulit yang lebih sihat.
Kebiasannya ibu yang mengamalkan ESP Shaklee mendapati mereka lebih bertenaga, kurang rasa lapar, susu badan menjadi lebih berkrim dan pekat.
Bayinya pula menjadi lebih kenyang apabila menyusu, kurang meragam dan mendapat kualiti tidur lebih lena. Bonus, kulit ibu dan bayi menjadi lebih sihat dan bersih.
ALFALFA
Alfalfa mengandungi galactagogue. Galactagogue mampu meningkatkan penghasilan susu badan. Alfalfa juga memberi tenaga kepada ibu. Kaya kalsium dan tinggi alkali yang baik untuk membuang toksik dalam badan.
Bonus Alfalfa ni bantu elak keputihan, rapatkan faraj, naikkan nafsu seks selepas bersalin



Nak Order Supplement Tambah Susu Badan Milkbooster Berkesan
Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya.
Penghantaran sekitar Shah Alam, Petaling Jaya, Klang, Subang Jaya, Bangsar, Kelana Jaya, Alam Impian, Denai Alam,
Ainul Mustafa
Pengedar Shaklee Shah Alam
Email: ainulfadzilah@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp: 013-3612717
www.wasap.my/60133612717