Vitamin Pranatal Kehamilan Wajib Ambil Ke ?
Walaupun anda makan makanan yang berkhasiat ketika hamil , mengapa anda perlu mengambil vitamin pranatal kehamilan ?
” Walaupun seorang wanita mengamalkan diet yang ‘ sempurna ‘ , ia adalah hampir mustahil untuk mendapatkan beberapa nutrien dalam jumlah yang diperlukan semasa kehamilan , seperti zat besi dan asid folik ” Bridget Swinney registered dietitian
Bagi wanita yang tidak makan semua sayur-sayuran , vitamin pranatal boleh di anggap sebagai ” polisi insurans , ” menyediakan nutrien yang hilang di dalam diet seharian.
Ibu hamil memerlukan lebih banyak zat besi kerana isipadu darah anda mengembang semasa mengandung .
Zat Besi adalah komponen penting hemoglobin ( bahan yang membawa oksigen dalam darah anda) . Jika diet anda tidak mengandungi makanan yang kaya dengan zat besi yang cukup , seperti daging merah , kuning telur , dan sayur-sayuran berdaun gelap , badan anda akan menarik zat besi yang tersimpan di dalam sum-sum tulang . Ini boleh mengakibat menjadi anemia . Zat Besi adalah penting terutamanya semasa trimester terakhir kehamilan ,di mana keperluan bayi adalah yang paling optimum ( Roy Pitkin , MD, Committee on Nutritional Status During Pregnancy and Lactation)
6 jenis Vitamin Pranatal Kehamilan
Biasanya didapati dalam daging, ikan, telur, susu. Ia penting untuk pembentukan sel darah merah dan pembentukan sistem saraf.
Sangat perlu dalam pembentukan sel darah untuk kebaikan bayi yang dikandung.
Untuk elakkan kecacatan spina bifida atau masalah kecacatan bahagian saraf tunjang bayi. Ibu perlukan sebanyak 400mcg sehari. Ada beberpaa kajian yang menunjukan Kekurangan Folik Asid boleh sebabkan bayi sumbing.
Vitamin C bantu menyerap zat besi yang diambil oleh ibu. Ia sangat diperlukan untuk perkembangan bayi anda seperti tulang, kulit dan juga sistem imun. Semasa hamil sekurangnya sebanyak 85mg sehari perlu diambil.
Vitamin D membantu untuk kesihatan tulang ibu dan gigi yang sihat. Juga untuk perkembangan tulang bayi juga. Vitamin D membantu penyerapan kalsium dengan lebih sempurna.
Kalsium adalah untuk kesihatan tulang dan gigi bayi dan juga kesihatan perkembangan jantung, otot dan saraf bayi.
Ia diperlukan oleh bayi untuk pembentukan degupan jantung yang normal. Jika ibu tak cukup pengambilan kalsium, bayi anda akan ambil dari simpanana kalsium ibu dan ini akan menyebabkan risiko ibu terkena osteoporosis (kereputan tulang) di kemudian hari.
Ibu perlukan sekurangnya 1000mg setiap hari semasa hamil.
Zat besi sangat diperlukan untuk membawa oksigen ke seluruh bahagian badan dan juga melalui plasenta kepada bayi.
Ibu hamil perlukan 27mg zat besi sehari. Jangan skip tau sebab kalau tak cukup zat besi ni boleh sebabkan masalah hb rendah pada ibu.
Masalah hb rendah boleh mengundang risiko pada bayi seperti kelahiran tidak cukup bulan atau pun kelahiran dengan berat badan yang tidak memuaskan.
Bila cukup nutrisi ketika hamil, kita akan cergas dan bertenaga walaupun hamil 7 bulan. Lihat wanita ini hamil 7 bulan tapi masih mampu panjat Candi Borobudur.
Nak cergas, bertenaga, kulit cantik semasa hamil? Sila whatsapp ke 013-3612717 untuk mendapatkan vitamin ibu mengandung
Setiap pembelian FULL SET Vitamin Hamil ini, anda akan mendapat BONUS > FREE GIFT Blouse Ibu Hamil & Menyusu
Nak cergas, bertenaga, kulit cantik semasa hamil? Sila whatsapp ke 013-3612717 untuk mendapatkan vitamin ibu mengandung . Klik sini
Penghantaran PERCUMA ke area Shah Alam, Klang, Petaling Jaya, Subang Jaya, Bangsar