Cara Nak Turunkan Kolesterol Dengan Cepat

Berdasarkan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) pada tahun 2019, mendapati masalah kolesterol darah tinggi dalam kalangan orang dewasa di Malaysia ialah seramai 38.1 peratus bersamaan dengan 38 bagi setiap 100 orang. Dengan gaya hidup dan pemakanan rakyat Malaysia sekarang tak pelik kalau peratusan pesakit kolesterol tinggi akan makin tinggi. Artikel ini akan bantu anda mengetahui Cara Nak Turunkan Kolesterol Dengan Cepat
Mengikut statistik, hampir separuh atau 4 dari 10 orang dewasa di Malaysia mempunyai masalah kolesterol tinggi. Namun, 30-40% daripada mereka tidak mengetahui bahawa mereka mempunyai masalah kolesterol tinggi.
Tahukah anda, 45% pengidap kolesterol tinggi adalah wanita manakala lelaki hanya 32% sahaja? Paling menarik, 20-25% daripada pengidap kolesterol tinggi ini sebenarnya adalah mereka yang berbadan kurus!

Kolesterol merujuk kepada sejenis lemak yang diperlukan untuk membina tisu sel dan hormon tertentu serta melindungi saraf. Sumber utama kolesterol adalah secara semulajadi iaitu dihasilkan oleh organ hati kita sendiri yang mencukupi untuk keperluan tubuh. Sumber luaran adalah makanan seperti daging, telur dan produk tenusu.
Terdapat 2 jenis kolesterol, iaitu kolesterol baik dan kolesterol jahat. Kedua-dua kolesterol ini mempunyai fungsi yang berbeza yang memberi kesan kepada kesihatan.
Pengambilan makanan tinggi kolesterol yang terlalu banyak, boleh memudaratkan kesihatan. Kawal pengambilan kolesterol harian anda bagi memastikan kesihatan berada pada tahap optimum.
info KKM
Punca Kolesterol Tinggi

Terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan kolesterol anda berada pada paras yang tinggi. Kadar kolesterol bergantung kepada beberapa faktor seperti gaya hidup, diet pemakanan dan sebagainya. Berikut merupakan punca-punca yang menyebabkan tahap kolesterol anda tinggi:
- Diet tidak seimbang
- Obesiti
- Merokok
- Sejarah keluarga
- Ubat-ubatan yang mempunyai tahap LDL yang tinggi
Kesan Kolesterol Tinggi dalam Badan

Sekiranya kadar kolesterol terus berada dalam paras yang tinggi, anda berkemungkinan besar boleh mengalami risiko kesihatan yang berikut:
- Strok dan sakit jantung
- Pembentukan batu hempedu
- Kebas pada bahagian kaki
- Penyakit alzheimer
5 Cara Nak Turunkan Kolesterol Dengan Cepat
Pengambilan ubat-ubatan boleh membantu mengurangkan parasr kolesterol dalam badan anda. Selain itu, anda juga boleh mengubah gaya hidup untuk memastikan tahap kolesterol anda kembali pada tahap yang baik.
1. Menurunkan Berat Badan

Berat yang berlebihan biasanya dikaitkan dengan masalah kolesterol yang tinggi. Menurunkan berat badan boleh menurunkan tahap kolesterol anda kerana ia boleh mengurangkan jumlah lemak yang ada dalam badan anda.
Anda boleh mula mengambil tindakan dengan melakukan perubahan-perubahan yang kecil seperti mengambil makanan rendah kalori, kurangkan pengambilan makanan dan minuman manis, mengawal kuantiti makanan yang diambil dan sebagainya. Kurangkan juga pengambilan makanan kolesterol tinggi seperti daging, telur, produk tenusu dan makanan proses.
Individu yang kehilangan sekurang-kurangnya 10 paun atau 4.5 kg sudah cukup untuk menurunkan tahap kolesterolnya. Pengurangan sekurang-kurangnya 5 peratus daripada berat badan mereka dapat mengurangkan tahap LDL dan jumlah kolesterol dalam badan.
2. Berhenti Merokok

Tabiat merokok boleh menjejaskan tahap kolesterol dalam badan anda. Anda akan menjadi lebih sihat jika anda berhenti merokok sekali gus membantu menurunkan tahap kolesterol anda.
- Dalam masa 20 minit selepas berhenti merokok, tekanan darah dan degupan jantung anda bertambah baik
- Dalam masa tiga bulan selepas berhenti merokok, peredaran darah dan fungsi paru-paru anda mula bertambah baik
- Dalam tempoh setahun selepas berhenti merokok, peratus risiko penyakit jantung anda separuh lebih rendah berbanding sekiranya anda merokok
3. Bersenam & Gaya Hidup Aktif

Gaya hidup aktif juga boleh membantu menurunkan paras kolesterol anda. Bersenam di rumah misalnya boleh membantu meningkatkan HDL yang merupakan kolesterol baik. Bergantung pada nasihat doktor anda, lakukan senaman ringan selama 30 minit sekurang-kurangnya lima kali seminggu atau aktiviti aerobik yang lebih mencabar selama 20 minit sebanyak tiga kali seminggu. Pertimbangkan aktiviti-aktiviti seperti:
- Berjalan pantas (brisk walk)
- Berbasikal
- Senamrobik
4. Diet Pemakanan

Melakukan beberapa perubahan dalam diet anda juga boleh membantu mengurangkan kolesterol dan dalam masa yang sama meningkatkan kesihatan jantung. Bagaimana cara untuk menurunkan kolesterol dengan diet? Ikuti langkah-langkah di bawah ini:
Elakkan Makanan dengan Lemak Trans
Lemak trans akan meningkatkan tahap kolesterol keseluruhan. Elakkan makanan seperti marjerin, kentang goreng dan kebanyakan snek kerana makanan sebegini mempunyai asid lemak trans yang tinggi.
Kurangkan Pengambilan Makanan Lemak Tepu
Lemak tepu paling tinggi datang daripada haiwan dan makanan berasaskan haiwan seperti mentega, susu penuh krim, keju, mayonis, lemak daging dan sebagainya. Pengambilan secara berlebihan akan meningkatkan kadar kolesterol anda.Pengambilan lemak tepu secara bersederhana boleh mengurangkan kadar LDL atau kolesterol jahat.
Perbanyakkan Pengambilan Makanan Tinggi Serat, Serat Larut
Serat larut mampu mengurangkan serapan kolesterol di dalam aliran darah anda. Serat larut boleh didapati daripada makanan seperti oat dan kekacang serta buah-buahan seperti epal dan pir.
5. Makan Ubat, Suplemen Jika Perlu

Jika doktor anda mengesyorkan ubat atau suplemen untuk membantu menurunkan kolesterol anda, ambil seperti yang ditetapkan sambil menjalankan gaya hidup baharu yang lebih aktif. Perubahan gaya hidup boleh membantu anda mengekalkan pengambilan dos ubat yang rendah.
Diet dan aktiviti fizikal yang sihat boleh membantu ramai orang mencapai tahap kolesterol yang sihat, tetapi sesetengah pesakit mungkin memerlukan ubat untuk menurunkan kolesterol mereka.
Cara Nak Turunkan Kolesterol Dengan Cepat Dengan Supplemen Shaklee

Set Lengkap Kolesterol Shaklee terdiri daripada:
1.Omega Guard
Dalam omega ada asik lemak omega 3 yang bagus untuk meningkatkan HDL atau kolesterol baik
2. Phytocol-St
Phytocol mengandungi fitosterol yang membantu jadi benteng daripada kolesterol yang kita makan tu diserap ke dalam salur darah.
Ambil Phytocol sebelum makan supaya badan sudah bersedia dengan fitosterol supaya tidak menyerap kolesterol secara berlebihan.
Kolesterol yang berlebihan tu akan terus dibuang tanpa diserap.
3. Vivix
Antioksidan yang terdapat dalam Vivix boleh membantu melindungi sel termasuklah sel pada sekitar bahagian salur darah. Bagi mereka yang mengalami masalah kolesterol yang tinggi adalah disebabkan oleh plak atau kolesterol berlebihan dalam salur darah. Plak ini akan menyumbatkan salur darah anda dan seterusnya menyekat aliran darah.
Jadi, apabila kita mengambil Vivix, salur darah kita akan dilindungi daripada kerosakan. Oleh sebab itu, kolesterol tidak boleh menempel pada salur darah. Ini menjadikan salur darah tersebut tidak tersumbat dan tidak tersekat lagi. Darah akan mengalir dengan lancar.




Nak Order Set Kolesterol Shaklee Sebagai Cara Nak Turunkan Kolesterol
siapa nak order set ni boleh hubungi Ainul . Area Lembah Klang ni Ainul boleh COD kan.