Set Menyusu Shaklee Confirm Susu Melimpah
![Set Menyusu Shaklee Confirm Susu Melimpah](https://vitamin.my/wp-content/uploads/2024/06/AdobeStock_258729589.webp)
Set Menyusu Shaklee Confirm Susu Melimpah! ehh betul ke ni atau ovewrclaim demi nak sales? saya sendiri ibu menyusukan 3 orang anak dan saya berjaya menyusukan 3 orang anak sehingga lebih 2 tahun dengan pengambilan set menyusu Shaklee sebagai suplement harian saya
Dalam Set Menyusu bajet ni ada 3 supplemen yang sangat powerfull dan manfaat untuk ibu dan insyaAllah tempiasnya dapat juga ke baby yang menyusu susu ibu. Setiap satu ada manfaat tersendiri dan bila diambil bersama, kebabom hasilnya. Set bajet menyusu ni sesuai untuk kes ibu seperti di atas tu.
![Set Menyusu Shaklee](https://vitamin.my/wp-content/uploads/2024/06/125295786_171283501321903_4939357692809228582_n.jpg)
Fungsi ESP sebagai penggalak susu
Ramai ibu yang setuju, bila minum ESP ni payudara lebih cepat penuh dan susu lebih banyak. ESP Mixed Soy Protein Isolate Powder ni minuman soya yang lazat yang kaya dengan kalsium dan protin. Protin memang penting untuk ibu dan merupakan komposisi yang besar dalam susu ibu. Protin soya ESP ni ada kelebihan berbanding protin dari haiwan sebab tiada kolestrol dan membantu mengurangkan kolestrol dalam badan kita juga, jika diambil 25g sehari tau.
Manfaat Alfalfa sebagai milk booster Shaklee
Alfalfa ni memang sejenis galactagogue, iaitu herba yang boleh membantu membanyakkan susu ibu. Cara makan Alfalfa Shaklee ialah boleh ditelan dengan air atau dibancuh menjadi minuman herba alfalfa.
Lagi best, Alfalfa ni bukan sekadar milk booster biasa tapi kaya nutrisi potasium, kalsium, magnesium, protin, vitamin E, K, D dan klorifil. Jadi, insyaAllah kesihatan ibu, susu ibu dan anak akan mendapat manfaatnya juga.
Cuma kena hati-hati, sebab Alfalfa ni ada manfaat dari segi penghadaman / digestion, ibu akan lebih lawas. Jadi, lihat reaksi anak yang disusui juga. So, ambillah Alfalfa Shaklee pada kuantiti yang anak boleh terima dan toleran untuk tujuan tambah susu ibu ini.
Kebaikan Ostematrix untuk ibu menyusu
Susu ibu tinggi nilai kalsiumnya dan ibu kadang-kadang sampai alami gejala kurang kalsium apabila simpanan kalsium ibu disalurkan ke anak melalui susu ibu. Akhirnya ibu akan sakit-sakit badan, lebih cepat penat dan sukar tidur. Akhirnya memberi kesan kemerosotan susu ibu. Jadi, sangat penting ibu ambil kalsium untuk up balik kesihatan ibu dan maintain production susu ibu.
Pengeluaran susu ibu juga akan terjejas bila ibu alami mestrual / period / datang haid, mengandung dan masih menyusu dan tandem nursing. Untuk kekalkan dan tambah susu ibu kembali, amalkan supplemen milk booster dan ambil makanan berkhasiat.
Pengalaman Saya Pengguna Set Menyusu Shaklee
saya amalkan set ini pada 2011 dimana kawan yang cadangkan. Alhamdulillah sangat membantu ibu bekerja
Susu Meriah, Pekat
Pada awalnya nampak macam biasa tapi rupanya susu lebih berlemak, pekat. Jadi anak minum sikit pun cepat kenyang. Makin lama konsisent pump, pump guna teknik power pumping susu makin meriah. ebm sampai berlebih. jadi kalau korang dah ambil set menyusu tapi belum nampak hasil sila sabar ye. ingat supplement bukan ubat yang paksa susu kita banyak. dia lengkapkan nutrisi dalam badan kita. bila badan sihat, badan akan hasilkan susu dengan lebih baik. apapun asas kena wajib buat. iaitu konsistent pump ok
Tenaga
Bila asyik kena pastikan konsistent pump, terkejar dengan meeting, kena ke site lagi badan penat sangat. taknak la nampak lemah, lembik . Kena tunjukkan walaupun kita sibuk nak pump susu, sibuk bekerja tapi tetap maintain cergas . Supplement Shaklee sangat membantu bab ini.
Testimoni Asas Supplement Shaklee Untuk Menyusu
![Set Menyusu Shaklee](https://vitamin.my/wp-content/uploads/2024/06/Bantu-Tambah-Banyakkan-Pekatkan-Susu-Badan-Set-Penyusuan-Shaklee.jpg)
Saya Nur Hamizah Mohd Kusni, pengalaman dengan set penyusuan Shaklee bermula ketika saya mendapat tawaran menjadi guru ganti di sebuah sekolah, dan saya perlu menyediakan EBM kepada bakal pengasuh anak saya walaupun dia telah melepasi fasa penyususan eksklusif selama 6bulan.
Misi melengkapkan penyusuan sehingga umur 2 tahun;saya mula mencari ‘milk booster’ di Google dan yang popular pada masa itu. Hasil pertanyaan dengan kawan sekolah saya yang mana dia SID Shaklee mencadangkan saya untuk cuba Alfalfa Complex. Ini paling asas perlu ada.
Alhamdulillah hasilnya tidak mengecewakan. Walaupun saya agak lama tidak membuat EBM. Terima kasih kenalkan saya dengan ‘milk booster Shaklee’.
Fasa penyusuan diteruskan untuk anak ke-2. Berniat untuk terus mengambil Alfalfa Complex tidak kesampaian apabila saya disahkan hamil anak ke-3 ketika anak ke-2 berusia masuk 5bulan.
Saya telah mendapatkan pendapat seorang doktor mengenai penyusuan ketika hamil. Dengan info yang ada, saya mengambil keputusan untuk tambah ESP iaitu sumber protein soya yang berkualiti tinggi dalam proses penyusuan dan kehamilan.
Saya dapat lengkapkan penyusuan eksklusif untuk anak ke-2 saya.Dan diteruskan dengan alternatif susu formula sebagai ganti susu badan, namun dia tidak terima. Tetap mahu susu ibu. Saya teruskan dengan pengambilan ESP agar dia kenyang lebih lama dan proses tumbesarannya sejajar dengan rekod yang disarankan.
Alhamdulillah, proses tumbesaran bayi tidak terganggu.
Selepas kelahiran anak ke-3, saya mengambil Set Kombo pilihan ramai ibu Menyusu. Iaitu Alfalfa Complex dan ESP. Pada masa yang sama,saya mengambil Vitamin C Plus sebagai menguat imun badan. Susu badan meriah untuk 2 orang anak kecil menyusu bersama.Juga tiada masalah bengkak susu. Malah diri saya tidak terlampau lembik atau terlalu lapar dalam waktu yang singkat.
ESP sangat membantu saya rasa kenyang yang lebih lama dan susu yang dihasilkan juga tidak cair. Alfalfa Complex selain sebagai penggalak pengeluaran susu, ia juga buat saya lebih lawas mudah membuang. Makan juga agak meriah tetapi berat badan tidak berapa bertambah. Saya sokong proses penyusuan bantu ibu kembali slim.
Syukur pada Ilahi diberi peluang untuk menyusukan anak-anak kecil saya sehingga berusia 2tahun. Malah, hubungan mereka rapat dan ramai menganggap mereka adalah kembar. Kini, saya teruskan pengambilan set kombo asas penyususan Shaklee dalam penyusuan anak ke-4. Bagi mereka yang ingin mencuba Set Penyusuan Shaklee, walaupun bermula dengan yang asas ; hasilnya tetap menyenangkan hati ibu yang menyusu.
Dapatkan penerangan yang jelas dan sokongan untuk teruskan penyusuan. Banyak manfaat yang diperoleh walaupun ianya hanya set kombo penyusuan yang asas.
Sekian.
![Set Menyusu Shaklee](https://vitamin.my/wp-content/uploads/2024/06/image-1024x1024.png)
SIHAT, BERTENAGA DAN SUSU BANYAK DENGAN SHAKLEE MEMENUHI IMPIAN SEMUA IBU BERPANTANG
Hai semua. Assalamualaikum!
Nadim nak share sikit pengalaman berpantang anak yang pertama ni dengan set berpantang Shaklee.
Sebenarnya set yang Nadim ada untuk berpantang ni adalah set vitamin yang memang Nadim dah makan sejak 3tahun lepas lagi.
Tapi sebab baru first time mengandung kan, so lagi konsisten la Nadim ambik setiap vitamin tu. Tak nak la pulak jadi apa-apa kat anak.
Lagi2 sejarah keturunan keluarga belah arwah mak Nadim memang banyak and hampir semuanya GDM masa mengandung yang terus lekat diebetes sampai akhir hayat dan keguguran banyak2 kali. And Nadim BEBAS GDM!
Masa berpantang Nadim ada vitamin B complex, zinc complex, vitalea, oste, vitamin C dan Omega guard. Tambah 1 lagi vivix yang memang Nadim beli khas untuk berpantang. Masa ni belum lagi minda terbukak untuk minum ESP yang super famous tu.
Alhamdulillah berkat konsisten makan setiap hari vitamin2 ni, hasilnya luka Nadim cepat baik. Cepat bercantum elok cumanya benang jahitan tu je lah rasa tak selesa.
Daripada dalam ward lepas bersalin lagi Nadim dah ada susu yang warnanya sangat kuning dan pekat. Zayyad dah menyusu daripada minit-minti pertama dia lahir lagi dan masa tu dia sangat bersih walaupon belum dimandikan. Menjadi ibu kepada anak yang pertama ni jadi igauan ramai ibu2. TAKUT TAKDE SUSU!
Tapi alhamdulillah, sejak daripada awal lagi memang dah follow bab penyusuan susu ibu. Segala ilmu dah dikorek dan hanya tinggal apply je. Dan alhamdulillah juga, berkat kerajinan dapatla 2 tong nasi besar bawak balik EBM frozen stock selepas 2bulan berpantang kat kampung. Zayyad takde jaundis yer walaupon Nadim darah O.
Nadim berpantang dengan inlaw yang mana tak bagi makan buah pon masa pantang. Bayangkan nutrisi apa je yang ada. Karbohidrat dari nasi dan protein dari ikan, dan sayur yang dah dibuat tumis air. Sayur kompem takde nutrisi sebab dah layu gila lepas dimasak.
Kurang nutrisi menyebabkan luka lambat sembuh dan ibu kekurangan tenaga!
Tapi semua berjalan lancar. Sepanjang berpantang, semua orang cakap macam tak pantang pon. Bertenaga! Mandikan anak sendiri, mandi sendiri,drive sendiri ke klinik untuk checkup sebulan, makan memang la sendiri. Hihi.
Muka Nadim pon tak pucat. Rambut masa tu pon tak gugur. Darah nifas sangat lancar. Kalau darah yang tak lancar ni bahaya yang boleh sebabkan ibu rasa sakit gila dalam perut macam nak bersalin lagi!
Owh lupa! Lepas 2minggu berat dah kembali 55kg dan habis pantang berat dah 54kg!
Tu lah pengalaman nadim dengan set berpantang shaklee. Sembelit pon takde bila konsisten makan ostematriks. Jangan tak taw, sembelit adalah salah satu mimpi ngeri yang amat bagi ibu berpantang.
Yang bestnya, set tu lah daripada dulu 3 tahun lepas hingga lah sekarang menyusukan anak yang dah berumur 10bulan. Stretchmark Nadim yang macam harimau belang dah hilang masa Zayyad umur 6-7 bulan lagi!
Vitamin Shaklee memang awesome! InsyaAllah takkan cari set lain dah untuk seterusnya pon!
Cadangan Nadim, kalau korang takut nak makan jamu2 yang akan menyebabkan anak terkena jaundis dan dalam masa yang sama nak kembali sihat, langsing dan bertenaga serta susu banyak, Shaklee PILIHAN PERTAMA!
Jom Order Set Menyusu Shaklee
Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Penghantaran sekitar Shah Alam, Petaling Jaya, Klang, Subang Jaya, Bangsar, Kelana Jaya, Alam Impian, Denai Alam. Supplement Shaklee Untuk Menyusu
Ainul Mustafa
Pengedar Shaklee Shah Alam
Email: ainulfadzilah@gmail.com
www.wasap.my/60133612717/SETMENYUSU