Kenapa Wanita Menopause Lebih Mudah Kena Kolesterol?

Kenapa Wanita Menopause Lebih Mudah Kena Kolesterol?

Ramai wanita rasa risau bila masuk usia 45 tahun ke atas, terutama bila tanda-tanda menopause mula muncul. Selain perubahan emosi, hot flashes, dan masalah tidur, ramai juga terkejut bila bacaan kolesterol naik mendadak. Soalannya, kenapa wanita menopause lebih mudah kena kolesterol? Adakah ia normal, atau tanda bahaya?

Wanita Menopause :Apa Itu Menopause?

Menopaus adalah fasa semula jadi dalam hidup wanita bila kitaran haid berhenti sepenuhnya. Biasanya berlaku antara umur 45–55 tahun. Perubahan terbesar masa ini ialah penurunan hormon estrogen yang sangat ketara.

Hormon estrogen bukan sahaja berfungsi untuk kesuburan, tetapi juga berperanan besar dalam melindungi jantung, salur darah dan paras kolesterol dalam badan. Bila estrogen menurun, perlindungan semula jadi ni hilang → sebab itulah risiko kolesterol meningkat.

Hubungan Antara Estrogen & Kolesterol Bila Wanita Menopause

Estrogen membantu:

  • Meningkatkan kolesterol baik (HDL)
  • Mengurangkan kolesterol jahat (LDL)
  • Melindungi dinding salur darah daripada kerosakan

Bila tahap estrogen jatuh mendadak semasa menopaus:

  • Kolesterol LDL (jahat) meningkat → lemak mudah terkumpul dalam salur darah
  • Kolesterol HDL (baik) menurun → sukar untuk keluarkan lemak berlebihan
  • Risiko plak dalam arteri (aterosklerosis) bertambah tinggi

Inilah sebab utama kenapa wanita menopaus lebih mudah kena kolesterol tinggi berbanding sebelum ini.

Faktor Lain Yang Menyumbang Kepada Kolesterol Tinggi Semasa Wanita Menopause

Selain hormon, beberapa faktor gaya hidup dan perubahan metabolisme turut memainkan peranan:

Perubahan Metabolisme
Metabolisme jadi perlahan → badan lebih mudah simpan lemak, terutamanya di bahagian perut.

Wanita Menopause

Peningkatan Lemak Viseral
Lemak yang terkumpul di sekitar organ dalaman sangat berbahaya kerana ia aktif menghasilkan bahan keradangan yang ganggu kesihatan jantung.

Wanita Menopause

Kurang Aktiviti Fizikal
Ramai wanita mula kurang bergerak disebabkan sakit sendi, cepat letih, atau perubahan mood. Ini menyebabkan berat badan mudah naik.

Wanita Menopause

Pemakanan Tidak Seimbang
Diet tinggi gula, makanan bergoreng, dan kurang serat mempercepatkan masalah kolesterol.

Stres & Kurang Tidur
Perubahan hormon juga buatkan tidur tak lena → ganggu keseimbangan hormon lain termasuk kortisol, yang boleh tingkatkan kolesterol.

Risiko Kesihatan Jika Kolesterol Tidak Dikawal

Jika dibiarkan, kolesterol tinggi semasa menopaus boleh membawa kepada:

  • Penyakit jantung koronari
  • Strok
  • Tekanan darah tinggi
  • Sindrom metabolik
  • Diabetes jenis 2

Wanita menopaus yang ada sejarah keluarga dengan penyakit jantung perlu lebih berhati-hati.

Cara Kawal Kolesterol Semasa Wanita Menopause

1. Jaga Pemakanan

  • Kurangkan lemak tepu (daging berlemak, makanan bergoreng).
  • Elakkan trans-fat (makanan segera, kek, biskut proses).
  • Banyakkan buah, sayur, kekacang, dan bijirin penuh.
  • Amalkan minyak sihat seperti minyak zaitun.

2. Aktif Bergerak

  • Senaman aerobik seperti berjalan, jogging, atau berenang 30 minit sehari.
  • Senaman kekuatan untuk bina otot, tingkatkan metabolisme.

3. Kawal Berat Badan

Kehilangan 5–10% berat badan boleh menurunkan kolesterol dengan ketara.

4. Urus Stres & Tidur

Tidur cukup 7–8 jam, amalkan teknik relaksasi seperti deep breathing, yoga atau zikir untuk tenangkan minda.

5. Sokongan Nutrisi Dengan Supplement

Selain gaya hidup sihat, supplement boleh membantu mengawal kolesterol dan melindungi jantung wanita menopaus.

Supplement Yang Sesuai Untuk Kawal Kolesterol Wanita Menopause

Wanita Menopause

1. Omega Guard (Fokus kepada Asid Lemak Omega-3)

Omega Guard adalah suplemen minyak ikan yang kaya dengan Asid Lemak Omega-3 terutamanya EPA (Asid Eicosapentaenoic) dan DHA (Asid Docosahexaenoic). Asid lemak ini adalah lemak “baik” yang telah terbukti secara meluas untuk kesihatan jantung.

Mekanisme Omega Guard dalam Mengawal Kolesterol:

AspekFungsi Kunci Asid Lemak Omega-3Kesan kepada Wanita Menopause
Menurunkan TrigliseridaFungsi Omega-3 yang paling dikaji adalah keupayaannya yang luar biasa untuk menurunkan paras trigliserida dalam darah secara signifikan.Mengimbangi peningkatan trigliserida, yang merupakan risiko kardiovaskular utama bagi wanita menopaus.
Meningkatkan HDL (“Baik”)Minyak ikan membantu meningkatkan paras kolesterol HDL dalam darah. HDL membersihkan kolesterol berlebihan dari arteri.Membantu mengatasi penurunan HDL yang berlaku selepas kehilangan estrogen, mengekalkan keseimbangan lipid darah.
Kesan Anti-KeradanganOmega-3 dikenali sebagai agen anti-radang semula jadi. Keradangan kronik adalah punca utama kerosakan saluran darah dan pembentukan plak.Mengurangkan keradangan dalam dinding arteri, menjadikannya kurang menarik bagi kolesterol LDL untuk melekat dan membentuk plak.
Mencegah Pembekuan DarahIa membantu menjadikan platelet darah kurang “melekit,” yang boleh mengurangkan risiko pembekuan darah yang boleh menyumbat saluran darah.Memberi perlindungan tambahan terhadap pembentukan bekuan yang boleh mencetuskan serangan jantung atau strok.

2. Vivix / ResV (Fokus kepada Resveratrol dan Polifenol)

Vivix atau ResV adalah suplemen yang kaya dengan campuran polifenol (sebatian antioksidan dari tumbuhan), terutamanya Resveratrol yang berasal daripada Anggur Muscadine dan bahan botani lain. Bahan-bahan ini menawarkan perlindungan selular yang penting untuk kesihatan jantung selepas menopaus.

Mekanisme Vivix/ResV dalam Mengawal Kolesterol:

AspekFungsi Kunci Resveratrol (Vivix/ResV)Kesan kepada Wanita Menopause
Menurunkan LDL & TrigliseridaResveratrol membantu dalam metabolisme lemak di hati. Ia mengurangkan pengeluaran kolesterol LDL (“jahat”) dan lemak trigliserida dalam darah.Menghalang kenaikan mendadak kolesterol LDL yang sering berlaku akibat penurunan estrogen.
Melindungi Saluran DarahBertindak sebagai antioksidan yang kuat. Ia membantu mencegah pengoksidaan kolesterol LDL. Kolesterol LDL yang teroksida adalah yang paling berbahaya dan mudah melekat pada dinding arteri (plak).Mengurangkan risiko pembentukan plak (aterosklerosis) dan melindungi saluran darah daripada kerosakan, mengurangkan risiko serangan jantung dan strok.
Meningkatkan Peredaran DarahMembantu meningkatkan pengeluaran Nitrik Oksida, yang penting untuk mengendurkan pembuluh darah (vasodilatasi).Membantu melancarkan aliran darah dan menyokong tekanan darah yang sihat, satu lagi faktor risiko yang sering meningkat selepas menopaus.
Sokongan Anti-Penuaan SelularPolifenol dalam Vivix membantu melindungi dan membaiki DNA sel daripada kerosakan radikal bebas, termasuk sel-sel jantung dan saluran darah.Menyokong kesihatan jantung pada peringkat selular, menjadikan organ lebih berdaya tahan terhadap penuaan.

Selain kolesterol, vivix membantu wanita menopause atau wanita 40an

  1. Elak kulit kering
  2. Cantikkan kulit
  3. jeragat
  4. stabilkan hormon
  5. kesihatan jantung
  6. kesihatan paru paru
  7. kuatkan sistem imun
  8. bagi tenaga
  9. elak faraj kering
  10. naikkan nafsu seks
  11. elak kanser
  12. dan banyak lagi khasiatnya

Kesimpulan Kenapa wanita menopause lebih mudah kena kolesterol?

Kenapa wanita menopause lebih mudah kena kolesterol? Jawapannya jelas – kerana penurunan hormon estrogen yang selama ini melindungi jantung dan kolesterol. Ditambah pula dengan perubahan gaya hidup, metabolisma perlahan, serta pengumpulan lemak viseral, risiko kolesterol tinggi memang meningkat.

Namun, jangan risau. Dengan gaya hidup sihat, pemakanan seimbang, aktiviti fizikal, serta sokongan nutrisi seperti Omega Guard dan Vivix/ResV, wanita menopaus tetap boleh mengawal kolesterol dan menjaga kesihatan jantung.

👉 Jangan tunggu hingga terlambat. Mulakan langkah sekarang untuk pastikan anda kekal sihat, aktif dan bahagia walaupun selepas menopaus.

Nak Order Supplement Wanita Menopause Elak Kolesterol Tinggi

Boleh hubungi saya di 013-3612717 atau klik link ini >www.wasap.my/60133612717/vitaminmenopause

Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Penghantaran sekitar Shah Alam, Petaling Jaya, Klang, Subang Jaya, Bangsar, Kelana Jaya, Alam Impian, Denai Alam,

Ainul Mustafa
Pengedar Shaklee Shah Alam
Email: ainulfadzilah@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *