Set Buah Pinggang Shaklee Selamat Untuk Lelaki Perempuan

Set Buah Pinggang Shaklee Selamat Untuk Lelaki Perempuan

Alhamdulillah, hari ini dapat satu pertanyaan pasal set buah pinggang shaklee. Jawapan paling mudah, tak boleh. Sebab ianya bukan ubat, tapi suplemen makanan tambahan. Sebaiknya, eloklah berjumpa doktor, sentiasa berbincang dengan pakar buah pinggang macam dekat hospital temerloh, jadi sentiasa bincang dan terus bincang sambil jaga diet. Bukan bermakna kalau tak boleh sembuh, kita terus pasrah makan ubat.

Dalam bidang nutrisi, dan perubatan, banyak kajian terbaru menunjukkan khasiat resveratrol banyak membantu untuk rawat buah pinggang. Jadi bagaimana bahan dalam VIVIX boleh memberi kesan baik kepada buah pinggang anda ? Jom kita baca lagi tentang masalah ini di bawah.

Punca Buah Pinggang Rosak

  1. Kerosakan buah pinggang kronik boleh berpunca daripada beberapa masalah buah pinggang itu sendiri seperti buah pinggang polisistik, jangkitan buah pinggang, penyumbatan arteri renal (yang membekalkan darah kepada buah pinggang), penyumbatan di dalam salur kencing kerana batu karang atau ketumbuhan, penggunaan sesetengah ubat dalam jangka panjang dan kecacatan buah pinggang secara semulajadi.
  2. Diabetes – Kandungan paras gula di dalam darah yang tinggi lama-kelamaan akan merosakkan buah pinggang dan menyebabkan keadaan yang dipanggil diabetes nefropati yang merupakan penyebab nombor satu kegagalan buah pinggang. Satu pertiga pesakit diabetes mengalami diabetes nefropati.
  3. Tekanan darah tinggi (hipertensi) – situasi yang merujuk kepada tekanan kuat pada salur darah yang menolak dinding arteri. Tekanan darah tinggi kronik boleh menyebabkan kerosakan salur darah dan fungsi penapisan di dalam buah pinggang.

sumber: alibukansetan

5 Tanda Awal Buah Pinggang Rosak

1. Sakit Pinggang Berkurang Selepas Buang Air kecil

Selepas membuang air kecil, penghidap akan berasa lega sedikit kerana kesakitan di bahagian pinggang beransur-ansur kurang. Ini adalah tanda amaran awal seseorang mengalami kerosakan. Bersegeralah mendapatkan perhatian doktor dengan menjalani pemeriksaan dan diagnosis punca sakit buah pinggang. Kerosakan peringkat awal dikatakan lebih mudah untuk dirawat dan prognosisnya biasanya adalah baik.

2. Kulit gatal berpanjangan

Fungsi utama buah pinggang ialah membuang bahan kumuh/bertoksin yang terdapat dalam darah. Jadi, apabila ia rosak dan gagal berfungsi bahan buangan berkumpul dalam darah lalu menyebabkan seseorang mengalami ruam, rasa gatal yang keterlaluan dan kulit kering.

Ini juga merupakan tanda-tanda awal kerosakan. Bagaimanapun ruam, kulit gatal keterlaluan dan kulit kering juga adalah simptom berpunca daripada masalah kesihatan lain seperti ketidakharmonian fungsi hati, ketidakseimbangan nutrien berpunca daripada pelbagai faktor dan infeksi kulat.

Sesungguhnya ubat-ubatan tertentu contohnya ubat pengawal paras kolesterol jenis statin dikatakan menyebabkan kerosakan hati dan kegagalan.

3. Perubahan pada warna Air Kencing

Buah pinggang menentukan sifat air kencing dan kekerapan buang air kecil. Apabila ia mengalami kerosakan sifat air kencing dan kekerapan buang air kecil akan berubah. Beberapa perubahan yang berlaku akibat kerosakan buah pinggang termasuk air kencing berbuih, kerap kencing pada waktu malam, semakin kerap buang air kecil sepanjang waktu dengan sifat air kencing yang kurang berwarna.

Kekerapan buang air kecil juga adalah tanda kerosakan buah pinggang atau buang air kecil pada kuantiti kecil dengan sifat air kencing berwarna gelap. Air kencing mengandungi darah apabila didapati air kencing campur darah lalu menghasilkan warna air kencing berwarna merah.

Bagaimanapun perubahan kekerapan buang air kecil dan sifat air kencing yang sama juga mungkin berpunca daripada sebab-sebab lain. Pengambilan ubatan mengawal kolesterol jenis statin, minum teh/kopi, makan buah-buahan keluarga langsat dan tembikai menyebabkan seseorang kerap buang air kecil

4. Bahagian tertentu tubuh seperti muka, tangan, kaki atau pergelangan kaki akan membengkak

Fungsi utama buah pinggang ialah membuang air berlebihan dan garam dari tubuh. Jadi, apabila mekanisme yang membantu proses tersebut terganggu atau gagal maka air akan berkumpul dalam tubuh. Pada tahap ini kerosakan buah pinggang dikatakan berada pada tahap semakin akut dan penghidap seharusnya berjumpa doktor dengan segera.

Bengkak yang dialami bahagian tubuh tersebut bukan bengkak berpunca daripada keradangan namun ia bengkak kerana kehadiran air berlebihan(edema). Untuk mengetahui ia bengkak air atau bengkak berpunca daripada keradangan tekan dengan jari pada bahagian tubuh yang bengkak. Jika kawasan yang ditekan lambat naik maka ia tanda bengkak air.

5. Anemia

Buah pinggang membina hormon dikenali sebagai erythropoietin. Ia membantu tubuh membina sel darah merah. dan kerosakan buah pinggang akan mengurangkan paras hormon tersebut. Akibatnya ialah penurunan bilangan sel darah merah lalu menyebabkan seseorang mengalami anemia.

Anemia berpanjangan akan menyebabkan paras oksigen yang dihantar ke sel berkurangan. Keadaan ini menyebabkan penghidap menjadi lemah atau lesu.

Sumber

Komplikasi Nephrotic Sindrom

Dalam individu normal, protein turut berfungsi untuk menghalang pembekuan darah. Jadi bila terdapat kehilangan banyak protein, risiko pembekuan darah adalah tinggi. Darah beku boleh menghalang pengaliran oksigen ke organ-organ dan mungkin boleh menyebabkan serangan jantung dan strok.

Selain itu, sistem pertahanan badan juga menjadi lemah kerana kehilangan immunoglobulins, iaitu protein yang terlibat dalam pertahanan badan. Akibatnya seseorang senang diserang penyakit berjangkit termasuk jangkitan paru-paru, jangkitan kulit, jangkitan dalam perut dan jangkitan dalam otak. Komplikasi-komplikasi lain ialah:

  • Hypothyroidism. Keadaan di mana kelenjar tiroid tidak mampu menghasilkan hormon tiriod yang mencukupi untuk keperluan badan.
  • Anemia. Kekurangan protein menjadikan sel darah merah lebih kecil ataupun tidak normal. Ini menjadikan oksigen yang diangkut ke seluruh badan tidak mencukupi.
  • Penyakit arteri koronari. Terjadi apabila darah beku menyumbat saluran yang membekalkan darah ke jantung.
  • Tekanan darah tinggi. Apabila terdapat   darah beku, darah perlu dipam dengan tekanan yang tinggi untuk memastikan keperluan badan mencukupi.
  • Kegagalan buah pinggang. Apabila terlalu banyak protein bocor, buah pinggang boleh rosak secara tiba-tiba dan jika tidak ditangani, boleh menyebabkan kerosakan kekal yang memerlukan hemodialisis.

Resveratrol Berguna Dalam Set Buah Pinggang Shaklee

Resveratrol wboleh menggalakkan nukIear faktor 2 pengaktifan faktor transkripsi faktor Erythroid 2 (berkaitan) (Nrf2), meningkatkan tahap ungkapan SIRT-1, yang merupakan protein keluarga Sirtuin, dan mengurangkan Ialuan isyarat mTOR.

(mTOR laluan adalah laluan isyarat intrasel penting dalam mengawal kitaran set Oleh itu, ia secara langsung berkaitan dengan keadaan selular tidak bergerak, percambahan, kanser, dan panjang umur. pengaktifan PI3K phosphorylates dan mengaktifkan AKT, penyetempatan dalam membran plasma)

Sebatian resveratrol ni mempunyai ciri-ciri anti-radang kerana ia menghalang atau menyakiti aktiviti nukIear faktor KB (NF-KB), yang merupakan faktor transkripsi redoks sensitif yang menyelaraskan tindak balas keradangan.

Keradangan dan tekanan oksidatif, yang merupakan ciri yang biasa pada pesakit dengan penyakit buah pinggang kronik (CKD), adalah saling berkaitan dan dikaitkan dengan penyakit kardiovaskular dan perkembangan CKD sendiri.

Kerana modulasi mekanisme yang terlibat dalam kitaran tekanan radang-oksidatif, resveratrol boleh memainkan peranan penting dalam mengawal gangguan metabolik yang berkaitan CKD (chronic kidney disease).

Walaupun suplemen resveratrol dalam teori adalah terapi yang memberi harapan yang cerah kepada kumpulan pesakit ini, tidak ada kajian menilai kesannya. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menerangkan peranan resveratrol dalam keradangan dan tekanan oksidatif modulasi dan faedah mungkin untuk pesakit dengan CKD.

bahan utama vivix

Fungsi Vivix Dalam Set Buah Pinggang Shaklee

Vivix Shaklee mengandungi resveratrol. Malah Vivix terbukti 10 kali lebih bertenaga daripada resveratrol, disamping tidak mengandungi alkohol, sebaliknya hanya menggunakan bahan semula jadi, tanpa pewarna tiruan serta perasa tambahan dan HALAL!

Saintis telah menjalankan kajian dan hasil kajian mendapati orang-orang Perancis gemar memakan daging yang berlemak tinggi dan minum wain dengan banyak, tetapi kadar penyakit jantung tetap rendah di Perancis. Selepas bertahun-tahun membuat kajian, saintis menemui rahsia di sebalik Paradoks Perancis terdapat pada Resveratrol yang terkandung dalam wain merah.

Satu hidangan Vivix mengandungi jumlah resveratrol yang sama banyak seperti yang terdapat dalam 100 gelas wain merah. Sekiranya hendak dibandingkan dengan minuman jus lain, Vivix ternyata mendahului dengan hanya 1 sudu teh sehari mampu membekalkan ORAC* value yang diperlukan tubuh iaitu 3000-5000 ORAC. (Oxygen Radical Absorbance Capacity (ORAC) is a method of measuring antioxidant capacities of different foods ).

Sembuh Dengan Set Buah Pinggang Shaklee

Kisah yang dikongsikan oleh sepasang suami isteri yang mana si suaminya En Mohd Rosdi Ismail telah berjaya sembuh dari penyakit Nephrotic Syndrom iaitu buah pinggang bocor yang menyebabkan protein terkeluar melalui air kencing. Assalamualaikum, ini kisah bagaimana kami telah jatuh cinta cinta dengan Vivix Shaklee.

Nama saya Muhamad Rosdi Ismail,38 tahun. Pada bulan September 2015, saya telah disahkan mengalami Nephrotic Syndrom iaitu buah pinggang bocor yang menyebabkan protein terkeluar melalui air kencing. Sesuatu yang agak mengejutkan dan merisaukan saya sebenarnya.

Siapa tak sayang buah pinggang kan?? Sebenarnya sebelum tu lagi saya perasan air kencing berbuih tetapi saya tak fikir ia sesuatu yang pelik dan tanda penyakit ini. Tetapi bila tangan dan kaki membengkak, barulah saya menyedari ada yang tidak normal.

Saya membuat pemeriksaan di Hospital. Dan semasa di hospital doktor menahan saya di wad kecemasan dan membuat pemeriksaan air kencing 24jam, juga pemeriksaan darah. Setelah disahkan mengalami Nephrotic Syndrom doktor memberi “sebeban” ubat yang pada saya sangat banyak untuk ditelan.

Dengan ubat surut bengkak, ubat kolesterol, ubat darah tinggi. Ya, penyakit ini turut memberi saya pakej penyakit yang lain yang sebelum ini saya memang tidak pernah menghidapinya. Doktor turut memberi steroid tetapi menyatakan jika saya bersetuju untuk membuat Biopsi iaitu prosedur mengambil sampel buah pinggang maka saya tak perlu mengambil steroid.

Saya berbincang dengan isteri, kami bersetuju untuk memulangkan sebungkus besar Steroid dan memberitahu Doktor kami ingin membuat Biopsi. Hakikat yang sebenarnya kami ingin berikhtiar dengan VIVIX SHAKLEE.

buah pinggang bocor vivix rosdi ismail

Kalau sebelum ini saya antara yang culas memakan vitamin tapi dengan Vivix saya sangat konsisten. Maka saya meneruskan suplemen dan juga ubat doktor kecuali steroid. Saya sangat risau jika buah pinggang saya benar benar rosak maka perlu menjalani dialisis di usia 30an ini.

Di saat anak-anak masih kecil ini. Nauzubillah. Alhamdulillah dengan izin Allah, setelah sebotol Vivix bacaan protein di dalam urin menampakkan penurunan. Dan setelah 3botol Vivix iaitu lebih kurang 3bulan saya ada temujanji dengan Doktor pakar di Selayang.

Dan Alhamdulillah saya sangat bersyukur apabila Doktor mengesahkan air kencing saya tiada lagi protein, tekanan darah normal dan ujian darah semua menunjukkan result yang cantik. Doktor juga stopkan semua ubat dan yang paling best Doktor sendiri yang beritahu TAK PERLU BUAT BIOPSI.

Kalau sebelum ini saya dan isteri merasakan Vivix mahal tetapi bila dalam situasi ini barulah kami menyedari duit boleh dicari, namun buah pinggang itu lebih berharga, tiada gantinya. Terima kasih Allah. Terima kasih Shaklee.

Sekiranya anda atau ahli keluarga anda menghidapi penyakit ini atau yang berkaitan ataupun penyakit kronik lain seperti diabetis, strok, darah tinggi dan kanser. Ikhtiarlah dengan VIVIX. Saya percaya Allah tak turunkan penyakit tanpa penawarnya. Tugas kita untuk berikhtiar, selebihnya berdoalah dan bertawakal lah kepada Allah. Sesungguhnya Dia Yang Maha Berkuasa Menyembuhkan. Muhamad Rosdi Ismail

Testimonial Set Buah Pinggang Shaklee

buah pinggang tak pergi hospital vivix

buah pinggang normal minum vivix

buah pinggang bocor vivix

buah pinggang bocor kembali pulih vivix

bacaan kreatinin menurun vivix

buah pinggang 4 botol vivix

Cara Order Set Buah Pinggang Shaklee

Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Penghantaran sekitar Shah Alam, Petaling Jaya, Klang, Subang Jaya, Bangsar, Kelana Jaya, Alam Impian, Denai Alam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *