Supplement Kulit Anak Remaja Elak Jerawat

Supplement Kulit Anak Remaja Elak Jerawat

“Mama, tadi kat surau kawan kakak tegur , Eh! cantiknya kulit awak Arreessa. takde jerawat langsung ” ini yang anak sulung saya beritahu balik dari sekolah. Bab jaga kulit anak anak ni saya bermula dari mereka kecil tau. dan bila masuk darjah 5-6 tu lagi jaga sebab masa ni dah mula sikit sikit perubahan anak untuk akil baligh. dah masuk sekolah menengah tu lagi la ye. hari ni saya nak kongsikan Supplement Kulit Anak Remaja Elak Jerawat yang saya amalkan untuk anak anak

Kenapa Kulit Anak Remaja Mudah Ada Jerawat?

Supplement Kulit Anak Remaja Elak Jerawat

Jerawat merupakan sesuatu yang lazim. Hampir semua orang akan mengalami jerawat sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. 

Punca utama jerawat remaja adalah hormon. Semasa baligh, tubuh anak remaja anda mula menghasilkan hormon-hormon yang dipanggil androgen yang menyebabkan jerawat, yang lazimnya tumbuh di muka, leher, bahu, bahagian belakang, dan dada.

Menurut statistik, hampir 80% remaja terkesan dengan masalah jerawat. Selain itu:

  1. Jerawat paling lazim berlaku kepada individu berusia 12 hingga 25 tahun.
  2. 3 daripada 10 remaja mempunyai masalah jerawat yang teruk.
  3. Parut selalunya akan muncul pada wajah akibat jerawat. Namun, jerawat juga boleh naik pada bahagian badan yang lain termasuklah leher, belakang badan dan dada.
  4. Jerawat remaja selalunya berkekalan sehingga 10 tahun (tanpa rawatan). Masalah ini akan hilang dengan sendirinya ketika usia menginjak 20 tahun.

Punca jerawat remaja

Ada beberapa punca jerawat naik mendadak. Antaranya ialah perubahan hormon dan juga pori yang tersumbat. 

1. Pori yang tersumbat punca jerawat naik mendadak

Jerawat berlaku apabila lubang-lubang kecil pada kulit atau folikel rambut tersumbat.

Pada permukaan kulit, ada kelenjar kecil yang dikenali sebagai kelenjar minyak. Kelenjar ini juga menghasikan satu bahan yang dikenali sebagai sebum.

Individu yang berjerawat menghasilkan banyak sebum berbanding orang biasa. Lebihan sebum ini akan bercampur dengan sel kulit mati dan menyebabkan pori menjadi tersumbat.

Jika pori yang tersumbat ini dekat dengan kulit, ia akan menghasilkan whitehead. Tetapi, jika folikel ini terbuka, ia akan membentuk blackhead.

Kemudiannya, bakteria yang tinggal pada kawasan kulit akan menjangkiti folikel ini dan menyebabkan pembentukan papules, pustules, nodules atau sista.

2. Penghasilan testosteron yang tinggi

Penyebab jerawat remaja selalunya dikaitkan dengan peningkatan hormon testosteron dalam badan. 

Hormon ini memainkan peranan penting dalam tumbesaran zakar dan testikel dalam kalangan lelaki.

Untuk perempuan pula, testosteron digunakan untuk mengekalkan kekuatan otot dan tulang.

Kelenjar minyak amat sensitif terhadap sebarang perubahan hormon. 

Oleh sebab itu, peningkatan hormon testosteron dalam badan secara tidak langsung akan menghasilkan lebih banyak sebum pada kulit.

3. Faktor genetik punca jerawat naik mendadak

Siapa kata jerawat bukan masalah genetik? 

Jika ibu atau ayah anda pernah mengalami masalah jerawat ketika muda, besar kemungkinan anda juga akan alami masalah yang sama.

Malah, kajian menunjukkan jika kedua-dua ibu bapa anda mempunyai masalah ini, maka anda akan mengalami jerawat yang serius pada waktu muda.

Sama jugalah jika mereka mempunyai jerawat ketika dewasa, anda juga berkemungkinan mempunyai masalah yang sama.

4. Masalah jerawat dalam kalangan remaja wanita

Wanita lebih berisiko untuk mempunyai masalah jerawat berbanding lelaki. Semuanya disebabkan perubahan hormon pada waktu tertentu seperti:

  1. Ketika datang haid. Ramai remaja wanita mengalami masalah jerawat sebelum datang haid.
  2. Kehamilan. Ramai wanita yang breakout ketika hamil. Selalunya perkara ini berlaku pada 3 bulan pertama kehamilan.
  3. PCOS. PCOS merupakan penyakit yang akan menyebabkan jerawat, peningkatan berat badan dan pembentukan sista kecil di dalam ovari.

5. Lain-lain punca jerawat naik mendadak 

Selain penyebab jerawat remaja yang digariskan di atas, ada beberapa amalan lain yang boleh mencetuskan jerawat. Antaranya ialah:

  1. Penggunaan bahan kosmetik tertentu. Elakkan mengguna pakai bahan kosmetik yang tidak mendapat pengesahan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
  2. Pengambilan ubat-ubatan tertentu, seperti ubat yang mengandungi steroid, lithium (untuk merawat depresi dan bipolar) dan juga beberapa jenis ubat untuk merawat epilepsi.
  3. Sering memakai barang yang menekan kawasan kulit yang terjejas seperti topi atau beg galas.
  4. Merokok. Amalan merokok boleh menyebabkan jerawat dalam kalangan orang dewasa.

Supplement Kulit Anak Remaja Elak Jerawat

Ini gambar anak saya yang paling terkini di usia 13tahun dan dia baru sahaja akil baligh

Supplement Kulit Anak Remaja Elak Jerawat
cap mak anak

Ala… mama dia pun kulit cantik takde jerawat. dah keturunan boleh la. ehhhh untuk pengetahuan semua saya masa remaja juga ada masalah kulit, muka berjerawat teruk. sampai masuk Universiti, bekerja dan nak kahwin ye. Tak percaya?

@ainul_mustafa

Dulu saya pun kulit muka teruk. Banyak jerawat, parut jerawat dan kulit sangat kering sampai menggelupas.#fyp #setkulitcantikshaklee

♬ Bling Bling Big Apple – Official Sound Studio
Dulu kulit saya pun teruk penuh parut hitam jerawat

Supplement Kulit Anak Remaja Yang Boleh Ambil Adalah :-

Supplement Kulit Anak Remaja Elak Jerawat

1. Vitamin C

ni merupakan antioksidan yang sangat bagus, jadi ia boleh membuang sel2 akibat ‘sunburn’/rosak/mati tadi dan memperbaiki sel yang rosak, menggalak sel sihat yang baru untuk kembali nampak muda dan flawless gtu.

2. ESP

Asasnya sama, kulit kita dari sel kan..parut adalah sel yang rosak dan mati..jadi nak ganti kulit yang baru yang cantik haruslah dari sel yang sihat. Bagi memastikan penghasilan sel yang sihat, sel memerlukan protein yang berkualiti tinggi seperti protein soya. Apabila ia mendapat nutrisi yang sepatutnya, sel baru yang sihat akan terhasil bagi menggantikan tisu yang rosak tadi.

Supplement Kulit Anak Remaja Elak Jerawat

Arreessa ni aktif sukan, syair, nyanyian sekolah sampai cikgu cakap ” asik muka awak je ” hahahaha bagus kakak kasi politik sikit kat sekolah. semua muka hang je. tapi akademik jangan lupa.

Bila aktif sukan, teater dan macam macam ni lagi lag saya berikan supplement. Elak sunburn, bagi tenaga, bina otot untuk dia sebab dia aktif

BERMINAT NAK CUBA SET KULIT REMAJA NI . HUBUNGI KAMI HARI INI

Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Penghantaran sekitar Shah Alam, Petaling Jaya, Klang, Subang Jaya, Bangsar, Kelana Jaya, Alam Impian, Denai Alam,

Ainul Mustafa
Pengedar Shaklee Shah Alam
Email: ainulfadzilah@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp: 013-3612717
www.wasap.my/60133612717/KULITREMAJA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *