Vitamin untuk wanita menopause atau umur 40 keatas

Sejak masuk 40an ni hormon kucar kacir betul, badan rasa penat sangat, emosi tak stabil dan kulit jadi kering. Malah hubungan suami isteri juga ada masalah sebab faraj jadi kering, nafsu seks kurang, bila penat nafsu pun takde. Apa nak buat ye? Ada ke Vitamin untuk wanita menopause atau umur 40 keatas?
15 Tanda-tanda Menopaus Wanita
Apakah Menopaus?
Menopaus adalah proses semula jadi yang dialami oleh semua wanita, dan walaupun pengalaman setiap wanita dengan menopaus adalah berbeza; seorang wanita dianggap postmenopaus apabila dia tidak mengalami haid selama 12 bulan berturut-turut.
Semasa menopaus, ramai wanita akan mengalami simptom fizikal seperti panas badan (hot flashes), dan selalunya simptom yang berkaitan dengan menopaus boleh mendatangkan gangguan kepada kitaran tidur, mengurangkan tenaga atau menjejaskan kesihatan emosi anda.
Mengapakah Menopause Berlaku?
Menopaus adalah fenomena yang berlaku secara semula jadi dalam kehidupan wanita. Ianya berlaku akibat kehilangan fungsi folikel ovari dan penurunan tahap estrogen yang beredar dalam aliran darah.
Peralihan menopaus pada wanita biasanya bermula antara umur 45 dan 55, tetapi ia boleh berlaku lebih awal bergantung kepada individu.
Apakah Peringkat-peringkat Menopause?
Menopaus semula jadi menunjukkan berakhirnya haid yang kekal yang berlaku tanpa sebarang rawatan perubatan. Terdapat tiga peringkat menopaus yang setiap wanita secara beransur-ansur mengalami dalam sepanjang hidup mereka:
Perimenopaus (Pra menopaus)
Perimenopaus, juga dikenali sebagai “menopaus peralihan,” biasanya bermula pada usia 40-an anda. Proses ini boleh bermula sekitar lapan hingga 10 tahun sebelum menopaus, di mana ovari anda secara beransur-ansur menghasilkan estrogen yang lebih sedikit.
Perimenopaus berlanjutan sehingga menopaus, iaitu peringkat apabila ovari anda berhenti mengeluarkan telur. Dalam tempoh satu hingga dua tahun terakhir perimenopause, penurunan estrogen akan menjadi semakin cepat. Ramai individu mungkin boleh mula mengalami simptom menopaus dalam tempoh masa ini. Walau bagaimanapun, kitaran haid anda masih akan berterusan, dan anda juga masih mempunyai kebolehan untuk hamil pada masa ini.
Menopaus
Menopaus adalah peringkat di mana anda tidak lagi mengalami haid. Ovari anda akan berhenti mengeluarkan telur dan menghasilkan kebanyakan estrogennya pada ketika ini. Doktor anda biasanya mendiagnosis anda mengalami menopaus apabila haid anda tidak hadir selama 12 bulan berturut-turut.
Pasca menopaus
Pasca menopaus (post-menopause) merujuk kepada masa apabila anda terlepas haid sepanjang tahun atau sepanjang hayat anda selepas menopaus. Simptom menopaus seperti panas badan mungkin bertambah baik.Namun demikian, sesetengah simptom menopaus wanita masih berterusan selama satu dekad atau lebih lama selepas peralihan menopaus. Wanita dalam fasa menopaus menghadapi peningkatan risiko beberapa kesakitan, termasuk osteoporosis dan penyakit jantung akibat penurunan paras estrogen.
Apakah Tanda-tanda Menopause?
Jika anda mengalami mana-mana tanda ini, anda mungkin sedang beralih ke peringkat menopaus:

1. Kitaran haid yang tidak teratur
Tempoh haid yang biasa adalah selama empat hingga tujuh hari dan mempunyai kitaran kira-kira 28 hari. Contoh-contoh haid yang tidak teratur termasuk kitaran yang kurang daripada setiap 21 hari atau lebih daripada setiap 35 hari, terlepas tiga atau lebih haid secara berturut-turut, dan aliran haid yang lebih berat atau ringan daripada yang biasa.
2. Perubahan kesuburan
Kesuburan tertinggi wanita adalah antara umur lewat remaja dan lewat 20-an. Apabila anda mencapai usia 30 tahun, kesuburan (keupayaan untuk hamil) mula merosot, menjadikannya lebih sukar untuk anda hamil. Penurunan ini semakin meningkat apabila anda memasuki pertengahan 30-an sehingga anda mencapai umur 45 tahun. Kesuburan akan merosot begitu banyak sehingga ke tahap yang tidak lagi mungkin untuk hamil secara semula jadi.
3. Intoleransi haba
Peningkatan haba badan yang juga dikenali sebagai panas badan(hot flashes) merupakan lonjakan suhu badan secara tiba-tiba, yang disertai dengan peluh, dan ketidakselesaan. Panas badan adalah simptom biasa menopaus, tetapi pengalaman setiap orang tentang panas badan boleh berbeza-beza dari segi intensiti dan tempoh masa.
4. Gangguan tidur
Gangguan tidur merujuk kepada keadaan di mana keselesaan dan aktiviti harian anda terjejas secara negatif akibat tidur yang kurang baik, kekurangan tidur, ataupun mengalami masalah untuk lelap.
5. Perubahan pada faraj
Salah satu perubahan yang paling biasa dalam faraj apabila anda mengalami peringkat menopaus adalah kekeringan faraj. Ia adalah simptom yang menyakitkan dan juga boleh menjejaskan gaya hidup wanita. Kekeringan faraj boleh menyebabkan kesakitan dan ketidakselesaan semasa duduk, bersenam, kencing dan melakukan hubungan intim.
6. Masalah kencing
Masalah air kencing berkaitan dengan masalah pundi kencing, juga dipanggil inkontinens. Anda mungkin mengalami keinginan untuk membuang air kecil secara tiba-tiba, atau air kencing mungkin bocor semasa aktiviti seperti bersenam, bersin atau ketawa. Langkah awal dalam merawat masalah inkontinens ialah untuk berjumpa doktor. Jangkitan pundi kencing juga boleh menjadi kebimbangan pada pertengahan umur.
7. Perubahan emosi
Anda mungkin mengalami beberapa perubahan emosi semasa tempoh menopaus yang boleh membawa kepada emosi yang tidak stabil seperti kerengsaan, perubahan mood, atau kemurungan ringan.
8. Perubahan pada kulit dan rambut
Peringkat menopaus boleh menyebabkan anda mengalami perubahan pada kulit dan rambut. Kulit, mata dan mulut anda mungkin terasa kering. Anda mungkin juga mengalami keguguran dan penipisan rambut.
9. Mengalami penurunan libido dan kepuasan seksual
Estrogen anda akan berkurang dengan cepat semasa mengalami menopaus, ini boleh menyebabkan kesan yang besar seperti penurunan libido dan kepuasan seksual anda. Ia boleh mengurangkan keinginan anda untuk melakukan hubungan seksual dan menjadikannya lebih sukar untuk anda terangsang.
10. Peningkatan berat badan
Perubahan hormon semasa menopaus selalunya meningkatkan kemungkinan penambahan berat badan di sekitar perut, bukannya di pinggul dan paha. Walau bagaimanapun, anda perlu ketahui bahawa perubahan hormon sahaja mungkin bukan satu-satunya punca kenaikan berat badan anda.
11. Sakit-sakit badan
Jika anda mengalami sakit-sakit badan terutama sakit-sakit sendi dan otot, ia berkemungkinan adalah simptom menopaus. Estrogen memainkan peranan penting kerana ia memberi kesan kepada rawan anda (iaitu tisu penghubung pada sendi) bersama-sama dengan penggantian tulang, menyebabkan keradangan dan kesakitan.
12. Sakit payudara
Mastalgia adalah istilah perubatan untuk sakit payudara, dan merupakan pengalaman yang sangat biasa semasa haid. Sakit payudara semasa menopaus akan berasa sedikit berbeza jika dibandingkan kesakitan payudara yang dialami semasa haid. Sesetengah wanita mungkin berasa sakit terbakar atau berdenyut di payudara mereka dan bukannya sakit yang biasa.
13. Sakit kepala atau migrain
Migrain yang berkaitan dengan perubahan hormon boleh menjadi lebih kerap dan teruk dalam tempoh menjelang perimenopaus. Sesetengah wanita melihat peningkatan dalam migrain mereka apabila haid mereka berhenti. Walau bagaimanapun, sakit kepala tegangan sering bertambah teruk. Jika sakit kepala anda berterusan, anda mungkin boleh terus menggunakan ubat anda atau memilih terapi lain.
14. Osteoporosis
Osteoporosis adalah disebabkan oleh kekurangan hormom estrogen; menopaus menyebabkan pengeluaran estrogen berkurang dalam badan anda lalu mengakibatkan kehilangan ketumpatan tulang. Anda mungkin tidak mengalami sakit sendi atau tulang patah, namun itu tidak bermakna anda terlindung daripada risiko osteoporosis. Simptom osteoporosis tidak muncul kecuali anda patah tulang.
15. Risiko kardiovaskular
Hormon estrogen mempunyai kesan perlindungan ke atas jantung anda. Ia membantu mengawal tahap kolesterol anda dan mengurangkan risiko lemak terkumpul dalam arteri anda. Ia juga membantu menjaga kesihatan salur darah anda. Jika tahap estrogen berkurang, lemak mungkin akan terkumpul dalam arteri anda lalu menyebabkannya menjadi lebih sempit. Ini meningkatkan risiko hipertensi, penyakit jantung koronari atau strok.
Sumber : Hospital Pantai
Saya & mak Pengguna Vitamin Untuk Wanita 40an ke atas & Yang Sudah Menopause
Mak saya Pengguna Vitamin ini & di Usia 63tahun

mak Ainul pun makan Shaklee tau . Mak makan dah lama. lebih kurang 13 tahun sama dengan Ainul lebih kurang. Febret mak vitamin C, GLA, Ostematrix dan vivix
mak Ainul di usia 63tahun. cantikkan dia. Mak Ainul memang jaga kesihatan, suka makan supplement sejak muda. tapi sejak kenal Shaklee dia sendiri cakap berbeza sangat dengan makan supplement lain. berbaloi beli dan sampai sekarang dia konsistent makan vitamin Shaklee
mak anak 7 orang cucu 15 orang
Saya umur 40tahun amalkan Vitamin Ini walaupun belum menopause

jangan tak percaya ini saya 10tahun lepas ketika masih baru kenal supplement Shaklee. Ada beza tak usia 30tahun dengan 40tahun?

walaupunsaya masih belum menopause tapi saya tetap amalkan supplement ni dari awal. Yelah nak cegah sebelum kena. Nak jaga kesihatan dari awal
Vitamin untuk wanita menopause atau umur 40 keatas
GLA Complex

Salah satu fungsi gla complex adalah memperbaiki keadaan menopause seperti hot flashes, insomnia, ketidakhadaman dan depresi. Pengambilan jangka panjang akan melambatkan penuaan, mengetatkan uterus dan menghasilkan kulit yang lebih muda.
Bagaimana GLA Complex Shaklee membantu wanita-wanita ini?
1- Antara fungsi utama GLA Complex ialah:
mengawal selia hormon estrogen dan testosteron
-Semasa menopause, hormon estrogen turun secara mendadak. Pengambilan GLA complex membantu dalam penghasilan semula hormon estrogen. Selain itu hormon estrogen yang meningkat akan membantu pemulihan mood swing yang biasa berlaku dikalangan wanita menopos.
2- Bagi wanita yang mengalami menopos awal (pre-menopos) adalah sangat digalakkan mengambil GLA. Ini kerana GLA membantu melambatkan menopos dengan cara memperbaiki keadaan semasa seperti rasa panas (hot flushes), insomnia, ketidakhadaman dan depresi.
3- Pengambilan jangka panjang juga mampu melambatkan penuaan, mengetatkan kembali uterus, memberi tone kepada uterus dan kulit menjadi lebih lembap dan muda.
4- Wanita menopos yang kerap mengalami kepanasan dan timbul bintik ruam, ia boleh dikurangkan dengan GLA. GLA membantu memperbaiki inflamasi kulit seperti kulit kering, eczema, kegatalan, dan mengurangkan rasa sakit seperti bengkak sendi.*
5- Pertambahan berat wanita menopos juga agak membimbangkan. Ini juga boleh ditangani dengan mengambil GLA complex.
GLA membantu menurunkan kadar kolesteroljahat LDL, meransang peredaran darah, memperbaiki tekanan darah tinggi, dan mampu membantu menurunkan berat badan.
Jadi, GLA Complex adalah sangat disarankan untuk wanita berusia terutamanya yang bakal, dan sedang menghadapi menopause.
Omega Guard

1.Mencantikkan kulit, rambut dan kuku
Kandungan EPA yang ada dalam kapsul Omega 3 dapat mencantikkan kulit, rambut serta kuku anda. Cuba amalkan selama beberapa bulan dan anda akan melihat perbezaan sebelum dan selepas.
2.Menyihatkan jantung, kurangkan serangan jantung
Mungkin sudah diketahui ramai, Omega 3 atau fish oil sangat bagus untuk meningkatkan tahap kesihatan jantung serta mengurangkan serangan jantung dalam kalangan wanita. Hal ini kerana, wanita berpotensi tinggi untuk kerap mendapat serangan jantung selepas menopause.
3.Mencegah kanser payudara
Inilah yang paling digeruni oleh kaum wanita iaitu menjadi mangsa kanser payudara. Kajian menunjukkan bahawa wanita yang mengambil asid lemak fish oil ini dengan kadar yang tinggi boleh mengurangkan 50% risiko mendapat serangan kanser payudara. Hal ini kerana kandungan DHA dalam Omega 3 berfungsi sebagai anti-radang semula jadi bagi melawan kanser.
4.Mengurangkan senggugut ketika haid
Ramai tak sedar bahawa Omega 3 fish oil ini mampu untuk mengurangkan senggugut ketika haid. Ia boleh mengimbangkan semula kadar asid lemak yang tidak seimbang bagi mengurangkan sakit PMS.
Ostenutrix

Menopause adalah fase dimana wanita tidak mengalami menstruasi lagi.Wanita yang telah memasuki masa menopause akan mengalami penurunan produksi hormon estrogen yang menyebabkan kadar kalsium dalam darah menurun.
Apabila kadar kalsium dalam darah rendah maka tubuh akan mengambil kalsium dari tulang untuk menjalankan fungsi tubuh. Estrogen akan meningkatkan penyerapan kalsium di usus dan menurunkan pengeluaran kalsium dari ginjal sehingga kalsium di dalam darah dapat dipertahankan kadarnya.
Menurunnya kadar estrogen akan diikuti dengan penurunan penyerapan kalsium yang terdapat dalam makanan sehingga wanita yang mencapai masa menopause cenderung mengalami pengurangan penyerapan kalsium sebanyak 20-25%.
Penyerapan kalsium dari saluran pencernaan yang berkurang mengakibatkan kalsium tulang akan diambil atau diserap untuk memenuhi kadar kalsium darah sehingga terjadilah pengeroposan tulang (osteoporosis).
Vivix ResV Paling Bagus Untuk Wanita 40an ke atas & Yang Sudah Menopause

Vivix adalah suplemen paling digemari oleh wanita khususnya wanita2 yang menghampiri waktu menopause juga wanita2 yang sedang menopause. Ianya memberi kesan kepada 4 mekanisme utama penuaan selular,bahkan bukan sahaja membantu mengembalikan keremajaan kulit tetapi juga organ dalaman. Vivix dikatakan suplemen terbaik untuk kesihatan menyeluruh yang melibatkan DNA dan sel. Ianya memperbaiki struktur sel dan membantu meningkatkan keanjalan kulit.
Secara tak langsung, ianya membantu melembutkan kulit dan ini sangat membantu mengelakkan rasa sakit saat mengadakan hubungan intim bersama suami. Selain itu, Vivix juga bantu memberi tenaga dan rangsangan yang lebih ketika bersama pasangan. Bahkan ia membantu wanita menopause mampu untuk memberikan kepuasan kepada suami saat bersama…insyaAllah.
Secara ringkas vivix resv membantu wanita menopause atau wanita 40an
- Elak kulit kering
- Cantikkan kulit
- jeragat
- stabilkan hormon
- kesihatan jantung
- kesihatan paru paru
- kuatkan sistem imun
- bagi tenaga
- elak faraj kering
- naikkan nafsu seks
- elak kanser
- dan banyak lagi khasiatnya
Nak Dapatkan Vitamin Untuk Wanita Menopause
Boleh hubungi saya di 013-3612717 atau klik link ini >www.wasap.my/60133612717/vitaminmenopause
Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Penghantaran sekitar Shah Alam, Petaling Jaya, Klang, Subang Jaya, Bangsar, Kelana Jaya, Alam Impian, Denai Alam,
Ainul Mustafa
Pengedar Shaklee Shah Alam
Email: ainulfadzilah@gmail.com