Testimoni Shaklee Pengalaman Saya Makan Shaklee 12tahun
Jom saya nak kongsikan testimoni Shaklee pengalaman saya makan Shaklee dari 2010 sehingga hari ini.
2 Dec 2010 tarikh keramat dalam kehidupan apabila saya memberanikan diri mencuba untuk membeli set breastfeeding dari kenalan di faebook. Masa tu dah macam macam cara saya lakukan untuk tambah susu. Apa sahaja orang cadangkan, bagi petua saya buat. Sampai la kawan di FB suruh ambil set breastfeeding Shaklee. Saya pun cubalah. Pejam celik dah hampir 13 tahun saya menjadi pengguna tegar Shaklee.
Testimoni Shaklee : Set Breastfeeding Shaklee
kami suami isteri bersama anak pertama kami yang berusia 1 bulan pada 2010
Saya bermula kenal Shaklee dengan mengalamalkan set menyusu /breastfeeding Shaklee. Kerjaya senagai engineer yang memerlukan saya kerap outstation, kerja di site membuatkan saya penat. susu drop, badan penat, muka kusam dan sampai kawan kawan tegur ” muka maam zombie”
Sedih sangat masa tu. Ada juga suara suara suruh ” bagi je la susu formula” tapi sebab dah tekad, dah niat nak fully breastfeeding anak sampai 2 tahun saya gagahkan juga.
Untuk tambah susu, milkbooster macam macam cara saya cuba. cakap je apa saya cuba. Ada yang suruh beli air longan dengan kurma merah. Saya beli 1 katon air tin. akibatnya berat badan naik mendadak. huhuhuu.. ada juga buat sendiri tapi saya sendiri pun sibuk mana ada masa nak buat.
ini antara yang saya ambil masa tu. botol pun packing lama ni ye. tapi supplement masih sama.
Alhamdulillah saya berjaya menyusukan 3 orang anak anak saya sehingga 2 tahun lebih. terima kasih set breastfeeding Shaklee sangat membantu saya
Fungsi ESP sebagai penggalak susu
Ramai ibu yang setuju, bila minum ESP ni payudara lebih cepat penuh dan susu lebih banyak. ESP Mixed Soy Protein Isolate Powder ni minuman soya yang lazat yang kaya dengan kalsium dan protin. Protin memang penting untuk ibu dan merupakan komposisi yang besar dalam susu ibu. Protin soya ESP ni ada kelebihan berbanding protin dari haiwan sebab tiada kolestrol dan membantu mengurangkan kolestrol dalam badan kita juga, jika diambil 25g sehari tau.
Manfaat Alfalfa sebagai milk booster Shaklee
Alfalfa ni memang sejenis galactagogue, iaitu herba yang boleh membantu membanyakkan susu ibu. Cara makan Alfalfa Shaklee ialah boleh ditelan dengan air atau dibancuh menjadi minuman herba alfalfa.
Lagi best, Alfalfa ni bukan sekadar milk booster biasa tapi kaya nutrisi potasium, kalsium, magnesium, protin, vitamin E, K, D dan klorifil. Jadi, insyaAllah kesihatan ibu, susu ibu dan anak akan mendapat manfaatnya juga.
Cuma kena hati-hati, sebab Alfalfa ni ada manfaat dari segi penghadaman / digestion, ibu akan lebih lawas. Jadi, lihat reaksi anak yang disusui juga. So, ambillah Alfalfa Shaklee pada kuantiti yang anak boleh terima dan toleran untuk tujuan tambah susu ibu ini.
Kebaikan Ostematrix untuk ibu menyusu
Susu ibu tinggi nilai kalsiumnya dan ibu kadang-kadang sampai alami gejala kurang kalsium apabila simpanan kalsium ibu disalurkan ke anak melalui susu ibu. Akhirnya ibu akan sakit-sakit badan, lebih cepat penat dan sukar tidur. Akhirnya memberi kesan kemerosotan susu ibu. Jadi, sangat penting ibu ambil kalsium untuk up balik kesihatan ibu dan maintain production susu ibu.
Pengeluaran susu ibu juga akan terjejas bila ibu alami mestrual / period / datang haid, mengandung dan masih menyusu dan tandem nursing. Untuk kekalkan dan tambah susu ibu kembali, amalkan supplemen milk booster dan ambil makanan berkhasiat.
Supplement Shaklee Untuk Menyusu/ Breastfeeding Bagi Ibu Bekerja
saya amalkan set ini pada 2010 dimana kawan yang cadangkan. Alhamdulillah sangat membantu ibu bekerja
Susu Meriah, Pekat
Pada awalnya nampak macam biasa tapi rupanya susu lebih berlemak, pekat. Jadi anak minum sikit pun cepat kenyang. Makin lama konsisent pump, pump guna teknik power pumping susu makin meriah. ebm sampai berlebih. jadi kalau korang dah ambil set menyusu tapi belum nampak hasil sila sabar ye. ingat supplement bukan ubat yang paksa susu kita banyak. dia lengkapkan nutrisi dalam badan kita. bila badan sihat, badan akan hasilkan susu dengan lebih baik. apapun asas kena wajib buat. iaitu konsistent pump ok
Tenaga
Bila asyik kena pastikan konsistent pump, terkejar dengan meeting, kena ke site lagi badan penat sangat. taknak la nampak lemah, lembik . Kena tunjukkan walaupun kita sibuk nak pump susu, sibuk bekerja tapi tetap maintain cergas . Supplement Shaklee sangat membantu bab ini.
inilah baby yang saya pegang dulu. dulu sebesar lengan omak je. sekarang dah sama tinggi, sama borat omak dahhh hehehhee . ini gambar Feb 2023 di Hari Anugerah Cemerlang Sekolah rendah anak. 2023 dia dah berusia 13tahun
Testimoni Shaklee : Masalah Kulit Muka
Saya juga macam orang lain ada masalah kulit juga. Sampai sekarang pun masih ada la sikit sikit parut tapi tidak la seteruk dulu
ini masa 2013. Umur masa ni 29tahun hehe..masih muda remaja kan sebab tu ada jerawat. jerawat cepat je naik dan nak hilang kemain susah. hilang tapi tinggalkan parut. adoiii. Lagi saya kerja kat site tengah panas. kulit jadi kusam gelap, kering.
Tips Jaga Kulit Bila dah hampir 40 tahun ke Atas dan ini yang saya Amalkan
1.Minum Air masak
Biasa dengarkan. tapi benda ni wajib buat. elakkan air manis. Ainul memang jarang minum air manis. Teh tarik , air sirap ke dah lama tak minum. Kalau makan kat kedai pun order air kosong je. Ainul suka kopi. kalau minum kopi hanya kopi kosong tiada gula. sedap tau. mula mula memang rasa tak sesedap kalau ada gula. dah lama dah biasa bila minum yang ada gula pula rasa tak sedap
2. Elak Gula Putih
kat rumah memang tak guna gula putih. minum ofcos la tak minum manis. Gula tetap ada kat rumah sebab Ainul guna dalam masakan. sebab tak guna ajinomoto. so guna gula garam untuk balancekan rasa. Ainul guna gula organik. ni korang p mana mana pasaraya area organic ada jual. dia memang mahal dari gula putih biasa. dah nama pun organic kan. yang biasa beli barang organic mesti dah faham
FAKTA YANG GULA SEBABKAN KEDUTAN, KOLAGEN HILANG DAN CEPAT NAMPAK TUA
Gula bertanggungjawab menaikkan berat badan, menghasilkan kedutan, membuat kulit anda kendur dan membahayakan kesihatan anda secara umum.
Makan terlalu banyak gula akan memulakan proses yang disebut glikasi di mana apabila anda memakan banyak gula yang anda boleh proses akan membuatkan glikos terikat pada protein dan lipid.
Proses ini merosakkan kolagen kulit anda kerana protein ini bertanggungjawab ke atas ketegangan kulit, sekaligus menggalakkan perkembangan kedutan.
3. Makanan berminyak
Ainul taklah strict sangat bab makanan berminyak ni. still makan goreng goreng, kari , masak lemak semua. Cuma dah kontrol makan sebab nak kurus kan. hehe
4. Penggunaan Skincare yang Betul
Skincare yang banyak bahan kimia secara perlahan lahan akan rosakkan kulit. Walaupun luaran kita nampak ok tapi kat dalam tak sihat. Jadi sangat penting kena guna skincare tanpa bahan kimia. Ofcos kena guna yang organik.
Kebanyakkan product mengandungi bahan kimia yang tinggi dan merosakkan kulit.
Kulit akan cepat menggelupas. Kita rasakan kulit muka makin “flawless” , licin akan tetapi sebanrnya bahan kimia itu telah makin merosakkan kulit muka.
Kulit menggelupaskan sel sel kulit yang sepatutnya melindungi kulit muka kita.
Ingat punca utama jeragat apabila kulit muka terdedah pada cahaya matahari, haba.
Lagi lapisan kulit hilang lagi teruk muka terdedah dan jeragat akan makin teruk
Ini skincare yang Ainul guna dah 1 tahun lebih. ianya 100% organik, selamat dan boleh buat kita nampak lebih muda. Bukan cakap mulut je tau. terbukti secara sains
5. Ambil Supplement yang Betul
Supplement tersangat penting untuk bagi nutrien pada sel sel kulit. Yang penting kena jaga lapisan dalam kulit. Kalau dalam sihat, kat luar kulit pun sangat sihat tanpa perlu nak tepek make up 10 inci. Ainul ofcos amalkan set kulit Shaklee.
kalau kulit ada masalah macam jeragat kena tambah GLA Complex untu stabilkan hormon, kulit tak sekata tambah ESP , jerawat teruk tambah zinc dan nak awet muda hilangkan kedutan ambil vivix
Testimoni Shaklee Pengalaman Saya Makan Shaklee sejak 2010
ye kalau nak listkan semua testimoni Shaklee saya, suami, anak anak terlalu banyak nak listkan. Anak anak jarang sakit, kami kalau demam makan Shaklee dan jarang makan ubat. Pengalaman mak ayah , mak ayah mertua, adik beradik, ipar duai yang juga makan Shaklee. Apapun yang saya boleh katakan Shaklee sangat membantu tingkatkan taraf kesihatan saya dan keluarga. bukan saya je tapi kawan saya ni makan Shaklee lagi lama pun makin cantik awet muda
Jadi jangan takut, ragu ragu nak makan Shaklee okay. dah amalkan silalah konsistent. anda akan rasa perbezaan yang ketara nanti. doakan moga dapat hadiah istimewa tajaan www.anakkuwira.com