Set Influenza Shaklee COD Shah Alam, Klang

Set Influenza Shaklee COD Shah Alam, Klang

Kes jangkitan Influenza yang semakin meningkat di Malaysia mengundang kerisauan. Bukan sahaja boleh menjangkiti saluran pernafasan, virus Influenza mampu mengganggu sistem pertahanan badan, mengakibatkan pelbagai komplikasi lain seperti keradangan pada tisu, otot serta organ-organ lain. Jom dapatkan set influenza Shaklee yang membantu kuatkan sistem imun badan anda

Set Influenza Shaklee

Influenza adalah penyakit respiratori atau pernafasan yang boleh berjangkit berpunca daripada pelbagai jenis virus influenza.

Ia kebiasaannya menyebabkan gejala ringan, tetapi boleh membawa kepada tahap serius yang boleh mengakibatkan kematian dalam kalangan kanak-kanak mahupun warga emas.

Di kawasan beriklim tropika seperti Malaysia, influenza boleh berlaku bila-bila masa sepanjang tahun. Manakala di negara-negara yang mempunyai empat musim, influenza sering menular pada musim luruh dan musim sejuk. 

Set Influenza Shaklee

Punca dan jenis-jenis Influenza

Virus influenza terbahagi kepada 4 jenis utama iaitu: 

  • Influenza A

Jenis influenza A adalah virus paling berbahaya kerana ia merupakan satu-satunya jenis Influenza yang mampu membawa wabak kepada negara yang berbeza (pandemik). Influenza A boleh berjangkit kepada manusia dan juga haiwan termasuk:

  • burung liar 
  • ayam ternakan
  • babi
  • kuda
  • anjing
  • kelawar

Virus Influenza A diklasifikasikan kepada pelbagai subjenis berdasarkan dua protein yang dijumpai atas permukaan virus, dikenali sebagai hemagglutinin (HA) dan neuraminidase (NA).  Setakat ini, terdapat 18 subjenis HA dan 11 subjenis NA. Contoh subjenis yang kerap tersebar antara manusia ialah H1N1 dan H3N2 (juga didapati dalam kalangan anjing). 

Selsema burung (Avian Influenza) dan selsema babi (swine flu) terkandung dalam kumpulan penyakit yang dijangkit oleh virus Influenza A, merebak dari haiwan kepada manusia. 

  • Influenza B

Jenis Influenza B hanya berjangkit kepada manusia sahaja, dan tidak mengakibatkan pandemik.

Walaupun jangkitan Influenza B tidak seteruk Influenza A, ia masih boleh membawa gejala yang serius. 

Kedua-dua Influenza A dan B merupakan punca biasa wabak yang menular di sesuatu kawasan tertentu (epidemik) dan juga selsema bermusim.

  • Influenza C

Influenza C adalah jenis virus influenza yang paling ringan. Jangkitan influenza ini jarang dapat dikesan kerana kebanyakan pesakit tidak menunjukkan sebarang simptom. 

Influenza C tidak mengakibatkan epidemik mahupun pandemik. 

  • Influenza D

Jenis virus Influenza D masih dalam proses penyelidikan dan setakat ini, ia hanya berjangkit kepada haiwan terutamanya lembu, babi serta biri-biri.

Gejala Influenza

Set Influenza Shaklee

Simptom influenza sering disamakan dengan simptom selsema biasa kerana kedua-duanya berkongsi tanda-tanda yang lebih kurang sama. 

Gejala influenza datang secara tiba-tiba, berkemungkinan bertahan lebih lama, dan boleh menjadi lebih teruk sehingga mengancam nyawa. 

Bagi kes influenza yang teruk, ia boleh membawa kepada komplikasi lain contohnya pneumonia (radang paru-paru).

Pesakit influenza mungkin mengalami mana-mana gejala berikut:

  • Demam
  • Menggigil
  • Batuk kering
  • Hidung berair
  • Sakit tekak
  • Sakit badan atau otot
  • Sakit kepala
  • Kelesuan atau keletihan
  • Ketidakselesaan di bahagian dada
  • Muntah-muntah dan cirit birit (kebiasaannya dialami oleh kanak-kanak.

Set Influenza Shaklee

Saya dan keluarga antara rakyat Malaysia yang belum pernah kena covid dan influenza. Alhamdulillah. demam biasa sehari dua tu ada la. tapi suhu setakat 38 macam tu. Cara kami adalah jaga makan. stop makan fast foood, makanan dalam tin, tinggi gula. makan banyak buah. dan kami setiap hari makan supplement Shaklee. bukan masa sakit je ye. makan hari hari. nama pun supplement bukan ubat yang kita makan masa sakit. Demam pun kami makan supplement ini dulu terutama Nutriferon. panadol dah bertahun tak makan.

Nutriferon

Biji labu : rangsang pengeluaran interferon semulajadi tubuh

Menentang radikal bebas

Plantago : ada polisakarida yg aktifkan sistem imun

Honeysuckle : menentang pencerobohan virus, kuman

Safflower : hasilkan & kuatkan keupayaan makrofaj memusnahkan virus kuman

Vitamin C

  • Vitamin C penting untuk sistem imun kita bagi merangsang penghasilan dan fungsi sel darah putih untuk meningkatkan sistem imun
  • Vitamin C bertindak untuk menghalang pembiakan virus
  • Mengurangkan risiko diserang selesema, batuk dan demam

Hero Kiddo

Membekalkan Nutrien Penyokong Kekebalan Tubuh

– Mengandungi gabungan kuat nutrien yang menyokong kekebalan tubuh, termasuk zink dan vitamin C dan D

Menyokong Sistem Imun yang Sihat — Menyampaikan antioksidan dan nutrien yang terbukti menyokong fungsi imun yang sihat

Melindungi Bahan Ramuan Mesra Gigi

– Manis secara semula jadi dengan eritritol dan xylitol, yang tidak mendorong kerosakan gigi

  • Membantu mengurangkan keradangan
  • EPA dan DHA meningkatkan fungsi sel darah putih untuk menghasilkan antibodi, menghalang jangkitan dan virus untuk meningkatkan sistem imun badan

Pengalaman Pengguna Set Influenza Shaklee

supplement shaklee influenza
supplement shaklee influenza
supplement shaklee influenza

Sistem Imun Badan Bertambah Baik

“Saya makan NutriFeron ketika HFMD. Beberapa bulan kemudian, anak pula kena HFMD. Saya beri anak NutriFeron juga. Alhamdulillah tak demam. Dalam 4 hari dah baik, bitnik-bintik dan sakit badan dah hilang.

Sakitnya tak berlanjutan. Ulser kat mulut pun seakan terbantut. Keluar sedikit sahaja” – FB Tengku Sofia S Aziz

Badan makin Sihat dan jarang Demam

“Kenapa saya berminat dengan Shaklee ni? Semuanya sebab saya dah penat asyik DEMAM. Kalau busy sikit je, demam. Kalau balik lambat dari office je DEMAM. Memang seksa la.

Saya cuba NutriFeron. Senang, masuk je dalam mulut, bilas dengan air. Mula-mula memang skeptikal, takut pahit dan membazir. Tapi takpe, saya cuba. Saya makan 3 kali seminggu.

Lepas 2 bulan, baru perasan. Eh, dah lama dah tak demam. Kerja 7 hari seminggu pun maintain je sihat. Alhamdulillah! Sekarang, NutriFeron memang wajib ada kat rumah” – FB Hanys Jehari

Bantu Anak Batuk Teruk

“Kalau anak demam terutamanya batuk teruk, saya bagi Omega Guard. Alhamdulillah lepas tu diorang akan muntah dan habis keluarkan semua kahak

Dan demam pun tak lama” – Syafa Rahim

Suami Bertenaga, anak tak kerap sakit

“Omega Guard adalah pilihan suami saya kerana katanya rasa bertenaga kalau makan Omega.

Untuk anak-anak pula, Alhamdulillah tak kerap sakit atau mudah berjangkit” – Ainniah Zulkefli

Nak Order Set Influenza Shaklee

dah cuba macam macam cara tapi masih kerap dema tak sihat? marilah cuba supplement Shaklee yang terbukti dari sains dan pengalaman saya sekeluarga jarang sakit sejak 2011. Ini adalah usaha kita. ALLAH MAHA PENYEMBUH tapi kita usaha dengan usaha yang betul.

Nak Order Set ini boleh contact saya di

Ainul Mustafa
Email: ainulfadzilah@gmail.com
www.wasap.my/60133612717

COD area Setia Alam, Bandar Bukit raja, Meru Klang, Shah Alam, PJ , USJ 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *