Cara Kempiskan Perut Buncit Untuk Wanita

Cara Kempiskan Perut Buncit Untuk Wanita

“Berapa bulan dah ni? ” adoi benda yang paling tak suka orang tanya sebab bukan perut buncit mengandung tapi sebab perut buncit banyak lemak. Dah la malu orang tanya macam tu nak marah pun ada tapi ianya adalah teguran pada kita yang kita dah tahap bahaya sebab perut buncit ni petanda p[ada pelbagai penyakit. Jadi bila dah orang tegur tu cepat la cari cara kempiskan perut buncit

Sebenarnya, tidak semua ibu mengalami jenis perut buncit yang sama. Ianya berbeza dan mengikut individu itu sendiri. Antara jenis perut buncit yang sering dialami wanita yang perlu ibu tahu adalah seperti:-

1. Perut pir (Pear tummy)

Bagi mereka yang berpinggang ramping tetapi pada bahagian perutnya lebih besar dan ada lebihan lemak-lemak di pinggul biasanya buncit ini dikategorikan sebagai perut pir. Perut kelihatan seperti bentuk buah pir, disebabkan oleh lemak di bahagian peha yang sukar untuk dihilangkan

Wanita yang mengalami perut pir ini adalah disebabkan faktor estrogen, sama ada akibat genetik atau ketidakseimbangan hormon.

Seperti yang kita maklum, estrogen bertanggungjawab untuk mencipta potongan tubuh feminin pada wanita apabila sudah baligh. Kita juga dapat lihat perbezaan dari segi bahagian punggung dan peha yang membentuk lebih bulat. Serta kehadiran lemak di badan sewaku hamil.

Jadi, untuk mengatasi masalah perut pir ini, anda perlu menghindari makanan tinggi lemak yang berkait rapat dengan peningkatan estrogen.

2. Perut ibu (Mummy tummy)

Biasanya perut jenis ini akan dialami oleh ibu setelah melahirkan anak. Di mana perut masih lagi kelihatan seperti hamil, biarpun setelah 3 bulan melahirkan bayi. Perut jenis ini kelihatan kendur, tiada bentuk dan menggeleber.

Faktor ini disebabkan oleh pembesaran bayi dalam kandungan sepanjang tempoh kehamilan. Selepas bersalin, otot-otot perut akan kembali bersatu secara semula jadi dan ini akan mengambil masa 5 hingga 7 bulan untuk kembalikan perut yang kempis.

3. Perut tiroid (Thyriod tummy)

Kejadian perut tiroid berlaku disebabkan oleh kelenjar berbentuk ‘kupu-kupu’ di leher yang menghasilkan hormon untuk mengawal kadar tubuh dalam memproses kalori dalam makanan. Kelenjar itu bukan sahaja menyebabkan perut buncit malah ia akan membuatkan bahagian badan yang lain kelihatan membengkak.

Jika ibu-ibu mengalami masalah ini, ibu selalunya akan berasa seperti mudah sangat rasa penat, kaki sejuk dan metabolisma lambat. Ini juga mungkin petanda ibu menghadapi masalah buncit perut tiriod. Sila berjumpa dengan doktor dan dapatkan nasihat dengan segera,

4. Perut stress (Stress tummy

Stress juga antara salah satu sebab kenapa perut menjadi buncit! Buncit jenis ini menunjukkan perut menonjol dari bahagian bawah payudara tapi tidak sampai hingga ke bawah perut.

Biasanya apabila kita stress dan tidak melakukan apa-apa aktiviti fizikal, semua energi tidak akan pergi ke mana-mana. Jadinya, ia akan disimpan kembali sebagai lemak!

Cara mengatasi masalah perut stress ini, apa yang perlu dilakukan adalah kita perlu mengawal tahap stress dan pastikan cukup tidur. Makan dengan kuantiti yang sedikit tetapi kerap juga boleh membantu untuk mengatasi masalah ini.

5. Perut kembung (Bloated tummy)

Ya! Bukan bayi sahaja yang akan mengalami perut kembung. Orang dewasa juga aboleh mengalami perut kembung yang sama. Jenis buncit ini adalah apabila perut kelihatan kempis pada awal pagi dan mula ‘mengembang’ selepas makan. Walaupun perut sudah membesar, yang menariknya berat badan akan kekal sama.

Ini disebabkan dalam proses ketika makanan dihancurkan dan menuju ke usus, bakteria yang memakan makanan tersebut akan menghasilkan gas. Dan gas itulah yang menyebabkan berlakunya ‘angin’ dalam perut.

Sekiranya bakteria usus mengalami kesukaran untuk menghancurkan makanan tertentu, ia akan melakukan fermentasi dengan menghasilkan lebih banyak gas sekaligus akak menyebabkan dinding perut menonjol ke hadapan. Disinilah berlakunya buncit akibat perut kembung.

Untuk mengatasi masalah ini, adalah tidak digalakkan untuk menikmati makanan yang sukar dicerna oleh tubuh termasuklah hidangan pedas dan makanan yang menggunakan pemanis buatan.

Saya juga pernah alami masalah perut buncit. Tak percaya?

Orang akan cakap ala dah berumur 40an mesti la perut buncit. Hormon tak betul kan. Ini adalah saya di usia

20an

masa ni tak mengandung ye. anak baru sorang huhuhuu

Pada usia awal 30an. masa ni anak no 3 baru setahun. alasan ala baru lepas bersalin normal la kennnnn

Cara Kempiskan Perut Buncit

Bukan perut sahaja gemuk. Lengan semua la membesar dengan jaya

Cara Kempiskan Perut Buncit

dan bila saya dah jumpa cara terbaik untuk saya atasi masalah perut buncit. sekarang bukan la 100% flat tapi idok lerrr perut tu macam orang mengandung tak beranak

saya di usia 39tahun

Cara Kempiskan Perut Buncit

Bahaya ke Perut Buncit ni Untuk Wanita?

Cara Kempiskan Perut Buncit

LEMAK di bahagian perut yang berlebihan dikaitkan dengan risiko kematian pada usia muda yang lebih tinggi tanpa mengira berat lemak badan yang dimiliki seseorang individu.

Itu dapatan satu kajian terbaharu yang diterbitkan British Medical Journal (BMJ), minggu lalu.

Bagi wanita, setiap kenaikan lemak perut sebanyak 10 sentimeter meningkatkan risiko kematian sebanyak 8 peratus.

Manakala bagi kaum lelaki pula, setiap kenaikan lilitan pinggang sebanyak 10 sentimeter meningkatkan risiko kematian sebanyak 12 peratus. ~AstroAwani

Walaupun penyakit perut buncit ini kelihatan normal, namun ia sebenarnya bertindak sebagai satu tanda bagi 1001 masalah kesihatan yang berisiko untuk terjadi.

Sebelum anda mengetahui apakah bahaya perut buncit, anda perlu tahu dahulu jenis lemak yang ada.

Lemak perut merupakan lemak yang berada di sekitar abdomen atau perut anda dan ia mempunyai dua jenis.

Pertama, lemak viseral iaitu lemak yang berada atau wujud mengelilingi organ tubuh.

Kedua pula ialah lemak subkutan. Lemak subkutan ialah jenis lemak yang berada di bawah permukaan kulit.

Secara umumnya, komplikasi kesihatan yang berlaku disebabkan oleh lemak viseral ialah lebih berbahaya berbanding lemak subkutan.

Antara bahaya perut buncit ialah ia menyebabkan beberapa komplikasi kesihatan kronik.

Komplikasi kesihatan yang berlaku disebabkan penyakit perut buncit pula ialah:

  • Diabetes jenis 2
  • Asma
  • Penyakit jantung
  • Serangan strok
  • Serangan jantung
  • Tekanan darah tinggi atau hipertensi
  • Demensia
  • Kanser kolon
  • Kanser payudara

Cara Kempiskan Perut Buncit

@vitamindotmy

5 CARA KEMPISKAN PERUT ini juga tips yang saya sendiri amalkan..walaupun belum la dapat perut yang flat tapi dah berkurang la kebuncitannya dan boleh pakai kebaya 😁 #tipskempiskanperutbuncit #tipskempisperut #perutbuncit #tipssihat #weightloss #weightlosstransformation

♬ original sound – Ainul Mustafa|Shaklee ShahAlam – VITAMIN.MY

Terdapat beberapa cara untuk kempiskan perut dengan cepat dan mudah. Antaranya adalah seperti:

1. Senaman kardiovaskular

Senaman kardiovaskular juga dikenali sebagai senaman ketahanan badan atau senaman aerobik.

Ia berfungsi untuk menguatkan jantung. Antara contohnya adalah seperti berlari, berjalan kaki, berenang, atau berbasikal untuk membakar lemak dan membina otot, termasuk di kawasan perut.

2. Latihan kekuatan

Melakukan latihan kekuatan yang menumpukan kepada kawasan perut seperti sit-up, crunches, dan plank untuk menguatkan otot-otot perut dan membentuk bentuk yang lebih ramping.

3. Kurangkan kalori

Mengawal pengambilan kalori harian dengan makan makanan yang lebih sihat dan mengurangkan pengambilan makanan berlemak serta bergula.

4. Makan dalam kuantiti yang sedikit

Makan dalam portion kecil tetapi kerap untuk mengelakkan daripada terlalu kenyang dan menggalakkan pembakaran lemak.

5. Makanan yang rendah glikemik

Memilih makanan yang mempunyai indeks glisemik yang rendah untuk mengelakkan peningkatan gula darah yang mendadak dan mengurangkan penimbunan lemak di kawasan perut.

6. Kurangkan pengambilan gula

Mengurangkan pengambilan gula tambahan dalam minuman dan makanan untuk mengurangkan lemak perut yang disebabkan oleh gula.

7. Peningkatan pengambilan serat

Makan lebih banyak makanan yang tinggi serat seperti buah-buahan, sayur-sayuran, dan bijirin penuh untuk mengurangkan pembentukan lemak di kawasan perut.

8. Minum air secukupnya

Pastikan anda meminum air secukupnya kerana kekurangan air dalam badan boleh menyebabkan penimbunan lemak di kawasan perut.

9. Tidur yang cukup

Dapatkan tidur yang mencukupi kerana kurang tidur boleh meningkatkan hormon ghrelin yang meningkatkan nafsu makan dan menyebabkan penimbunan lemak di kawasan perut.

10. Kurangkan Stres

Amalkan teknik pengurangan stres seperti meditasi, yoga, atau aktiviti rekreasi untuk mengurangkan pengeluaran hormon kortisol yang boleh menyebabkan penimbunan lemak di kawasan perut.

11. Elakkan makanan proses

Cara kempiskan perut yang berikutnya adalah kurangkan pengambilan makanan olahan yang tinggi dalam gula tambahan, lemak tepu, dan garam yang boleh menyebabkan penimbunan lemak di kawasan perut.

12. Pantau Pengambilan Alkohol

Kurangkan pengambilan alkohol kerana alkohol boleh menyebabkan penimbunan lemak di kawasan perut.

Cara Kempiskan Perut Buncit : Vitamin Yang Membantu Kempiskan Perut

Bagaimana Nak Hilang Perut Buncits Perut buncit ni memang susah nak hilang, & salah satu puncanya mungkin hormon kita. Jom kita tengok siapa ‘dalang’ utama:

1. Cortisol: Ni hormon stres. Bila cortisol tinggi, badan senang sangat nak simpan lemak, especially kat perut. Jadi, penting untuk kita uruskan stres dengan baik. Nak bantu, cuba amalkan B COMPLEX yang boleh kurangkan stres.

2. Estrogen: Bila estrogen tak seimbang, terutamanya masa menopaus, lemak senang berkumpul kat perut. Nak stabilkan hormon ni, cuba ambil GLA COMPLEX untuk bantu balance hormon.

3. Testosteron: Testosteron ni penting untuk lelaki & wanita. Tp kalau terlalu tinggi atau rendah, lemak boleh terkumpul kat perut. OMEGA GUARD boleh bantu seimbangkan testosteron dan jaga kesihatan hormon secara keseluruhan.

4. Insulin: Insulin yang tinggi boleh buat badan simpan lebih banyak lemak kat perut, terutamanya kalau kita banyak makan gula dan karbohidrat terproses. ESP boleh bantu stabilkan paras gula dalam darah, so kuranglah risiko lemak terkumpul.

5. Xenoestrogens: Ini bahan kimia sintetik yang tiru estrogen dalam badan kita. Selalu ada dalam plastik, racun serangga, & produk kecantikan. Benda ni boleh buat hormon jadi tak seimbang dan tingkatkan lemak kat perut. Untuk detox dari bahan2 ni, HERB-LAX boleh bantu bersihkan toksin dalam badan.

Cara Kempiskan Perut Buncit & Nak Cuba Set Kempis Perut

Boleh hubungi kami di

Ainul Mustafa
Email: ainulfadzilah@gmail.com
www.wasap.my/60133612717

kami sediakan COD di area Shah Alam, Setia Alam, Klang, Puncak Alam, Puncak perdana, UITM, Subang Bistari, Denai Alam, Cahaya SPK, Elmina, Kampung Melayu Subang, Damansara, Sg Buloh, PJ, USJ, Subang Jaya, Puchong, Universiti Malaya, Menara TM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *