Melancarkan Haid Tidak Teratur Dengan Supplement Shaklee

Melancarkan Haid Tidak Teratur Dengan Supplement Shaklee

Akak apa ye supplement Shaklee yang bantu melancarkan haid tidak teratur? Haid saya sangat tidak teratur sampai saya susah nak tahu waktu subur dan ini mungkin punca kenapa susah nak mengandung.

Kajian juga menunjukkan bahawa kelaziman kitaran haid yang tidak teratur adalah 5-35.6% bergantung pada umur, pekerjaan, dan tempat tinggal anda.

Kitaran haid purata wanita berlangsung kira-kira 28 hari. Walau bagaimanapun, tidak jarang sesetengah wanita mempunyai kitaran yang jauh lebih pendek atau lebih lama daripada 28 hari. Julat biasa adalah dari 24 hingga 38 hari.

Jika kitaran haid anda biasanya teratur, kelewatan lebih daripada 7 hari dari jangkaan anda boleh dianggap sebagai haid lewat.

Bilakah kitaran haid dikira tak teratur?

Menurut laman sesawang Everyday Health, kitaran haid yang normal adalah 21 hingga 35 hari.

Tambah lagi, menurut Dr. Becky Lynn, pengarah di Evora Center for Menopause and Sexual Health, bukan semua wanita mempunyai kitaran haid yang tepat selama 28 hari. Ia berbeza mengikut individu.

Untuk menentukan tempoh kitaran haid anda, mula mengira pada hari pertama period sejingga hari pertama period seterusnya.

Cuba ambil bacaan yang konsisten sekurang-kurangnya selama 3 bulan. Jika anda rasa sukar untuk melakukannya, ada banyak aplikasi atas talian yang dapat membantu.

Jika tempoh haid anda adalah di sekitar 21 hingga 35 hari, kitaran haid anda adalah normal.

Namun, jika kitaran tersebut berbeza mengikut bulan; misalnya pada bulan pertama kitaran adalah 20 hari manakala bulan seterusnya pula 40 hari, anda dikira mempunyai kitaran haid yang tidak teratur.

Malah, kitaran haid juga dikira tidak teratur jika beza antara satu haid ke haid yang seterusnya lebih daripada 20 hari.

Punca period tak teratur

Sebenarnya, ada banyak punca haid tidak teratur. Kadangkala, penyebabnya adalah kurangnya tidur malam atau stres yang melampau di tempat kerja.

Namun, ada kalanya masalah haid berpunca daripada masalah yang lebih besar seperti penyakit tertentu.

11 punca lazim period tak teratur. Antaranya:

1. Kerosakan ovari pramatang (POF)

Wanita yang menghidap POF mempunyai ovari yang berhenti berfungsi apabila usia mereka mencecah 40 tahun.

2. Pengambilan ubat-ubatan tertentu

Ada beberapa jenis ubat seperti ubat anti psikotik dan anti epilepsi yang boleh menyebabkan period tak teratur.

3. Stres atau tekanan perasaan

Tahap hormon dalam badan anda mungkin terganggu akibat tekanan fizikal atau emosi.

Bahkan stres juga boleh menyebabkan gangguan haid. Sebab itulah, wanita yang sering tertekan selalunya tidak datang haid!

4. Mempunyai hyperprolactinemia

Hyperprolactinemia bermaksud badan anda tidak dapat menghasilkan hormon yang cukup untuk mengawal kitaran haid.

5. Mempunyai gangguan pemakanan

Jika anda menghidap anoreksia atau bulimia, anda mungkin akan alami masalah haid pada masa yang sama. Badan penghidap gangguan pemakanan akan mengalami kesukaran untuk menghasilkan hormon yang cukup untuk mengawal kitaran haid.

6. Diabetes yang tidak terkawal

Jika anda menghidap kencing manis, besar kemungkinan haid yang dialami tidak teratur disebabkan kadar gula dalam darah yang tinggi.

7. Menghidap PCOS

PCOS adalah gangguan hormon yang boleh menyebabkan haid tidak teratur atau ketiadaan haid. Ia dicirikan oleh kehadiran sista kecil pada ovari.

PCOS berlaku disebabkan hormon seks yang tidak seimbang. Penyakit ini boleh menyebabkan gangguan haid dalam kalangan wanita.

8. Perubahan ketara dalam berat badan

Sekatan kalori yang melampau menghalang pengeluaran hormon yang diperlukan untuk ovulasi. Jika anda berlebihan berat badan, badan anda mungkin menghasilkan lebihan estrogen, salah satu hormon pembiakan wanita. 

Jumlah estrogen dalam badan anda boleh menentukan kekerapan anda mengalami haid dan juga menghentikan haid anda sama sekali.

9. Senaman yang berlebihan

Aktiviti fizikal yang sengit boleh menjejaskan hormon yang bertanggungjawab untuk haid anda. Senaman sengit yang mengakibatkan kehilangan lemak berlebihan juga boleh menghalang ovulasi.

10. Masalah tiriod

Haid yang lewat atau terlepas juga mungkin disebabkan oleh kelenjar tiroid yang terlalu aktif atau tidak aktif. 

Kelenjar tiroid menghasilkan hormon yang mengawal pelbagai fungsi badan, termasuk metabolisme dan kitaran haid. Apabila terdapat ketidakseimbangan dalam tahap hormon tiroid, ia boleh mengganggu fungsi normal sistem pembiakan.

11. Perimenopause

Apabila wanita menghampiri menopaus, tahap hormon mereka boleh berubah-ubah, membawa kepada perubahan dalam kitaran haid mereka.

Melancarkan Haid Tidak Teratur Dengan Supplement Shaklee

Ini merupakan suplement Shaklee yang dicadangkan untuk betulkan balik haid supaya teratur mengikut kitarannya

Melancarkan Haid Tidak Teratur

GLA Complex

GLA merupakan bahan binaan bagi prostaglandin. Prostaglandin merupakan bahan hormon dalam badan. Ianya penting untuk fungsi kimia badan seperti mengawal tekanan darah, mengawal muscle contraction, menghalang rembesan gastrik dan banyak lagi. Ia juga adalah anti keradangan, anti pembekuan darah disamping mengurangkan tekanan darah

GLA (Asid Linolenik Gama) digunakan oleh ramai wanita untuk memelihara kesihatan sepanjang kitaran haid setiap bulan. GLA merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin – bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawalatur proses badan yang normal.

Minyak benih bunga matahari adalah satu lagi sumber asid lemak Omega-6. Ia mengandungi vitamin E yang membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriti sel.

Bagaimana GLA bantu betulkan period anda yang tidak menentu?

Makanan hormon adalah dalam bentuk asid lemak seperti GLA. GLA adalah asid lemak omega 6, tetapi yang berasal dari tumbuh-tumbuhan, bukan dari ikan. Antara makanan yang kaya dengan GLA termasuklah minyak hemp, minyak safflower dan minyak borage.

Apabila pemakanan kita kurang dari asid lemak, hormon tak cukup makan. Bila hormon tak cukup makan, hormon akan jadi tidak sihat. Hormon yang tidak sihat akan mendatangkan penyakit kepada tubuh.

Period yang tidak teratur adalah salah satu penyakit yang di kira masih ringan yang disebabkan oleh masalah hormon yang tidak sihat. Jika dibiarkan berlarutan, masalah hormon ini boleh menjurus kepada pembentukan cyst dan fibroid. Oleh sebab itu, jangan ambil remeh tentang hormon terutamanya apabila anda berusia 25 tahun ke atas.

Apa beza EPO dan GLA Shaklee?

EPO juga dikenali sebagai Evening Primrose Oil. Biasanya farmasi atau klinik akan beri anda EPO jika anda minta GLA.

Kedua-dua EPO dan GLA Shaklee ini mengandungi minyak GLA yang membantu memperbetulkan period anda.

Kepekatan minyak GLA

Bezanya kepekatan minyak GLA di dalam GLA Shaklee 3 kali lebih tinggi berbanding minyak GLA di dalam EPO.

Kandungan GLA di dalam GLA Shaklee pula adalah lebih tinggi dari kandungan GLA di dalam EPO.

GLA di dalam GLA Shaklee pula adalah lebih tinggi, iaitu 55% dari keseluruhan isi kandungan satu tablet- 284 mg minyak GLA.

Kadar penyerapan
GLA Shaklee dihasilkan dari minyak bunga borage dan minyak biji safflower yang kaya dengan minyak GLA.

Minyak bunga borage dan minyak biji safflower ini lebih mudah diserap ke dalam badan untuk cepat betulkan masalah period tidak teratur, berbanding minyak bunga Evening Primrose di dalam EPO.

Set ini telah membantu ramai wanita perbetulkan semula period mereka.

ESP Shaklee Jayzra

ESP

Fitoestrogen adalah sebatian yang terdapat dalam tumbuh-tumbuhan yang kimia yang serupa dengan hormon estrogen. Biasanya dianggap sebagai terlibat dalam pembiakan wanita, sebenarnya estrogen mengawal banyak aspek penting bagi tubuh pada lelaki dan wanita: metabolisme, tulang dan kesihatan saluran darah, warna kulit, tahap kolesterol, keseimbangan cecair dan keinginan seksual.

Soya adalah salah satu sumber yang kaya dengan phytoestrogen, yang mengandungi tahap tertinggi isoflavon dalam makanan. isoflavon soya mengaktifkan reseptor estrogen badan anda, protein yang mengesan kehadiran estrogen dan menjalankan kesan seperti perubahan dalam gen. ESP Shaklee yang mengandungi phytoestrogen semulajadi yang membantu seimbangkan hormon wanita

Bagaimana ESP membantu membetulkan semula period anda?

ESP mengandungi protein. 2 peranan protein dari ESP termasuk lah:

#1 : Perkuatkan otot rahim

Protein sangat penting untuk bantu kuatkan otot di dalam tubuh kita. Ini termasuklah otot rahim.

Protein dari ESP bantu bina semula otot rahim agar kuat, elastik dan tidak kejang. Sekaligus ini membantu mengurangkan pendarahan dengan cepat.

#2 : Baik pulih dinding rahim
Apa yang terjadi semasa period?

Ovum yang dihasilkan oleh ovari yang masuk ke dalam rahim tidak tersenyawa dengan sperm – bila sampai masanya, dia akan jatuh dari dinding rahim sebagai darah period.

Sedikit sebanyak dinding rahim akan terkesan dengan aktiviti ini.

Tubuh anda sangat perlukan makanan tinggi protein untuk memastikan dinding rahim kuat semasa tempoh period. Protein juga sangat diperlukan untuk baik pulih dinding rahim yang period.

Kajian menunjukkan wanita yang keluar darah yang banyak melepasi tempoh period mempunyai kandungan protein yang amat rendah.

#3 : Beri semula tenaga

Setiap sel memerlukan makanan, ini termasuk semua sel di dalam badan. Kalau sel tak cukup makan, sel akan jadi lemah.

Apabila sel lemah, secara automatik, badan kita akan jadi lemah.

Makanan sel adalah zat protein.

Jadi ESP berperanan untuk pastikan sel-sel darah merah dan sel-sel lain di dalam tubuh anda dapat makanan yang secukupnya, sekaligus memberi anda tenaga semasa darah keluar berpanjangan supaya anda tidak terlalu letih dan rasa mahu pitam.

Hormon memerlukan makanan.

ResV Vivix

Melancarkan Haid Tidak Teratur

Bagaimana ResV Vivix membantu masalah lewat period?

Vivix shaklee mempunyai kandungan Resveratrol yang sangat tinggi. Resveratrol ini bertindak sebagai anti-oksidan yang kuat berbanding anti-oksidan yang lain. Ini bermaksud, tinggi anti-oksidan maka semakin berkuranglah “Oxidative Damage” yang penyebab kepada punca sel-sel dalam tubuh badan menjadi rosak.Vivix Shaklee mempunyai salah satu mekanisma untuk memperbaiki sel-sel yang rosak atau abnormal.

ResV Vivix juga membantu meningkatkan tahap tenaga, meningkatkan keupayaan sexual, melindungi daripada masalah prostat (lelaki) dan melindungi daripada kanser/barah pada sistem reproduktif (wanita)

Melancarkan Haid Tidak Teratur Dengan GLA Complex

Melancarkan Haid Tidak Teratur
Melancarkan Haid Tidak Teratur

Melancarkan Haid Tidak Teratur Dengan Resv Vivix

Melancarkan Haid Tidak Teratur

Nak Order Supplement Ini

tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. 

Sekiranya anda berada di sekitar Shah Alam, Petaling Jaya, Klang, Subang Jaya, Bangsar .saya merupakan pengedar Shaklee sekitar Shah Alam, Petaling Jaya, Klang, Subang Jaya, Bangsar

Ainul Mustafa
Email: ainulfadzilah@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp: 013-3612717
COD Area: Shah Alam, Petaling Jaya, Klang, Subang Jaya, Bangsar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *