Vitamin Hamil Shaklee Lengkap Nutrisi Untuk Ibu baby

Vitamin Hamil Shaklee Lengkap Nutrisi Untuk Ibu baby

Tahniah! Puan hamil. Bila dengar berita ini seharusnya ianya berita gembira buat setiap pasangan suami isteri. Bukan yang kali pertama bergelar ubu bapa je tau. Yang anak 2-3 pun perasan tetap gembira meraikan ahli keluarga baru. Hari ni saya nak kongsikan vitamin Hamil Shaklee yang lengkap nutrisi untuk ibu hamil dan juga untuk baby.

Saya juga ibu kepada 3 orang anak. dan saya sendiri ada pengalaman dimana anak pertama saya belum kenal Shaklee dan semasa hamil saya tidak menggunakan vitamin hamil Shaklee. Semasa mengandungkan anak ke 2 dan 3 saya amalkan 100% vitamin hamil Shaklee ini. Ada banyak perbezaan tau

Kenapa Ibu Hamil Memerlukan Nutrisi Penting dan Diet Yang Seimbang?

vitamin Hamil Shaklee
saya ketika hamil 3 bulan anak ke 3 di usia 33 tahun

1. Anemia

Anemia atau kurang darah adalah satu keadaan di mana jumlah sel darah merah (hemoglobin) Mama berada di bawah paras normal. Anemia boleh menyebabkan Mama mudah menjadi penat dan letih akibat kekurangan oksigen.

Hal ini kerana, hemoglobin yang terkandung di dalam sel darah merah berperanan menyalurkan oksigen dari paru-paru ke seluruh tubuh badan. Kurangnya sel darah merah ini akan menyebabkan anda tidak mendapat oksigen yang mencukupi, lalu mudah berasa penat, emosi mudah terganggu, dan lemah. 

Salah satu penyebab anemia adalah kekurangan zat besi. Wanita hamil yang mengalami anemia pula berisiko untuk melahirkan bayi tidak cukup bulan atau berat badan bayi yang rendah.

Oleh sebab itu, penting untuk Mama mengamalkan diet seimbang dengan zat besi yang mencukupi sepanjang kehamilan. 

2. Saiz Janin Dalam Kandungan Kecil 

Janin dalam kandungan membesar pada kadar yang tersendiri. Saiz janin memainkan peranan penting dimana ia menunjukkan janin anda membesar dengan baik dan mendapat sumber nutrisi yang mencukupi. 

Bukan itu sahaja, malah kekurangan nutrien juga boleh memberi kesan kepada tumbesaran janin.

3. Kecacatan Kongenital/Sejak Lahir

Dalam sesetengah situasi, kecacatan janin boleh berlaku dan tidak dapat dielakkan. Namun demikian, pemakanan yang mengandungi nutrien tinggi semasa hamil dapat membantu mengurangkan risiko.

Contohnya, kekurangan folat mungkin meningkatkan risiko janin mengalami kecacatan di tiub neural seperti spina bifida.

4. Kekurangan Kalsium

Janin anda memerlukan sejumlah kalsium yang diperlukan untuk pembentukan tulang dan gigi yang kuat. Janin dalam kandungan mendapat zat kalsium daripada ibunya. Sekiranya pengambilan kalsium Mama tidak mencukupi, kalsium dalam tulang ibu akan digunakan untuk menyokong keperluan janin.

Kekurangan kalsium juga boleh menyebabkan si ibu kehilangan kepadatan tulang, kekejangan otot dan kerosakan gigi. Oleh demikian, amat penting untuk Mama mendapatkan nutrien yang mencukupi seperti kalsium sepanjang kehamilan.

Zat-zat Penting Semasa Hamil

Untuk mengelakkan perkara ini, Mama harus menjaga pemakanan harian sepanjang kehamilan. Antara zat-zat penting yang harus diambil oleh ibu hamil: 

  • Folat/Asid folik: Penting untuk perkembangan sistem saraf. Ia penting untuk pembentukan sel darah merah, membantu untuk mengekalkan pertumbuhan dan perkembangan janin. Wanita yang merancang untuk hamil dinasihatkan untuk mengambil asid folik 400mcg setiap hari dan diteruskan sepanjang kehamilan.
  • Protein: Membina dan memperbaiki tisu badan serta penting untuk pertumbuhan dan perkembangan.
  • Kalsium: Membantu dalam pembentukan tulang dan gigi yang kuat. Jika anda mahu tulang dan gigi anda kekal kuat semasa mengandung, dapatkan kalsium yang anda perlukan sekarang.
  • Zat Besi: Dapat membantu mengatasi risiko anemia ketika hamil dan ia berperanan menghantar oksigen ke seluruh badan dan kepada janin anda.

6 Nutrien Asas Untuk Kehamilan yang Sihat

Vitamin Hamil Shaklee Pilihan Saya

Full Set Hamil Shaklee

Ini adalah Vitamin Hamil Shaklee yang saya amalkan semasa mengandungkan anak ke 2 dan 3.

1.B Complex

  • Sumber Asid Folic : 400mcg harian sebelum hamil dan semasa awal kehamilan mengurangkan risiko bayi dilahirkan dengan kecacatan tiub neuron sehinggan 70%.
  • Menyokong sistem saraf sihat.
  • Penghasilan hormon dan sel-sel darah merah.
  • Penghasilan tenaga.

2. Vitalea

  • Dirumus khas dengan 28 vitamin-vitamin penting dan mineral perlu untuk kesihatan optimum dan tenaga.Sumber Zat Besi, kekurangan zat besi boleh menyebabkan anemia dalam wanita mengandung.
  • Semasa trimester terakhir fetus menyerap zat besi dari ibu.
  • Mengurangkan risiko kelahiran bayi kurang matang.
  • Hemoglobin : mengangkut oksigen dalam darah (ibu dan bayi).
  • Kuantiti darah meningkat semasa kehamilan.

3.Vitamin C

  • Sebagai sistem imun membantu lawan jangkitan dan penyakit (bagi wanita hamil, pantang dan menyusu bayi).
  • Penghasilan kolagen iaitu membina tulang rawan dan otot-otot dan tulang fetus.
  • Mengandungi bahan semulajadi seperti bioflavonoids, hesperidin dan rose hips untuk meningkatkan fungsi vitamin C.

4. Ostenutrix

  • Sumber Kalsium untuk tulang kuat dan sihat (40% daripada susu ibu mengandungi kalsium).
  • Membantu elak sembelit
  • Membantu tidur lena
  • Elak kaki kejang, cramp

5. ESP

  • Sumber protein yang mengandungi asid-asid amino lengkap termasuk 9 asid perlu. Membantu penghasilan susu ibu.
  • Bebas laktosa secara semulajadi.
  • Bebas kolesterol secara semulajadi.
  • Soya tidak diubah suai secara genetik (NON GMO).
  • Membantu penghasilan susu ibu.
  • Trimester ke 2 & 3 bayi sedang berkembang dengan pantas.
  • Blok-blok pembinaan asas ibu & bayi.

6. Omega Guard

  • EPA dan DHA memberi kesan positif terhadap perkembangan kognitif dan visual kepada bayi dalam kandungan.
  • Mengurangkan risiko alahan kepada bayi yang dikandung.
  • Mengandungi 540mg EPA dan 360mg DHA.

Apa Efek yang saya dapat Semasa amalkan vitamin hamil Shaklee ni?

” Ainul masa pregnant healthy sangat. nak follow la cara Ainul”

Whatsapp seorang sahabat yang juga pregnant. Terus beli full set pregnant shaklee.

Ramai cakap masa pregnant kan Maryam , Dahlia nampak healthy sangat.

Alhamdulillah. memang rasa sihat, bertenaga walaupun sudah 30tahun masa mengandung Maryam dan 33 tahun masa mengandungkan Dahlia

Masa pregnantkan maryam, dah la 4 tahun tak pregnant. Jadi badan pun tekejutz kot. feeling macam 1st time pregnant.

Pengalaman 3 kali mengandung semestinya mengalami 3 pengalaman yang berbeza. walaupun 3 kali mengandung anak perempuan , pengalaman tetap berbeza. Anak pertama Ainul hanya makan vitamin yang diberikan oleh hospital manakala mengandung anak kedua ketiga , Ainul mula makan vitamin dari Shaklee. Vitamin untuk ibu mengandung.

Perbezaannya? Harus la ada perbezaan kan. Rasanya banyak beza makan vitamin ketika mengandung.

1. Morning Sickness

3kali mengandung ada alahan morning sickness. Anak 1st alahan sampai 5 bulan. Hanya boleh makan bubur nasi sahaja. makan je muntah. huhuu.. terbaring je siang & malam. Anak ke dua tiga alahan sampai 3 bulan tetapi masih boleh bangun, buat kerja sikit sikit . Maybe dah ada pengalaman kan. Masa pregnant anak ke dua tiga Ainul makan peppermint Ginger Plus , Nutriferon untuk membantu mengurangkan morning sickness ketika hamil. Alahan morning sickness ni tiada ubat ye. Cuma boleh bantu mengurangkan sikit. Benda yang harus kita tempuhi dan nikmati saat saat mengandung.

2. Kencing Manis, Darah Tinggi

Syukur semua masa mengandungkan anak anak ni, Alhamdulillah tiada masalah kencing manis & darah tinggi. Masa mengandungkan Maryam, beza 4 tahun. Umur pun dah 30tahun. Risau juga sebab bila umur meningkat, 2 penyakit ni senang datang kan. Alhamdulillah bebas dari 2 masalah yang sering wanita hadapi ketika mengandung . Ainul pastikan vitalea, B complex & vitamin C sentiasa konsistent makan setiap hari.

3. Hb Rendah

Masa mengandungkan Arreessa Hb rendah pernah bacaan 8 dan paling tinggi 10. bacaan 10 pun kadang kadang je. Memang selalu la kena bebel dengan nurse sebab Hb rendah ketika mengandung. Bebelan nurse tu ada betul nya. untuk kebaikkan kita ibu dan bayi. Banyak sebab kenapa bahaya Hb rendah ketika mengandung. risiko bukan pada ibu je tau. Bayi pun ada risiko tinggi.

Masa mengandungkan Maryam & Dahlia , Ainul konsistent makan Vitalea,Vitamin C. Alhamdulillah Hb normal. dari awal pregnant sampai bersalin.

Bukan Ainul je tau ada masalah Hb rendah ketika mengandung ni. Majoriti para ibu mengalaminya.

4. Cramp kaki

Masa mengandungkan Arreessa, cramp kaki atau simpul biawak setiap malam tau. Ainul sampai fobia nak tidur. Setiap malam menagis kat husband. Sakit nya Ya ALLAH.. siapa yang selalu kena cramp kaki masa mengandung ni tahu la azabnya macamana. rasa nak menjerit biar 1 taman dengar. lagi lagi time sejuk, malam tu hujan. huhu

Mengandungkan Maryam tekad konsistent makan Ostematrix. Ainul makan Ostematrix 4 biji sebelum tidur. Ainul tahu Ainul susah nak konsistent minum susu 2 gelas sehari. Yelah kita perlukan 1000mg kalsium sehari. Kalau tak cukup baby akan serap 100% kalsium dari tulang belakang kita. Nak ke belum 60 tahun dah bongkok nenek kebayan..

Ostematrix ni kalsium yang lengkap dengan vitamin D, Magnesium. 4 biji bersamaan 1000mg. InsyaALLAH cukup keperluan seharian kalsium untuk ibu mengandung

5. Berat badan

Paling happy sekali bab ini la. Ainul adalah seorang yang berat senang naik, susah nak turun. Masa mengandungkan Arreessa alahan teruk sampai 5 bulan, boleh makan bubur nasi tetapi setiap bulan timbang mesti naik 1-2kg. Total berat naik masa 9 bulan mengandung 13kg. 44 hari berpantang berat turun 9kg je. huhuhuuu.. lepas bersalin berat makin naik lagi. menci kan

That’s why Ainul jatuh cinta pada Shaklee ni. Total 9 bulan mengandungkan Maryam berat naik 5kg. Tetapi berat Maryam masa lahir lagi berat dari Arreessa tau. seminggu berpantang berat turun 8kg. yeah!!!! Alhamdulillah setahun bersalinkan Maryam, berat masih boleh maintain lagi.

Pengalaman makan set mengandung Shaklee sangat la BEST. Vitamin ketika Hamil yang Shaklee sediakan sudah cukup lengkap. Untuk kesihatan ibu dan bayi

6. Sembelit

Ainul di dua dua kehamilan tiada masalah sembelit. Cuma pengalaman kakak, adik adik yang sembelit ketika mengandung, mereka makan Ostematrix Alhamdulillah banyak membantu.

Vitamin wajib Ainul ambil ketika mengandung. Bila dah makan pastikan konsistent makan baru la nampak perbezaannya.

Siapa kawan kawan yang sedang pregnant , mencari supplement untuk bagi extra pada diri sendiri & baby boleh cuba set ni. Ainul sendiri makan bukan masa mengandung je. berpantang, menyusu dan setiap hari ambil

Tak salahkan berbelanja lebih untuk diri sendiri lebih sihat dan lebih gembira dengan perjalanan kehamilan. Bila kita sihat, baby sihat tiada benda lebih berharga dari ini kan

yang berminat boleh contact Ainul

www.wasap.my/60133612717/sethamil

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *