Petua Turunkan Darah Tinggi Dengan Cepat

Petua Turunkan Darah Tinggi Dengan Cepat

Encik pengsan tadi sebab tekanan darah tinggi Encik 220 tau! sangat bahaya boleh jadi strok atau serangan jantung. Itulah kata doktor pada suami saya yang tiba tiba jatuh pengsan 5 tahun lepas. Puncanya adalah darah tinggi bacaan sehingga 200 lebih. Syukur suami selamat sihat dan akhirnya berjaya bebas dari tekanan darah tinggi. Apa yang dia buat? jom saya kongsikan Petua Turunkan Darah Tinggi Dengan Cepat yang berkesan selamat

Bahaya ke darah Tinggi ni?

Tekanan darah tinggi/hypertension boleh meningkatkn risiko menghidap sakit jantung,strok atau sakit buah pinggang.

Kebiasaannya tiada tanda amaran atau gejala tertentu dan ia juga dikenali sebgai “silent killer”

Antara kesan yg dialami:

1.Strok/gangguan otak

Tekanan darah tinggi boleh menyebabkan arteri yang membekalkan darah dan oksigen ke otak menjadi pecah atau tersumbat. Ini sememangnya boleh menyebabkan kejadian strok.

Sel-sel otak akan mati semasa strok kerana ia tidak mendapat oksigen yang mencukupi.

Strok boleh menyebabkan ketidakupayaan yang serius dalam pertuturan, pergerakan dan aktiviti asas yang lain.

Strok juga boleh membunuh anda.

2. Penyakit dan serangan jantung

Bacaan tekanan darah tinggi yang bahaya juga boleh menyebabkan masalah berkaitan jantung.

Tekanan darah tinggi boleh merosakkan arteri anda dengan menjadikannya kurang elastik, dan kemudiannya mengurangkan aliran darah dan oksigen ke jantung.

Ini boleh membawa kepada penyakit jantung. Di samping itu, penurunan aliran darah ke bahagian jantung juga boleh menyebabkan:

  • Sakit dada yang turut dipanggil angina
  • Serangan jantung, yang berlaku apabila bekalan darah ke jantung anda tersumbat dan otot jantung mula mati tanpa oksigen yang mencukupi. Semakin lama aliran darah tersekat, semakin besar kerosakan pada jantung
  • Kegagalan jantung, keadaan di mana jantung anda tidak dapat mengepam darah dan oksigen yang mencukupi ke organ yang lain

3. Penyakit buah pinggang

Individu dewasa yang menghidap diabetes, tekanan darah tinggi, atau kedua-duanya mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat penyakit buah pinggang kronik berbanding mereka yang tidak mempunyai keadaan ini.

Darah tinggi pada bacaan 140 risiko strok

Individu yang mengalami tekanan darah melebihi bacaan 140 perlu segera merujuk pakar kerana bacaan berkenaan mendedahkan mereka kepada komplikasi kesihatan lebih serius antaranya strok atau angin ahmar secara mengejut.

Serangan mengejut hingga lambat mendapatkan rawatan menyebabkan berlaku lumpuh anggota badan secara kekal. Keadaan berlaku disebabkan penyempitan salur darah ke bahagian otak atau disebabkan salur darah pecah. Kesannya, sebahagian daripada tisu otak mengalami kerosakan disebabkan kekurangan bekalan oksigen. Info BH

Jadi bayangkan kalau bacaan 220 dan pengsan? lagi berisiko stroke atau paling mankutkan mati mengejut. Syukur Allah panjangkan umur suami ku

Beliau pada masa tekanan darah tinggi

dan bila berjaya turunkan berat, tekanan darah pun jadi lebih baik normal dan sihat

Petua Turunkan Darah Tinggi Dengan Cepat

Apa yang suami saya amalkan

1.Turunkan berat badan

Petua Turunkan darah tinggi

Obesiti ialah faktor risiko utama bagi kes tekanan darah tinggi. Apabila mempunyai berat badan yang berlebihan, jantung anda akan bekerja keras untuk mengepam darah keseluruh tubuh badan. Dalam masa yang sama, proses mengepam darah ini akan memberikan tekanan yang kuat pada arteri atau salur darah.

Nak tips Kurus baca di sini : Nak Kurus Tapi Asyik gagal

2. Jaga Pemakanan

Petua Turunkan darah tinggi

Suami saya banyak makan sayur, protein dari tumbuhan. Protein haiwan ni tinggi kolesterol.

Menurut kajian, mereka yang mengamalkan diet yang kaya dengan protein yang berasal dari tumbuh-tumbuhan akan mempunyai tahap kolesterol, tekanan darah, dan risiko penyakit jantung yang lebih rendah.

3.Aktifkan Diri

Suami banyak lakukan aktiviti fizikal seperti berkebun, berjalan kaki. Simple tapi banyak manfaat

Faedah berjalan kaki

1. Menyihatkan jantung dengan merendahkan paras kolesterol.
2. Mengawal tekanan darah dan mencegah risiko penyakit darah tinggi dan strok.
3. Mengurangkan risiko penyakit diabetes. Berjalan meningkatkan keupayaan badan untuk memproses gula dengan lebih baik dan membantu melancarkan aliran darah.
4. Mengawal berat badan dan membantu membentuk tubuh badan menjadi menarik.
5. Mengurangkan stres. Berjalan membantu merangsang penghasilan hormon endorfin yang membuatkan kita lebih ceria dan sihat.
6. Mengekalkan kekuatan otot.
7. Mengurangkan risiko osteoporosis
8. Mengekalkan kestabilan dan mengurangkan risiko jatuh terutama kepada golongan warga emas.
9 Mampu meningkatkan keyakinan diri.

4. Petua Turunkan darah tinggi dengan Supplement Shaklee

Pengambilan supplement juga penting dalam membantu lengkapkan nutrisi yang tak cukup, kuatkan badan, bagi tenaga, sihatkan jantung.

Petua Turunkan darah tinggi

Petua Turunkan Darah Tinggi Dengan Cepat Dengan VIVIX RESV

Petua Turunkan darah tinggi

Vivix ResV bukan ubat merawat darah tinggi ye. tapi vivix resv ni jus kesihatan yang membantu bagi nutrisi pada sel supaya salur darah kenyal, sihat dan peredaran darah pun bagus

Tekanan darah tinggi berkait rapat dengan kolesterol tinggi. Ia menyumbat dinding arteri dengan lemak lemak tepu. Jadi bentuk arteri menjadi tidak normal dan laluan darah tidak berlaku dengan baik.

Bayangkan kita berjalan di laluan yang sempit, perlu menyelit sana sini untuk meloloskan diri.

Kadang kadang perlu pressure diri supaya dapat lalu.

Dalam vivix resv ada Polyganum yang fungsinya khusus untuk pembersihan kolesterol.
InsyaAllah bila detoks dan kolesterol dpt disingkirkan, tekanan akan jadi normal dan terkawal

Jadi memang tiada masalah utk peringkat permulaan makan keduanya bersama sama cuma ada cara pengambilannya.


Di samping kita jaga pemakanan sbb kolesterol dtg dari makanan

Menurut website webmd.com

Resveratrol helps reduce inflammation, prevents the oxidation of LDL “bad” cholesterol, and makes it more difficult for platelets to stick together and form the clots that can lead to a heart attack.

Ramai yang sudah Mencuba vivix resv sebagai makanan tambahan dan ubat darah tinggi tak tinggal. Akhirnya doktor Sendiri yang kurangkan dose ubat darah tinggi. Ada yang dah stop makan ubat darah tinggi tau

Bagaimana nak dapatkan Vivix Resv Sebagai Petua Turunkan Darah Tinggi

Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. 

AinulMustafa
Email: ainulfadzilah@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp: 013-3612717
COD Area: kami sediakan COD di area Shah Alam, Setia Alam, Klang, Puncak Alam, Puncak perdana, UITM, Subang Bistari, Denai Alam, Cahaya SPK, Elmina, Kampung Melayu Subang, Damansara, Sg Buloh, PJ, USJ, Subang Jaya, Puchong, Universiti Malaya, Menara TM

Dingatkan VIVIX ini adalah jus minuman dari buahan tumbuhan terpilih yang melalui pelbagai kajian oleh saintis Shaklee. ianya BUKAN UBAT untuk MERAWAT Penyakit. UBAT RAWATAN doktor sila teruskan ye.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *