Cara Hilangkan Alahan Mengandung
Dalam menempuh tempoh kehamilan, alahan antara cabaran yang terpaksa dilalui wanita bergelar ibu. Ada yang alahan 1-2 bulan, ada yang 6 bulan malah ada yang alahan sehingga 9 bulan. Bersalin baru hilang alahan tu. Pengalaman saya sendiri yang setiap kali mengandung akan mengalami alahan teruk. Paling lama alahan sampai 6 bulan. Macam macam cara hilangkan alahan mengandung saya buat. Ada yang jadi yang makin terukkan alahan.
Kajian mendapati hampir 80 peratus wanita hamil akan mengalami mual-mual dan muntah di awal kehamilan.Namun, kurang dari 3.6 peratus wanita yang betul-betul mengalami Hyperemesis gravidarum (HG) yang mana mereka akan mengalami muntah yang teruk, dehidrasi dan penurunan berat badan.HG adalah alahan yang teruk ketika kehamilan di mana wanita hamil bukan sahaja merasa mual, tetapi mengalami muntah lebih dari tiga kali sehari.
Cara Hilangkan Alahan Mengandung
Ini antara apa yang saya sendiri amalkan ketika alahan mengandung. ianya memang tak akan hilang tapi bantu kurangkan dan kita lebih tenang hadapi alahan
1.Makan dalam sikit sikit
Dalam bag akan saya sediakan pek biskut kecil kecil. Jadi saya akan kerap makan sikit sikit. jagan bagi perut terlalu lapar. Ni yang akan tingkatkan risiko muntah teruk. Selain biskut lebih bagus makan buah buahan atau kekacang ke. pastikan kurang gula garam ye. kita taknak nanti gula dalam darah naik pulak
2. Air Manis
Masa mengandung alahan teruk tu lidahkan akan jadi pahit. Jadi saya kurang suka air masak. Ni tak bagus la ye. Kita kena paksa juga minum sebab nanti kurang air kena masuk hospital pulak drip air. Munta muntah tu dah buatkan kita kehilangan air. jadi kena minum air. Saya akan minum air manis. Ada masa suka sangat sirap. Air manis kena berhati hati takut GDM pulak. Lebih bagus ambil jus buah, smooties ke. Ambil buah yang kandungan gula lebih rendah. Contohnya seperti dibawah. saya dulu suka air tembikai, air kelapa
3. Makanan
Bab makanan ni agak sukar sebenarnya. Dari pengalaman saya dalam tempoh alahan saya akan ada satu makanan kegemaran. Bila makan makanan tu ehhh elok pulak alahannya. Makan tanpa muntah. kalau tak makan je muntah makan je muntah. Masa mengandung anak pertama , alahan teruk sampai 6 bulan. dan makanan saya saya suka adalah nasi sup daging satu kedai area rumah. Kedai lain tak mau tau hihi. Jadi setiap hari suami akan beli kat kedai tu. sampai abang kedai dah kenal dah. hahaha. dan kalau di Shah Alam kalau biasa kenal Nasi lemak Mok Nik. Tu je yang saya suka makan. Masa anak no 2 suka sangat laksa. Lagi laksa yang jual kat motor tu. Nak yang tu je. Anak no 3 suka cendol dan rojak Karim di Seksyen 9 Shah Alam. Sampai merajuk dengan suami bila dia lupa beli hahaha
jadi korang carilah ye mana makanan yang kena dengan tekak korang masa alahan ni.
4. Gosok Gigi
bab ni pun tak suka. Asal gosok gigi muntahnya sampai keluar yang hijau tu. erhhh dah la pahit. Nak hilang rasa pahit tu lama tau. Tu yang buat nak minum air manis je nak hilangkan rasa pahit tekak lidah. Tapi takkan tak gogok gigi kan. Selalu saya gosok ala kadar je. hahaha.. nasib la sapa berbau mulut tu. atau gogok gigi lambat sikit. Jangan awal pagi. Tapi macam saya ni alahannya pagi petang malam. So gosok bila pun risiko muntah tu ada.
5. Ambil supplement
Ni yang saya ambil masa mengandung anak no 2 dan 3. Masa mengandung anak pertama tak kenal lagi. ishh rugi la. Jadi bila dah kenal alahan kejap je dalam 3 bulan. Alhamdulillah sangat membantu kurangkan mual loya dan muntah. keluar segala angin angin , sendawa pun rasa puas
Peppermint-Ginger Plus mengandungi herba asli pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis untuk rasa yang nyaman dan melegakan. Ia juga boleh dihancurkan dan dicampur dengan air panas untuk minuman herba semulajadi.
Disebabkan ia nyaman dan melegakan, ia memang sesuai untuk ibu-ibu yang ada masalah alahan semasa hamil. Jangan risau sebab ia tidak akan mengganggu bayi dan selamat untuk ibu hamil.
Halia merupakan herba terbaik dalam memelihara saluran penghadaman dan mempunyai ciri-ciri semulajadi yang nyaman dan dapat melegakan senak perut. Pudina pula merupakan herba yang membantu menggalakkan sistem penghadaman secara sihat dengan melegakan dan menyamankan perut.
Antara kebaikan Peppermint-Ginger Plus:
- Melegakan senak perut
- Membantu proses penghadaman
- Menyamankan perut
- Mengurangkan mual dan muntah
- Membuang angin dalam badan
- Mengurangkan sakit gastrik
- Mengurangkan kesan mabuk perjalanan (bot, kereta, kapal terbang, etc)
anfaat Utama bagi setiap herba :
Ginger (Halia)
- Merangsang rembesan enzim Slavia untuk pencernaan makanan.
- Melegakan ketidakselesaan perut dan usus, sakit haid, loya dan mual angin ketika mengandung, selepas melahirkan anak (semasa pantang).
- Berkesan dalam membantu masalah kesakitan ketika dalam perjalanan/ pengembaraan.
Peppermint (Daun Pudina)
- Membantu melegakan otot perut.
- Membantu dalam proses penghadaman, mabuk laut/darat, *melegakan kesakitan gastrik, pedih ulu hati dan cirit-birit.
- Melegakan kesan sampingan seperti muntah dan kelhilangan selera makan.
- Merangsang pengeluaran peluh, oleh itu dapat menyekat demam apabila seseorang dijangkiti selsema.
Fennel (Jintan Manis)
- Menghilangkan kembung perut.
- Melegakan sakit perut, gejala selsema.
- Membantu dalam masalah alergi pada saluran usus.
Anise (Bunga Lawang)
- Melegakan masalah pencernaan dan gejala kesakitan haid, batuk dan kahak.
- Merangsang rembesan jus gastrik untuk pencernaan, menahan kulat yang menyebabkan penyakit kulit yang biasa, melegakan haba pada musim panas dan lembap, memberi peredaran tenaga dalam badan dan lembut pada perut.
Cara Hilangkan Alahan Mengandung Dengan Peppermint Ginger Plus
“Hari ni saya sentiasa buat sujud syukur. Sis tau tak, saya ni alahan teruk, 2 minggu tak bangun dari katil. Biasa masak je muntah.
Saya ni memang keje tukang masak, memang kena masak je. Tuhan je tahu betapa gelap dunia time alah. Minyak angin dah 2 botol habis.
Tapi kan semalam saya makan Shaklee Peppermint ginger tu. Sis suruh makan sebiji, saya makan dua biji. Pagi tadi bangun Ya Allah takde sakit perut dah, elok je.
Takkan sehari je hilang alahan tu. Alhamdulillah tq sangat. Sebab baca blog sis la saya dapat penawar. Husband happy je”.
Â
Nak Order Peppermint Ginger Plus
Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya.Sekiranya anda berada di sekitar Shah Alam, Petaling Jaya, Klang, Subang Jaya, Bangsar .saya merupakan pengedar Shaklee sekitar Shah Alam, Petaling Jaya, Klang, Subang Jaya, Bangsar
Ainul Mustafa
Certified Product Trainer Shaklee ( ID 866453)
Email: ainulfadzilah@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp: 013-3612717
COD Area: Shah Alam, Petaling Jaya, Klang, Subang Jaya, Bangsar
Produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.