Cepat Penat Sesak Nafas : Supplement Membantu Atasi masalah Ini
Terasa cepat penat sesak nafas betul kebelakangan ini. Tapi bukan buat apa sangat. Dah tidur lama dan cuti lama pun masih terasa penat. Bukan buat apa sangat pun. Kerja pun bukan berat sangat.Pernah dengar atau alami perkara di atas? Jika penat tersebut dapat diselesaikan dengan rehat dan tidur, ianya mungkin tiada masalah. Jika penat tersebut tidak hilang selepas tidur, ianya mungkin masalah kesihatan.
Jom lihat 6 punca masalah kesihatan yang biasa menyebabkan kita cepat penat sesak nafas
Anemia
Anemia ialah satu keadaan di mana badan kekurangan sel darah merah. Sel darah merah sangat penting untuk membawa oksigen ke seluruh badan. Terdapat banyak jenis anemia dan iron deficiency atau anemia disebabkan kekurangan zat besi adalah yang paling sering berlaku di kalangan kanak-kanak.
Anemia akibat kekurangan zat besi terjadi apabila tubuh kekurangan zat besi untuk menghasilkan sel darah merah yang bermutu. Zat besi merupakan elemen yang penting dalam pembentukan sel darah merah. Kekurangan zat besi mengakibatkan badan tidak boleh menghasilkan hemoglobin (Hb) iaitu protein penting dalam sel darah merah yang mencukupi untuk membawa oksigen ke seluruh badan. Ini mengakibatkan badan kekurangan sel darah merah dan akan mengalami tanda-tanda seperti pucat dan mudah keletihan
Tanda-tanda kekurangan darah selalunya ialah:
- Merasa cepat letih lebih dari biasa
- Merasa mudah marah
- Pening kepala
- Sukar menumpukan perhatian/berfikir
Bila anemia semakim teruk, lebih banyak tanda akan dialami seperti :
- Mata putih kelihatan kebiruan
- Kuku menjadi rapuh dan senang patah
- Keinginan untuk makan ais atau yang “bukan makanan” (pika) seperti plastik
- Berasa pening apabila berdiri dari posisi duduk
- Kulit menjadi pucat
- Sesak nafas
- Lidah merasa pedih
- Degupan jantung yang cepat
Apnea Tidur
Sleep apnea atau apnea tidur adalah didiagnosis apabila anda berhenti bernafas selama 10 saat atau lebih lama semasa tidur. Ia berlaku sekurang-kurangnya 5 kali semasa tidur.
Saluran udara yang separuh tersumbat ataupun sempit tidak mendatangkan masalah pada waktu siang semasa seseorang terjaga, tetapi semasa tidur, lemak di bahagian leher akan memberi tekanan kepada salur pernafasan menyebabkan salur pernafasan bertambah sempit menyebabkan “Obstructive Sleep Apnea”. Keadaan ini diburukkan oleh alkohol dan ubat yang menyebabkan otot di bahagian tekak menjadi kendur (relak) semasa tidur.
Pada waktu saluran pernafasan tersumbat teruk, pernafasan akan terhenti untuk beberapa ketika sehingga otak mengesan kadar oksigen yang rendah. Otak akan menghantar signal kekurangan oksigen. Pada masa ini seseorang itu akan menjadi separuh sedar berdengkur, dan cuba bernafas sekuat mungkin untuk mendapatkan oksigen sebelum tidur semula. Dalam kebanyakan kes seseorang yang mengidap masalah ini tidak sedar yang beliau sebenarnya separuh sedar untuk mendapatkan oksigen. Corak tidur begini berulang beratus-ratus kali setiap malam menyebabkan tidur yang terganggu serta masalah mengantuk dan keletihan apabila bangun tidur.
Kajian mendapati apnea tidur memberi kesan kepada kira-kira 12 juta orang di Amerika Syarikat yang kebanyakannya belum didiagnosis.
Antara gejalanya termasuk:
- Berdengkur kuat
- Berhenti bernafas semasa tidur
- Mengantuk pada waktu siang
- Keletihan
- Bangun dengan sesak nafas
- Biasa bangun untuk membuang air kecil tanpa sebab yang jelas
- Sakit dada semasa tidur
Diabetes
Apabila insulin tidak dapat berfungsi dengan baik, gula dalam darah tidak mampu masuk ke dalam sel tubuh, lantas mengakibatkan tubuh tidak dapat menjana tenaga. Akibatnya, tubuh menjadi mudah letih, lelah dan penat.
Di Malaysia, paras glukosa darah yang meningkat menyumbang 10 hingga 11 peratus risiko kegagalan jantung.
Gula dalam darah yang tinggi meningkatkan risiko kemasukan ke hospital sebanyak sembilan hingga 15 peratus untuk kegagalan jantung atau punca penyakit kardiovaskular.
Menurut jurnal Jantung Eropah, faktor glukosa darah dan kematian, kemasukan ke hospital dan risiko diabetes pada masa depan pada pesakit dengan sindrom kegagalan jantung akut.
Keletihan, sesak nafas, batuk atau berdehit (bernafas termengah-mengah) secara berterusan, edema, atau peningkatan kadar denyutan jantung adalah antara beberapa simptom kegagalan jantung
Hypothyroid
- Hipotiroidisme adalah keadaan di mana kelenjar tiroid menjadi kurang aktif. Pengeluaran hormon tiroid akan berkurangan mengakibatkan fungsi badan menjadi perlahan.
- 15% atau lebih daripada warga emas mempunyai penyakit hipotiroidisme. Penyakit ini adalah 2 kali ganda lebih kerap di kalangan kaum wanita berbanding dengan kaum lelaki.
Tanda-tanda hipotiroidisme
- Tidak tahan kesejukan
- Sembelit
- Berat badan meningkat
- Berasa letih
- Kulit menjadi kering dan kasar, muka membengkak terutamanya di sekeliling mata.
- Kemurungan
- Otot dan sendi mungkin sakit atau lemah dan boleh menjejaskan keupayaan bergerak.
- Tanda-tanda yang tidak spesifik seperti kekeliruan, kehilangan selera makan, kehilangan berat badan, jatuh, tidak dapat mengawal pundi kencing dan kurang pergerakan.
- Pengsan (atau menjadi tidak sedar) jika teruk dan boleh mengakibatkan kematian.
Depression
Kemurungan adalah gangguan perasaan seseorang yang menyebabkan seseorang itu merasa sedih yang berpanjangan, keletihan dan ketiadaan tenaga, cepat marah ser ta hilang minat dalam aktiviti harian. Ia berlarutan sekurang-kurangnya dalam masa 2 minggu. Penyakit ini boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja tidak kira umur, jantina atau bangsa. Kemurungan boleh berlangsung sehingga berbulan-bulan atau bertahun tahun
Tanda-tanda dan gejala kemurungan
- Kesedihan atau “kekosongan” perasaan yang berpanjangan
- Hilang minat atau keseronokan terhadap hobi dan aktiviti-aktiviti
lain yang biasanya mendatangkan keseronokan - Cepat rasa letih dan tidak ber tenaga
- Perasaan pesimistik dan mudah putus asa
- Perasaan bersalah
- Rasa diri tidak berguna
- Gangguan tidur, bangun terlalu awal atau berlebihan tidur
- Hilang selera makan dan penurunan berat badan
- “Rasa lebih baik mati”, kadangkala diser tai dengan percubaan
bunuh diri - Rasa tidak tenteram dan mudah marah
- Kurang daya tumpuan dan ingatan
- Sukar membuat keputusan
- Simptom fisiologi seper ti sakit kepala, sakit-sakit badan dan
gangguan penghadaman - Kurang nafsu seksual
- Pergerakan menjadi terhad/ kaku atau menjadi resah gelisah
- Mudah cemas atau fobia
Anxiety
Selain itu, rasa penat yang berpanjangan juga boleh menjadi petanda anxiety. Rasa bimbang dan gelisah sepanjang masa boleh menyebabkan badan kita sentiasa berada dalam keadaan ‘berjaga-jaga’.
Kebimbangan yang dialami juga boleh menyebabkan pesakit sukar untuk tidur dan membuatkan keletihan yang berlaku menjadi bertambah serius.
Antara simptom anxiety adalah:
- Fikiran bercelaru.
- Banyak fikir dan tidak terkawal.
- Tidak fokus.
- Terlalu takut atau panik.
- Gementar.
- Mudah marah.
- Waswas atau ragu-ragu yang keterlaluan.
- Insomnia atau masalah tidur.
- Perubahan selera makan.
- Rasa mahu lari dari masalah.
- Kerap berpeluh.
- Nafas kuat dan laju.
- Kulit kemerahan.
- Mulut kering.
- Jantung berdegup laju.
- Keletihan melampau.
- Pening dan pengsan.
- Sakit perut.
Supplement Shaklee Bantu Cepat Penat Sesak Nafas ini adalah
Bagaimana ResV Membantu Tambah Tenaga?
Secara ringkasnya, di dalam badan kita ni ada beribu-ribu sel.Dalam sel pula terdapat mitokondria. Mitokondria umpama ‘generator’ untuk sel. Ia bertindak sebagai pusat jana kuasa yang berfungsi untuk memberi tenaga kepada sel.Bila sel bertenaga ia akan meningkatkan tenaga badan secara keseluruhannya.Tapi seiring dengan meningkatnya usia kita, Mitokondria di dalam sel juga akan semakin berkurangan.Bila mitokondria semakin berkurangan, sel-sel badan juga semakin lemah. Bila sel lemah, badan akan automatik menjadi lemah dan mudah mendapat penyakit.
10x Ganda Resveratrol Dalam resv Bantu Tingkatkan Kuantiti Metokondria Di dalam Sel.Jika sel-sel kita bertenaga, badan kita akan turut jadi bertenaga.
Vivix mengandungi resveratrol 10x ganda lebih hebat daripada resveratrol biasa. Manakala ResV 30kali Ganda lagi power dari vivix
Kandungan resveratrol yang tinggi didalam Vivix dan resV membantu meningkatkan jumlah metokondria didalam sel. (Mitokondria akan tingkatkan Tenaga sel).
Semakin kita tua, sel-sel di dalam tubuh kita semakin banyak yang mati. Umumnya, kesihatan badan kita bergantung kepada sihatnya sel-sel di dalam tubuh kita. Bila sel sihat, tubuh juga akan sihat dan badan jadi bertenaga.
Jika sel mati, badan mudah mendapat pelbagai penyakit. Kesihatan mulai merosot. Lutut mulai lembik dan lemah. Badan rasa sengal-sengal. Tenaga berkurangan, kurang selera makan dan macam-macam lagi penyakit datang menimpa seperti kencing manis, darah tinggi, sakit jantung dan kolestrol tinggi.
Penafian: Vivix ResV adalah vitamin, bukan ubat. Ia tidak berfungsi untuk merawat, menyembuh atau memulih penyakit kritikal.
5 Manfaat ResV Shaklee Selain Untuk Resv Shaklee Badan BerTenaga Elak Cepat Penat Sesak Nafas
1. Kulit Sihat
Melindungi kulit dari kerosakan oleh sinaran ultraviolet (UV) dan serangan radikal bebas, meningkatkan penghasilan kolagen dan mengurangkan garis halus serta kedutan.
2. Peredaran Darah Yang Sihat
Mengurangkan keradangan kronik, yang menjadi punca utama penyakit jantung serta menurunkan tekanan darah dan tahap kolesterol LDL (jahat) dan meningkatkan tahap kolesterol HDL (baik).
3. Tahap Gula Darah Yang Sihat
Menurunkan tahap gula darah semasa berpuasa, meningkatkan toleransi glukosa dan meningkatkan kepekaan insulin.
4. Menyokong Detoks Yang Berkesan
Meningkatkan kesihatan hati dengan mengawal stress dalaman badan, mengurangkan kemerahan dan pembengkakan, dan mengurangkan kematian sel pada hati dan menyerupai kesan positif berpuasa atau diet rendah kalori, yang boleh membantu menurunkan berat badan.
5. Fungsi Otak Yang Sihat
Pengambilan jus anggur setiap hari selama 12 minggu meningkatkan memori orang dewasa yang mengalami masalah mental ringan. Pengambilan polifenol setiap hari secara konsisten meningkatkan aliran darah ke otak, meningkatkan ingatan dan daya tumpuan.
Pengalaman Pengguna Resv elak cepat penat Sesak nafas
CARA NAK ORDER RESV SHAKLEE
Nak Order RESV untuk elak Cepat Penat Sesak Nafas
www.wasap.my/6013312717/resvtenaga
Nak COD RESV ni boleh ke?
Ye kami sediakan COD Resv Vivix Shaklee di area Shah Alam, Setia Alam, Klang, Puncak Alam, Puncak perdana, UITM, Subang Bistari, Denai Alam, Cahaya SPK, Elmina, Kampung Melayu Subang, Damansara, Sg Buloh, PJ, USJ