Sembuh Asma
Sembuh Asma: Bolehkah Penyakit Asma Pulih Sepenuhnya? Kenali Punca, Rawatan dan Cara Mengawal Asma
Pernah mengalami sesak nafas secara tiba-tiba? Dada terasa ketat, nafas berbunyi seperti wisel dan batuk berpanjangan terutama pada waktu malam?
Ini mungkin antara tanda seseorang mengalami penyakit asma.
Bagi penghidap asma, keadaan ini boleh mengganggu aktiviti harian, tidur malam, senaman dan kualiti hidup. Ada yang terpaksa bergantung kepada inhaler apabila serangan berlaku.
Persoalannya, adakah asma boleh sembuh sepenuhnya? Apakah cara terbaik untuk mengawal asma supaya tidak kerap berulang?
Dalam artikel ini, kita akan memahami punca asma, tanda-tanda, pilihan rawatan dan peranan pemakanan dalam menyokong kesihatan sistem pernafasan.
Sembuh Asma:Apa Itu Penyakit Asma?

Asma ialah penyakit kronik yang melibatkan keradangan pada saluran pernafasan.
Apabila seseorang menghidap asma, saluran pernafasannya menjadi lebih sensitif terhadap bahan tertentu seperti habuk, asap rokok, bulu haiwan dan udara sejuk.
Apabila terdedah kepada pencetus, saluran pernafasan boleh mengalami tiga perubahan:
- Dinding saluran pernafasan membengkak.
- Otot di sekeliling saluran pernafasan mengecut.
- Penghasilan lendir meningkat.
Akibatnya, ruang untuk udara keluar dan masuk menjadi sempit.
Inilah sebabnya penghidap asma mengalami kesukaran bernafas.
Adakah Boleh Sembuh Asma Sepenuhnya?
Ini antara persoalan paling kerap ditanya oleh penghidap asma.
Secara umumnya, asma ialah penyakit kronik yang belum mempunyai penawar kekal. Namun, berita baiknya ialah asma boleh dikawal dengan rawatan yang betul.
Sesetengah individu mengalami tempoh remisi, iaitu simptom asma berkurangan atau langsung tidak muncul untuk suatu tempoh.
Walaupun sudah lama tidak mengalami serangan, simptom masih boleh kembali apabila terdedah kepada pencetus tertentu.
Oleh itu, jangan menghentikan ubat asma hanya kerana sudah berasa sihat.
Matlamat rawatan asma adalah:
- Mengurangkan keradangan saluran pernafasan.
- Mencegah serangan asma.
- Mengurangkan batuk dan sesak nafas.
- Memastikan tidur lebih baik.
- Membolehkan pesakit menjalani aktiviti harian seperti biasa.
Sembuh Asma:Apakah Tanda-Tanda Penyakit Asma?

Asma tidak semestinya menyebabkan sesak nafas sepanjang masa.
Ada individu yang hanya mengalami simptom apabila melakukan aktiviti fizikal atau ketika terdedah kepada pencetus tertentu.
Antara tanda-tandanya ialah:
- Batuk berulang terutama pada waktu malam atau awal pagi.
- Nafas berbunyi seperti wisel (wheezing).
- Dada terasa ketat atau mencengkam.
- Mudah mengalami sesak nafas.
- Cepat penat ketika melakukan aktiviti fizikal.
- Batuk selepas bersenam atau terdedah kepada udara sejuk.
Jika simptom berlaku berulang kali, dapatkan pemeriksaan doktor untuk memastikan sama ada ia disebabkan oleh asma.
Sembuh Asma:Apakah Punca dan Pencetus Serangan Asma?

Asma boleh dipengaruhi oleh faktor genetik, persekitaran dan tindak balas sistem imun.
Antara pencetus yang boleh menyebabkan serangan asma ialah:
Habuk dan hama habuk
Hama habuk yang terdapat pada tilam, bantal, karpet dan langsir boleh mencetuskan simptom bagi individu yang sensitif.
Asap rokok dan vape
Pendedahan kepada asap rokok boleh merengsakan saluran pernafasan dan memburukkan asma.
Bulu haiwan
Sesetengah individu sensitif terhadap alergen daripada kucing, anjing dan haiwan peliharaan lain.
Jangkitan saluran pernafasan
Selesema dan jangkitan virus boleh menyebabkan simptom asma menjadi lebih teruk.
Udara sejuk dan pencemaran
Perubahan suhu, jerebu dan pencemaran udara juga boleh menjadi pencetus.
Tekanan emosi
Stres dan emosi yang kuat boleh memburukkan simptom bagi sesetengah penghidap asma.
Penting untuk mengenal pasti pencetus peribadi supaya pendedahan dapat dikurangkan.
Sembuh Asma:Bagaimana Cara Merawat dan Mengawal Asma?
Rawatan asma perlu mengikut keadaan dan tahap kawalan penyakit seseorang.
Antara pendekatan utama ialah:
A. Gunakan inhaler yang diberikan doktor
Inhaler merupakan rawatan penting untuk asma.
Terdapat dua kategori utama:
- Inhaler pengawal: Mengandungi ubat anti-radang seperti kortikosteroid sedutan untuk mengawal keradangan saluran pernafasan.
- Inhaler pelega: Digunakan untuk melegakan simptom dengan cepat mengikut jenis inhaler dan arahan doktor.
Sesetengah inhaler moden boleh berfungsi sebagai pengawal dan pelega bergantung pada kandungannya.
Jangan hanya bergantung kepada inhaler pelega tanpa rawatan anti-radang yang sesuai. Jangan hentikan inhaler pengawal tanpa berbincang dengan doktor.
B. Kenal pasti dan elakkan pencetus
Jika habuk menyebabkan asma menyerang, pastikan bilik tidur sentiasa bersih.
Antara langkah yang boleh dilakukan:
- Basuh cadar dan sarung bantal secara berkala.
- Kurangkan penggunaan karpet.
- Bersihkan habuk menggunakan kain lembap.
- Elakkan asap rokok dan vape.
- Pastikan pengudaraan rumah baik.
C. Lakukan aktiviti fizikal mengikut kemampuan
Penghidap asma masih boleh bersenam.
Aktiviti seperti berjalan kaki, berbasikal dan berenang boleh dilakukan jika keadaan asma terkawal.
Mulakan secara perlahan dan ikut nasihat doktor, terutama jika senaman pernah mencetuskan sesak nafas.
D. Dapatkan pemeriksaan berkala
Doktor mungkin mencadangkan ujian spirometri untuk menilai fungsi paru-paru.
Pemeriksaan berkala membantu menentukan sama ada rawatan sedia ada berkesan atau perlu disesuaikan.
Sembuh Asma Dengan Pemakanan untuk Menyokong Kesihatan Paru-Paru
Selain rawatan perubatan, pemakanan seimbang penting untuk kesihatan keseluruhan termasuk sistem imun dan fungsi badan.
Walaupun tiada makanan atau suplemen yang terbukti menyembuhkan asma, beberapa nutrien boleh menjadi sebahagian daripada pemakanan yang menyokong kesihatan.
Omega-3
Omega-3 ialah sejenis lemak sihat yang terdapat dalam ikan berlemak seperti salmon, sardin dan tuna.
Omega-3 mengandungi EPA dan DHA yang terlibat dalam proses pengawalan keradangan dalam badan.
Beberapa kajian mengkaji hubungan omega-3 dengan keradangan saluran pernafasan dan asma. Namun, bukti klinikal masih belum mencukupi untuk mengesyorkannya sebagai rawatan asma.
Vitamin C
Vitamin C ialah antioksidan yang membantu melindungi sel daripada tekanan oksidatif.
Antara sumber makanan vitamin C ialah:
- Jambu batu.
- Oren.
- Betik.
- Kiwi.
- Brokoli.
Vitamin D
Vitamin D memainkan peranan dalam fungsi sistem imun.
Kekurangan vitamin D dikaitkan dengan beberapa masalah kesihatan, tetapi pengambilan vitamin D tambahan tidak terbukti dapat menyembuhkan asma.
Jika mempunyai kekurangan vitamin D, doktor boleh membantu menentukan keperluan suplemen yang sesuai.
Protein
Protein diperlukan untuk pembinaan dan pembaikan tisu serta mengekalkan fungsi otot.
Sumber protein yang baik termasuk telur, ikan, ayam, susu dan kekacang.
Pastikan pengambilan protein mencukupi sebagai sebahagian daripada pemakanan seimbang.
Sembuh Asma Dengan Supplement Shaklee?
Supplement Shaklee bukan ubat untuk merawat dan mengubati penyakit asma. tetapi ianya membantu mengurangkan kadar serangan, kuatkan badan, kuatkan sihatkan paru paru.
Supplement bukan nak mengubati, merawat asma lelah ni ye. Tapi ianya membantu paru paru kita kuat , sistem imun kurang dan membantu serangan berkurang kena. Ini dari pengalaman saya sendiri yang ada anak asma lelah ni. Dari kerap kena ambil nebulizer, masuk hospital 2 kali sebulan pun pernah. kini dah makin kurang kena serangan. 6 bulan sekali baru ambil nebulizer dari sebulan sekali dulu.
Bagaimana VIVIX set asthma shaklee Membantu Melegakan Asthma/Lelah

Kajian yang menunjukkan resveratrol di dalam vivix set asthma shaklee membantu pesakit asthma
Menurut www.resveratrol.net
Resveratrol has been shown to reduce asthmatic symptoms by regulating immune system responses and reducing inflammation.41 In addition, recent research on patients with chronic obstructive pulmonary disease (COPD) suggests that resveratrol could also help those asthmatics who do not respond well to corticosteroids because they are insensitive or resistant to them.70 Studies have shown that some 50% of people with asthma have some resistance to steroidal treatment.71 Polyphenols such as resveratrol have been shown to help activate the enzymes necessary to overcome this resistance



Cerita yang agak panjang, tapi kalau anak korang sering kena asthma, ianya mungkin ia dapat membantu korang.

Hai Assalamualaikum W.B.T.. Nama saya Azlinda. Saya ingin berkongsi kisah anak saya, Muhammad Haqeem Al-Raziq yang diserang asma ‘silent chest’.
Pada Januari 2016, Haqeem mengalami batuk tak berhenti dan kesukaran bernafas. Apabila dibawa ke wad kecemasan, pihak hospital tidak dapat memberikan rawatan segera kerana tiada simptom asma atau semput. Setelah 3 kali berulang ke hospital dalam hari yang sama, saya nekad membawa Haqeem ke hospital yang lain.
Setibanya di sana, doktor mendapati bacaan oksigen telah berkurang dan mungkin berdepan dengan kerosakan otak sekiranya lewat menerima rawatan. Doktor memberikan rawatan segera kepada Haqeem dan dimasukkan ke wad pagi itu. Keadaan Haqeem tidak begitu memuaskan, oleh itu doktor memutuskan untuk menempatkan Haqeem di Unit Rawatan Rapi bagi tujuan pemantau lanjut.
Doktor mengesahkan Haqeem mengalami “silent chest”. Silent chest merupakan salah satu penyakit asma yang jarang berlaku namun menjadi teruk apabila ianya menyerang seseorang individu. Doktor mengesan dengan menggunakan stestoskop dan mendapati tiada bunyi udara yang memasuki paru-paru.
Antara simptom yang dihadapi Haqeem ialah batuk berterusan, tiada “wheezing” dan kesukaran bernafas. Selain itu kadar pernafasan Haqeem juga agak laju melebihi 60 per minit (boleh dipantau sendiri di rumah). Simptom-simptom ini sebenarnya telah berlaku sekitar tahun 2015 lagi.
Saya kerap kali membawa Haqeem ke klinik dan hospital untuk sekiranya Haqeem diserang penyakit tersebut. Saya juga mengawal pemakanan Haqeem seperti mengelakkan makanan-makanan sejuk dan makanan yang boleh menyebabkan batuk. Haqeem jarang menghidap batuk, tetapi akan menjadi sangat teruk apabila ia menyerangnya. Oleh itu, kawalan yang dapat dibuat hanyalah dengan memberikan bantuan pernafasan dan ubat nebulizer.
Sebelum ini, Haqeem memang makan Set Kesihatan kanak-Kanak yang terdiri dari Vitalea for children, OmegaGuard, Vita-C Chewable dan Mealshake. Setelah melihat banyak kesan perubahan positif terhadap pelanggan dan rakan-rakan yang mengalami masalah pernafasan dan mengambil Vivix sebagai suplemen tambahan, saya nekad untuk memberikan alternatif lain kepada Haqeem dan disitulah bermulanya episod Haqeem dan Vivix.
Saya berniat untuk memberikan Haqeem Vivix setelah berbincang dengan pakar nutrisi dan juga pakar kanak-kanak. Saya membawa bersama rujukan dan informasi Vivix kepada doktor pakar, dan berbincang sama ada boleh atau tidak saya berikan Vivix kepada Haqeem. Setelah doktor pakar kanak-kanak di Hospital Pantai Indah meneliti kandungan Vivix, beliau tidak menegah pengambilan Vivix malahan menggalakkan Haqeem makan makanan yang berkualiti bagi mengelakkan kejadian sama berulang kembali.
Saya beri sesudu kecil kepada Haqeem, 3 kali seminggu. Rasanya masam-masam manis tanpa gula tambahan, dan Haqeem memang sukakan rasanya. Antara kegemaran Haqeem ialah OmegaGuard. Kalau tak dihalang, boleh habis sebotol dimakan begitu sahaja. Kata doktor, OmegaGuard ni pun sangat bagus untuk kesihatan paru-paru Haqeem. Apa salahnya saya berhabis duit dengan makanan untuk kesihatan daripada berikan makanan yang bukan-bukan kepada anak-anak saya.
Selepas discaj daripada hospital, doktor memberikan tarikh rawatan susulan untuk menentukan samada Haqeem benar-benar mengalami masalah asma atau tidak. Sekiranya ya, Haqeem mungkin terpaksa bergantung kepada ubat-ubatan asma sehingga dewasa kelak. Seminggu pertama selepas discaj, Haqeem mula ambil Vivix. Dah tiada lagi bunyi batuk dan kadar pernafasan Haqeem pada lebih kurang 30 per minit. Bacaan oksigen pun cantik je, 99-100% walaupun lepas berlari.
2 minggu selepas discaj, rawatan susulan pertama untuk Haqeem. Doktor kata setakat ini progress Haqeem nampaknya elok. Namun pemantauan masih perlu dibuat 2 minggu seterusnya. Rawatan susulan kedua, doktor senyum lebar tengok Haqeem. Kami diberi rawatan susulan terakhir, sebulan akan datang.
Ahamdulillah Haqeem beri respon yang baik dengan Vivix. Tak ada kesan pemulihan yang teruk pada Haqeem cuma selera makannya semakin bertambah dan pembuangan. Setelah 2 bulan konsisten dengan Vivix dan megadose OmegaGuard, Alhamdulillah saya dah tak gusar nak berjumpa doktor pada rawatan susulan nanti.
Memandangkan Haqeem hanya ambil sekali sekala, sebotol pun tak habis selama 2 bulan Haqeem konsisten minum Vivix. Rawatan susulan ketiga, dan yang terakhir selepas 2 bulan Haqeem discaj, Alhamdulillah doktor sahkan Haqeem bebas dari asma. Bermakna, Haqeem tak perlu bergantung kepada ubat-ubatan dan boleh aktif seperti biasa.
Ibubapa yang sayangkan anak, jangan susah hati berbelanja untuk kesihatan anak-anak. Anak-anak hanya pinjaman Allah swt, dan kita diamanahkan menjaga mereka sebaik-baiknya. Jangan risau nak berikan suplemn, namun belilah suplemen yang betul untuk mereka.
Alhamdulillah, saya dah tak lagi gusar nak memikirkan keadaan kesihatan Haqeem dan anak-anak yang lain. Kerana saya tahu perlindungan kesihatan yang saya telah berikan ini.
Terima kasih Allah kerana menemukan saya dengan suplemen yang
terbaik ini. Terima kasih Shaklee!
Mahukah anda melihat anak , pasangan anda bergantung pada ubat, inhaler selamanya? Mari kita berusaha untuk melegakan asthma supaya mereka dapat melakukan aktiviti seperti biasa tanpa gangguan dengan set asthma shaklee
Nak Order Supplement Bantu Sembuh Asma
Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set asthma shaklee mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Sekiranya anda berada di sekitar Shah Alam, Petaling Jaya, Klang, Subang Jaya, Bangsar .saya merupakan pengedar Shaklee sekitar Shah Alam, Petaling Jaya, Klang, Subang Jaya, Bangsar
AinulMustafa
Email: ainulfadzilah@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp: 013-3612717
COD Area: Shah Alam, Petaling Jaya, Klang, Subang Jaya, Bangsar