2 Tahun Tulang Patah Cepat Bercantum Semula

2 Tahun Tulang Patah Cepat Bercantum Semula

Tulang Bercantum Semula selepas 2 tahun patah bernanah? dah la patah 2 tahun bernanah pulak tu. macam macam pembedahan dah buat tapi masih juga tulang tidak bercantum. dan akhirnya beliau mencuba set tulang patah ni.

Kenapa tulang Patah Susah Nak Bercantum balik?

Memang tidak menghairankan sebab setiap orang mahu kecederaan mereka cepat sembuh. Hakikatnya, setiap tisu di dalam badan kita mempunyai tempoh masa yang spesifik untuk sembuh. Kulit, otot, ligamen, tendon dan tulang sembuh mengikut proses yang hampir serupa terapi tidak sama.

Tempoh penyembuhan bergantung kepada pelbagai faktor. Bagi komuniti perubatan, ia melibatkan puluhan faktor serta proses patofisiologi yang kompleks. Namun, bagi tujuan perbincangan di sini saya hanya ingin membincangkan beberapa faktor secara umum yang sesuai bagi masyarakat awam.

Faktor-faktor ini ada yang boleh dikawal dan ada juga yang berada di luar kawalan kita sebagai pesakit dan juga sebagai pengamal perubatan. Jom kita lihat perkara ini dengan lebih lanjut lagi.

Faktor Luar Kawal

  1. Umur
  2. Lokasi kepatahan
  3. Jenis kepatahan
  4. Masalah kesihatan

Faktor Yang Boleh Dikawal

  1. Nutrisi
  2. Rokok
  3. Kepatuhan kepada rawatan 

Faktor Luar Kawal

Umur

Proses penyembuhan amat bergantung kepada umur pesakit. Lebih muda seseorang, lebih cepat kepatahannya akan sembuh. Kepatahan budak berusia 2 tahun adalah 2 kali ganda lebih cepat berbanding pesakit dewasa berusia 20 tahun.

Kepatahan pada kanak-kanak juga dikatakan lebih ‘forgiving’ dimana hujung tulang yang patah tidak perlu diletakkan secara 100 peratus sempurna bagi mencapai penyembuhan ke tahap asal. Ia berupaya melalui proses yang dipanggil ‘remodelling’ di mana kepatahan yang bercantum bengkok pada peringkat awal akan kembali menjadi normal selepas tempoh tertentu hasil daripada proses Remodelling ini. Malah, kepatahan yang berselisih dan menyebabkan kaki mengalami 2-3cm kependekkan sekali pun masih boleh kembali menjadi normal bagi kanak-kanak di bawah usia 6 tahun. Betapa hebatnya ciptaan Tuhan!

Jenis dan Lokasi kepatahan

Kepatahan tulang boleh melibatkan tulang tangan (upper limb), tulang kaki (lower limb), tulang belakang (spine), tulang pinggul (pelvis), tulang selangka (clavicle dan scapula), tulang rusuk (ribs dan sternum) dan tengkorak (skull).

Tulang-tulang ini mempunyai tempoh masa penyembuhan yang berbeza bergantung kepada lokasi kepatahan dan jenis kepatahan yang berlaku. Contohnya, tulang tangan orang dewasa yang bersifat berputar dan beserpihan (spiral, comminuted fracture) akan mengambil masa 6-8 minggu bagi tulang baru (callus) mula timbul dan 12 minggu (3 bulan) bagi betul-betul sembuh. Jika kepatahan bersifat kepatahan melintang sahaja tanpa serpihan (simple transverse fracture), ia boleh mengambil masa sehingga 8 minggu. Itu sebabnya, simen (Plater of Paris – POP) dipasang selama 6 minggu bagi kepatahan tangan orang dewasa dan 3 minggu bagi kanak-kanak.

Bagi kepatahan yang melibatkan kaki, secara puratanya ia akan mengambil masa lebih 4-6 minggu lebih berbanding kepatahan tangan untuk sembuh.

Bekalan darah kepada tulang juga memainkan peranan yang amat penting bagi proses penyembuhan. Ia berperanan membawa segala zat dan sel-sel penyembuhan ke tempat ketahan berlaku bagi proses penyembuhan mengambil tempat. Oleh itu, kepatahan tulang betis (tibia) lebih berisiko untuk tidak bercantum kerana kekurangan bekalan darah yang membekalinya berbanding tulang peha (femur).

Masalah Kesihatan Pesakit

Ramai pesakit yang mengalami kepatahan telah mempunyai masalah kesihatan sebelum kemalangan berlaku. Masalah kesihatan yang tidak dikawal boleh mempengaruhi proses penyembuhan tulang. Diabetes Mellitus (Kencing manis) contohnya, jika kadar gula di dalam darah adalah tinggi dan tidak terkawal, ia akan membantutkan proses penyembuhan luka dan tulang pesakit.

Faktor Boleh Kawal

Nutrisi

Nutrisi memainkan peranan yang amat penting bagi proses penyembuhan berlaku. Badan kita memerlukan tenaga, protein, dan zat galian seperti kalsium dan fosfat bagi membolehkan proses ini berjalan lancar. Protein amat penting bagi pembetukan tisu yang baharu serta bagi membolehkan kadar albumin iaitu sejenis protein pengangkutan (transport protein) menjalankan tugasnya iaitu membawa nutrisi serta sel-sel penyembuhan ke tempat yang cedera.

Nutrisi Penting Untuk Tulang Bercantum Semula Cepat

1. Kalsium

Kalsium adalah nutrisi yang diketahui ramai untuk menjaga dan menguatkan tulang. Pakar perubatan, Dr James Balch & Mark Stengler, melalui penulisan mereka di Prescription for Natural Cyres menyarankan supaya pesakit tulang patah untuk amalkan pengambilan supplement kalsium sebanyak 500-600mg sehari.

Selain itu, anda juga perlu mengambil diet yang tinggi dengan khasiat kalsium seperti usus, pisang, yoghurt dll. Banyakkan juga makan sayuran seperti lobak dan brokoli untuk membekalkan nutrisi kepada tulang.

2. Vitamin D

Vitamin D berfungsi untuk menyerap jumlah kalsium yang banyak ke dalam salur darah dan tulang.
Kekurangan vitamin D akan menyebabkan kalsium yang terkandung dalam makanan dan supplemen tidak akan dapat diserap secara sepenuhnya oleh tubuh dan ini akan membantutkan proses penyembuhan. Dapatkan jumlah vitamin D yang mencukupi bagi membantu kesembuhan tulang dengan lebih pantas.

Cahaya matahari adalah salah satu sumber vitamin D yang baik. Amalkan berjemur pada pukul 9-10 pagi sebelum panas membahang. Selain itu, amalkan pemakanan kuning telur, minyak ikan, daging atau ikan seperti tuna atau salmon untuk mendapatkan sumber vitamin D melalui makanan.

3. Vitamin K

Vitamin K penting untuk kesihatan tulang yang menyeluruh terutamanya dalam penyembuhan patah tulang. Ianya berfungsi untuk kuatkan komponen protein penting pada tulang. Proses ini akan meyembuhkan patah tulang dengan cepat dan mengelakkan risiko tulang retak.

Vitamin K boleh didapati daripada makanan seperti brokoli, telur, ikan, hati, daging dan lain-lain. Amalkan mengambil vitamin K lebih kurang 120 mikrogram bagi lelaki dan 90 mikrogram vitamin K bagi perempuan setiap hari. Pesakit patah tulang pula disarankan untuk mengambil 20 peratus lebih banyak daripada biasa.

4. Vitamin C dan Magnesium

Terdapat juga beberapa nutrisi lain yang diperlukan bagi melengkapi proses penyembuhan patah tulang dengan cepat iaitu boron dan silika. Kedua-dua nutrisi ini dapat membantu mempertingkatkan penyerapan kalsium dalam darah dan tulang.

Selain itu, Vitamin C dan Magnesium juga membantu untuk berikan penyerapan optimum kepada kalsium. Kombinasi vitamin c dan magnesium melengkapkan jumlah nutrisi yang diperlukan oleh pesakit patah tulang.

2 Tahun Tulang Patah Bernanah, 4 bulan Amalkan Supplement ini Tulang Bercantum Semula

Antara set patah tulang shaklee ialah terdiri daripada beberapa jenis vitamin melengkapkan keperluan nutrien dan mineral, iaitu;

Vivix

✅ Mengandungi antioksidan yang tinggi

✅ Mengurangkan inflamasi atau keradangan pada tempat bengkak

✅ Mempercepatkan proses penyembuhan luka

✅ Mengurangkan rasa sakit akibat patah tulang atau pembedahan

ESP (Energyzing Soy Protein)

✅ Membantu proses pengeringan dan penyembuhan luka

✅ Menggalakkan sel tumbuh dengan sihat dan menggantikan sel yang rosak dan lemah

✅ Membantu menguatkan tulang dan cegah osteophorosis

✅ Bantu hilangkan parut akibat luka

Ostematrix

✅ Kalsium yang dilengkapi dengan magnesium, vitamin D, dan boron

✅ Penting untuk menyokong tulang lebih kuat dan padat

✅ Mengelakkan kejang dan lenguh-lenguh badan

✅ Magnesium dalam ostematrix membantu penyerapan kalsium dengan lebih baik

✅ Melegakan kebas pada bahagian yang bermasalah

✅ Bantu tidur dengan lebih lena

✅ Bertindak sebagai pembantu penenang saraf

Pengalaman berjumpa customer Tulang patah 2 tahun

Tulang Bercantum Semula ? 2 tahun lepas dia dah whatsapp saya tanya pasal set patah. Saya dah cadangkan set yang paling terbaik dan kemudian dia senyap je.

May 2022 dia datang kembali dan akhirnya beli full set patah ni. Vivix , ESP, Ostenutrix

Tulang Bercantum Semula selepas 2 tahun patah bernanah

Bila dia dah confem jadi saya pun pergi la cod ke rumah dia. Malam tu dia dengan mak dia ada. Sempat sembang dengan dia dan maknya. 2 tahun tulang patah dan susah nak sembuh sebab bernanah. Macam macam la alkisahnya di hospital kerajaan dan bawa ke hospital swasta.

Tulang Bercantum Semula selepas 2 tahun patah bernanah

Nampak tak masih bertongkat selepas 2 tahun kemalangan motor.  Rawatan doktor dia masih buat ye.

Sejak May dia beli, setiap bulan dia tak miss order lagi.

Dan hari ini 10.10.2022 , selepas 4 bulan dia konsistent makan tulang nya bercantum semula.

Tulang Bercantum Semula selepas 2 tahun patah bernanah

Allahuakbar !! tak boleh diluahkan dengan kata kata perasaan masa ni. Seronok dapat membantu adik ni kembali ceria, kembali boleh berjalan dan menjalani kehidupan anak muda

Tulang Bercantum Semula selepas 2 tahun patah bernanah

Shaklee bukan merawat, mengubati mana mana penyakit ye. Makan Supplement untuk membantu badan cukup dengan nutrisi dan bila badan cukup nutrisi proses penyembuhan akan berlaku dengan cepat

Vitamins and minerals are essential to helping your body develop and function as it should. While most people get all of what’s recommended by eating healthy, others need a little extra nutrient boost. That’s where supplements come in — providing you with the support your body needs to stay healthy ~ https://www.pennmedicine.org/

Makan supplement Shaklee tetap kena teruskan ubat rawatan doktor ye.

Yang nak mencuba supplement patah tulang ni boleh hubungi kami di

www.wasap.my/60133612717/patahtulang

www.wasap.my/60133612717/patahtulang

Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set tenaga shaklee mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Penghantaran sekitar Shah Alam, Petaling Jaya, Klang, Subang Jaya, Bangsar, Kelana Jaya, Alam Impian, Denai Alam, UiTM Shah Alam, UiTM Puncak Alam, Universiti Malaya

Ainul Mustafa
Pengedar Shaklee Shah Alam
Email: ainulfadzilah@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp: 013-3612717

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *