Rawatan Gout Yang Paling Berkesan

Rawatan Gout Yang Paling Berkesan

Gout antara penyakit biasa rakyat Malaysia terutama pada lelaki. tapi ianya bukan perkara biasa sekiranya penyakit ini makin teruk sehingga mengganggu kehidupan harian kita dan mengakibatkan komplikasi lain. Jom saya kongsikan rawatan Gout Yang Paling Berkesan selain ubat. Apapun ini bukan untuk mengantikan ubat, merawat ye.

Gout adalah sejenis penyakit disebabkan berlebihan asid urik di dalam badan.

  • Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin.
  • Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin).
  • Bagi penghidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi.
  • Ia adalah salah satu penyakit yang paling lama dihidapi manusia sejak zaman dahulu kala lagi.
  • Pada masa dahulu gout boleh menyebabkan kemudaratan dan kecacatan, kini dengan kemajuan dalam bidang perubatan, gout boleh dikawal.
  • Ia sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun.
  • Ia jarang sekali dihidapi oleh kaum wanita sebelum putus haid.

Tanda Gout

  • Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki.
  • Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit.
  • Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman.
  • Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan.
  • Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat.
  • Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan.
  • Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.

Komplikasi

  • Asid urik boleh berkumpul di bawah kulit membentuk benjolan di panggil ’tophi’
  • Dalam saluran urinari (air kencing), ia boleh berkumpul membentuk ’batu karang’.
  • Penghidap gout juga sering menghidapi penyakit atau masalah kesihatan lain seperti:
    • Kegemukan
    • Darah tinggi
    • Hiperlipidemia
    • Diabetes

Makanan Yang Perlu Dielak

Sumber info :JKNPerak

Rawatan Gout Berkesan Adalah KURANGKAN GULA

Ada pelbagai rawatan doktor untuk gout ni dana natara rawatan sendiri yang kita noleh lakukan untuk membantu elak asid urik tinggi adalah JAGA APA YANG KITA MAKAN. Menurut Dr Norman Norawi

GULA dan GOUT

Gout Yang Paling Berkesan

Ramai yang tidak percaya apabila saya katakan punca GOUT adalah GULA!!

Pengambilan GULA pasir atau sukrosa juga meningkat dengan ketara sejak negara kita merdeka.
GULA mengandungi dua komponen utama iaitu GLUKOSA dan FRUKTOSA.

Kedua-duanya memberikan impak negatif kepada kesihatan jika diambil berlebihan tetapi yang lebih bahaya adalah FRUKTOSA.

FRUKTOSA juga tinggi dalam jus buah-buahan, HFCS (high fructose corn syrup) dan madu. HFCS banyak digunakan sebagai pemanis dalam minuman proses dan jem buah. Jus buah-buahan yang di jual dalam minuman kotak,tin atau botol mengandungi kandungan fruktosa yang sangat tinggi.

Buah-buahan yang sangat tinggi fruktosa seperti durian, rambutan, manggis, anggur dan sebagainya jika diambil terlalu banyak juga boleh memudaratkan kerana kandungan fruktosanya yang tinggi.

Madu juga tinggi fruktosa, tetapi ia tidak bahaya jika diambil secara sederhana, tetapi isu utama tentang madu adalah kebanyakan madu yang di jual di campurkan GULA pasir, dan ini akan menyebabkan khasiat madu itu hilang.

Fruktosa yang berlebihan juga menyebabkan peningkatan paras asid urik yang menjadi punca kepada masalah sakit sendi ‘gout’ tetapi glukosa dan galaktosa tidak menunjukkan keadaan yang sama. Kajian menunjukkan, fruktosa akan mengganggu enzim xanthine oxidase dalam hati yang menyebabkan berlaku peningkatan paras asid urik dalam darah yang akan menyebabkan masalah sakit sendi ‘gout’.

Nasihat perubatan yang konvensional untuk penyakit gout biasanya memfokuskan kepada ‘pantang’ makanan berprotin seperti daging, udang, sotong, kekacang dan sebagainya. Ianya tanpa nasihat untuk mengawal minuman bergula, buah-buahan manis, jus yang telah dikaji mengandungi kandungan fruktosa yang tinggi yang boleh menyebabkan masalah gout bertambah teruk.

Fruktosa telah diketahui satu-satunya jenis karbohidrat yang boleh meningkatkan paras asid urik dalam darah. Fruktosa juga menyebabkan masalah rintangan insulin dan meningkatkan paras insulin dalam darah dan ini boleh menyebabkan terjadinya sindrom metabolik. Oleh kerana gula mengandungi fruktosa, maka pengambilan gula yang berlebihan boleh menyebabkan masalah ini.

Berdasarkan analisa dari data-data yang terdapat dalam kajian menunjukkan pengambilan gula berlebihan terutamanya minuman manis bergula dan tinggi dengan fruktosa sangat berkait dengan meningkatnya risiko penyakit gout kepada lelaki.

Begitu juga dengan pengambilan jus buah-buahan dan makan buah-buahan yang sangat manis seperti rambutan, nangka, durian dan sebaginya boleh meningkatkan paras asid urik dan menyebabkan masalah sakit sendi gout.

Jika kita ingin makan buah-buahan pastikan pengambilan yang sederhana dan juga pastikan kita makan buah-buahan tersebut secara terus untuk mendapatkan SERAT yang tinggi didalamnya. SERAT ini bertindak mengawal jumlah penyerapan fruktosa daripada usus dan mengurangkan impak fruktosa berlebihan kepada organ hati kita.

Kalau kita lihat diagram gambar ini, jelas menunjukkan fruktosa secara terus meningkatkan penghasilan ASID URIK yang menjadi punca berlakunya radang sendi GOUT.

Dengan mengawal dan mengurangkan pengambilan FRUKTOSA secara khususnya GULA PASIR maka masalah GOUT boleh di kawal dan di pulihkan, Insyaallah

Shaklee Antara Rawatan Bantu Atasi Gout Yang Paling Berkesan

Gout Yang Paling Berkesan

Assalamualaikum wbt
Saya Asfa Norain Masri. Saya doakan semoga anda sihat selalu. Saya ingin berkongsi dengan anda semua shaklee effect suami saya selepas amalkan pengambilan vitamin shaklee.

Suami saya selalu mengadu sakit di bahagian ibu jari kaki dan buku lali sehingga terpaksa mengambil ubat tahan sakit setiap kali sakit. Itulah ubat yang mudah didapati. Paling menyedihkan sakitnya semakin teruk semakin bengkak seolah-olah dicucuk seluruh bahagian kaki. Bayangkan kalau kita yang terpelecok kaki atau sakit tumit setiap kali jalan.

Aduh pasti bisa sekali. Sakitnya tiada tertanggung. Itulah yang suami saya rasakan. Setiap kali itulah apabila pergi ke klinik mesti suami request kepada doktor untuk mengambil suntikan. Doktor menyarankan untuk membalut kaki dan menyapukan krim bagi mengurangkan masalah keradangan bengkak yang dialami.

Hari berganti hari sakit suami saya semakin kerap menyerang kembali dan suntikan tahan sakit itulah pilihan terbaik dan menjadi rutin apabila suami saya sakit. Kesian memgenangkan suami selalu menahan sakit ketika bekerja. Pekerjaan suami saya memerlukan untuk memakai safety boot dan sentiasa berjalan. Pada mulanya kami menyangka suami mengalami masalah tulang retak. Suami pun membuat xray kaki di hospital. Doktor memberitahu tiada tanda keretakan dikedua kaki suami. Lega rasanya.

Memandangkan suami saya jenis yang aktif bersukan saya sarankan suami pergi berurut dengan pelbagai keistimewaan si tukang urut urat dan urut betulkan ibu jari kaki yang bengkak. Sakitnya masa diurut hanya suami saya yang lebih mengerti. Jeritan suami masa diurut memilukan hati saya.

Boleh dikatakan hampir setiap bulan sakit itu berulang semula acapkali suami saya tersilap makan dan minum. Suami sering mengadu kaki terasa sangat berbisa sekali apabila cuba berjalan. Sebak saya melihat suami berjalan terhencut-hencut. Ada ketika sehingga terpaksa papah dinding. Ada masanya suami saya tidak tahan menahan sakit apabila menyerang secara tiba-tiba tanpa mengira masa. Suami cakap makan ubat apa pun dah tak ada kesan

Suami saya sering menyangkal apabila saya mengatakan mungkinkah penyakit gaut. Takkan di usia 30 an sudah mempunyai masalah gaut. Akhirnya kami sepakat untuk membuat pemeriksaan darah. Saat menanti keputusan ujian darah suami rasa berdebar. Jeng jeng.. Doktor menjelaskan keputusan darah suami saya dan ia jelas menunjukkan paras asid urik yang agak tinggi di dalam darah lantas mengesahkan penyakit gaut.

Selepas mengetahui penyakit yang menghantui suami saya selama beberapa tahun ini kami cuba berikhtiar dengan pelbagai jenis ubat dan jus yang boleh membantu mengurangkan sakit. Namun tiada hasil. Malah suami juga mengamalkan pelbagai petua bagi mengurangkan sakit. Tetap tidak berkesan. Sedih sakit itu tidak pernah berkurangan

Alhamdulillah..akhirnya dengan izin dari Allah yang Maha Penyembuh kesihatan suami saya semakin berkurangan dari hari ke hari setelah konsisten mengambil supplement shaklee. Suami saya mengambil Vivix Alfalfa Omega Herbalax dan Lecithin secara konsisten setiap hari. Saya sering mengingatkan suami untuk kurangkan pengambilan minuman bergula dan banyakkan pengambilan air kosong.

Pengambilan vitamin ini membantu mengurangkan masalah keradangan bisa bengkak gaut yang dialami suami saya.
Membantu menyingkirkan toksin dalam badan
Membantu mengurangkan masalah keradangan bengkak disebabkan masalah gaut
Membantu melawaskan pembuangan usus dan kencing
Membantu mengurangkan risiko batu karang dan memperbaiki kesihatan buah pinggang

Sekarang suami saya tiada lagi sakit setiap bulan seperti dahulu. Kini tiada lagi suntikan. Saya rasa bersyukur sangat. Paling penting pengambilan makanan yang tinggi purin harus dikurangkan bagi menjaga kesihatan. Sehingga sekarang suami masih lagi amalkan pengambilan vitamin Set Detox terdiri dari Herbalax Alfalfa dan Lecithin bagi menyingkirkan toksin berlebihan di dalam badan sekaligus meningkatkan kesihatan fungsi sendi. Terima kasih shaklee. Alhamdulillah.

Antara supplement yang diamalkan suami Puan Asfa ialah Vivix, Lecithin, Alfalfa Complex, dan Omega Guard.

  • Vivix membantu mengawal genetik dan menggantikan sel yang telah rosak
  • Alfalfa Complex membantu menyingkirkan toksin dari dalam badan
  • Omega Guard membantu mengurangkan keradangan
  • Lecithin membantu memecahkan dan membakar lemak berlebihan

Vivix Bantu Atasi Gout Yang Paling Berkesan

Gout Yang Paling Berkesan
Gout Yang Paling Berkesan
Gout Yang Paling Berkesan

Bagaimana Nak Dapatkan Suplemen Shaklee Untuk Gout Yang Paling Berkesan

Boleh hubungi kami di

Ainul Mustafa
Email: ainulfadzilah@gmail.com
www.wasap.my/60133612717

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *