Suplemen Shaklee Ibu Hamil

Suplemen Shaklee Ibu Hamil ? Salam Semua. Semoga anda berada dalam keadaan yang sihat sejahtera. Hari ni saya terasa seperti nak share pengalaman saya sebagai pengguna baru suplemen Shaklee ni. Saya ni seorang yang agak cerewet untuk mengambil sesuatu suplemen/ubat. Yelah kan..benda tu kita makan dan masuk dalam badan. Salah makan akan ada side effect pada diri kita.
Pengalaman Mencari Set Hamil
So, sebelum saya ambil keputusan nak cuba sesuatu yang baru..saya akan selidik dulu… sumber dari internet la selalunya jadi bahan rujukan. Dan saya merasakan bahwa suplemen Shaklee adalah terbaik buat saya…
Terus terang saya katakan, keadaan saya sebelum ambil apa2 suplemen mmg boleh dikatakan kurang baik. Saya cepat letih. Pukul 9 dah collapse..kadang-kadang 8 lebih lepas isyak je saya dah ada di katil sebab rasa sgt mengantuk dan tak larat. Emosi pun sangat la teruk..sekejap je boleh berubah..yela kan…emosi orang mengandung…
Tp lepas hanya beberapa hari saya ambil supplement ni (dlm seminggu, dah boleh nmpk perubahan. Saya rasa bertenaga sepanjang hari…bayangkan wanita yg pregnant 6 bln… pg2 dh bangun..then pergi kerja… ada masanya…bila stok Shaklee habis, tengahari saya akan berkejar dari Kulim ke Penang untuk ambil stok. Then ptg sambung kerja di ofis.
Lepas ofis hour, saya jumpa pelanggan sebab selalunya mereka nak COD. Then balik ambil anak…lepas makan malam…masih ada tenaga… saya boleh surf internet dan cari maklumat atau update blog.sebab selalunya time mlm je saya ada masa untuk update blog. Tgk2 dah tengah malam.. tidur dan esoknyaa….ulang semula…hehe… teringat iklan pasal rutin harian seorang isteri…dekat radio.
Syukur Jumpa Shaklee
Emosi saya pun saya rasa setakat ni sangat terkawal…Alhamdulillah..bukan nak membangga diri (Alhamdulillah) kerana Allah buka pintu hati saya untuk mencuba suplemen Shaklee ni. Mungkin ada yang akan kata ia mahal tetapi sebenarnya TIDAK!!
Kerana harga yang anda bayar standing dengan kualiti/faedah yang anda dapat. Jika anda boleh berhabis beratus-ratus ringgit untuk membeli alatan kosmetik yg mengandungi bahan kimia..semata-mata utk kecantikan luaran…mengapa tidak melabur sedikit untuk kecantikan dan kesihatan dalaman. InsyaAllah… pasti berbaloi dengan harga yang anda bayar.
Ramai pengguna yg menggunakan suplemen Shaklee yang akan terus setia menggunakannya kerana kebaikan yang ada padanya. Tak guna saya bercakap panjang lebar kerana anda perlu merasa sendiri pengalaman itu…baru berbaloi.

Ini adalah suplemen shaklee ibu hamil
Untuk wanita hamil trimester 1 : Vitalea, B complex, vitamin C dan Ostematrix(kalsium)
Untuk wanita hamil trimester 2&3 : Vitalea, B complex, vitamin C, Ostematrix(kalsium) dan Omega guard.
Kalau ada duit lebih:ambillah ESP(energizing soy protein)
(sebaiknya diamalkan lebih2 lagi jika anda masih bf baby)
(Vitalea ni killer product utk Shaklee (di oversea sangat dikenali sebagai vitamin prenatal))
Vita-Lea Iron Formula
Vita-Lea adalah multivitamin (jadi x perlu ambil obimin dah). Di dalamnya kaya dengan iron (zat besi) di mana jika ibu ada masalah masalah pitam atau mudah pening ataupun masalah anemia. Anemia ini berbahaya kepada anak dan ibu ketika bersalin kelak. Oleh itu, pengambilan multivitamin amat penting semasa mengandung.
Vitamin B Compleks
B Compleks Shaklee adalah unik kerana ia telah lengkap dengan asid folik dan juga 8 kumpulan B. Asid folik sangat penting untuk pembinaan tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya ‘spina bifida’. Ibu memerlukan sekurang-kurangnya 400 mg keperluan asid folik sehari. P
enting bagi menjamin keperluan asid folik ini mencukupi 3 bulan sebelum ibu merancang untuk mengandung hinggalah tempoh awal mengandung. Ini kerana masalah gangguan pertumbuhan saraf dan neuro ini boleh berlaku seawal minggu pertama mengandung ketika janin baru terbentuk.
Vitamin C
Melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat. Ianya juga membantu dalam penghadaman zat di samping Vitamin C meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh.
1 biji vitamin C bersamaan dengan 7 biji oren. Mampukah kita nak makan 7 biji oren sehari? Selain itu vitamin C juga dapat membantu mempertingkatkan kadar serapan zat besi yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah.
OsteMatrix(calcium magnesium)
Ibu yang mengandung memerlukan 1000mg-1300mg sehari. Ostematrix ini mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Kiranya 3 in 1 la..Setiap 1 biji OsteMatrix mengandungi 250mg kalsium. Magnesium berfungsi untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya..
vitmain D pula untuk merangsang penyerapan kalsium. Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi. Tidak mengandungi lemak berbanding bagi ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu.
Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna. Membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.
Sekiranya ibu mengandung kekurangkan kalsium ia akan menjejaskan pertumbuhan bayi dan turut menyebabkan penyusutan jisim tulang dan berlakunya kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri. Ini kerana apabila kalsium untuk bayi tidak mencukupi maka badan ibu dengan sendirinya menarik kalsium dari tulang ibu untuk membantu menguatkan bayi dan kesannya ibu mungkin terdedah kepada risiko mendapat osteoporosis di usia tua.
Energizing Soy Protein
Ianya sangat penting untuk membina dan memperbaharui se-sel tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh. Sangat diperlukan oleh wanita yang mengandung dan menyusukan anak. Penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit. Protein yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik. Ianya juga dikatakan kunci untuk melawan penyakit.
ESP juga memberi ibu tenaga di mana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk. Ia juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat. Selain itu, protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi.
Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah. Keperluan protein ini semakin penting ketika memasuki trimester ke 3 bagi membantu memaksimumkan pertumbuhan fetus.
Nanti, masuk trimester kedua, bolehlah mulakan pengambilan fish oil (biasanya kita ambil Neurogain). Dalam Shaklee pun ada fish oil, namanya Omega Guard.
Omega 3 (Omega Guard)
Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan. Mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak. DHA dan EPA dari Omega nie penting untuk pembentukan otak dan mata baby. Untuk ibu pula, ia membantu mengawal paras kolesterol dalam badan. suplemen shaklee ibu hamil.