Haid Tidak Teratur : Supplement Bantu lancarkan Haid, Mudah hamil

Haid Tidak Teratur : Supplement Bantu lancarkan Haid, Mudah hamil

Purata kitaran haid (tempoh daripada awal haid hingga ke kitaran haid seterusnya) yang normal bagi seseorang individu kebiasaannya adalah selama 28 hari .Namun, ia berbeza bagi setiap individu. Maka adalah normal untuk anda mempunyai kitaran haid yang lebih pendek atau panjang. haid tidak teratur adalah apabila tempoh kitaran melebihi 35 hari atau kitarannya tidak menentu

Memahami Haid Tak Teratur

Haid Tidak Teratur

Haid yang tidak teratur turut dikenali sebagai oligomenorrhea – apabila jumlah bilangan haid yang dialami kurang dari 4 hingga 9 kali setahun . Ia boleh berlaku jika anda mengamalkan kaedah kontrasepsi, ketidakseimbangan hormon, perubahan hormon ketika dalam proses menopaus dan mengamalkan senaman ketahanan.

Kitaran period tak teratur juga didefinasikan apabila jarak antara haid anda kerap berubah. Haid anda mungkin datang lebih awal atau lebih lewat daripada kebiasaan

Simptom Haid Tak Teratur

Simptom utama haid tidak teratur seperti yang disebut di atas adalah apabila kitaran menjadi lebih panjang daripada 35 hari atau tidak menentu dan kerap berubah. 

Jika darah haid yang keluar terlalu banyak atau berkurangan, ia juga antara simptomnya, selain dari tempoh kedatangan haid yang berbeza-beza setiap kali haid tiba

Antara simptom period tak teratur yang lain adalah

  • Kekejangan pada bahagian belakang badan atau kekejangan badan
  • Payudara terasa berat atau sakit
  • Mengalami sakit kepala
  • Muncul jerawat
  • Tidur terganggu
  • Berlaku perubahan emosi
  • Perut kembung
  • Cirit-birit

Pendarahan haid atau menstruasi ialah pendarahan yang berlaku daripada lapisan rahim. Kitaran haid yang tidak teratur sering merisaukan golongan wanita kerana kitaran ini akan menentukan tahap kesubururan dan kesihatan mereka.   

Pernah tak alami kitaran haid tidak datang selama sebulan? Risau dan resah, betul? Darah haid yang sedikit dan tidak lancar boleh disebabkan oleh pelbagai faktor dan punca. Nak tahu apa

5 Punca Kitaran Haid Tidak Teratur? 

1.UMUR

  • Haid anda boleh berubah-ubah mengikut dari segi tempoh masa dan juga aliran ketika anda masih remaja. Manakala, jika anda sedang menopaus, anda mungkin mengalami haid yang tidak teratur iaitu haid sedikit. Ini adalah akibat daripada ketidakseimbangan hormon.

2.BERAT BADAN DAN DIET 

  • Berat badan dan kandungan lemak badan boleh menjejaskan haid anda. Mempunyai berat badan yang sangat kurang boleh menyebabkan haid anda menjadi tidak teratur kerana hormon anda tidak berfungsi dengan normal. Di samping itu, kehilangan atau peningkatan berat badan yang melampau menjadi punca haid tidak teratur bagi remaja.

3.KEHAMILAN

  • Jika anda hamil, tidak mungkin anda akan datang haid. Anda mungkin menyedari beberapa ‘spotting’ dan menganggap ia adalah haid, tetapi ia sebenarnya mungkin pendarahan implan. Ini boleh berlaku apabila telur yang sudah disenyawakan tertanam pada lapisan rahim. Pendarahan implan biasanya berlanjutan selama dua hari atau kurang.

4.PENYUSUAN SUSU IBU 

  • Jika anda sedang menyusu anak anda, haid anda mungkin tidak datang selepas bersalin. Hormon penghasilan susu menghalang ovulasi dan menangguhkan haid anda. Haid anda akan datang beberapa bulan selepas bersalin jika anda berhenti menyusu. 
  • Anda masih boleh hamil semasa menyusu, walaupun haid anda belum datang. Ini kerana anda akan mengalami ovulasi dua minggu sebelum tempoh pertama selepas bersalin. 

5.SINDROM OVARI POLIKISTIK & POLYCYSTIC OVARIAN SYNDROME (PCOS) 

  • Sekiranya anda mengalami masalah darah haid keluar sedikit tapi lama, haid yang tidak teratur atau berhenti menstruasi, ia boleh disebabkan oleh PCOS. Penyakit ini boleh menyebabkan perubahan hormon dalam badan di mana telur telah berhenti matang. Perubahan hormon ini juga boleh :
    • Menjejaskan berat badan anda dan membawa kepada obesiti
    • Menyebabkan jerawat
    • Menyebabkan bulu-bulu di muka mula tumbuh
    • Membawa kepada ketidaksuburan atau mandul
  • PCOS boleh didiagnos melalui penggunaan ultrasound yang boleh menggambarkan sista(cyst) yang terbentuk dalam ovari anda. Sekiranya anda mempunyai PCOS, doktor mungkin mencadangkan anda menurunkan berat badan dan mengambil pil kontraseptif untuk membantu haid anda kembali normal. 
  • Doktor juga akan mengesyorkan metformin (Glumetza, Riomet, Glucophage). Ubat ini biasanya diberikan untuk pesakit diabetes jenis 2. Ia membantu mengawal tahap insulin dan boleh membantu meningkatkan ovulasi, yang boleh mengawal kitaran haid anda.

Anda mungkin sukar untuk hamil jika mempunyai kitaran haid yang tidak teratur kerana kemungkinan untuk tidak mengalami ovulasi secara sempurna

Supplement Shaklee Yang Bantu Kitaran kembali Normal, Lancarkan Haid

GLA Complex Shaklee daripada ekstrak minyak bunga borage yang mengandungi 2 kali ganda Gamma linolenik acid (GLA), 3 kali lebih dari segi bioavailabiliti, 3 kali lebih berkesan daripada EPO (evening primrose oil) yang di jual di pasaran.

Setiap kapsul mengandungi lebih 300mg GLA di mana ianya sumber terbaik Omega-6. Digabungkan dengan minyak sunflower dan vitamin E yang meningkatkan kestabilannya. Bioavailabilitinya terbukti secara klinikal mampu menyerap dan mengadun ke dalam sel dan tisu.

Ia membantu:
-mengawal selia hormon estrogen dan testosteron
-memperbaiki simptom PMS seperti sengugut, mood swing, dan sakit payudara
-membentuk prostaglandin yang membantu mengawal selia hormon lelaki dan wanita
-memperbaiki simptom perubahan hormon semasa menopous dan andropous

Haid Tidak Teratur

Fitoestrogen adalah sebatian yang terdapat dalam tumbuh-tumbuhan yang kimia yang serupa dengan hormon estrogen. Biasanya dianggap sebagai terlibat dalam pembiakan wanita, sebenarnya estrogen mengawal banyak aspek penting bagi tubuh pada lelaki dan wanita: metabolisme, tulang dan kesihatan saluran darah, warna kulit, tahap kolesterol, keseimbangan cecair dan keinginan seksual.

Soya adalah salah satu sumber yang kaya dengan phytoestrogen, yang mengandungi tahap tertinggi isoflavon dalam makanan. isoflavon soya mengaktifkan reseptor estrogen badan anda, protein yang mengesan kehadiran estrogen dan menjalankan kesan seperti perubahan dalam gen. ESP Shaklee yang mengandungi phytoestrogen semulajadi yang membantu seimbangkan hormon wanita

Haid Tidak Teratur
Haid Tidak Teratur
Haid Tidak Teratur
Haid Tidak Teratur

Bagaimana nak Order Supplement Untuk bantu Haid Kembali Teratur, lancar dan Bantu Lebih Mudah Hamil

Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set tenaga shaklee mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Penghantaran sekitar Shah Alam, Petaling Jaya, Klang, Subang Jaya, Bangsar, Kelana Jaya, Alam Impian, Denai Alam, UiTM Shah Alam, UiTM Puncak Alam, Universiti Malaya

Ainul Mustafa
Pengedar Shaklee Shah Alam
Email: ainulfadzilah@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp: 013-3612717
www.wasap.my/60133612717/haidtakteratur

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *