Kuatkan Sistem Imun Anak Dengan Cara Ini
Anak-anak adalah harta yang paling bernilai Allah bagi untuk kita kan? Kita akan buat sehabis baik untuk anak-anak.Sebagai ibu, kalau anak-anak tak sihat atau demam, kitalah yang tak senang duduk. Sanggup berjaga malam, sampai kita tak tidur pun tak apa. Semata-mata nak jaga anak-anak kita cepat sembuh. Tapi kalau anak kerap sangat demam selsema batuk. Bila kena jangkitan tu susah betul nak kebah. baru je kebah sembuh jumpa kawan atau orang ramai berjangkit balik. Sistem imun anak terlalu lemah ke? Ada ke cara nak kuatkan sistem imun anak ni?
Sistem imun yang kuat membantu melindungi kanak-kanak daripada pelbagai jangkitan, virus dan bakteria yang boleh menyebabkan penyakit. Perkara ini amat penting terutamanya di persekitaran seperti sekolah, di mana kanak-kanak berada dalam jarak rapat dan mudah menularkan jangkitan.
Sekiranya kanak-kanak jatuh sakit, sistem imun yang kuat membolehkan pemulihan yang lebih cepat. Sistem imun yang berfungsi dengan baik boleh mengenal pasti dan memerangi patogen dengan lebih cekap, mengurangkan tahap keterukan dan tempoh penyakit.
Membentuk sistem imun yang kuat semasa zaman kanak-kanak menetapkan asas untuk kesihatan jangka panjang yang lebih baik. Kanak-kanak yang mempunyai sistem imun yang sihat kurang berkemungkinan dijangkiti penyakit kronik pada kemudian hari.
Tips Membentuk Imuniti Kanak-Kanak
Berikut adalah beberapa tips untuk membentuk imuniti pada si kecil anda:
Memakan diet yang seimbang
Pemakanan seimbang mengandungi jumlah nutrien sesuai yang diperlukan oleh tubuh agar kekal sihat, dapat membesar dan bebas daripada penyakit. Diet “sihat” untuk kanak-kanak terdiri daripada pemakanan yang seimbang dan berkhasiat dan merangkumi hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran yang mencukupi, bijirin penuh, sumber protein tanpa lemak, kalsium dan lemak yang sihat.
Tidur yang baik
Kekurangan tidur boleh mengurangkan keupayaan semula jadi sistem imun untuk melindungi tubuh daripada mikrob berbahaya. Jumlah tidur yang diperlukan untuk kanak-kanak berbeza-beza berdasarkan umur mereka, antara 12 hingga 16 jam sehari untuk bayi dan 8 hingga 10 jam sehari untuk remaja. Mungkin berbeza pada setiap kanak-kanak kerana ada yang memerlukan lebih banyak tidur daripada yang lain.
Aktiviti fizikal
Aktiviti fizikal yang kerap adalah cara untuk mengekalkan kesihatan yang baik dan mengurangkan kemungkinan penyakit. Kanak-kanak harus melibatkan diri dalam sekurang-kurangnya satu jam aktiviti fizikal setiap hari. Istilah “aktif” bukan hanya merujuk kepada penyertaan dalam sukan terancang atau senaman gim; tetapi boleh merangkumi aktiviti seperti bermain di taman permainan, berenang atau berjalan.
Pengurusan tekanan
Kita hidup dalam zaman apabila kanak-kanak tertakluk kepada persaingan dan tekanan yang hebat. Tekanan kronik terhadap kanak-kanak boleh menekan sistem imun, menjadikannya kurang berkesan dalam memerangi jangkitan dan penyakit. Kanak-kanak sepatutnya mempunyai masa rehat khusus untuk bermain dan akses kepada aktiviti dan orang yang menggembirakan mereka.Menghabiskan masa berkualiti bersama sebagai sebuah keluarga adalah penting bagi menyediakan peluang untuk komunikasi terbuka di mana kanak-kanak berasa selesa membincangkan sebarang kebimbangan. Jika anda bimbang tentang kesihatan emosi kanak-kanak, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor.
Kebersihan
Keadaan kebersihan yang tidak baik di persekitaran seseorang meningkatkan risiko jangkitan, bermakna sistem imun perlu bekerja dengan lebih keras setiap hari. Kekalkan persekitaran yang bersih dan sangat baik di rumah anda untuk merendahkan risiko dijangkiti jangkitan.
Cara Saya Kuatkan Sistem Imun Anak
Cara saya dalam menjaga kesihatan anak anak..Alhamdulillah mereka jarang demam selsema batuk. Kalau kena 2-3hari dah akan okay.
1. Wajib jaga pemakanan
Benda paling asas bagi saya. Check balik apa yang anak anak makan. Banyak makan jajan,fast food,air manis ke. Kerap makan kat luar ke.
Jadi kurangkan lah apa yang selalu ambil benda tak elok tu.
Kita kerap masak dirumah, banyakkan makan buah, sayur. Buah paling banyak saya spend duit beli. No more keropok lekor, pisang goreng ,fries untuk kudap kudap
2. Emosi
Spend la masa dengan mereka. Anak sakit kita hantar juga ke taska nursery. Bila nak cepat ok bila asyik terdedah. Arreessa ada cite kawan dia pengsan, demam kat sekolah. Bila cikgu call parents ” tak boleh dtg ambil, duduk je kat transit “.
Sedih bila dengar. Takut esok kita tua sakit anak cakap duduk je rumah org tua
Emosi anak stabil,happy lagi cepatlah proses nak sembuh.
3. Persekitaran
Bawa anak anak bermain. Petang bawa ke taman berlari bermain. Hujung minggu bawa p pantai sungai. Back to nature. Pegang pasir, pegang air yang Allah cipta. Bukan asyik pegang gadjet
4. Bagi supplement
Bagi saya dah kira wajib sediakan untuk anak anak..anak saya makan buah sayur banyak tapi tak cukup. Hero kiddo, chewable C, Nutriferon & Omega Guard ni antara wajib makan. Konsistent makan nampak beza tahap kesihatan anak anak.
Ujian bila anak sakit buatkan kita akan lebih jadi pandai. Saya dan suami pun banyak belajar jaga makan, kawal makan benda tak elok sebab anak no 2 ada allergik pada makanan tak elok. Allergik yang trigger asthma. Dah jarang kena attack bila jaga makan.
Anak sihat kita pun happy. Betul tak?
Anak sulung saya, masa umur dia 7 & 8 tahun, dia kerap demam. Dan saya perasan bila dia demam, mesti lama. Lebih 3 hari, ada tu cecah sampai seminggu. Sebulan sekali mesti demam. Paling lama 2 bulan, mesti ada demam.
Bila dibuat pemeriksaan doktor, rupa-rupanya tonsilnya bengkak. Dan hampir menutup laluan tekaknya. Bila dah terlalu kerap demam, doktor bagi kata akhir. Jika demam lagi sekali, doktor akan bagi surat follow up ke hospital untuk buat pembedahan tonsil.
Saya decide untuk konsisten bagi omega guard & nutriferon pada anak sulung saya. Di waktu dia sihat/tak demam pun dia akan makan kedua-duanya.
Semakin lama dia konsisten, saya mula perasan, dia tak lagi demam setiap bulan. Malah setahun 2 kali je demam! Dah tak perlu lagi utk buat pembedahan tonsil tu. Tonsilnya masih bengkak, tapi dah tak sebesar dulu.. Dah kecut banyak dah.
Dan sehingga sekarang, umurnya dah nak masuk 10 tahun, saya masih konsisten bagi Omega Guard & Nutriferon. Adiknya juga pun saya bagi. Anak-anak saya dah tahu kena makan suplemen. Tak perlu saya suruh pun, dah pandai makan sendiri.
Sekarang, kalau mereka demam, sy dah tak terlalu risau macam dulu. Bila mereka demam, alhamdulillah cepat kebah. Dan dalam setahun sekali je demam. Syukur alhamdulillah! Anak-anak saya serasi dengan kedua-duanya.
Sekarang ni musim-musim pandemik virus ni, saya bekalkan mereka setiap hari. Sebelum pergi sekolah mereka akan makan vitamin masing-masing. Sekurang-kurangnya saya ikhtiarkan sesuatu untuk boost imun sistem badan anak-anak saya selain jaga pemakanan. Selebihnya saya serahkan kepada Allah.
Bagi saya, apalah sangat duit yang saya laburkan untuk beli suplemen anak-anak saya, berbanding nikmat melihat mereka sentiasa sihat. Terlalu besar nilainya pada saya.
Alhamdulillah. Anak-anak saya pun dah jatuh cinta dengan Shaklee.
Supplement Shaklee Untuk Kuatkan Sistem Imun Anak
BAGAIMANA NAK ORDER SET KUATKAN SISTEM IMUN ANAK
Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Penghantaran sekitar Shah Alam, Petaling Jaya, Klang, Subang Jaya, Bangsar, Kelana Jaya, Alam Impian, Denai Alam, UITM, UM
Ainul Mustafa
Pengedar Shaklee Shah Alam
Email: ainulfadzilah@gmail.com
www.wasap.my/60133612717/SETIMUNANAK